Saturday, December 07, 2019

Cuti2 budget 2019-Hatyai

Cuti sekolah akhir tahun 2019 sebenanya agak pax and kelang kabut. Most weekends ada jek aktiviti di office like plan downtime or service maintenance. Bila kerja IT bahagian technical ni kena banyak sabo. Time org kerja kita kerja, time org cuti kita kena kerja. Sbb system or server hanya boleh down masa org x kerja. Nasibla nak…….

Disebabkan plan di atas anak2 lebih terperap di rumah ketika wekeends. Sekali-sekala jek kita pi kedai or shopping berdekatan utk top up makanan dlm freeze. Maklumla cuti sekolah semua mengulo…...asal bangun  nak main, tgk tv, makan gaduh pastu tido pastu bangun pastu start balik cycle yg sama…….

Macam biasa plan cuti ni antara jadi ke tidak byk kali la......kejap tanya travel agency ni kejap tempah kejap dah penuh kejap tarikh x sesuai sudahnya amik yg budget jekla..yg adventurous skit sbb anak2 dah beso. So instead of naik flight kita naik bas dari KL Central. Yg x bestnya si ayah x join sbb x suka naik bas- sejuk, perjalanan panjang.....okla mintak izinkan jekla ya si ayahnya…..

Misi kami ialah JJCM...… makan..makan dan makan n tgk tempat org.

Kami bertolak Jumaat malam dlm 9-10.00pm kut……. berhenti rehat RnR Jelapang kut namanya utk isyak..then terus ke Bukit Kayu Hitam.
Bersihkan diri di masjid n solat subuh then terus ke imigresen, Maklumla hari sabtu ramainya orang, panjang giler barisan dari boarder Malaysia dah start beratur Panjang. Masuk boarder Thai pun panjang …...pasrah saja…..Then teruskan perjalanan utk breakfast merangkap lunch...…. Nasib baik sedap…...

Ptg tu membeli-belah di Kysorn. Trip budget so no shopping.
Along sorang jek cari souvenir utk kwn2 dia, yg lain x yah.Then ke Kilang Madu. Dengo penerangan. Pung pang pung pang dia cter madu dia asli la..apala...bab testing kita try la. Di sini kami beli sabun n lipbalm honey jekla. Trip budget la katakana.




Kita target nak ke Floating Market ptg nanti lps check-in hotel. Sedap la makanan dia... Target cari kue teow -- sedap sgt.….minum air kelapa dlm buluh….and etc...sedap la....

Mlm tu sapa nak balik berurut boleh tapi we all pilih ke  ASEAN NIGHT MARKET kira free and easy la.....balik naik tut tut. Satu keta 10 org..sorang kena 20bhat.

The next day lepas buffet breakfast di kedai makan berdekatan hotel. We all just jalan kaki sambal membawang ke arah kedai breakfast tu. Then destinasi pertama ke Nora Plaza (barangan kulit) dan kilang kacang. Dekat Hatyai ni mmg ramai penjaja jual kacang esp kaang gajus. Sedapnya. Tapi bila compare penjaja jual kat Lee Garden -mlm akhir kami di sana lagi murah.
Then kami ke Chang Puak Camp (Elephant Trekking or ATV). Kat sini Along and angah naik ATV terpaksa la ibu layankan adik utk menembak. Dah tuo2 ni  malas nak join apa2 acara or aktiviti,  janji anak2 happy. Sambil2 dia org buat aktvt update la ke en suami apa la dia buat weekends sorang2 kat rumah. Org ajak x nak…. sure dia nyesal….hahahahha

Ok back at Hatyai, destinasi seterusnya kita ke Magic Show & 3D Museum. We all masuk Magic Show jek, 3D tokseh masuk. Start with comedy show. Arif n beberapa kids lain dipelawa naik pentas one by one. Nasibla kau dik...nervous katanya. Okla utk gelak2. The real magic show start lagi best...1st time dpt tgk real magic show depan mata… pueh hati…… Byk betul ilusi optic berlaku ketika itu…. xperla kita xyah pk berat2...tu cara dia cari duit...kita enjoy jek……

Ada few persinggahan like ke  Shamila Beach, Songkla - Patung Naga , Kucing dan Ikan Duyung.  Di Shamila Beach kita try few jajan la like -Ais Krim Kelapa, sotong, or sosej yg di bakor - cucuk2 tu.….
Sos dia org ni mcm sos somtam so sedapla...

Next kita jamak zuhur n asar di Masjid Songkla. Cantik masjid nya….ada tasik yang tenang dan nyaman.

Pth tu kita stemboat beramai2. 300 bhat seorang or dlm RM41 sekepala kira berbaloi la. Sbb so much food yg raw or yg dah cooked. Masa ni pk, kalua ayahnya join sure best......

Mlm tu blk jap hotel n then free and easy lagi. We all pi ke LEE GARDEN PLAZA. Cari jajan bawak blk....mkn lempeng pisang, pulut durian. Along beli jajan di 7-11 utk perjalanan balik esoknya. Tetiba adik sakit perut nak ber.k. Kecohla adik ni baru nak jalan2. Ibu teman adik berlari ke Lee Garden Plaza cari toilet.
Nak masuk dahla nak kena scan bagai...eii org nak cepat. Cari toilet kat tingkat 1 terus dia lari n melabur. Ibu cek toilet perempuan bersih tapi xder hose...aaaa sudah camna nak basuh ni…..
Intai toilet laki, ok cantik  x ramai org, jerit ke adik tanya ada hose or gayung tak? xder katanya...sudahla..suh dia tunggu n ibu kena pjg akal cari idea nak basuh camna.
Dahla along n angah xder disisi nak tolong…...cari kedai mkn kat level1 xder...cari sales girl muslim yg bertudung and I saw botol mineral beso x bertutup-haaaaaaa ni mesti guna. Terus ckp melayu..boleh pinjam? (sambal tunjuk mineral bottle tu). Dia angguk sambil kata for toilet? Eh mcm faham kan... terus angguk n sengih, masuk toilet perempuan isi air. Pastu camna nak pass ke adik ni?
Ckp kat cleaner sorang ni (old lady n sure x reti ckp melayu or English). So guna bahasa isyarat sambil speaking kata nak pass utk anak laki.
Dia pun suh masuk bagi...nasib baik xder ramai lelaki dlm tu. Arif buka pintu cpt.…..hahahah settle kisah arif basuh berak….. Lesson learn, kalau pi lepak kat hatyai make sure ada botol air mineral dibawa bersama. Benonya ada air sendiri pun tapi along and angah yg pegang. Sbb kami separated tadi n sehelai sepinggang jekla ibu pi toilet kat Lee Garden Plaza.

Lepas settle mkn simple2 n beli jajan kat 7-11, kami balik ikut group yg dah janji awalnya ke Hotel naik tuk-tuk.
Dah pakat ngan geng2 yg dari hotel tadi utk balik sama2... so no hal...korum cukup 10 org.

Esok pagi2 we all breakfast jajan siap2 terus ke sempadan. Kebetulan awal so we all saja ada kat boarder Thai. Speed saja proses cop passport. Sampai boarder msia pun x ramai org. Kali ni kami kuo ke Padang Beso n sarapan di sini.
Lps sarap shopping sket jek then continue perjalanan balik. Di Padang Besar bhat Thailand masih laku. Kami guna saja n dpt balance either in bhat or in RM.  OTW balik, we all singgah Perak utk  jamak zuhur n asar n beli jeruk Pak Ali. Then teruskan perjalanan pulang.

Overall mmg bestla trip Hatyai naik bas ni. Satu kepala RM299. Utk 4 org I spent RM1,200 utk transport n hotel. Utk belanja mkn sana n shopping sikit RM1500 change ke bhat dpt dlm 10550+ bhat.  Masa balik ke Malaysia ada baki 2100bhat++.
Okla tu.…….yg penting makan n pengalaman ...…..




Saturday, August 17, 2019

Cuti sekolah 2019 - KK and Kundasang

Plan giler last minutes sbb keluarga kami mmg xleh plan awal, mesti ada jek alasan kata xyahla nanti ada hal la...….

Kebetulan cuti raya haji tahun ni jatuh pada cuti sekolah selama seminggu. Kami diwajibkan balik ke Muar atas nasihat pakcik supaya boleh beraya bersama akak2 n abang since mak baru sahaja tinggalkan kami menemui yg maha Esa sebulan lebih yang lalu. Percayalah xder pun hari yang adik tak rindukan mak. Perasaan tu akan datang nak2 bila bersendiri, sunyi, time doa dlm solat, mandi or tidur. Cuma ia  tak perlu dibuat-buat n tak perlu dizahirkan dengan saja-saja. Hanya pada Tuhan saja tempat kita mengadu. Semua orang mesti percaya itu but life must goes on.

Raya haji jatuh hari Ahad automatically Isnin cuti, I took annual leave on Tuesday and last minute husb kata Wed pun dia cuti. Mak oiii cuti tak cakap kat kiter....apalagi godala dia...jom cuti2, sian anak2 lama x pi jalan2. Macam biasa takyahla...kita raya kat Muo mcm biasala…… I is degil terus ambil another 1 day off so that boleh cuti sama with husb. Rugi tak spend masa bersama family since anak2 pun cuti sekolah.

Lama dalam hati plan nak ke laut yg jernih n boleh snorkelling (tak pandai berenang tapi ada hati----angan2 mat jenin harus ada). Survey la percutian ke few places termasuk KK and Sandakan. Akhirnya dapat juga tempah flight and accomocation. Tinggal cari tourist guide or driver (I know my husb wont drive too long except nak blk Krai-tupun bertuko driver with his nephew if they join blk kg).

Last minute juga aware nama anak ada typo...Dah jadi satu hal nak fixkan name dekat tempahan flight. Haru juga. Disebabkan kesilapan ini ku x story to office mate where will I go selain balik beraya ke Muo. (Malu oooii canang2 nak cuti last2 cancel sbb flight x lps nama ada typo).

Sambil urusan lain dibuat, like bekerja mcm xder apa yg berlaku..hari2 cuak nak settlekan tuko nama. Pergi we all naik MAS n balik naik Air Asia. Update passenger or correction name dkt MAS kena work with online booking co yg kita deal with ya. Kita attachkan IC or passport as supporting doc. 1 letter dlm RM50 +serv charge RM30 so terbang la free2 saja dalam RM 80 ++ aiya I don't want to remember sbb tak best. Untuk Air Asia pula by calling the customer service jek dah boleh tuko spelling name with 0 cost. Lepas ni , dear me please be careful and read carefully before u press submit button or suhla along and angah audit your spelling. I is geram.

We went back tu Muar first beli preparation and sayuran for juadah raya haji (semestinya fav arwah mak-kuah lodeh, lontong n ayam masak merah). Abang dah belikan ayam and kambing. Rezeki kami balik raya haji ni durian depan rumah masih ada balance and gugur. Sedap dapat rasa rezeki Allah bagi hasil arwah ayah tanam berpuluh tahun yang lalu. Allhamdulillah juga buah rambutan merah and kuning berbuah lebat. Kalau x plan bercuti sure kami dah bawa balik ke PJ. Tapi disebabkan plan balik dari Muo terus ke KLIA so makan jek kat Muo buat lepaskan ralat.


Sempat ke kubur mak and ayah, tempah batu nisan utk arwah mak sehari sebelum raya haji. Missed both of you, yang melahirkan kami adik beradik. Susah senang suka dan duka semua nya jadi kenangan. InshaAllah kami adik beradik akan sentiasa bersatu. Rasa tanghungjawab berat juga  sbb adik beradik lain yg semuanya OKU, tapi dia org x susahkan kami sbb dia org leh survive. N semua tahu tuhan takkan uji hambanya diluar kemampuan. Even they all OKUs sometime I feel they are much perfect and better than me. Semoga hidup kita ni yang tak tau berapa lama lagi akan still alive dapat beri manafaat pada yang lain.

I cooked kambing kari, akak gorengkan ayam, and my daughter along, cooked ayam merah. Ahad, during raya haji itself pepagi dah bangun untuk masak kuah lodeh. Sedapnya nak2 dapat lauk tukar2 dari 2 rumah berbeza yang lain (from my uncle's and my aunty's house). Around 10+am we all gerak ke KLIA. Akak ada wish dia nak cuti2 ke pantai, tidak utk mandi tapi saja jalan2. One fine day kita jalan2 ya kak...….InshaAllah doakan murah rezeki kita set.

We park our car dkt Long Term Parking Zone (lps tanya office mate and google the info). Sehari dlm RM32. Kami tinggalkan for 3 days and 12 hrs dlm RM146 x silap. Okla better dari call grab from our house pergi balik KLIA rasanya more than RM200. Kami saja 5 pax with luggage sure kena book 6 grab seater and above. Lagipun we drive from Mua memang la otw ke KLIA. Better park the car jekla kat KLIA

Arif nak sangat naik MAS sbb nak ada entertainment and nak rasa makan dlm flight. Before this we all pi Langkawi naik Malindo Air. Okla kali dapat tunaikan permintaan dia.

Our flight at 3.45pm sampai dah 6.15pm n waktu tu sana mmg dah nak maghrib. Wait for the driver yg we all dah booked sepanjang we stay there. Check in hotel and driver bring us to seafood area (niat kami nak try lobster). Memang sedap and seafood dia beso2. Total damage kat food saja RM300. Ok balik Semenanjung kerja keras balik.



We stay at KK dulu and went for island hopping the next day ke Pulau Manukan and Mamutik. The kids terror giler snorkelling and me try once mmg best giler bila nampak ikan berenang2 near to us.
Syukur rasa berada di alam lain. Tapi sbb cuak x reti nak bangun berdiri lepas snorkelling dokla pegang angah and along warning them don't bring me too far. Cuak giler bila sedo kaki x jejak tanah. Bukan apa x reti nak balance body utk bangun. Bebudak dah terror okla....kita cuak memanjang. The beach is so beautiful and the water is crystal clear. Memang boleh nampak ikan from the jetty itself. Syukur sangat2. Ada few packages samada nak ke  2 pulau, 3 pulau atau 4 pulau. We choose only 2 sbb hanya 1/2 day di pulau and petang akan ke Kundasang. Si ayah mcm biasa just lepak n mandi sekali sekala. X suka snorkelling mentang2 reti berenang. Benonya dia geli nak masukkan dlm mulut alat snorkelling tu...gedik jek x padan ngan org kg.... geli sangat belila sendiri hahahahha







From laut we all mkn jat jetty kebulo pastu singgah masjid tuko baju...Bagus gak blh melawat masjid sambal bercuti. Memang good choice amik package transport sekali driver. The route to Kundang almost 2 hrs jalan bengkak bengkok and melalui cerun yang curam. Kaki gunung la katakan. Bila nampak gunung Kinabalu rasa nyaman, rasa kerdil saja. We stay at 36 Lodge and view gunung. Ramai yang sewa since cuti sekolah.
2 malam kami di Kundasang so just follow our driver bawa kami ke kawasan sekitar.
















