Saturday, February 02, 2013

tidur...

Adik Arif is going to be 5 years this 29 Aug. Tapi dia masih hisap botol susu pada waktu malam nak tidur.
Disebabkan kuat sangat minum chances untuk dia terkencing malam adalah sangat tinggi. So dia masih lagi pakai pampers. Banyak kali ibu ugut nak ambil gambar kasi cikgu dan kawan-kawan tengok. Konon nak motivate dia supaya stop botol n tak payah pakai pampers. Dia tak bagi ambil gambar n nak jugak susu.

Tapi last 2 days ibu berjaya tangkap sesi dia menyiapkan diri untuk tidur n malam tadi siap pesan kat ibu cepatla tangkap gambar adik, adik suka cahaya (flash). Wah ini sudah baik. Ibu nak ambil nak letak sini, nanti adik dah besar, adik baca n adik tengokla perangai adik membuat persiapan diri untuk tidur bersama bantal busuk. Ibu pernah cerita pasal bantal busuknya di sini.

OK sebelah pegang susu sebelah bantal busuk
Tak sabar nak hisap susu nie... sarung bantal masih x ready...kan kene bubuh separuh....


Ok dah landing, mata dah nak lelap
Sila perhatikan ke mana tangan dia pergi..itula reason sarung bantal kene buh separuh...


Tengok betul2..ibu zoom...gentel jgn x gentel

akakaka nie satu lagi sebab.....nyonyot or gigit....akakakaka

Botol susu ibu dah refill siap2, mulut masih nyonyot sarung bantal, memang nyenyak la tu....masa nie ibu akan tutup lampu n blah masuk tidur
Sebenarnya katil n tilam yg Arif tidur dah almost nak masuk 14 years. I bought masa kerja di Shapadu n ofcourse masa tu masih bujang n tak kenal hubby lagi. Memang tahan lama la. MIL masa duduk sini pun tidur atas katil n tilam nie, tapi cadar bunga la.......katil nie jenis yg simple takda skru bagai....slot in ikut aturan dia n besi dia kuat la or the correct word padat kut tu yang tahan lama.

No comments: