Wednesday, December 21, 2016

Khatan 2


Arif asyik tanya kenapa tak sunatkan dia masa baby macam Along dan Angah so that dia tak perlu rasa sakit. Hai Arif, kalau ikut hati ibu ni, Arif kena sunat bila dah besar macam yang ayah n che Ajib or orang dulu-dulu buat. Tapi disebabkan adik beriya yang nak sunat so tadahla ya.

Ayah memilih sunat jenis alisclamp. Dia dapat advice from his friend kerana katanya mudah dari segi penjagaan. Sunat jenis clamp ada 2, samada alisclamp atau smartclamp. Tak tau sangat perbezaannya tapi yang penting dua-dua kena clamp or ada alat akan di masukkan dalam anu lepas kulit keliling di gunting.

Beberapa hari sebelum sunat Arif makan puas-puas. Takut terliur orang makan sedap lepas sunat. Tarikh sunat 5 Dec 2016, iaitu hari Isnin. Ibu plan cuti seminggu untuk menjaga Arif pantang dan memasak masakan yang bersesuaian. Sampai sahaja klinik nurse suruh tukar kain then siap-siap kencing. Ibu bawakan towel kecil untuk digigit. Doktor ajak borak semua tak layan, baru nak bius dah nangis cakap tak nak sunat. Hahahaha too late Arif. Dia pegang tangan ibu tak mau lepas. Kena inject 2 kali pun menjerit lagi. Then doktor pegang tanya sakit tak? Dia kata sakit. Dr sentuh dan tak usik or tekan dia still kata sakit. Dr terus cakap tipu. Hahahah Arif-Arif...kelakarla. Si ayah duk jauh...takut darah.

Bila dah clamp doktor advice untuk makan ubat and datang next Sunday untuk buka clamp. Keluarla anak bujang ibu kesedihan kena pantang
 Dalam kereta dia ngadu sakit then sampai rumah ayah dukung. Paling sedih dan x sanggup ibu hadapi ialah first time kencing. Dia punya takut sanggup tahan lama sangat nak keluarkan air kencing pertama lepas sunat. Dia sentiasa perlukan ibu n genggam jari ibu tahan sakit sampai menggigil. Sedih ibu tapi sambil tu kena bagi semangat cium dak botak ni serta minta tuhan kurangkan sakit or pindah jekla bagi kat ibu. Lepas kencing tak boleh nak jalan so ibu dukung la hantar atas tilam. Fobia nak kencing berlarutan tapi lepas tu sakit hanya selepas dah kencing. Maybe sbb bird dia menegang n berada dalam sarung clamp.

Makan no issue sebab sedap katanya. Tapi nak makan ubat yang menjadi isu. Ubat tahan sakit sedap perisa oren so eksyen jekla dia telan. Ubat antibiotik yang berperang nak bagi. Lepas makan ubat mesti kena selit koko crunch atau air manis atau buah. Nak hilang rasa pahit katanya. Sukatan ubat pun makin kurang dari yang disyorkan. Bagi jekla dari x makan langsung.

sup ikan merah

 Arif aware a week later kena jumpa doktor untuk buka clamp. Banyak kalila tgk video youtube n takutla pula dia. Pujuk jekla takkan nak dikepit burungnya lama-lama dik oiii. On the day nak pi klinik ayah offer nak dukung Arif. Ibu confident adik boleh jalan, tapi halfway turun tangga adik ngadu pening n nak muntah. Naluri ibu macam biasa terusla dukung anak bujangnya ini. Sampai tangga terakhir ibu terlangkah n skip satu anak tangga. Terpeleot dan terus terduduk tapi sempat lepaskan arif atas lantai...sakit tak Arif sambil tangan ni pegang kaki kiri sendiri yang teramat sakit. Berpeluh menahannya tak boleh nak gambarkan kesakitan itu. Pernah jek terseliuh sebelum ni tapi tak sesakit seprti kali ini. Mintak Angah panggil ayah angkat adik masuk kereta. Terhenjut-henjut juga tahan sakit dan teruskan pi klinik excited nak buka clamp.

Kaki sakit ni sambil jalan slow sangat. Berdebar tengok adik dah start nak nangis. Padahal doktor guna nail klepper buka clamp yang macam penutup botol tu jek. Orang kata sunat clamp sakit 2 kali compare to sunat laser. Sekali masa sunat dan yang kedua masa buka clamp. Tapi rasanya bergantung macam mana nak buka clamp. Akan merasa sakit apabila doktor cuba buka sarung yang dah diselaputi kulit iaitu selepas clamp dibuka. Rupanya sarung plastik yang salut bird masih dibiarkan tergantung. Doktor kata biarla ia jatuh sendiri bila luka kering. Yang sakit bila force nak buka sarung ni. Maybe tak sesuai untuk Arif berdasarkan reaksinya yang over. Asyikla nak nangis n menjerit. Doktor advice banyakkan berendam n stop sapu gamat. Just guna baby oil untuk cepatkan penanggalan sarung plastik yang cover bird Arif.

 Ok settle masalah Arif marila ke klinik untuk check kaki ibu. Sampai jek klinik buka stokin...Ya Allah bengkak gila kaki. Doktor suspect terseliuh biasa n advice kalau masih bengkak n sakit datang jumpa untuk dapatkan rawatan lanjut ke hospital or orthopedics. Kebetulan Isnin dan Selasa cuti so berehatla di rumah orang sakit menjaga orang sakit. Masa tu teringat doa ibu masa adik sakit pindahkanla sakit anak ibu ni ke ibu. Haaa dapat dahla..hehhehe joke aside.. Along n Angah byk membantu jaga ibu dan Arif. Hari ke 3 ibu masih rasa sakit, bengkak dan lebam pun masih ada. Pi ke klinik terus dr buat reference letter ke KJMC. Makin besar pula KJMC semenjak dah byk drama berlakon di sini.


Masuk jek jumpa ortho dia terus ckp based on lebam dan pendarahan berdasarkan mata kasar memang ada patah ni tapi takpe kita xray untuk dapatkan kepastian. Relaks jek doktor tu explain n very soft spoken. Result xray doktor tunjuk dan confirm memang ada tulang kecil sambung ke jari kelingking patah. Tak citer banyak doktor kata nak pakaikan kasut khas. Dia basahkan kertas mcm kain terus dibentuk dan dibungkus ke kaki. Then dalam berapa saat kasut ajaib tu terus keras. Macam simen la. Doktor bagi mc 2 minggu. So ibu manafaatkan cuti sakit ni untuk sama-sama menjaga pantang Arif bersunat. Dengan bantuan 2 anak saudara dari kampung dapatla ringankan kerja ibu yang handicapped

Berbalik pada luka sunat Arif, sarung plastik masih tak tanggal walau dah hari ke 8. Risau pula. Si ayah call klinik n mintak advice. Set appointment untuk berjumpa dengan doktor keesokan harinya. Sebenarnya Arif ada permintaan bila dia dah recover. Kebetulan tuhan kaya bagi hadiah yang bersesuaian untuk lucky draw for company annual dinner ibu attend 2 hari sebelum Arif sunat.  Ibu dapat Toysa rus gift voucher at RM 200. Arif plan nak walkie talkie.

The  next day jumpa doktor  and the nurses semua terkejut tengok ibu dah bertongkat. Some aware ibu memang terhenjut masa buka clamp 8 hari lalu tapi tak sangka patah.  Doktor advice luka Arif makin nak kering dan dia boleh tolong nak tanggalkan sarung. Tapi disebabkan drama air mata nak start doktor advice biarla tanggal sendiri. I need more explanation kenapa kulit yang kering atas sarung tu macam nak terkopek. Adakah normal?Doktor cakap ya. Sepatutnya sarung tanggal then kulit mati akan tanggal. Rupanya utk kes Arif, kulit mati akan tanggal sekali dengan sarung. Doktor advice untuk stop sapu baby oil. Biarkan ia kering n rendam lama-lama dalam air supaya kulit kering kembang dan sarung mudah tanggal.

Balik dari klinik Arif tuntut hadiah but ayah masih kerja. We all kena cari shopping yang disable friendly n ada toys rus. Paling sesuai adalah Sunway Pyramid. Berjimba sekejap selagi masa ada sebab ayah akan ambil we all semula bila kerjanya settle. Along n Angah banyak membantu dua orang sakit ni. Hadiah dicari x jumpa tapi skutter jadi target. Harga mmg cun RM199.95. Peh mmg accurate dengan budget diberi.

kereta kontrol
Malam tu pulun la dia main dengan Angah. Tetiba Arif jerit, ibuuuuuu sambil tunjuk anunya...wahhh sarung dah 99 tercabut. Sikit jek masih terlekat sebab kulit yang mengelilingi sarung ada 1% jek lagi masih tak kering. Rupanya dia langgar basikal skutternya tapi dia tak sakit pun. Yalah kulit kering yang dah mati. Ibu nak bantu cabut yang 1% tapi Arif refuse  sebab dia masih rasa sakit. Okla tidur dulu esok pagi InsyaAllah semua tanggal.
The next morning hari ke 9 lepas clamp dibuka sarung dah tercabut tapi tergantung pada kulit mati. Lepas bangun pagi n mandi Arif sambung tidur sekejap. Misi ayahnya awal pagi pukul 5 nak gunting kulit mati tak jadi sebab Arif tersedar, ibu sambung la pula kali ni dan yehaaa berjaya. Kulit kering berbentuk o yang menyaluti sarung dah digunting dan sarung berjaya di tanggal. Arif terjaga dan terus main skutter. Yeayy tuhan bantu kita. Sikit jek lagi kulit kering yang masih tergantung. Really peringkat akhir proses recovery Arif bersunat.  Terima kasih tuhan. Tak sabar nak tunggu betul-betul kering barula Arif boleh makan macam-macam. The next day semua kulit kering dah tanggal.. anu dia dah jadi mcm budak botak...... hehehhe my kid....my man....syukur tuhanku.
sarung yang dah tercabut

Thursday, December 15, 2016

Kem Maaf 2016

Cuti panjang 2016 kali ni tiada pakej percutian indah di mana-mana hotel atau pusat peranginan sebab jadual anak-anak sibuk. Alasan ni...padahal kalau xde aktiviti x gak cuti di hotel, lepak kampung jekla anak ibu.  Macam-macam plan like kem cuti sekolah, seminar, sunat and etc ibu register for the kids.

Awal cuti sekolah bermula dan program pertama adalah Kem Maaf 2016 Memimpin Anak Alami Fitrah from good to great anjuran Rebutia Corporation Sdn Bhd di Ulu Yam Selangor. Tempatnya saja dah menarik ada sungai dan rest house, sure lots of happening activities there. The most exciting activity the kids wanted so much is flying fox n memang ada.

Hujung tahun memang musim tengkujuh agak ngeri juga untuk outdoor activity but the insctructer said they already prepare alternate plan if cuaca tak mengizinkan.
Since the kids dah pernah join another kem cuti sekolah sebelum ini tapi di tempat yang lain dan team yang lain they keep comparing between each camp.
Overall kids enjoy and Arif daripada awalnya request nak sebilik dengan kakaknya sebelum join kem, lepas balik kem terus happy n boleh uruskan diri n mix around with new friends. Kekangan Arif ialah macam mana nak tahu baju apa nak pakai, seluar mana nak matchkan dengan baju n di mana nak letak baju kotor.

Since Arif dah inform kelemahan dia, so kita prepare awal-awal dan ajar macam mana nak hadapi masalah remeh ini. Lately kita satu keluarga banyak kali pergi dobi untuk keringkan baju yang telah dibasuh di rumah sebab musim tengkujuh. So kita beli beg plastik dobi utk each one of them.

Then kita dptkan back pack yang simple each of them utk kemas baju sendiri so that they know which to wear and how many to bring base on the tentative program yang dah diberi awal. Untuk Arif kita susun baju siang and malam in different compartment n kita selitkan each baju lipat sekali with its seluar. Selepas pakai sila masukkan dalam plastik dobi except pakaian malam if tak kotor bolehla dibawa tidur.


Dia orang belajar prepare breakfast and papa bob as instructor jadi juri
Dah macam chef junior.

Aktiviti lasak seperti jungle trekking, flying fox, berakit n few lagila. Sambil jungle treking sekitar trek yang agar mencabar siap meredah sungai dan solat zuhur di kawasan lapang dan terbuka. Natural sangat. Berkayak menggunakan tayar, berenang dalam lumpur macam spa, dan bermandi manda dalam sungai. Seronoknya





Malam akhir ada persembahan dari each group dan menghias roket tapi ramai dah ngantuk dan tertidur sebab keletihan. So cutela. Pelancaran roket hari last keesokan harinya. Sebenarnya banyakla aktiviti dia org sertai macam hafazan surah ringkas sambil beraktiviti, bacaan doa dhuha, solat jemaah, treasure hunt n etc.

1 week later Along and Angah join seminar Teknik Belajar Berkesan bersama Br Izu di UIA. Program selama setengah hari diakhiri taklimat ringkas untuk parent. Memang best cara penyampaian dan cerita sebalik kejayaan Br Izu ni. Dari smart student masuk sbp cultural shock main manjang sampai pelajaran jatuh n how dia discover teknik belajar yang betul dari pelajar lain yg score n dalam masa 4 bulan dia belajar untuk menjawab SPM and the result flying colours. Ada sesi lagi details with Br Izu on 18-19 Dec tapi we have arrange different session for the kids on 18. Takpala seminar teknik belajar half day ni pun dah ok harapan ibu along n angah boleh cuba ya. Perbaiki kelemahan yang ada.

Then after that Arif bersunat pula menggunakan teknik alisclamp. Till today is recovering process. The details akan diceritakan kemudian.

Monday, December 05, 2016

khatan 1

Tahun 2016 Arif baru darjah 2 atau baru berumur 8  tahun. Daripada acah-acah ajak bersunat cuti sekolah akhir tahun akhirnya ia menjadi kenyataan. Semuanya kerana 'peer pressure'. Pernah sekali balik sekolah Arif beria-ia nak disunatkan cuti sekolah tahun ini sebab ramai kawan sekelas dah bersunat. Siap inform dia pun ngaku dah bersunat. Aishhh Arif kenapa nak tipu, kenapa nak malu tak sunat lagi. Orang dulu-dulu tingkatan baru bersunat. Budak sekarang semua advance, belajar dah advance, mainan dan gadget pun advance, sunat pun dah macam-macam cara n umur masih kecil pun dah sanggup disunatkan. Arif cakap dia malu nak ngaku dia belum sebab semua kata dah, so daripada kantoi terus nak sunat. Ibu survey few clinics n hospitals, few type and date available. Oleh sebab minggu pertama ada kem cuti sekolah so booking  sunat diminggu ke dua.

Perancangan untuk mencukur rambu Arif sehari sebelum dia bersunat, Allhamdulillah terlaksana. Niat dah lama since dia akan berpantang dalam rumah untuk beberapa hari. Cukur pertama diwaktu baby and this is the second time. Suci dan bersih seperti dilahirkan semula. Actually kita prefer botak terus. Rupanya cukur botak ada level. 0 means licin  n 1 means masih ada anak rambut halus. Untuk Arif tukang gunting recommend level 1.

Tapi sebelum pergi gunting kena carikan topi untuk Arif. Malu katanya
 Ikukan jekla n kena hurry takut empunya diri bertukar fikiran.




Doa sunat-diambil dari laman web
http://www.ibumudabijak.com/2015/01/doa-walimatul-khitan.html?m=1

Ya Allah,muliakanlah anak kami ini,
panjangkanlah umurnya, terangilah hatinya,
teguhkanlah imannya, perbaikilah amal perbuatannya,
lapangkanlah rezekinya,
dekatkanlah pada kebaikan,
dan jauhkanlah dari keburukan.
Ya Allah, kabulkanlah permohonan kami,
Redhailah keinginan kami dan
terimalah amal kebaikan kami.
Semoga Engkau melimpahkan selawat dan
salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW,
keluarga dan para sahabatnya.
Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami
dengan menjadikan khatan ini sebagai ibadah kepadaMu
Amin Ya Robbal Alamiin..



Saturday, December 03, 2016

anak oooh anak....

Anak pertama si Along seorang kakak yang garang dan tegas. Kebetulan dia berbadan besar dan tegap boleh jadi bodyguard untuk semua orang. Pregnant for second one after girl of 2 yrs hoping for a boy but again dapat another girl. Disebabkan terlalu mengharap boy but yang lahirnya girl sedikit sebanyak perangai si Angah ada boyish sikit. Lasak but fragile, nakal but cheeky. Tetap bersyukur dengan kurniaan Illahi.

After 2 yrs pregnant again memang x scan in detail n mmg x nampak pun kalau scan. Untill the last check up before deliver the dr said ada telur. What he meant by telur? Boy pun ada girl pun ada kut. So just calm saja n bila dr explain is a boy...rasa gembira tersenyum tapi takleh nak show sgt sbb orang yang ditunggu tidak keluar lagi.

The delivery date was on 29 Aug 2008. Mudah sikit compare to her 2 kakak tapi after the birth sakit sangat dlm perut. Maybe scar kali ke 3 ada kesan lebih. Semput juga nak meneran n Allhamdulillah tuhan maha kuasa menghadiahkan juga anak lelaki to us. Happy sangat n si kakak excited dpt adik. He is being pamperd by all of us and especially me sampai la sekarang. Terlalu manja sampai he said nak kahwin ngan ibu..n if ibu mati adik pun nak mati....amboi ayat mcm org bercinta sehidup semati.

Disebabkan tahap manjanya amat tinggi adik main terlalu banyak n belajar menjadi second option baginya. Susah untuk dapat dia duduk diam baca dalam lebih dari 10 minit. Macam-macam helah diguna untuk lepaskan diri. Macam-macam usaha juga kami buat untuk bantu like register smart reader kids dlm masa 2 bulan cuti sekolah sebelum masuk darjah satu, beli buku phonic n baca ikut level. Buku mesti ada di bilik or dalam kereta n baca atleast 1page. Dia hanya boleh membaca dalam pertengahan darjah satu. Dia join kelas linus untuk bm and math. Allhamdulillah dia lepas saringan linus  semasa pertengahan tahun darjah satu.

Sudah boleh membaca belum bermakna dia lepas untuk yang lain. Disebabkan sikap manja n malas dia kurang membaca buku. Tiap kali exam  ibu yang berdebar lebih dia rileks je. Untuk kebangsaan dia perlukan bantuan subjek matematik dan BI. Untuk kafa dia memang taram jawab sebab masih merangkak baca jawi. Now kena usaha lebih untuk adik dalam bacaan jawi n muqaddam n seterusnya ofcourse AlQuran. YA Allah permudahkan usaha kami n betulkan niat kami.....aminnnn.

Along boleh berdikari cuma banyak careless. Practise make perfect along. Angah pula banyak berborak n tak serius. If angah change, angah boleh improve a lots. U did it before angah. Adik mcm biasa penyakit m menguasai diri. Panjang akal untuk lepaskan diri. Bagus untuk survival tapi cannot always use this method adik. Banyak buruk dari baiknya. I'm watching u guys!!! (sambil dua jari tunjuk.mata sendiri then tujukan kat mata anak2)

Apapun tuhan kurniakan amanat ini untuk kita jaga dan didik. Masih banyak yg ibu dan ayah kena pelajari. Kadang-kadang kami belajar dari tindakan n perlakuan anak. Ada yang salah dari kami ada juga dari faktor lain. It is subjectif method. Ibu doakan yang terbaik untuk semua. Kita cuba usahakan yang terbaik n moga iman akan sentiasa ada dihati kita so that kita tak terpesong dalam apa juga keputusan dan tindakan yang dibuat.