Overall cuti last minutes ni puas and syukur dapat bawa anak2 melihat alam ciptaan tuhan. Since anak dah beso2 so agak mudah sikit la blh tlg angkat beg and barang bila jalan sana sini. Ada rezeki kita jalan2 tempat lain pula ya.

Wednesday, July 10, 2019

Bersemadinya Atuk Mak......

Kesihatan mak makin merosot dari sehari ke sehari, start dari bulan puasa lepas mak jatuh dari toilet.
Mak duk lama sangat dalam toilet tapi bila kami anak beranak tegur dihalaunya jangan tunggu depan toilet. Tetiba terdengo bunyi jatuh n mak panggil aaaaadikkkk…..
Apalagi berdesup kami berlari dapatkan mak yg dah terduduk ke lantai sambil melutut dan sedikit menggigil. Ada darah menitik dari kepala mak, nasib tak kena mata. Sedih sangat masa tu.

Basuhkan badan mak, angkat dia slow2 nak terus masukkan ke bilik. Tutup luka mak n pakaikan dia baju, Tanya dia sakit tak…..Macam biass dia senyum jek. Esoknya kami bawa ke klinik n dr gamkan luka mak sbb kulit mak lembut, tak perlu jahit.

Sejak dari jatuh toilet tu, mak tak boleh jalan  sendiri. Mak perlukan someone pimpin dia ke mana nak pergi. Mak kurang confident untuk berdiri n berjalan sendiri. Walaupun dah tak boleh berjalan mak tetap teruskan puasa macam biasa n solat duduk macam biasa.

Raya tahun ini sepatutnya turn Krai, tapi kami terpaksa pulang ke Muar dulu so that boleh tinggalkan mak sebentar di Muo sementara kami pulang ke Krai. Kebetulan anak buah kahwin raya ke-3 di Krai, jadi balik ke Muar dahulu adalah option yang betul. Nangis mak bila kami salam2 nak tinggalkan dia di Muo. Agak dia ingat kami akan tinggalkan dia terus. Kebetulan my cousin yg stay rumah maknya for few days (her mom = neighbor kat Muo=adik ayah=sis in law for mak) ada di kampung. My cousin pujuk mak and akan tlg jaga mak sepanjang dia bercuti di Muo, selain my sis and brother. Sedih jek rasa nak tinggalkan mak walaupun sekejap, sbb dah biasa ada mak bersama.  

Aktiviti raya kami memang terhad. Tak banyak rumah yang kami kunjungi ketika di Muo atau di PJ. Di Muo lebih ramai yang datang rumah disebabkan mak dah stay dengan kami di PJ, so  bila mak balik kampung ramai yang datang melawat.
Mak suka sangat makan lontong sampaila dah balik PJ tu menu yang diulang. Kadang terpaksa pujuk mak weekends baru boleh buat sbb weekday mmg busy n tak menang tangan nak cari bahan utk buat lontong.
Masa ni masih ada selera makan lontong n ayam masak merah

Kami memang jaga luka mak n bersihkan 2x sehari tapi ada sekali I was working on Saturday from morning till 12.00am sunday. Kids jaga mak bcos huby blk Krai. Sunday morning when I do the dressing I saw maggot in her gauze. Terjerit panggil Along and Angah how you all jaga atuk sampai mcm ni? Rasa nak nangis, tapi xleh salahkan anak2 sbb they did their best dah jaga mak while I was working. Dilema nak berhenti kerja jaga mak or teruskan kerja… YA Allah, mak ampunkan adik…….x jaga mak elok2......
Patutla mak terkejam2 tahan sakit masa breakfast. Kesian mak tahan sakit digigit ulat. Cuci bersih2 dengan harapan no more maggot.

My cousin came in the afternoon n kebetulan mmg plan nak masakkan lontong utk mak. Masak lebih mcm biasa n freezekan some portion, so that bebila mak nak boleh panaskan. Ptg tu ajak my cousin dressing kan mak and sekali lagi we saw maggot yg dah gemuk. Geramnya n tak puas hatinya mana datang ulat ni sedangkan kami dah bungkus elok. Buntu cari info digoogle tak jumpa I email ask opinion from MAKNA.

MAKNA site visit n perform dressing

The next day we went to KK and asking for an advice. KK hanya buat dressing and advice utk terus ke hospital if the same thing happened. MAKNA call and offer a site visit for 2nd time to teach me do dressing and check whether dah clean. They propose to use napkin to cover luka mak since napkin can absorb cecair nanah, so that xder la tshirt berair and mengundang segala binatang terbangan hinggap utk bertelur. Petang tu terus cari pampers baby and yes mmg berkesan. Selama ni tshirt mak kena tuko 2-3 helai sehari, tapi lepas guna pampers tshirt mak hanya tuko bila nak mandi jek.
Dari solat duduk akhirnya baring

Mak dah makin kurang selera makan n makin kurus. I did istiharoh few times mtk petunjuk samada nak quit from job, nak apply for long leave or whatso ever. Sbb mak mmg dah tak kuat. Kadang duduk di toilet pun punggung mak dah makin kurus boleh nak terjerobos masuk dlm lubang,terpaksa pegang tgn n bahu mak bila mak buang air. Allhamdulillah tuhan bagi hints, in the end, I think bring akak Uji and Kak Ayu to my house temankan mak is the solution. Kak Uji mmg x tau buat dressing but not sure whether dia boleh handle mak nak ke toilet or etc. Akak pun ada express, why this time pimpin mak x sama masa mak kat Muo raya ari tu. Ofcourse x sama kak, sbb mak makin lemah n dia x kuat. Mak kurus n x berdaya. Akak give up n ckp, if aku xleh tolong mak, kau hantar aku balik muo ke? Sian akak rasa bersalah dia tak dapat buat apa-apa. Takper kak kau stay sini temankan mak tgk2 mak utk bagi mak makan, especially time antara angah pi sekolah and along belum sampai rumah balik dari sekolah.
Mak dah tak boleh stay sorang2.

SMS abang  ask him to come since mak makin lemah takut anything happen dia x sempat.
Husb call Ustaz utk doakan n mudahkan urusan. Kami sekeluarga mmg dah berkumpul incase anything. I go to office lebih tenang sbb ada siblings and somebody close jaga mak.


Normally I will come back frm office during lunch hour utk tgk2 mak or bawa dia ke toilet sbb dia x selesa guna pampers walau dah dipakaikan. On Thursday 4th July, I tak rasa nak balik rumah sbb nak carikan spray utk mak. Spray yg ada dah rosak. I remember when I changed the dressing and diaper that morning, mak tenang saja. Amat mudah. I whispered to her ear and said mak teruskan berzikir n mengucap ya diam2. Sian mak….adik sayang mak...adik pergi kerja.

Thursday normally is deployment day at office, means kena kerja lebih masa utk plan downtime. Received call from husb around 520+pm, kata mak lain macam. He plans to call ambulance tapi x sure. Dilema nak balik rumah ke x. When Along informed, atuk mak tidur nie mcm biasa kan dia biasa senyap jek. Then nak continue buat kerja dah x reti sbb x tau nak start dari mana. Received call again dari husb n katanya mak mcm nazak  then macam dah xder. Ya Allah,...……..sepanjang perjalanan balik naik LRT, ku tahan air mata dari jatuh takut org perasan. Tapi dalam hati hanya tuhan yang tahu. Mak tunggu adik mak…….Sampai hati mak tak tunggu adik. I call grab before lrt stop sbb nak make sure sampai cepat. Husband dah call ambulance utk confirm condition mak.

Sampai jek ke bilik mak, mmg mak dah terdiam no breathing. Tangan mak lembut muka dah sejuk….I hug her and pegang badan mak masih rasa panas2. I ask abg to help me tukarkan kain alas mak yg ada sedikit darah, belakang badan mak terasa panas. Mak kenapa tak tunggu adik, mak ada lagi kan....mak bangunla adik ni mak. I kiss her few times n till now rasa menyesal x cium lagi banyak2. Mintak along carikan kain lampin, koyakkan sikit utk ikatkan di keliling muka mak, elakkan mulut terbuka utk elakkan fitnah. Ikat sedikit di kaki utk tegakkan, put her arm mcm dlm keadaan solat. Mak adik rindu mak. Ampunkan dosa adik, ampunkan adik , kalau adik x layan mak baik, n x jaga mak elok2. Adik redha mungkin ni yang terbaik utk mak, cuma ada terkilan tak berada bersama mak saat akhir mak. Tapi adik bersyukur dapat kumpulkan akak n abg sama2 ada di hari akhir mak. Husband, akak, abang, along semua ada di rumah waktu akhir mak walaupaun terlalu cepat n mcm tak percaya.

Jenazah mak dimandikan n dikafankan di masjid PJ sbb masjid Ara dah ada event and dah ada jenazah lain utk diuruskan. 1st time dpt bersama2 mandikan jenazah org terdekat dan tersayang. Angah dapat sama tolong ibu mandikan atuk mak. along join later esp masa nak kafan.
Allhamdulillah urusaan mandi mudah, tiada najis sbb mak x makan for few days. Lepas disolatkan, me abang and Arif terus balik ke Muo menaiki van jenazah. Husband and the rest menyusul naik kereta kendian. Disebabkan rumah tiada orang, jenazah mak dibawa ke rumah makcik - adik ayah - jiran rumah kami.
Jenazah di kebumikan keesokan pagi-Jumaat 5 July 2019, selepas solat jenazah di surau Kg Sri Tanjung. Allhamdulillah urusan pengkebumian juga berjalan lancar. Bersemadilah mak di sana. Moga mak ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Adik doa yang baik-baik utk arwah ayah n mak.
Alfatihah…..







Monday, May 27, 2019

Be strong mak

Masih lagi tentang mak dan perkembangan kanser payudara mak.
Mak dah semakin kurang berbual dan bergurau. Duduk di sofa kegemarannya sambil tengok kereta lalu lalang via dinding cermin pun dah tak larat. Mak lebih banyak berbaring dalam bilik. Hanya bangun untuk ke toilet, solat atau makan. Adik rindu mak……

Ubat tahan sakit mak dari panadol, ke tramadol n terkini morfin. Untuk peringkat ini, doctor cakap kita hanya nak selesakan patient. Masalahnya mak x nak minum morfin, pahit katanya. So panadol la jadi teman setianya. Tak lupa juga ubat kanser-  tarmoxifen wajib di ambil sekali sehari.


Hospital pernah pesan utk dressing sekali sekali boleh pi polikinik tapi disebabkan sibuk dengan urusan harian n dressing kena tukar paling kurang 2 kali sehari menyebabkan aku makin cekap buat dressing sendiri. x surela memenuhi kehendak n polisi kesihatan tapi yang pasti step dah follow berdasarkan pemerhatian sebelum ni. Asalkan mak selesa. Sebab kalau tak tukar lama akan berbau mak kata pedihnya pun lebih. Kesian mak.


Disebabkan mak banyak baring biasanya air luka atau air nanah kut to be exact akan mengalir ke bawah atau ke arah belakang. Jadinya utk elak katil berbau n mak tak selesa sebab basah, biasanya waktu pagi bila mak mandi akan ku alaskan katil mak dengan kain disposal pad-alas pakai buang yg biasanya ada di pasang di katil2 hospital utk patient berbaring. Atas alas tu kuhamparkan kain batik.

                                              Disposal pad


Alaskan kain batik atas tu... Telekung dekat kepala n tisu atas katil. Bwh bantal ada byk tisu incase nak guna.

So setiap hari kain batik akan bertukar. setiap hari sebelum mandi baju mak n kain batik akan ku basuh manual berus dengan kasih sayang baru masukkan dalam mesin basuh bersama baju lain. Moga apa yang kubuat ni boleh hapuskan dosa-dosa ku pada mak atau pada sesiapa saja n dimurahkan rezeki utk jaga mak sepanjang hayatnya.

Selera mak tak tentu n yang pastinya makin kurang. Doktor bagi sampel beberapa sachet susu ensure gold n sarankan susu ni since byk nutrisi utk pesakit seperti mak yang seleranya makin berkurang. Tapi aku takut mak muak. So far dah try ensure gold vanila and coklat. Tak silap yg perisa teh pun dah keluar. Lepas ni bolehla try. Doktor bagi sukatan kalau 5 scoop susu + air 200ml.
Mak takkan habis minum susu sebanyak itu so kukurangkan kepada separuh. Kalau mak telan habis pun tu dah kira bersyukur.


Now Ramadan dah masuk n bila ditanya mak cakap nak puasa macam biasa. Kuat sungguh mak ni. Mak akan sahur n buka macam biasa tapi sukatan mak makan berkurangan. kadang2 nasi x makan hanya ratah lauk. Lately bila nak buka baju pun action dah slow. Nak mandi nampak tangan mak pegang dinding….. Allah takutnya…..sedih…...hanya doa n terus doa. Moga mak kuat hadapinya. Adik nak teman mak sampai bila2. Allah izinkanla…...


Sunday, March 24, 2019

Umrah 2019 - bawa-mak-berkerusi-roda

Before pergi umrah persiapan kami sediakan ala kadar. I did ask doctor how to prevent luka mak dari berbau and dressing melekat dengan luka. Doktor bekalkan arang in tablet form - perlu di tumbuk n tabur atas kapas dressing yg dilembabkan sikit utk elakkan bau luka merebak. Arangkan serap bau. Then dr ask me to follow nurse belajar do the dressing for smelly wound. Untuk elakkan luka melekat dengan kain kapas, kena beli Parafin gauze-sejenis kain kapas luka yg berminyak.

Preparation ke umrah bukan setakat pakaian, kursus untuk ilmu saja tetapi juga bekalan ubat untuk kami and mak terutamanya. Since ada ubat cecair dalam jumlah yang besar (air garam untuk cuci luka) yang perlu kami bawa, beberapa hari sebelum travel we went to see doctor and minta pihak hospital sediakan surat izin membawa peralatan dressing n ubat untuk mak. Incase imigresen tahan jadi kami dah ada supporting document, why we need to bring there. I managed to get charcoal powder instead of tablet at Farmasi AA. Senang sikit tak payah nak tumbuk kapsul arang utk elak luka yang berbau. Sesiapa nak beli barangan farmasi silala ke Farmasi AA ya harga dia berpatutan compare to other farmasi.

Aku puji KLIA ni besar sangat, boleh tampung ramai orang, tapi bila tang solat tgk surau Ya Allah kesian la, negara islam suraunya kecil dahla susah nak access utk yg wheelchair. This is referring to departure punya surau ya.....bukan yg dkt luo kawasan byk restaurant tu byk suraunya. Tapi yg nie bila dah masuk departure area. Ada jemaah just solat outside and ambil wudhu pakai spray. Ujian juga ni sebenarnya, sabar-sabar. Kesian mak tunggu turn nak solat berdiri agak lama. Bila dapat masuk shaf, dia terus solat duduk. Takyah pk hal2 remeh ni sbb ujian yang akan dtg di negara orang kita tak tahu so just positif saja masa ni janji kita dah tunaikan kewajipan kita, yang lain serah saja pada Allah.

Flight kami pukul 3.05pm Msia time n dijangka tiba malam di Madinah. Solat zuhur n asar di KLIA - jamak n qasar. Beza 5 jam so akan sampai di Madina utk jamak maghrib n isya. Lama sangat 9 jam dalam flight tak termasuk waktu menunggu di KLIA, biasanya dressing mak akan kena tukar sebab akan berbau. Doa banyak-banyak sajala agar luka mak tak berbau sbb tak mau ganggu jemaah lain. Dlm flight beberapa kali mak nak ke toilet, ala susahnya sbb xder hose. Terpaksa bawa botol air mineral tu pun payah la nak cuci. Tapi nak buat mcm mana takkan nak halang mak minum, dehydrate pula nanti. Luka mak start bau beberapa jam before landing. I put some perfume to her jubah and hand. Thankfully Langkawi trip hujung tahun lepas dah kira train utk mak naik flight. Cuma Langkawi tu indoor trip and x sampai sejam. Yg ni lama. Kesian mak penat dia duduk lama n tak dapat tidur.  Dia asyik nak berdiri sebab lenguh punggung. Padahal dah lapik with selimut yg MAS provide. Yalah lama sangat kan....Doa jek x putus2 moga dipermudahkan. Naik MAS ni paling best jajan kacang dia..hehhehehe.
Masa pergi mak n abg, masa blk me duduk dengan mak. 
Abg buat drama sbb sakit atas flight


Sampai di Prince Mohammad bin AbdulAziz International Airport atau Medina Airport waktu malam. Some jemaah buat solat di situ while waiting our luggage. Tak ingat waktu tu pukul berapa tapi dah x ramai org in the airport. Nasib baik dipermudahkan n takder brg yg sangkut. Tak sabar dah rasanya masa ni nak sampai hotel sbb nak mak baring. Mak kalau banyak duduk kakinya akan bengkak n satu lagi reason nak tukar dressing mak. Lepas dpt semua luggage kami dibawa menaiki bas ke hotel. Allhamdulilah perjalanan beberapa minit saja. Sampai di hotel ambil makanan malam n masuk bilik. Lepas dpt beg masing-masing (diletakkan di floor yg ramai jemaah) terus minta mak mandi n tukokan dressing. Buat jamak isyak n maghrib then rehat secukupnya utk next ibadah
Mutawif pesan Subuh di Madinah azan kumandang 2 kali, sejam sebelum utk kejut 4+am and 5+am utk azan sebenar. Siapa nak pi solat subuh sekali dengan ustaz sila tunggu di lobi hotel jam 4+am (tak ingat the exact time).

Allhamdulillah sepanjang di Madinah segala urusan dipermudah. Doa terus berdoa and solat taubat banyak2. Luka mak tak berbau n tak sakit sangat. Tak sure samada dressing kerap atau dicuci dengan air zam-zam. Access to Masjid Nabawi pun senang sbb satu floor saja, cumanya nak dpt solat dalam masjid kena dtg awal sbb access to wheel chair cepat penuh. Mak tak boleh duduk lama takut kaki bengkak jadi waktu nak ke masjid kami dtg ikut yg bersesuaian. Andaikata tak dapat masuk dlm masjid, solat di luar di bawah payung pun ok. Sejuk berangin sambil hirup udara segar Madinah. Mak memang akan bersolat di atas kerusi roda. Sewaktu kursus ustaz dah pesan jemaah berkerusi roda terus solat di atas kerusi roda, if not akan hilang sbb orang sangka ia diwakafkan. Dari Concorde hotel kami memasuki masjid melalui pintu 15.
Shopping di Madinah lebih murah compare to Mekah. betulla jubah dia murah2 tapi sebab kami datang bertiga dan mak berkerusi roda kami x plan nak shopping sakan. Cukupla jubah sorang satu utk anak-anak, dan untuk mak sebagai kenangan. Urusan dobi kami dibantu oleh pak arab yg ada kedai di bawah hotel. Disebabkan susah dia nak terangkan mana dobi dia terus bawa baju kami n berlari hantar ke dobi. Esok kami minta dari dia terus dia berlari ambil dari dobi. Jubah mak pun dia minta kain contoh untuk dia hantar potong n jahit. Mudah la sbb semua boleh bercakap melayu. Kita concentrate ibadah jekla. Tang kena paw mahal or murah tu subjektif. Anggap saja sedekah sbb orang dah mudahkan kerja kita.

Laluan raudah kami via wheelchair lane tapi still masuk melalui pintu 25. 1st time nak masuk kami dibimbing mutawif wanita dari Indonesia,, sbb mutawif Alqus lelaki, so dia hanya bawa jemaah lelaki utk ke Raudah. Line mmg panjang n kdg lenguh juga berdiri sambil mulut kumat-kamit doa minta dipermudahkan. 1st time dpt masuk Raudah, hati ni tak terasa sgt sbb dok memerhati and mencari mana karpet hijau n terlalu berhati-hati. Kebetulan sesak so just solat cepat-cepat sebelum dihalau penjaga masjid. Dalam hati malam esok nak kena repeat balik n nak rasa dengan jiwa.


2nd time masuk raudah melalui wheelchair lane. Kali ni perasaan dia lain macam sikit. Melihat jemaah ada yang gaduh x puas hati potong line, kita just diam terus berdoa n berzikir harapan agar mak tak tertidur keletihan. Niat kena betul. Sabar and this time lepas letak mak di saf wheelchair, penjaga masjid tak benarkan kami solat di belakang. Dia minta kami pergi kearah team yang masuk raudah melalui jalan biasa. So terpisah sekejap dari mak tawakal n terus cari ruang kosong. Allhamdulillah tuhan bagi badan kecik nampak jek kawasan kosong terus tawakal dirikan solat dengan harapan tidak dirempuh or dipijak oleh jemaah lain. (Some jemaah ada geng tolong cover the other person tgh solat). Me hanya ada Allah utk tlg jaga. Kawasan utk solat tu sebenarnya laluan keluar utk yg dah selesai tapi agaknya penjaga tu kesian tengok budak kecik ni sorang2 xder yg jaga pehal solat kat sini, biola dia solat sekejap, dan namanya pun rezeki. Allhamdulillah dapat solat 2 kali pun jadila tapi dia punya rasa nikmat, takleh nak describe. Selesai 2 kali solat sunat x nak block jalan n ustaz pernah pesan jgn susahkan org, mudahkan orang nanti Allah mudahkan urusan kita, terus bangun n cuba dapatkan mak balik di kawasan raudah berwheelchair.
Mak masih dlm saf depan n dalam hati untungla mak...harap mak manafaatkan masa diberi ini. Tunggu mak sehingga penjaga masjid serahkan mak ke kita baru balik ke hotel. Perasaan ketika otw balik x dapat nak gambarkan, hanya tuhan yang tahu...diterima atau tidak tu juga urusan tuhan. Waktu  tu berazam nak masuk raudah mlm esok sekali lagi which is mlm last kami di Madinah. My plan nak lalu laluan biasa without mak. Means lepas isyak bawa mak blk hotel and come back alone.

The next day kami ada ziarah n malamnya plan nak ke raudah. My intention ke umrah nak bawa mak n jaga mak sama2 buat ibadat. Tapi bila dah plan nak ke raudah sorang2 mlm tu waktu isya terus rasa ngantuk yg amat sgt. Teringat pesan ustaz dapatkan rest sbb esok lps solat jumaat nak bertolak ke Mekah untuk umrah wajib. Atlast decided terus tidur sbb nak dptkan energy utk ibadah yg lebih wajib kesesokannya lagipun mata dah berat sangat. Takpa la xder rezeki nak masuk raudah lalu laluan biasa. Mmg rezeki lalu laluan wheelchair 2 kali sbb dah niat nak bawa mak kan so agaknya tuhan allow ke raudah bersama mak jek setakat ini. Doa jekla kalau ada rezeki dapat pergi lagi umrah/haji kita try raudah melalui laluan biasa pula nanti.

