Sapa kenal sabun zaman dulu2 kala? Sabun cap buruh or cap kapak kaler kuning. Mmg boleh diguna utk pelbagai, basuh baju, mandi, syampu n basuh pinggan. Buih dia x banyak tp x la busuk n xla wangi. Cukup2 utk dipakai golongan marhaen mcm kami sekeluarga.
Slowly bila kami adik beradik dah beso, demand skit mintak ayah belikan sabun mandi buku yg wangi skit2. Sabun may ke. Masuk asrama pun bawak sabun buku utk basuh baju ala2 fab ke or sabun buku wangi utk mandi ala2 sabun may.
Bila makin besar lagi n bertukar2 asrama pandai pi shopping sana sini baru nampak perubahan invention of liquid soap ni. Beli la mana yg mampu nak2 bila dah kerja. Jenama setia from bujang till now adalah shokubutsu. Suka brand ni.
Nampak gakla makin byk sabun2 wangi yg makin canggih and makin mahal walau pun dlm bentuk buku. Kedai2 yg jual sabun wangi pun makin byk n pelbagai. Siap terpk boleh plak kedai2 jual brg2 wangian ni survive ya. Kalau dulu kerja nak survive utk tempat tinggal n mkn minum. Skang kerja utk mcm2. N orang boleh buat duit jual brg2 wangi. Kita suka, tp xla la beli. Bukan xder duit langsung nak beli tp rasanya ada lagi benda penting lain boleh beli.
Bila anak2 sendiri dah beso, dia org pun ada own choice. Pernah sekali tanya along lps mandi, pakai sabun apa? Wanginya. Memang dia tunjuk tapi sekadar nak tahu. Dia org mandi kat bathroom lain jadi sekali sekala dok juga tgk2 mcm2 pesen sabun n syampu anak2 dara ni.
Along kerja temp utk isi masa cuti sambil2 cari experience. Gaji 1st xla byk lps kena potong epf. Gaji kedua okla skit utk bdk2 temp kerja nya ni dia ada ckp nak save skit. Simpanla along n spent la skit utk reward diri, cuma jgn boros.
Sekali along belikan ibu cream hadalabo yg ibu mmg ingin2 sangat nak beli lps guna trial kit dia. Sangat wangi n ibu sukaaa
Then dia pi outing ngan adik belikan earbud utk adik n also belikan body bath yg wangi utk ltk kat my bathroom. Yehaaaa merasala juga ibu mandi wangi2 mcm bdk2 now2 kan. Ok kita jimat2 pakai selang seli dgn shokubutsu ibu yg setia..... tq Along moga murah rezeki. Bebila ibu top up touch&go along ya.....