Sunday, March 24, 2019

Umrah 2019 - bawa-mak-berkerusi-roda

Before pergi umrah persiapan kami sediakan ala kadar. I did ask doctor how to prevent luka mak dari berbau and dressing melekat dengan luka. Doktor bekalkan arang in tablet form - perlu di tumbuk n tabur atas kapas dressing yg dilembabkan sikit utk elakkan bau luka merebak. Arangkan serap bau. Then dr ask me to follow nurse belajar do the dressing for smelly wound. Untuk elakkan luka melekat dengan kain kapas, kena beli Parafin gauze-sejenis kain kapas luka yg berminyak.

Preparation ke umrah bukan setakat pakaian, kursus untuk ilmu saja tetapi juga bekalan ubat untuk kami and mak terutamanya. Since ada ubat cecair dalam jumlah yang besar (air garam untuk cuci luka) yang perlu kami bawa, beberapa hari sebelum travel we went to see doctor and minta pihak hospital sediakan surat izin membawa peralatan dressing n ubat untuk mak. Incase imigresen tahan jadi kami dah ada supporting document, why we need to bring there. I managed to get charcoal powder instead of tablet at Farmasi AA. Senang sikit tak payah nak tumbuk kapsul arang utk elak luka yang berbau. Sesiapa nak beli barangan farmasi silala ke Farmasi AA ya harga dia berpatutan compare to other farmasi.

Aku puji KLIA ni besar sangat, boleh tampung ramai orang, tapi bila tang solat tgk surau Ya Allah kesian la, negara islam suraunya kecil dahla susah nak access utk yg wheelchair. This is referring to departure punya surau ya.....bukan yg dkt luo kawasan byk restaurant tu byk suraunya. Tapi yg nie bila dah masuk departure area. Ada jemaah just solat outside and ambil wudhu pakai spray. Ujian juga ni sebenarnya, sabar-sabar. Kesian mak tunggu turn nak solat berdiri agak lama. Bila dapat masuk shaf, dia terus solat duduk. Takyah pk hal2 remeh ni sbb ujian yang akan dtg di negara orang kita tak tahu so just positif saja masa ni janji kita dah tunaikan kewajipan kita, yang lain serah saja pada Allah.

Flight kami pukul 3.05pm Msia time n dijangka tiba malam di Madinah. Solat zuhur n asar di KLIA - jamak n qasar. Beza 5 jam so akan sampai di Madina utk jamak maghrib n isya. Lama sangat 9 jam dalam flight tak termasuk waktu menunggu di KLIA, biasanya dressing mak akan kena tukar sebab akan berbau. Doa banyak-banyak sajala agar luka mak tak berbau sbb tak mau ganggu jemaah lain. Dlm flight beberapa kali mak nak ke toilet, ala susahnya sbb xder hose. Terpaksa bawa botol air mineral tu pun payah la nak cuci. Tapi nak buat mcm mana takkan nak halang mak minum, dehydrate pula nanti. Luka mak start bau beberapa jam before landing. I put some perfume to her jubah and hand. Thankfully Langkawi trip hujung tahun lepas dah kira train utk mak naik flight. Cuma Langkawi tu indoor trip and x sampai sejam. Yg ni lama. Kesian mak penat dia duduk lama n tak dapat tidur.  Dia asyik nak berdiri sebab lenguh punggung. Padahal dah lapik with selimut yg MAS provide. Yalah lama sangat kan....Doa jek x putus2 moga dipermudahkan. Naik MAS ni paling best jajan kacang dia..hehhehehe.
Masa pergi mak n abg, masa blk me duduk dengan mak. 
Abg buat drama sbb sakit atas flight


Sampai di Prince Mohammad bin AbdulAziz International Airport atau Medina Airport waktu malam. Some jemaah buat solat di situ while waiting our luggage. Tak ingat waktu tu pukul berapa tapi dah x ramai org in the airport. Nasib baik dipermudahkan n takder brg yg sangkut. Tak sabar dah rasanya masa ni nak sampai hotel sbb nak mak baring. Mak kalau banyak duduk kakinya akan bengkak n satu lagi reason nak tukar dressing mak. Lepas dpt semua luggage kami dibawa menaiki bas ke hotel. Allhamdulilah perjalanan beberapa minit saja. Sampai di hotel ambil makanan malam n masuk bilik. Lepas dpt beg masing-masing (diletakkan di floor yg ramai jemaah) terus minta mak mandi n tukokan dressing. Buat jamak isyak n maghrib then rehat secukupnya utk next ibadah
Mutawif pesan Subuh di Madinah azan kumandang 2 kali, sejam sebelum utk kejut 4+am and 5+am utk azan sebenar. Siapa nak pi solat subuh sekali dengan ustaz sila tunggu di lobi hotel jam 4+am (tak ingat the exact time).

Allhamdulillah sepanjang di Madinah segala urusan dipermudah. Doa terus berdoa and solat taubat banyak2. Luka mak tak berbau n tak sakit sangat. Tak sure samada dressing kerap atau dicuci dengan air zam-zam. Access to Masjid Nabawi pun senang sbb satu floor saja, cumanya nak dpt solat dalam masjid kena dtg awal sbb access to wheel chair cepat penuh. Mak tak boleh duduk lama takut kaki bengkak jadi waktu nak ke masjid kami dtg ikut yg bersesuaian. Andaikata tak dapat masuk dlm masjid, solat di luar di bawah payung pun ok. Sejuk berangin sambil hirup udara segar Madinah. Mak memang akan bersolat di atas kerusi roda. Sewaktu kursus ustaz dah pesan jemaah berkerusi roda terus solat di atas kerusi roda, if not akan hilang sbb orang sangka ia diwakafkan. Dari Concorde hotel kami memasuki masjid melalui pintu 15.
Shopping di Madinah lebih murah compare to Mekah. betulla jubah dia murah2 tapi sebab kami datang bertiga dan mak berkerusi roda kami x plan nak shopping sakan. Cukupla jubah sorang satu utk anak-anak, dan untuk mak sebagai kenangan. Urusan dobi kami dibantu oleh pak arab yg ada kedai di bawah hotel. Disebabkan susah dia nak terangkan mana dobi dia terus bawa baju kami n berlari hantar ke dobi. Esok kami minta dari dia terus dia berlari ambil dari dobi. Jubah mak pun dia minta kain contoh untuk dia hantar potong n jahit. Mudah la sbb semua boleh bercakap melayu. Kita concentrate ibadah jekla. Tang kena paw mahal or murah tu subjektif. Anggap saja sedekah sbb orang dah mudahkan kerja kita.

Laluan raudah kami via wheelchair lane tapi still masuk melalui pintu 25. 1st time nak masuk kami dibimbing mutawif wanita dari Indonesia,, sbb mutawif Alqus lelaki, so dia hanya bawa jemaah lelaki utk ke Raudah. Line mmg panjang n kdg lenguh juga berdiri sambil mulut kumat-kamit doa minta dipermudahkan. 1st time dpt masuk Raudah, hati ni tak terasa sgt sbb dok memerhati and mencari mana karpet hijau n terlalu berhati-hati. Kebetulan sesak so just solat cepat-cepat sebelum dihalau penjaga masjid. Dalam hati malam esok nak kena repeat balik n nak rasa dengan jiwa.


2nd time masuk raudah melalui wheelchair lane. Kali ni perasaan dia lain macam sikit. Melihat jemaah ada yang gaduh x puas hati potong line, kita just diam terus berdoa n berzikir harapan agar mak tak tertidur keletihan. Niat kena betul. Sabar and this time lepas letak mak di saf wheelchair, penjaga masjid tak benarkan kami solat di belakang. Dia minta kami pergi kearah team yang masuk raudah melalui jalan biasa. So terpisah sekejap dari mak tawakal n terus cari ruang kosong. Allhamdulillah tuhan bagi badan kecik nampak jek kawasan kosong terus tawakal dirikan solat dengan harapan tidak dirempuh or dipijak oleh jemaah lain. (Some jemaah ada geng tolong cover the other person tgh solat). Me hanya ada Allah utk tlg jaga. Kawasan utk solat tu sebenarnya laluan keluar utk yg dah selesai tapi agaknya penjaga tu kesian tengok budak kecik ni sorang2 xder yg jaga pehal solat kat sini, biola dia solat sekejap, dan namanya pun rezeki. Allhamdulillah dapat solat 2 kali pun jadila tapi dia punya rasa nikmat, takleh nak describe. Selesai 2 kali solat sunat x nak block jalan n ustaz pernah pesan jgn susahkan org, mudahkan orang nanti Allah mudahkan urusan kita, terus bangun n cuba dapatkan mak balik di kawasan raudah berwheelchair.
Mak masih dlm saf depan n dalam hati untungla mak...harap mak manafaatkan masa diberi ini. Tunggu mak sehingga penjaga masjid serahkan mak ke kita baru balik ke hotel. Perasaan ketika otw balik x dapat nak gambarkan, hanya tuhan yang tahu...diterima atau tidak tu juga urusan tuhan. Waktu  tu berazam nak masuk raudah mlm esok sekali lagi which is mlm last kami di Madinah. My plan nak lalu laluan biasa without mak. Means lepas isyak bawa mak blk hotel and come back alone.

The next day kami ada ziarah n malamnya plan nak ke raudah. My intention ke umrah nak bawa mak n jaga mak sama2 buat ibadat. Tapi bila dah plan nak ke raudah sorang2 mlm tu waktu isya terus rasa ngantuk yg amat sgt. Teringat pesan ustaz dapatkan rest sbb esok lps solat jumaat nak bertolak ke Mekah untuk umrah wajib. Atlast decided terus tidur sbb nak dptkan energy utk ibadah yg lebih wajib kesesokannya lagipun mata dah berat sangat. Takpa la xder rezeki nak masuk raudah lalu laluan biasa. Mmg rezeki lalu laluan wheelchair 2 kali sbb dah niat nak bawa mak kan so agaknya tuhan allow ke raudah bersama mak jek setakat ini. Doa jekla kalau ada rezeki dapat pergi lagi umrah/haji kita try raudah melalui laluan biasa pula nanti.

Ada sekali I put wheelchair mak sebelah sorang jeamah yg datang dari Singapore. Butir bicaranya sangat lemah lembut. Dia pun ckp anak lelakinya bawa dia di sini n betapa bersyukurnya dia punya anak2 yg baik. Dia pesan kasih sayang antara manusia tu penting. Dari kecil dia ajar anak dia kasih sayang cakap lemah lembut. Kalau ada orang marah-marah dia akan lari n pergi jauh dari orang tu. Dia berterima kasih pada anaknya yg sudi luangkan masa temankan dia buat umrah sbb biasanya anak-nak busy bekerja. Siap cakap "Syurga untukmu nak....." (masa dengo tu rasa  untungla anak dia mak doakan syurga untuknya di madinah). Dia bagi tip utk luka mak hiriskan kunyit halus2 dlm air panas n minum. InshaAllah
Jemaah dari Singapore yang lemah lembut dan bagi tips kasih sayang sesame makhluk amat penting


Esoknya dapat rasa 1st time solat jumaat di Madinah. Rasa sayu nak tinggalkan Madinah, ucap selamat tinggal pada Rasulullah dari jauh, doa moga dapat kembali. Kami sempat juga rasa sekali hujan gerimis di Madinah pada hari pertama sampai.
Bas dari Madinah ke Mekah ambil masa lebih kurang 4-5 jam. Kami berhenti di Bir Ali utk bermiqat niat umrah. Pengalaman pertama melakukan umrah di mekah agak takut-takut. Takut terbatal syarat sah especially tang rambut gugur. Mak n abg kami upah indon tolak wheelchair SAR300 utk both tawaf n saie per person. 1st umrah, I did manual way bersama jemaah n mutawif yg sporting Ustaz Idham.
 Rasa takut-takut masa nak tawaf sbb orang ramai, takut bahu kiri terlari dari kaabah. Jaga2 lebih n jaga wudhu. Masa saie rasa lega sikit sbb xder nak bersesak2 lagipun air sembahyang takda pun ok. Lega sangat bila dah selesai. Kami tahalul tepi laluan saie. Jemaah lelaki gondol later atau keesokan hari.
Bila balik hotel mak n abg dah ada. Dua2 dah tahalul. Lega rasanya.

Dari hotel Safwa Royal Orchid ke masjid biasanya kami masuk pintu 89 atau 90. Banyak bertanya dengan ustaz supaya x sesat sbb selok belok Masjidil Haram ni challenge sikit sbb dia byk floor and ada kawasan tgh renovate. Perjalanan pertama ke dalam masa umrah wajib via perjalan kaki sedangkan utk ibadah seterusnya me and abg akan bawa mak melalui any wheelchair lane. jadi mata, memory semua kena alert. Kawasan nampak lebih kurang sama. Dahla kita ni memory low tapi mmg berdoa saja agar tuhan mudahkan n tunjukkan jalan. Solat taubat banyak2 esp setiap kali diuji. Nak bawa mak guna wheelchair pun challenge walaupun 50m sbb laluan berbukit. Ada kawasan terlalu curam condongnya bila turun akan mengundur, bila naik kena guna kederat lebih. Sometime ada jemaah akan tlg tolak sbb bila bersesak laluan seakan berhenti dlm keadaan curam gear n break guna tangan n kaki kita, agak mencabar la nak make sure mak tak mengundur ke belakang. Biasanya bila selesai solat, kami akan stay sekejap tunggu laluan sedikit lengang.

My 1st umah and akhir umrah I did it manually. First with group and mutawif and last did it manual and alone. Utk mak and abg 1st naik wheelchair bayar Indon utk tolak so in between sbb bawa mak and abg we did it together via skuter. Since ada dikalangan jemaah nak juga naik skuter, so ustaz pun nak join sama n akan show the route. Kami kena masuk melalui pintu 16 bawa wheelchair naik escalator. Tiada lift ya. Sedih,,,,,tapi xper ustaz bawa jemaah lain berwheelchair I bring mak yg kecil molek. Turun n naik escalator la kami handle wheelchair. bakperla kerajaan Arab Saudi x buat lift.
Ok harga utk upah Indon tolak wheelchair utk both tawaf and saie ialah SAR300 seorang. Harga untuk naik skuter tawaf SAR50 and saie SAR50. Total satu kepala naik skuter SAR100 both tawaf n saie. So nak pilih mana?? Upah orang tolak wheelchair or naik skuter press sandiri n rempit?

Macam kami umrah pertama adalah umrah wajib and  disbbkan I want to feel how to do manual tawaf n saie bersama group, so upahkan Indon tolak wheelchair utk mak and abang. 1st time kut, nak learn buat umrah n nak tahu laluan from hotel ke kaabah n ke safwa-marwa wajibla berguru. Kalau tolak mak naik kerusi roda I will missed this pula sbb laluan dia lain. Lagipun kita pun x sure laluan wheelchair camna sbb mutawif bersama Jemaah di bawah. Nama pun umrah wajib, niat hati biarla ada yg bombing me juga abg n mak.

The next umrah kita sama2 berskuter. Mutawif pun sama2 follow jadi ada lagi pembimbing. Then lepas tu dah tahula camna laluan nak pi skuter camna laluan nak umrah manual di bawah. Before balik Malaysia, I did my own umrah both tawaf n saie secara manual (masa ni abg n mak tak follow- bagi dia org rest cukupla dia org dapat 3 kali umrah hopefully tuhan terima, tapi I still tamak sbb tak tahu bila lagi ada peluang ke sana - Jaga niat). Utk abg umrah ke2 niatkan utk arwah ayah.
Ni ler rupa skuter utk tawaf atau saie..dah kenapa tido...best sgt naik skuter….


Mula2 nak pergi balik masjid n hotel agak confuse gak sbb bawah hotel adalah shop lot yg bertingkat2. Tapi bila dah berulang lama-lama familiar n senang sikit. Kena tahu jalan pergi n balik n cari facility sekitar like dobi, farmasi n ATM because luka mak x tentu. If darah sikit pun or nanah sikit terkena baju nak kena basuh. Org yg normal lain maybe blh reuse saja baju sbb tak peluh sangat masa tu cuaca pun sejuk, tapi luka mak kdg ada nanah walau sikit. Luka mak tak berbau, tak sakit sangat n tak berdarah langsung hingga la selesai umrah wajib. Lepas settle 1st umrah the next day ada sikit darah keluar, lepas tekap dengan kapas few times dia stop bleeding. Since di Madinah we all dah start usha2 kedai farmasi. Walaupun pak Arab sini biasanya reti BM, sometime nak explain apa yg kita hendak nie tak tercapai gak...guna bahasa Ingeris both pun x power tapi dptla tangkap apa kita cakap n dia punya feedback. Barangan dia lebih mahal compare to Msia. But sometime ada item dressing mak kena top up so still kena beli. So siapa bawak pesakit besama ketika umrah/haji sila la bawa dari Msia byk2. Lebihkan sikit supaya kita tak risau kalau2 tak cukup. Concentrate jekla ibadah takyah pk soal lain.

Allhamdulillah juga nak jaga wudhu di Madinah n Mekah senang. Kami bawa botol spray anywhere kalau terkentut just spray. Kalau nak kencing better dekat hotel n Allhamdulillah so far x perlu nak balik hotel untuk itu sbb mak hanya pi toilet bila dah balik hotel. Ada sekali I go to Masjidil Haram punya toilet. masa tu buat umrah terakhir sorang2 secara manual. Lepas tawaf settle tunggu nak solat Asar duduk dlm saf pegang quran terbatuk2. Indian young girl offer me air zam zam leganya....
bila terbatuk2 lagi rasa dah memang batal la ni. Terus letak quran and cari toilet. Agak jauh juga toilet dia luckily x bawa mak masa nie. Dah pesan kat abg bawa mak solat ke surau hotel sbb I did my umrah alone masa tu. Jauh tu xder la sangat tapi kena turun naik tangga. Saf solat kita sam level dengan kaabah di bawah. So kena keluar naik tangga bila jumpa toilet kena turun semula.
    So kepada sesiapa yg bawa jemaah berkerusi roda, pastikan sebelum pergi masjid dah qada hajat siap2. If hotel berdekatan better balik ke hotel utk buang air. If jauh juga sebenarnya both Masjid Nabawi and Masijidl Haram ofcourse ada toilet. Cuma kena turun ke bawah jadi challenge sikit nak bawa jemaah yg berkerusi roda. Kalau jemaah tu boleh jalan dlm distance yang dekat Okla boleh turun tangga sekejap but what if kalua jemaah tu mmgx larat nak turun tangga? Satu lagi kena ada someone tolong jaga wheelchair. Kalau pergi ramai okla kalau pergi like me hanya ada abang n saf lelaki n perempuan terpisah siapa nak jaga wheelchair? Sebab tu semoleknya jaga air sembahyang n doala banyak2. InshaAllah dipermudahkan. Setakat batal sbb buang angin bolehla pakai spray which I did the same utk mak. Tapi kalau nak buang air payah sikit la.

I chit chat will Algerian girl yg sama2 nak ke toilet n sama2 xtau jalan. She came there with uncle as mahram. Dia kata bahasa utama Algeria Arab and BI ke 3. Cantik orangnya.

I notice most people dermakan duit pada pekerja dlm masjid, bila turun ke toilet I think yang dalam toilet ni lagi deserve. Kerjanya leceh bersihkan toilet tapi mulia kut. Moga rezeki mereka murah n dapat pahala byk.

Biasa if kita keluar saf dah nak dekat masuk waktu memang susah nak masuk balik sebab jemaah datang nak masuk waktu terlalu ramai. Pantang ada tempat kosong mmg akan diisi. Jadi pandai2-la pusing cari port utk solat jemaah. kalau dtg sorang2 okla blh selit2. kalau bawak mak berwheelchair lambat mmg xleh masuk dlm masjid. Better solat luo jekla sambil hidup udara segar.

On that day masa buat umrah manual terakhir sorang2, selesai solat asar, I just go to Safa n lakukan saie Safa-Marwa manual sorang2 juga. No need to hurry just enjoy the moment bcos masa tu umrah yg terakhir for me and esoknya kami akan balik Msia and akan buat tawaf wada saja - tawaf selamat tinggal. So i just nikmati the moment masa Saie nie sorang-sorang sambil melihat gelagat jemaah lain. Jemaah dari Indonesia biasanya berkumpulan n bacaannya sangat kuat. Settle Saie terus tahalul and balik bilik dengan perasan yang lega. Mak and abg sedang berehat n we prepare for Maghrib and Isya pula. Both Mekah n Madina bila waktu Maghrib and Madina we all x kan balik bilik sbb waktu amat close.
The rest waktu in between kami akan balik bilik sbb mak perlu baring utk kurangkan bengkak kaki sbb byk duduk di wheelchair atau byk duduk atas bas bila ada program ziarah atau berniat utk miqat.

Ada satu incident di Mekah mak cakap dia sakit bawah lutut n takleh urinate. Alamak takkan mak kena kencing kotor. Macam nak call mutawif tapi tak nak susahkan orang. Maybe punca dia mak tahan kencing or kurang minum air sbb nak jaga wudhu. Mlm tu minta mak minum air lebih, urut kaki mak n tampal koyok kat tempat yg sakit. bila mak dah tidur, me and abg go to farmasi utk cari ubat. Farmasi ckp that urinate case dia xleh bagi prescription. Dia advice utk pergi ke klinik/hospital and get the right treatment. Cuak weiiiii, we notice bawah hotel mmg ada Ajyad Emergency Hospital n rawatan percuma tapi takut nak pergi. Doa n solat taubat terus. Esoknya mak ckp dah blh urinate mcm biasa n dah tak sakit kaki. Leganya ya Allah. aktiviti diteruskan between ziarah, miqat utk umrah dan solat di masjid. Ada masa kami x sempat ke masjid akan solat di surau masjid and still follow imam dari Masjidil Haram sbb speaker masjid mmg dpt terus ke surau hotel. Dari surau hotel Jemaah lelaki dptla tgk masjid, dari surau ladies x nampak.

Seronok sangat dapat laksanakan umrah tapi kadang ada terselit rasa hati kalau la boleh bawa suami n anak2 sekali. InshaAllah if ada rezeki satu hari nanti nak pergi lagi. Tak puas rasanya…..

Dekat hotel Safwa semua easy access. Dobi, hospital, money changer, foodcourt  and shopping semua dlm satu bangunan cuma different floor saja. Semua service tu I did try except hospital. Sbb takut warded camna nak buat ibadah. Doa jekla byk2 tak mau ke sana. Compare to Concorde di Madina xder foodcourt besar sbb hotel dia mmg kat bawah cuma bangunan dia attached with kedai2 kiri kanan. Dobi kena jalan ke bangunan lain n farmasi berdekatan ada di depan masjid.

Ada sekali semasa di Mekah, nak withdraw duit dari bank bila buat tak keluar pula duit- Make sure u all dah enable/activate oversea transaction your ATM card masa di Malaysia la. Or else boleh check n buat online to enable it. Janji ada internet. Google jap and found out, kena cari ArRajhi ATM if nak keluarkan duit dari RM. Rupanya ATM tu ada dlm shopping bangunan jam besar which is bersebelahan dengan Hotel Safwa. So pergila ke shopping mall tu dlm hotel Zamzam tower atau Abraj Albayt. Shopping dia mmg besar terus tanya pak Arab situ mana ATM-malas nak jalan sana sini sbb nak guna tenaga utk ziarah,  umrah and ibadat. Allhamdulillah senang jek rupanya nampak AlRajhi ATM terus tgk menu ada BM...hahah excited sekejap rasa mcm kat tanahair sendiri. Duit yang keluar terus dah dlm SAR. Memang senang rupanya.

Dobi di Madinah n Mekah both mahal sikit ya sbb dia iron siap2 n gantung molek with hanger. Rasa xder option utk sekadar cuci. Buat apala nak iron2 n gantung bagai. Tapi nak buat mcm mana mmg tula service dia. Terasa mcm org ado2. Tapi bila bayo telan air liur. I sent dobi sekali di Madinah kena dlm SAR60+. Di Mekah rasa 2 kali hantar. Sekali SAR120+ -masa ni luka mak ada bleeding skit esp lps umrah wajib. Sekali lagi hantar around SAR70 rasanya. Ofcourse la bukan baju mak sorang. Dah alang2 hantar dobi, hantarjekla baju kotor lain.

Utk enable phone roaming, dkt flight mcm MAS dia ada bagi simcard bolehla change tp amount coverage dia x besar rasanya. Abg amik n the next day di Madinah dah habis. Bawah hotel biasanya ada booth utk beli simcard. I just use hotel WIFI tapi konsep ni limited la, esp masa kat masjid xder line la. Takperla pi masjid nak ibadah kut. Hahahah poyo padahal nak jimat.

Masa di Mekah tetiba dpt msg frm celom to enable roaming turn on jekla so xyah tuko simcard. Then boleh la berkomunikasi dengan family di Msia.


Room dalam Safwa hotel. 

Dkt nak akhir2 cuaca dah start panas



Ada juga sekali incident awal2 di Mekah maybe my muscle2  ini terkejut menolak kerusi roda mak dlm kaw berbukit, tetiba rasa sakit belakang yg amat sangat. Sakit yang apabila kita gerak sikit macam rasa nak patah tulang belakang atau ala2 terkehel. Before that ada jumpa jemaah mak-anak (anak lelakinya tolak wheelchair mak). Mak dia terpaksa jalan slow walau sebenarnya dia berwheelchair sbb anaknya sakit belakang tak larat nak tolak wheel chair. Masa tu x sure camna rasanya sian gak kat dia org, siap inform depan bilik kita ada wheelchair hotel. Makcik tu explain dia mmg ada wheelchair tapi anaknya sakit belakang sbb tolak dia. Ada lintasan hati ni rasa kesian-niat mmg kena jaga ya di tanah haram. Sebenarnya kesian kat both mak n anak. Kesian kat mak sbb jalan slow..kesian kat anak sbb sure dia rasa bersalah sbb tak dpt tolak mak dia. Masih ada persaan bersyukur dapat tolak mak sendiri. X surela tindakan itu menyebabkan si anak laki makcik tu terasa ke..atau mmg tuhan nak uji kita. Kita plak rasa sakit malam tu. Tuhan uji n bagi juga rasa sakit tu dkt diri ini-perghhhh. Abg pun OKU kalau dia sorang tolak pun x larat sbb jalan x sama level. Lagipun dia x sure sgt jln till few times pi balik solat. Nasib baik rasa sakit tu waktu mlm lps isya. Tolak mak naik lauan berbukit lagi terasa, tunduk or salah angle jek sakitnya...mcm nak patah pinggang. Seriau la juga sbb hari banyak lagi..surela nak buat ibadah lagi. Lps mkn malam masuk bilik, I put salonpas yang tiger brand dekat belakang badan, telan panadol n tido awal berdoa moga tuhan hilangkan rasa sakit nie. Allhamdulillah esoknya ok dapat teruskan aktiviti mcm biasa. Syukur Ya Allah. Tak kata apa pun sekadar bertanya n offer kerusi roda  with niat nak tlg, tapi maybe indirect ada perasaan riak blh tolak wheelchair mak sendiri ke yg kita tak tersengaja  terus balasannya…..apalagi agaknya kalau kita buat jahat ya.....Astaghfirullah…….ampunkan dosaku ya Allah

Lesson learn utk bawa Jemaah berkerusi roda esp di Mekah saja sbb Madinah jalannya rata. Di Madinah sikit saja laluan condong utk naik masa nak masuk masjid. Di Mekah ada macam2 hotel n macam laluan and level dia x sama. So nak pergi n balik masjid kita akan tempuhi lantai yg rata n also berbukit. Beruntung utk yg pergi ramai boleh take turn tolak but what if mcm kami hanya ber3. Mak x berat sbb kecil sizenya tapi disebabkan laluan dia x rata kena ada effort lebih utk tolak. Sometime masa perjalanan tu turun, disebabkan curam we will reverse ...bawa secara gostan. So sakit kat belakang or tgn or kaki possibility tu tinggi. Silala bawa siap plaster salonpas tu.. Sedap lepas ditampal. Panadol pun kena ada bila rasa sakit telan la before tidur. Doa banyak2 InshaAllah OK.

Ada antara jemaah kami merekah kulit kaki esp lelaki la sebab lelaki x boleh berstokin, sampai berdarah pun ya. Masing-masing diuji dengan cara berlainan hanya rezeki saja yg tentukan  antara kami akan teruskan umrah or ibadah lain. Byk cara nak cari pahala yang penting jaga niat. Kering bibir tu biasa sbb udara sana sejuk berangin tapi kering. Yg ni kena minum air n pakai lip gloss. Kulit muka pun rasa kering berkerak kena pakai moisturizer and UV protection.

Perjalanan balik ke Msia letih menunggu flight dari ptg sampai malam. Masa tu dah bungkus luka mak tebal2 n letak serbuk arang banyak-banyak utk elak bau, Risaukan kaki mak bengkak sebab duduk lama menunggu satu hal n atas flight saja 8 jam. Allhamdulillah sepanjang di Madinah n Mekah mak tak batuk or selsema. Maybe sbb dah dpt kanser, tuhan jaga yg lain-lain kecuali masalah urinate awal di Mekah tu la. The rest mak OK. Me and abg saja batuk n selsema. My batuk mmg dah start since di Msia and sambung jek di sana. Abg Ajip pula demam on last day di Mekah. Nampak sangat dia tak bermaya n tak makan.

4 jam sebelum mendarat abg sakit perut. Luckily ada jemaah doktor suami isteri. Mereka access sakit abg n lepas bagi ubat gastric based on sakit perut n tak makan, abg takleh nafas. Steward and stewardess ready tank oksigen. Abg bernafas melalui tank and ditransfer ke business class bersama jemaah doktor yang merawatnya. Habis kami disoalsiasat sejak bila dia demam n ada tak pergi ke ladang unta sbb suspect Ms-Cov.
Sampai di KLIA, paramedic masuk n terus soal siasat lagi. Abg straight ke klinic KLIA and di bawa ambulan ke Hospital Putrajaya. We all balik rumah and when we visited him at hospital later dia dah di"isolate" sbb suspect Ms-Cov.
Lepas beberapa hari dapat result -ve Ms-Cov abg discharge from ICU and in the end  he needs to take insulin utk diabetic. Dugaan tapi life must go on. Selang beberapa hari tetiba mak pula batuk, demam n bleeding terpancut from her breast. Mak warded at Sg Buloh Hospital and again suspect Ms-Cov kena isolate juga. Me still batuk2 non stop pi clinic and based on  Xray result  ada sikit bronchitis. MC, rest and jaga mak di ward bila dia dah dpt result -ve Ms-Cov.

Ni pengalaman pertama mak warded. Sian kena cucuk kiri kanan pakai pampers. Teringat arwah ayah, cuma mak kecik sikit n bila nak tuko pampers senang sikit sbb masih boleh angkat punggung sendiri.

 Mak discharge few days later and dpt more bekalan ubat esp vitamin. Pengalaman yang indah sepanjang umrah. Urusan mak mmg dipermudahkan n kami diuji bila dah selesai n berada di tanahair sendiri. Tu dah cukup bagus la daripada di uji di sana.

Life back to normal in between kerja n tgk2 mak. Luka mak hampir 90% dah terbuka. Bila dressing we need 2 sheet of Parafin gauze utk cover luka mak dari melekat. Doktor bedah ada plan nak potong tapi again dia x confident takut bleeding non stop and advice us to meet again for next appointment.

Overall trip ini sangat best sbb group kami pun semuanya sporting and very supportive. Semua tolong menolong antara satu sama lain. Ustaz pula sangatla ramah tamah kelako and energetic. Mmg perlu fit bila nak buat aktivit and ibadah di sini. Solute utk para jemaah haji yang dah berumur sbb hotel dia org lagi jauh n aktiviti haji lebih padat compare to umrah.
Demi Allah sangat indah pengalaman umrah ini. Advise every muslim shld go, tak kisahla melalui travel agency manapun yang penting niat. Terima kasih Allah atas pengalaman ini. Will repeat again InshaAllah jika ada rezeki tak kirala umrah or Haji.


 




Flight

2 tahun lepas mak dapat offer menunaikan haji, tetapi disebabkan peneman mak (me) tak lepas umur,  hajat tak tercapai. Bakal haji lebih 80 tahun mesti membawa peneman berumur lebih 46 tahun untuk wanita dan peneman lelaki untuk bakal haji lelaki mesti membawa peneman berumur lebih 18 tahun ya. Setiap solat mesti haji atau umrah ada dalam wish list kami. Doa, doa dan terus berdoa.

Disebabkan sakit kanser mak ni tiada usaha lain boleh dilakukan selain menelan pil yang disediakan, doktor ada juga memesan jaga mak elok-elok dan tunaikan apa saja permintaannya.
Andaikata miracle happen kansernya pulih tapi faktor usia boleh menyebabkan kesihatan mak merosot, walau kita tau ajal maut sihat sakit semua tu kerja tuhan. Entah-entah kami yang lebih muda pergi dulu. Selang seli waktu bergurau kami anak beranak biasa akan tanya mak nak makan apa? Mak teringin nak pergi mana? Mak nak apa?
Tak banyak permintaan mak, biasanya dia ikut kami saja, tapi kadang ada juga specific permintaan like, nak makan mee bandung atau mee goreng, atau ayam, atau burger atau nak pi mekah.

We are not coming from rich family, jadi kapal terbang tu suatu yang asing bagi kami, Walaupun dah kahwin and ada anak, hanya suami saja yg pernah naik flight n merasa both economy and business class. Untungla.......

My wish list and dream in life kalau ada rezeki ialah, 1st flight ku menuju ke rumah Allah (Baitullah). Doaku spesifik tapi tak tahu bila. Kalau boleh nak bawa satu family termasuk anak-anak. But before that, cuti sekolah akhir 2018 yang lalu, anak-anak bising sebab plan tak kemana. Kebetulan I took my "Mandatory Block Leave" seminggu. Since plan kami biasanya menjadi bila adhoc, me and the kids google untuk melancong.

When we both married, honeymoon kami di Langkawi, gigih drive dari Subang Jaya ke jetty Kuah. This time around with short notice takkan nak ke Langkawi drive. Kami usha flight ticket ke Langkawi- plan asal me, my mom and the kids, bila call husband dari office he agreed to follow. Yessss

We went there for few days menaiki pesawat Malindo Air. Inilah pengalaman pertama kami menaiki kapal terbang. Ala-ala jakun pun ada cuma tak tunjuk saja. Tetiba terpk ala whish list 1st flightkan nak ke haji/umrah. Then postif kata takpe that one is filght to oversea. Ni kira latihan dulu especially for mak yang tak sihat.

Allhamdulillah flight pergi balik mak ok. Dia suka n katanya tak sangka naik flight senyap jek tak rasa apa2. Last ke Langkawi 2002 when both me and husb just married and 2018 we come again. Banyak perubahan esp dari segi bangunan n jalan. Me and the kids banyak buat aktiviti luo (go to sky bridge and island hoping) but husband and mak byk stay hotel.
We all adventurous so kena join, rugi melancong if we did not explore the place.

Back to the main topic, kanser mak makin terbuka lukanya which makes us not sure is it getting better or worse. Last appointment with dr in March I asked the doctor, can I bring her to umrah because that is her wish list. Doctor asked mak few questions and she responded. Doctor said, yes she can responded well better you go now, jangan tunggu dah lemah. Yeay greenlight dah dapt.

I can't go there just the two of us because my age still below 46. I need to bring my mahram. Plan asal nak bawa Along sama to look after my mum waktu cuti sekolah March 2019, tetapi disebabkan time is constraint kita tak nak tunggu lama Along tak dapat join umrah sebab exam. Dilema nak bawa mahram either husband or my brother. Dilema juga nak cari travel agency yang bersesuaian. I did Istiharoh few times and in the end we decided to choose Al Quds Bangi and my brother as my mahram. So husband boleh jaga anak while me away for umrah.

Doa n terus berdoa agar perjalanan kami pergi n balik dipermudahkan. Macam-macam perasaan ada sebab takut luka mak berbau, bleeding or anything. Kami pilih ke Madinah dulu baru mekah and package hotel 50m sbb mak berkerusi roda. Allhamdulillah support dari keluarga, saudara mara n rakan-rakan sekerja impian kami terlaksana. My wishlist juga comes true. My1st flight to oversea is Baitullah. Allhamdulillah........

Will story on Umrah trip in the next post