Ada sekali I put wheelchair mak sebelah sorang jeamah yg datang dari Singapore. Butir bicaranya sangat lemah lembut. Dia pun ckp anak lelakinya bawa dia di sini n betapa bersyukurnya dia punya anak2 yg baik. Dia pesan kasih sayang antara manusia tu penting. Dari kecil dia ajar anak dia kasih sayang cakap lemah lembut. Kalau ada orang marah-marah dia akan lari n pergi jauh dari orang tu. Dia berterima kasih pada anaknya yg sudi luangkan masa temankan dia buat umrah sbb biasanya anak-nak busy bekerja. Siap cakap "Syurga untukmu nak....." (masa dengo tu rasa  untungla anak dia mak doakan syurga untuknya di madinah). Dia bagi tip utk luka mak hiriskan kunyit halus2 dlm air panas n minum. InshaAllah
Jemaah dari Singapore yang lemah lembut dan bagi tips kasih sayang sesame makhluk amat penting


Esoknya dapat rasa 1st time solat jumaat di Madinah. Rasa sayu nak tinggalkan Madinah, ucap selamat tinggal pada Rasulullah dari jauh, doa moga dapat kembali. Kami sempat juga rasa sekali hujan gerimis di Madinah pada hari pertama sampai.
Bas dari Madinah ke Mekah ambil masa lebih kurang 4-5 jam. Kami berhenti di Bir Ali utk bermiqat niat umrah. Pengalaman pertama melakukan umrah di mekah agak takut-takut. Takut terbatal syarat sah especially tang rambut gugur. Mak n abg kami upah indon tolak wheelchair SAR300 utk both tawaf n saie per person. 1st umrah, I did manual way bersama jemaah n mutawif yg sporting Ustaz Idham.
 Rasa takut-takut masa nak tawaf sbb orang ramai, takut bahu kiri terlari dari kaabah. Jaga2 lebih n jaga wudhu. Masa saie rasa lega sikit sbb xder nak bersesak2 lagipun air sembahyang takda pun ok. Lega sangat bila dah selesai. Kami tahalul tepi laluan saie. Jemaah lelaki gondol later atau keesokan hari.
Bila balik hotel mak n abg dah ada. Dua2 dah tahalul. Lega rasanya.

Dari hotel Safwa Royal Orchid ke masjid biasanya kami masuk pintu 89 atau 90. Banyak bertanya dengan ustaz supaya x sesat sbb selok belok Masjidil Haram ni challenge sikit sbb dia byk floor and ada kawasan tgh renovate. Perjalanan pertama ke dalam masa umrah wajib via perjalan kaki sedangkan utk ibadah seterusnya me and abg akan bawa mak melalui any wheelchair lane. jadi mata, memory semua kena alert. Kawasan nampak lebih kurang sama. Dahla kita ni memory low tapi mmg berdoa saja agar tuhan mudahkan n tunjukkan jalan. Solat taubat banyak2 esp setiap kali diuji. Nak bawa mak guna wheelchair pun challenge walaupun 50m sbb laluan berbukit. Ada kawasan terlalu curam condongnya bila turun akan mengundur, bila naik kena guna kederat lebih. Sometime ada jemaah akan tlg tolak sbb bila bersesak laluan seakan berhenti dlm keadaan curam gear n break guna tangan n kaki kita, agak mencabar la nak make sure mak tak mengundur ke belakang. Biasanya bila selesai solat, kami akan stay sekejap tunggu laluan sedikit lengang.

My 1st umah and akhir umrah I did it manually. First with group and mutawif and last did it manual and alone. Utk mak and abg 1st naik wheelchair bayar Indon utk tolak so in between sbb bawa mak and abg we did it together via skuter. Since ada dikalangan jemaah nak juga naik skuter, so ustaz pun nak join sama n akan show the route. Kami kena masuk melalui pintu 16 bawa wheelchair naik escalator. Tiada lift ya. Sedih,,,,,tapi xper ustaz bawa jemaah lain berwheelchair I bring mak yg kecil molek. Turun n naik escalator la kami handle wheelchair. bakperla kerajaan Arab Saudi x buat lift.
Ok harga utk upah Indon tolak wheelchair utk both tawaf and saie ialah SAR300 seorang. Harga untuk naik skuter tawaf SAR50 and saie SAR50. Total satu kepala naik skuter SAR100 both tawaf n saie. So nak pilih mana?? Upah orang tolak wheelchair or naik skuter press sandiri n rempit?

Macam kami umrah pertama adalah umrah wajib and  disbbkan I want to feel how to do manual tawaf n saie bersama group, so upahkan Indon tolak wheelchair utk mak and abang. 1st time kut, nak learn buat umrah n nak tahu laluan from hotel ke kaabah n ke safwa-marwa wajibla berguru. Kalau tolak mak naik kerusi roda I will missed this pula sbb laluan dia lain. Lagipun kita pun x sure laluan wheelchair camna sbb mutawif bersama Jemaah di bawah. Nama pun umrah wajib, niat hati biarla ada yg bombing me juga abg n mak.

The next umrah kita sama2 berskuter. Mutawif pun sama2 follow jadi ada lagi pembimbing. Then lepas tu dah tahula camna laluan nak pi skuter camna laluan nak umrah manual di bawah. Before balik Malaysia, I did my own umrah both tawaf n saie secara manual (masa ni abg n mak tak follow- bagi dia org rest cukupla dia org dapat 3 kali umrah hopefully tuhan terima, tapi I still tamak sbb tak tahu bila lagi ada peluang ke sana - Jaga niat). Utk abg umrah ke2 niatkan utk arwah ayah.
Ni ler rupa skuter utk tawaf atau saie..dah kenapa tido...best sgt naik skuter….


Mula2 nak pergi balik masjid n hotel agak confuse gak sbb bawah hotel adalah shop lot yg bertingkat2. Tapi bila dah berulang lama-lama familiar n senang sikit. Kena tahu jalan pergi n balik n cari facility sekitar like dobi, farmasi n ATM because luka mak x tentu. If darah sikit pun or nanah sikit terkena baju nak kena basuh. Org yg normal lain maybe blh reuse saja baju sbb tak peluh sangat masa tu cuaca pun sejuk, tapi luka mak kdg ada nanah walau sikit. Luka mak tak berbau, tak sakit sangat n tak berdarah langsung hingga la selesai umrah wajib. Lepas settle 1st umrah the next day ada sikit darah keluar, lepas tekap dengan kapas few times dia stop bleeding. Since di Madinah we all dah start usha2 kedai farmasi. Walaupun pak Arab sini biasanya reti BM, sometime nak explain apa yg kita hendak nie tak tercapai gak...guna bahasa Ingeris both pun x power tapi dptla tangkap apa kita cakap n dia punya feedback. Barangan dia lebih mahal compare to Msia. But sometime ada item dressing mak kena top up so still kena beli. So siapa bawak pesakit besama ketika umrah/haji sila la bawa dari Msia byk2. Lebihkan sikit supaya kita tak risau kalau2 tak cukup. Concentrate jekla ibadah takyah pk soal lain.

Allhamdulillah juga nak jaga wudhu di Madinah n Mekah senang. Kami bawa botol spray anywhere kalau terkentut just spray. Kalau nak kencing better dekat hotel n Allhamdulillah so far x perlu nak balik hotel untuk itu sbb mak hanya pi toilet bila dah balik hotel. Ada sekali I go to Masjidil Haram punya toilet. masa tu buat umrah terakhir sorang2 secara manual. Lepas tawaf settle tunggu nak solat Asar duduk dlm saf pegang quran terbatuk2. Indian young girl offer me air zam zam leganya....
bila terbatuk2 lagi rasa dah memang batal la ni. Terus letak quran and cari toilet. Agak jauh juga toilet dia luckily x bawa mak masa nie. Dah pesan kat abg bawa mak solat ke surau hotel sbb I did my umrah alone masa tu. Jauh tu xder la sangat tapi kena turun naik tangga. Saf solat kita sam level dengan kaabah di bawah. So kena keluar naik tangga bila jumpa toilet kena turun semula.
    So kepada sesiapa yg bawa jemaah berkerusi roda, pastikan sebelum pergi masjid dah qada hajat siap2. If hotel berdekatan better balik ke hotel utk buang air. If jauh juga sebenarnya both Masjid Nabawi and Masijidl Haram ofcourse ada toilet. Cuma kena turun ke bawah jadi challenge sikit nak bawa jemaah yg berkerusi roda. Kalau jemaah tu boleh jalan dlm distance yang dekat Okla boleh turun tangga sekejap but what if kalua jemaah tu mmgx larat nak turun tangga? Satu lagi kena ada someone tolong jaga wheelchair. Kalau pergi ramai okla kalau pergi like me hanya ada abang n saf lelaki n perempuan terpisah siapa nak jaga wheelchair? Sebab tu semoleknya jaga air sembahyang n doala banyak2. InshaAllah dipermudahkan. Setakat batal sbb buang angin bolehla pakai spray which I did the same utk mak. Tapi kalau nak buang air payah sikit la.

I chit chat will Algerian girl yg sama2 nak ke toilet n sama2 xtau jalan. She came there with uncle as mahram. Dia kata bahasa utama Algeria Arab and BI ke 3. Cantik orangnya.

I notice most people dermakan duit pada pekerja dlm masjid, bila turun ke toilet I think yang dalam toilet ni lagi deserve. Kerjanya leceh bersihkan toilet tapi mulia kut. Moga rezeki mereka murah n dapat pahala byk.

Biasa if kita keluar saf dah nak dekat masuk waktu memang susah nak masuk balik sebab jemaah datang nak masuk waktu terlalu ramai. Pantang ada tempat kosong mmg akan diisi. Jadi pandai2-la pusing cari port utk solat jemaah. kalau dtg sorang2 okla blh selit2. kalau bawak mak berwheelchair lambat mmg xleh masuk dlm masjid. Better solat luo jekla sambil hidup udara segar.

On that day masa buat umrah manual terakhir sorang2, selesai solat asar, I just go to Safa n lakukan saie Safa-Marwa manual sorang2 juga. No need to hurry just enjoy the moment bcos masa tu umrah yg terakhir for me and esoknya kami akan balik Msia and akan buat tawaf wada saja - tawaf selamat tinggal. So i just nikmati the moment masa Saie nie sorang-sorang sambil melihat gelagat jemaah lain. Jemaah dari Indonesia biasanya berkumpulan n bacaannya sangat kuat. Settle Saie terus tahalul and balik bilik dengan perasan yang lega. Mak and abg sedang berehat n we prepare for Maghrib and Isya pula. Both Mekah n Madina bila waktu Maghrib and Madina we all x kan balik bilik sbb waktu amat close.
The rest waktu in between kami akan balik bilik sbb mak perlu baring utk kurangkan bengkak kaki sbb byk duduk di wheelchair atau byk duduk atas bas bila ada program ziarah atau berniat utk miqat.

Ada satu incident di Mekah mak cakap dia sakit bawah lutut n takleh urinate. Alamak takkan mak kena kencing kotor. Macam nak call mutawif tapi tak nak susahkan orang. Maybe punca dia mak tahan kencing or kurang minum air sbb nak jaga wudhu. Mlm tu minta mak minum air lebih, urut kaki mak n tampal koyok kat tempat yg sakit. bila mak dah tidur, me and abg go to farmasi utk cari ubat. Farmasi ckp that urinate case dia xleh bagi prescription. Dia advice utk pergi ke klinik/hospital and get the right treatment. Cuak weiiiii, we notice bawah hotel mmg ada Ajyad Emergency Hospital n rawatan percuma tapi takut nak pergi. Doa n solat taubat terus. Esoknya mak ckp dah blh urinate mcm biasa n dah tak sakit kaki. Leganya ya Allah. aktiviti diteruskan between ziarah, miqat utk umrah dan solat di masjid. Ada masa kami x sempat ke masjid akan solat di surau masjid and still follow imam dari Masjidil Haram sbb speaker masjid mmg dpt terus ke surau hotel. Dari surau hotel Jemaah lelaki dptla tgk masjid, dari surau ladies x nampak.

Seronok sangat dapat laksanakan umrah tapi kadang ada terselit rasa hati kalau la boleh bawa suami n anak2 sekali. InshaAllah if ada rezeki satu hari nanti nak pergi lagi. Tak puas rasanya…..

Dekat hotel Safwa semua easy access. Dobi, hospital, money changer, foodcourt  and shopping semua dlm satu bangunan cuma different floor saja. Semua service tu I did try except hospital. Sbb takut warded camna nak buat ibadah. Doa jekla byk2 tak mau ke sana. Compare to Concorde di Madina xder foodcourt besar sbb hotel dia mmg kat bawah cuma bangunan dia attached with kedai2 kiri kanan. Dobi kena jalan ke bangunan lain n farmasi berdekatan ada di depan masjid.

Ada sekali semasa di Mekah, nak withdraw duit dari bank bila buat tak keluar pula duit- Make sure u all dah enable/activate oversea transaction your ATM card masa di Malaysia la. Or else boleh check n buat online to enable it. Janji ada internet. Google jap and found out, kena cari ArRajhi ATM if nak keluarkan duit dari RM. Rupanya ATM tu ada dlm shopping bangunan jam besar which is bersebelahan dengan Hotel Safwa. So pergila ke shopping mall tu dlm hotel Zamzam tower atau Abraj Albayt. Shopping dia mmg besar terus tanya pak Arab situ mana ATM-malas nak jalan sana sini sbb nak guna tenaga utk ziarah,  umrah and ibadat. Allhamdulillah senang jek rupanya nampak AlRajhi ATM terus tgk menu ada BM...hahah excited sekejap rasa mcm kat tanahair sendiri. Duit yang keluar terus dah dlm SAR. Memang senang rupanya.

Dobi di Madinah n Mekah both mahal sikit ya sbb dia iron siap2 n gantung molek with hanger. Rasa xder option utk sekadar cuci. Buat apala nak iron2 n gantung bagai. Tapi nak buat mcm mana mmg tula service dia. Terasa mcm org ado2. Tapi bila bayo telan air liur. I sent dobi sekali di Madinah kena dlm SAR60+. Di Mekah rasa 2 kali hantar. Sekali SAR120+ -masa ni luka mak ada bleeding skit esp lps umrah wajib. Sekali lagi hantar around SAR70 rasanya. Ofcourse la bukan baju mak sorang. Dah alang2 hantar dobi, hantarjekla baju kotor lain.

Utk enable phone roaming, dkt flight mcm MAS dia ada bagi simcard bolehla change tp amount coverage dia x besar rasanya. Abg amik n the next day di Madinah dah habis. Bawah hotel biasanya ada booth utk beli simcard. I just use hotel WIFI tapi konsep ni limited la, esp masa kat masjid xder line la. Takperla pi masjid nak ibadah kut. Hahahah poyo padahal nak jimat.

Masa di Mekah tetiba dpt msg frm celom to enable roaming turn on jekla so xyah tuko simcard. Then boleh la berkomunikasi dengan family di Msia.


Room dalam Safwa hotel. 

Dkt nak akhir2 cuaca dah start panas



Ada juga sekali incident awal2 di Mekah maybe my muscle2  ini terkejut menolak kerusi roda mak dlm kaw berbukit, tetiba rasa sakit belakang yg amat sangat. Sakit yang apabila kita gerak sikit macam rasa nak patah tulang belakang atau ala2 terkehel. Before that ada jumpa jemaah mak-anak (anak lelakinya tolak wheelchair mak). Mak dia terpaksa jalan slow walau sebenarnya dia berwheelchair sbb anaknya sakit belakang tak larat nak tolak wheel chair. Masa tu x sure camna rasanya sian gak kat dia org, siap inform depan bilik kita ada wheelchair hotel. Makcik tu explain dia mmg ada wheelchair tapi anaknya sakit belakang sbb tolak dia. Ada lintasan hati ni rasa kesian-niat mmg kena jaga ya di tanah haram. Sebenarnya kesian kat both mak n anak. Kesian kat mak sbb jalan slow..kesian kat anak sbb sure dia rasa bersalah sbb tak dpt tolak mak dia. Masih ada persaan bersyukur dapat tolak mak sendiri. X surela tindakan itu menyebabkan si anak laki makcik tu terasa ke..atau mmg tuhan nak uji kita. Kita plak rasa sakit malam tu. Tuhan uji n bagi juga rasa sakit tu dkt diri ini-perghhhh. Abg pun OKU kalau dia sorang tolak pun x larat sbb jalan x sama level. Lagipun dia x sure sgt jln till few times pi balik solat. Nasib baik rasa sakit tu waktu mlm lps isya. Tolak mak naik lauan berbukit lagi terasa, tunduk or salah angle jek sakitnya...mcm nak patah pinggang. Seriau la juga sbb hari banyak lagi..surela nak buat ibadah lagi. Lps mkn malam masuk bilik, I put salonpas yang tiger brand dekat belakang badan, telan panadol n tido awal berdoa moga tuhan hilangkan rasa sakit nie. Allhamdulillah esoknya ok dapat teruskan aktiviti mcm biasa. Syukur Ya Allah. Tak kata apa pun sekadar bertanya n offer kerusi roda  with niat nak tlg, tapi maybe indirect ada perasaan riak blh tolak wheelchair mak sendiri ke yg kita tak tersengaja  terus balasannya…..apalagi agaknya kalau kita buat jahat ya.....Astaghfirullah…….ampunkan dosaku ya Allah

Lesson learn utk bawa Jemaah berkerusi roda esp di Mekah saja sbb Madinah jalannya rata. Di Madinah sikit saja laluan condong utk naik masa nak masuk masjid. Di Mekah ada macam2 hotel n macam laluan and level dia x sama. So nak pergi n balik masjid kita akan tempuhi lantai yg rata n also berbukit. Beruntung utk yg pergi ramai boleh take turn tolak but what if mcm kami hanya ber3. Mak x berat sbb kecil sizenya tapi disebabkan laluan dia x rata kena ada effort lebih utk tolak. Sometime masa perjalanan tu turun, disebabkan curam we will reverse ...bawa secara gostan. So sakit kat belakang or tgn or kaki possibility tu tinggi. Silala bawa siap plaster salonpas tu.. Sedap lepas ditampal. Panadol pun kena ada bila rasa sakit telan la before tidur. Doa banyak2 InshaAllah OK.

Ada antara jemaah kami merekah kulit kaki esp lelaki la sebab lelaki x boleh berstokin, sampai berdarah pun ya. Masing-masing diuji dengan cara berlainan hanya rezeki saja yg tentukan  antara kami akan teruskan umrah or ibadah lain. Byk cara nak cari pahala yang penting jaga niat. Kering bibir tu biasa sbb udara sana sejuk berangin tapi kering. Yg ni kena minum air n pakai lip gloss. Kulit muka pun rasa kering berkerak kena pakai moisturizer and UV protection.

Perjalanan balik ke Msia letih menunggu flight dari ptg sampai malam. Masa tu dah bungkus luka mak tebal2 n letak serbuk arang banyak-banyak utk elak bau, Risaukan kaki mak bengkak sebab duduk lama menunggu satu hal n atas flight saja 8 jam. Allhamdulillah sepanjang di Madinah n Mekah mak tak batuk or selsema. Maybe sbb dah dpt kanser, tuhan jaga yg lain-lain kecuali masalah urinate awal di Mekah tu la. The rest mak OK. Me and abg saja batuk n selsema. My batuk mmg dah start since di Msia and sambung jek di sana. Abg Ajip pula demam on last day di Mekah. Nampak sangat dia tak bermaya n tak makan.

4 jam sebelum mendarat abg sakit perut. Luckily ada jemaah doktor suami isteri. Mereka access sakit abg n lepas bagi ubat gastric based on sakit perut n tak makan, abg takleh nafas. Steward and stewardess ready tank oksigen. Abg bernafas melalui tank and ditransfer ke business class bersama jemaah doktor yang merawatnya. Habis kami disoalsiasat sejak bila dia demam n ada tak pergi ke ladang unta sbb suspect Ms-Cov.
Sampai di KLIA, paramedic masuk n terus soal siasat lagi. Abg straight ke klinic KLIA and di bawa ambulan ke Hospital Putrajaya. We all balik rumah and when we visited him at hospital later dia dah di"isolate" sbb suspect Ms-Cov.
Lepas beberapa hari dapat result -ve Ms-Cov abg discharge from ICU and in the end  he needs to take insulin utk diabetic. Dugaan tapi life must go on. Selang beberapa hari tetiba mak pula batuk, demam n bleeding terpancut from her breast. Mak warded at Sg Buloh Hospital and again suspect Ms-Cov kena isolate juga. Me still batuk2 non stop pi clinic and based on  Xray result  ada sikit bronchitis. MC, rest and jaga mak di ward bila dia dah dpt result -ve Ms-Cov.

Ni pengalaman pertama mak warded. Sian kena cucuk kiri kanan pakai pampers. Teringat arwah ayah, cuma mak kecik sikit n bila nak tuko pampers senang sikit sbb masih boleh angkat punggung sendiri.

 Mak discharge few days later and dpt more bekalan ubat esp vitamin. Pengalaman yang indah sepanjang umrah. Urusan mak mmg dipermudahkan n kami diuji bila dah selesai n berada di tanahair sendiri. Tu dah cukup bagus la daripada di uji di sana.

Life back to normal in between kerja n tgk2 mak. Luka mak hampir 90% dah terbuka. Bila dressing we need 2 sheet of Parafin gauze utk cover luka mak dari melekat. Doktor bedah ada plan nak potong tapi again dia x confident takut bleeding non stop and advice us to meet again for next appointment.

Overall trip ini sangat best sbb group kami pun semuanya sporting and very supportive. Semua tolong menolong antara satu sama lain. Ustaz pula sangatla ramah tamah kelako and energetic. Mmg perlu fit bila nak buat aktivit and ibadah di sini. Solute utk para jemaah haji yang dah berumur sbb hotel dia org lagi jauh n aktiviti haji lebih padat compare to umrah.
Demi Allah sangat indah pengalaman umrah ini. Advise every muslim shld go, tak kisahla melalui travel agency manapun yang penting niat. Terima kasih Allah atas pengalaman ini. Will repeat again InshaAllah jika ada rezeki tak kirala umrah or Haji.