Wednesday, March 06, 2013

tears.....

Lately, kerja banyak giler dekat office, sampai rasa stress n sebolehnya ibu control and tak bawa balik rumah, tapi bila terkenang terbawa2 juga. Mengadap 3 orang anak boleh tersenyum sendiri tapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu.

Suddenly 3 orang anak ibu ni menguji kesabaran ibu. Tengah ajar Adik Arif baca buku, Along datang tanya homework sains. Fine ibu terangkan and request Along utk digest sendiri apa soalan tu nak. (I am so fierce when teaching my kids esp to along, expectation mmg high sbb tak nak suap jek, n sebab tu xleh jadi cikgu). Then datang plak Kak Ngah tanya homework. Suddenly setan dogol mana sampuk, Arif and Along gaduh, then jangkit ke Angah. Sudah la tension, balik rumah kene buat takda apa-apa, tetiba masing-masing buat hal, ingat ibu ni takda perasaan.

Ibu bangun belah macam tu jek masuk bilik terus kunci pintu. Ibu tak tahan I need help. Ibu nak mengadu padaNya yang ibu ni tak kuat mana. Ibu pun ada masalah, ibu pun ada banyak kerja ( tapi tak bawa balik sebab nak spend masa dengan anak-anak), kenapalah anak-anak ibu tak nak faham. Korang tak sayang ibu ke?

Arif was crying outside and informed nak ibu..nak ibu. Ayah datang ketuk pintu n tenangkan adik, cakap ibu solat. Ayah cari kunci n buka pintu. Masa tu ibu tengah berdoa and my tears drop so fast. Adik dan Angah datang n tengok muka ibu, terus lari kat Along bagitau ibu nangis la. eh tetiba tiga orang ni boleh bersatu.  Adik datang peluk ibu n tanya kenapa ibu nangis.

Tuhan berilah aku kekuatan menghadapi dugaan ini. I want to be the best mom for them. Sabar.... istighfar.....

1 comment:

mamaqari said...

sabau ye kak pau...=)