Ayah memilih sunat jenis alisclamp. Dia dapat advice from his friend kerana katanya mudah dari segi penjagaan. Sunat jenis clamp ada 2, samada alisclamp atau smartclamp. Tak tau sangat perbezaannya tapi yang penting dua-dua kena clamp or ada alat akan di masukkan dalam anu lepas kulit keliling di gunting.
Beberapa hari sebelum sunat Arif makan puas-puas. Takut terliur orang makan sedap lepas sunat. Tarikh sunat 5 Dec 2016, iaitu hari Isnin. Ibu plan cuti seminggu untuk menjaga Arif pantang dan memasak masakan yang bersesuaian. Sampai sahaja klinik nurse suruh tukar kain then siap-siap kencing. Ibu bawakan towel kecil untuk digigit. Doktor ajak borak semua tak layan, baru nak bius dah nangis cakap tak nak sunat. Hahahaha too late Arif. Dia pegang tangan ibu tak mau lepas. Kena inject 2 kali pun menjerit lagi. Then doktor pegang tanya sakit tak? Dia kata sakit. Dr sentuh dan tak usik or tekan dia still kata sakit. Dr terus cakap tipu. Hahahah Arif-Arif...kelakarla. Si ayah duk jauh...takut darah.
Bila dah clamp doktor advice untuk makan ubat and datang next Sunday untuk buka clamp. Keluarla anak bujang ibu kesedihan kena pantang
Dalam kereta dia ngadu sakit then sampai rumah ayah dukung. Paling sedih dan x sanggup ibu hadapi ialah first time kencing. Dia punya takut sanggup tahan lama sangat nak keluarkan air kencing pertama lepas sunat. Dia sentiasa perlukan ibu n genggam jari ibu tahan sakit sampai menggigil. Sedih ibu tapi sambil tu kena bagi semangat cium dak botak ni serta minta tuhan kurangkan sakit or pindah jekla bagi kat ibu. Lepas kencing tak boleh nak jalan so ibu dukung la hantar atas tilam. Fobia nak kencing berlarutan tapi lepas tu sakit hanya selepas dah kencing. Maybe sbb bird dia menegang n berada dalam sarung clamp.
Makan no issue sebab sedap katanya. Tapi nak makan ubat yang menjadi isu. Ubat tahan sakit sedap perisa oren so eksyen jekla dia telan. Ubat antibiotik yang berperang nak bagi. Lepas makan ubat mesti kena selit koko crunch atau air manis atau buah. Nak hilang rasa pahit katanya. Sukatan ubat pun makin kurang dari yang disyorkan. Bagi jekla dari x makan langsung.
sup ikan merah |
Arif aware a week later kena jumpa doktor untuk buka clamp. Banyak kalila tgk video youtube n takutla pula dia. Pujuk jekla takkan nak dikepit burungnya lama-lama dik oiii. On the day nak pi klinik ayah offer nak dukung Arif. Ibu confident adik boleh jalan, tapi halfway turun tangga adik ngadu pening n nak muntah. Naluri ibu macam biasa terusla dukung anak bujangnya ini. Sampai tangga terakhir ibu terlangkah n skip satu anak tangga. Terpeleot dan terus terduduk tapi sempat lepaskan arif atas lantai...sakit tak Arif sambil tangan ni pegang kaki kiri sendiri yang teramat sakit. Berpeluh menahannya tak boleh nak gambarkan kesakitan itu. Pernah jek terseliuh sebelum ni tapi tak sesakit seprti kali ini. Mintak Angah panggil ayah angkat adik masuk kereta. Terhenjut-henjut juga tahan sakit dan teruskan pi klinik excited nak buka clamp.
|
Kaki sakit ni sambil jalan slow sangat. Berdebar tengok adik dah start nak nangis. Padahal doktor guna nail klepper buka clamp yang macam penutup botol tu jek. Orang kata sunat clamp sakit 2 kali compare to sunat laser. Sekali masa sunat dan yang kedua masa buka clamp. Tapi rasanya bergantung macam mana nak buka clamp. Akan merasa sakit apabila doktor cuba buka sarung yang dah diselaputi kulit iaitu selepas clamp dibuka. Rupanya sarung plastik yang salut bird masih dibiarkan tergantung. Doktor kata biarla ia jatuh sendiri bila luka kering. Yang sakit bila force nak buka sarung ni. Maybe tak sesuai untuk Arif berdasarkan reaksinya yang over. Asyikla nak nangis n menjerit. Doktor advice banyakkan berendam n stop sapu gamat. Just guna baby oil untuk cepatkan penanggalan sarung plastik yang cover bird Arif.
Ok settle masalah Arif marila ke klinik untuk check kaki ibu. Sampai jek klinik buka stokin...Ya Allah bengkak gila kaki. Doktor suspect terseliuh biasa n advice kalau masih bengkak n sakit datang jumpa untuk dapatkan rawatan lanjut ke hospital or orthopedics. Kebetulan Isnin dan Selasa cuti so berehatla di rumah orang sakit menjaga orang sakit. Masa tu teringat doa ibu masa adik sakit pindahkanla sakit anak ibu ni ke ibu. Haaa dapat dahla..hehhehe joke aside.. Along n Angah byk membantu jaga ibu dan Arif. Hari ke 3 ibu masih rasa sakit, bengkak dan lebam pun masih ada. Pi ke klinik terus dr buat reference letter ke KJMC. Makin besar pula KJMC semenjak dah byk drama berlakon di sini.
Masuk jek jumpa ortho dia terus ckp based on lebam dan pendarahan berdasarkan mata kasar memang ada patah ni tapi takpe kita xray untuk dapatkan kepastian. Relaks jek doktor tu explain n very soft spoken. Result xray doktor tunjuk dan confirm memang ada tulang kecil sambung ke jari kelingking patah. Tak citer banyak doktor kata nak pakaikan kasut khas. Dia basahkan kertas mcm kain terus dibentuk dan dibungkus ke kaki. Then dalam berapa saat kasut ajaib tu terus keras. Macam simen la. Doktor bagi mc 2 minggu. So ibu manafaatkan cuti sakit ni untuk sama-sama menjaga pantang Arif bersunat. Dengan bantuan 2 anak saudara dari kampung dapatla ringankan kerja ibu yang handicapped
Berbalik pada luka sunat Arif, sarung plastik masih tak tanggal walau dah hari ke 8. Risau pula. Si ayah call klinik n mintak advice. Set appointment untuk berjumpa dengan doktor keesokan harinya. Sebenarnya Arif ada permintaan bila dia dah recover. Kebetulan tuhan kaya bagi hadiah yang bersesuaian untuk lucky draw for company annual dinner ibu attend 2 hari sebelum Arif sunat. Ibu dapat Toysa rus gift voucher at RM 200. Arif plan nak walkie talkie.
The next day jumpa doktor and the nurses semua terkejut tengok ibu dah bertongkat. Some aware ibu memang terhenjut masa buka clamp 8 hari lalu tapi tak sangka patah. Doktor advice luka Arif makin nak kering dan dia boleh tolong nak tanggalkan sarung. Tapi disebabkan drama air mata nak start doktor advice biarla tanggal sendiri. I need more explanation kenapa kulit yang kering atas sarung tu macam nak terkopek. Adakah normal?Doktor cakap ya. Sepatutnya sarung tanggal then kulit mati akan tanggal. Rupanya utk kes Arif, kulit mati akan tanggal sekali dengan sarung. Doktor advice untuk stop sapu baby oil. Biarkan ia kering n rendam lama-lama dalam air supaya kulit kering kembang dan sarung mudah tanggal.
Balik dari klinik Arif tuntut hadiah but ayah masih kerja. We all kena cari shopping yang disable friendly n ada toys rus. Paling sesuai adalah Sunway Pyramid. Berjimba sekejap selagi masa ada sebab ayah akan ambil we all semula bila kerjanya settle. Along n Angah banyak membantu dua orang sakit ni. Hadiah dicari x jumpa tapi skutter jadi target. Harga mmg cun RM199.95. Peh mmg accurate dengan budget diberi.
sarung yang dah tercabut |