Friday, September 16, 2016

cuti hari raya haji 2016

Cuti terpanjang buat tahun ini yeayyy. Kebetulan cuti kali ni bersamaan dengan cuti raya haji, cuti sekolah dan bersambung dengan cuti hari Malaysia, jadi hanya perlu apply 3 hari annual leave terus dapat seminggu cuti. Yang paling best kawan satu office ayah kahwin di Kota Bharu pada raya ke 3. So alang-alang balik Krai, kami plan bermalam di KB untuk attend wedding n also jalan-jalan di KB.

First time in my life beraya di rumah MIL memasak masakan jawa iaitu kuah lodeh. Typical Kelantanese biasanya akan makan ketupat or nasi impit with kuah kacang yang manis. Mula agak was-was nak masak, tapi sebab husband sendiri bagi green light n one of my SIL pun dah pernah makan lontong sebelum ni n dia ok dengan masakan luar, so apalagi kita pun sinsing lengan la....lauk tambahan lain ialah ayam masak merah.

Disebabkan tiada kuih raya disediakan, so pencuci mulut kita masak kek batik dua loyang.
My SIL masak kuah kacang n lengkong or agar-agar santan. Okla tambahan untuk hidangan raya. MIL upah jiran untuk buat tapai pulut n another SIL bawa kek gula hangus n  few kerepek as kudapan. So lengkaplah atas meja we all di hari raya haji. After solat raya haji kaum lelaki sibuk lapah daging korban.

3hari 2 malam di KB kami stay di Guest House Kota Bharu yang strategik dan selesa. Jalan kaki ke Pasar Khadijah memang dekat.

kami sewa satu bilik yang muat 5 beranak.  Disediakan toto tambahan if katil x cukup.

Sempat juga singgah di Pengkalan Kubor untuk membeli mangkuk correle idamanku. We all sampai di sana gate dah tutup kastam x allow kereta go through tapi dia advise utk parking kereta n jalan kaki. Another few minutes kedai nak tutup means near to 6pm kami pun berpecah. The kids n ayah cari coklat n me alone cari mangkuk idamanku si corelle. Yeay dpt yg latest design setakat 3 mangkuk.

Okla kumpul pelan-pelan. Rumah pun kecil tak de tempat nak letak. Few years back masa zaman along kecil pernahla pergi ke Rantau Panjang. At that time dpt beli periuk kukus cap buaya pun dah kira best. N now the periuk dah berada di Muo kasi dekat mak.  This year first time dapat bawak anak ber3 pi ke kawasan bebas cukai tapi sayangnya x cukup masa nak survey. Anak-anak memang dah lama ajak ke Langkawi nak rembat coklat esp Daim, dapat  beli dekat sini pun dah macam orang tak betul....pelik dia org ayah sporting beli jajan banyak-banyak. Bersyukurla anak-anak. Ada rezeki lagi kita jalan-jalan ya.

Sempat juga makan nasi bungkus air dingin yg pure n segar di sini dibeli khas oleh mak saudara hubby di Tumpat. Kalau kat PJ dijual dlm RM5, di KB setakat RM2.20. Pendek kata kalau jalan di KB takkan lapar la. Ramai peniaga menjual makanan dari  sarapan pagi sampaila ke malam. Memang dia org suka berniaga so siapa pandai n rajin boleh survive.
Last day at KB we all jalan kaki ke kawasan bandar cari sarapan n ambil gambar di sepanjang mural yang dilukis indah.








Then si ayah dpt rembat 2 kurta at RM70. Before raya haji sempat belikan utk Arif size budak darjah 2 sehelai at Rm69. Dekat KB si ayah blh dpt 2 pasang at the same price....ohhh my. Sempat juga rembat jubah batik size xxl utk Along sehelai. Macam nak beli for me tapi sayang pula duit sehelai at RM180+ baik beli emas....(tak jadi beli gak-dok survey saja). Tapi takut nyesal or terkilan belila blouse batik for me sehelai n angah sehelai. Jadila buat kenang-kenangan. Arif dapat topi askar n pistol lastik getah yg unix. Okla everybody puas hati.
We will going back malam Sabtu cos we will attend another wedding on Saturday at KL. My officemate punya turn pula. MIL sibuk packing lempuk durian utk kami bawa as ole-ole.

Cut
Seminggu rasa tak cukup gak sebab tak puas. Di Pengkalan Kubor terserempak dengan ex officemate yang dah bersara....jeles tengok dia jalan sana sini...nila dia ...bila sekolah rasa nak kerja. Bila kerja rasa nak berhenti....manusia tak pernah puas...... YaAllah cukupkan lah bagi kami....amiiinnnn.

Nak selit gambar raya Aidilfitri 2016..aci tak?



quarterly update

Penyakit postpone dah dtg balik. Setiap kali nak post cerita mesti onhold end up terus lupa or tak jadi. Dah mcm quarterly update je ni. Blog as part of kids journal plan asalnya. Satu hari nanti bila flash back akan menjadi kenangan terindah buat semua. Tapi bila dah jarang update ni n tetiba ada masa nak update tapi dah lupa sequence susah la pula. Ok takpe i'll update apa yang ingat n apa yang boleh. Last month all pictures dalam handphone dah terdelete. All and without warning n tak sempat nak transfer to any other medium like pc ke thumbdrive ke...hard disk ke..... Masa tu baru terfikir apsal lah tak update blog n upload more pictures.
Ok let me try my best.....
Bermula dengan kenangan terindah raya 2016. Turn Muo dulu baru Krai. Tak lama dekat each kg sbb kena bahagi dua. Jadila dari tak ada.

Salah satu aim ibu utk cungkil kelebihan or trigger the kids to show their talent or maybe can switch cara dia org utk lebih minat dalam pencarian ilmu atau pembelajaran or paling tidak memenuhi aktiviti cuti cara bermanafaat is masuk kelas memanah. Hanya Angah dan Arif yang join. Along punya favorite activity buat masa ni is yg mana related to food and bed sahaja.....hehhehe along ibu cabar along.
Kelas memanah mulanya seminggu sekali tapi now depends pada guru yang mengajar. Some time kelas utk Angah n Arif dibuat sekali dengan kem memanah... sometime kelas terus cancel. Is ok janji anak ibu enjoy....

Last month bday Arif n si ayah. Indulgence secret recipe tetap menjadi pujaan hatinya. Kita beli kek on 31 August sbb nak tunggu holiday. On the same day before beli kek kita pakat naik lrt utk ke dataran celebrate merdeka sbb nak tgk merdeka parade.

Disebabkan Arif suka sangat dengan kerjaya seperti polis, bomba dan askar. So perbarisan merdeka ni memang sesuai untuk dia. Jentera berat dan uniform askar yang tak pernah nampak menjadi perhatian orang ramai. Happy merdeka day Malaysia...semoga Malaysia terus aman dan maju.