Sunday, January 27, 2019

Pendarahan

Atuk mak already stay with us for 3-4 mths. The wound getting bigger. Size bengkak kanser macam biasa tapi luka semakin terbuka. Menjadila kami (ofcourse me and Along) nurse tak bertauliah untuk merawat luka mak.
Along and angah kebetulan sekolah sesi berlainan waktu jadi masing-masing pass button untuk jaga atuk mak during office hour. Moga tuhan balas jasa korang n mudahkan dlm menuntut ilmu dan mudahkan semua urusan. 

We made survey and ask nurse or doctor kelengkapan yang perlu ada utk "dressing" atau mencuci luka mak. Few weeks lepas luka terbuka dia dah start berbau kerana nanah. Bau dia agak kuat menusuk sampai satu bilik ia merebak. Adik Arif banyak kali merajuk sbb bilik dia dah dihijack atuk. In the end kami jadikan bilik ke -empat/stor sbg bilik Arif. Kesian dia terpaksa dipujuk sbb atuk mak perlukan bilik berdekatan toilet. Moga tuhan balas jasa adik n mudahkan urusan adik ya sayang.

Doktor advice selepas mencuci luka  gunakan gauze dressing jenama Paraffin yang berminyak utk elakkan balutan melekat apabila nak buka nanti. Contoh gambar alatan "dressing"- sumber dari google
Contoh dressing set

Contoh gauze berminyak

Gauze jenis ni berminyak dan takkan melekat bila nak tanggalkan

Contoh kapsul arang- perlu ditumbuk utk ditabur


Untuk elakkan bau pula taburkan serbuk arang di atas kain kapas yg terakhir (paling atas) dan telah dibasahkan  supaya melekat arang tadi di atas kapas. Jangan tabur direct atas luka atau kulit nanti susah nak cuci.

Pernah sekali bawa mak ceramah selama 5 jam baru naik bau. Pernah juga cuba berjalan2 dengan balutam lepas 6 jam baru mula bau.
Kalau di rumah memang kami tak balut luka mak. Tapi luka itu akan melekat ke tshirt baju mak beserta dengan bau dia sekali. Hari- hari mak akan salin tshirt dalam 4-5 helai especially bila nak solat. Sebelum mandi, I will wash it separately then only masuk dalam washing machine. Kesian bila tengok luka yang melekat di tshirt mak. Paling-paling pun masa mandi kita nangis sepuas hati, then berdoa dalam lepas solat.

Ada satu kejadian pagi hari sewaktu nak tunaikan solat subuh 2 kali mak ambil air sembahyang tapi x juga solat2. mak duduk atas katil tutup/tadah payudaranya dengan baju. Bila datang dekat nampak setompok darah dibajunya. Bila datang dekat lagi dan perhatikan tangannya yang sedang menutup payudara, tetiba rasa cuak n sebak nampak darah pekat berkumpul. Kelangkabut cari kain tuala kecil untuk bantu mak tadah darah, rupanya mak dah duduk atas darah n ada darah pekat berkumpul atas seluar mak menitik dari payudaranya. Takut, cuak, sedih semua rasa ada. mak diam buat muka sakit n pedih katanya. Darah terkena baju, seluar, selimut kain  cadar, walaupun hari2 memang dah alaskan kain batik atas katil mak. Nasib baik ada pasang mattress protector (dahulunya arwah ayah yang guna di kampung). 

Lepas dapat rawatan di klinik berhampiran baru dapat info luka mak terkena saluran darah. Sebab tu darah x berhenti. Doctor advice everytime do the dressing make sure compress it. Selama nie kita tekan sikit utk keluarkan nanah sahaja n make sure tak kuat untuk elakkan darah keluar non stop. Tapi this time dr advice please do compress the balutan utk elakkan darah mengalir. Nurse ajar bila darah keluar ambil kapas tebal n tekan di tempat keluarnya darah lama2 sampai darah stop. Jangan tekan di kawasan sekeliling n ia akan membuatkan darah lebih banyak keluar atau boleh terpancut. Lepas balut put pita pelekat bit compress juga.
Inilah salah satu kain sempat di snap gambar darah mak.


Kesian mak, kami doakan Allah kurangkan rasa sakit, n hapuskan dosa2 mak disetiap kesakitan yg mak rasa. Doa juga moga tuhan berikan kami kesabaran dan dipermudahkan semua urusan.
Sedang cuba nak tunaikan permintaan mak...InshaAllah jika diizinkanNya.


No comments: