Monday, December 05, 2016

khatan 1

Tahun 2016 Arif baru darjah 2 atau baru berumur 8  tahun. Daripada acah-acah ajak bersunat cuti sekolah akhir tahun akhirnya ia menjadi kenyataan. Semuanya kerana 'peer pressure'. Pernah sekali balik sekolah Arif beria-ia nak disunatkan cuti sekolah tahun ini sebab ramai kawan sekelas dah bersunat. Siap inform dia pun ngaku dah bersunat. Aishhh Arif kenapa nak tipu, kenapa nak malu tak sunat lagi. Orang dulu-dulu tingkatan baru bersunat. Budak sekarang semua advance, belajar dah advance, mainan dan gadget pun advance, sunat pun dah macam-macam cara n umur masih kecil pun dah sanggup disunatkan. Arif cakap dia malu nak ngaku dia belum sebab semua kata dah, so daripada kantoi terus nak sunat. Ibu survey few clinics n hospitals, few type and date available. Oleh sebab minggu pertama ada kem cuti sekolah so booking  sunat diminggu ke dua.

Perancangan untuk mencukur rambu Arif sehari sebelum dia bersunat, Allhamdulillah terlaksana. Niat dah lama since dia akan berpantang dalam rumah untuk beberapa hari. Cukur pertama diwaktu baby and this is the second time. Suci dan bersih seperti dilahirkan semula. Actually kita prefer botak terus. Rupanya cukur botak ada level. 0 means licin  n 1 means masih ada anak rambut halus. Untuk Arif tukang gunting recommend level 1.

Tapi sebelum pergi gunting kena carikan topi untuk Arif. Malu katanya
 Ikukan jekla n kena hurry takut empunya diri bertukar fikiran.




Doa sunat-diambil dari laman web
http://www.ibumudabijak.com/2015/01/doa-walimatul-khitan.html?m=1

Ya Allah,muliakanlah anak kami ini,
panjangkanlah umurnya, terangilah hatinya,
teguhkanlah imannya, perbaikilah amal perbuatannya,
lapangkanlah rezekinya,
dekatkanlah pada kebaikan,
dan jauhkanlah dari keburukan.
Ya Allah, kabulkanlah permohonan kami,
Redhailah keinginan kami dan
terimalah amal kebaikan kami.
Semoga Engkau melimpahkan selawat dan
salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW,
keluarga dan para sahabatnya.
Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami
dengan menjadikan khatan ini sebagai ibadah kepadaMu
Amin Ya Robbal Alamiin..



No comments: