Life goes on, tu antara word yg selalu ku guna kalau nak motivate diri n positifkan diri. Macam-macam masalah as human being, like kerja di office, anak-anak yang kdg result turun naik, yg kdg dengar kata atau tidak and other issue.
Lepas ayah dah takder mak la yang tinggal selain adik beradik. Sebolehnya niat di hati nak jaga mak sebaik mungkin. Tapi kadang kesibukan diri, tanggungjawab sbg isteri, sebagai ibu, pekerja dan lain-lain sedikit sebanyak boleh juga menjadikan alasan kita alpa. Bila biasa mendengar khabar melalui telefon macam dah cukup untuk tebus dari balik menjenguk mak. Takut kebiasaan ini menjadi terlalu OK. Sampaila rasa bersalah tu bersarang dalam diri. Kalau boleh nak aje kerap balik Muar n Krai biar kami berlaku adil menjenguk mak secara bergilir.
Baru-baru ni dalam kesibukan uruskan pindah rumah hati ni nekad nak juga balik Muar jengok mak ditemani Along sahaja menaiki bas. Jadila kalau dapat lepas rindu n masakkan rendang daging untuk mak. Kami tempeh tiket pergi-balik online awal-awal untuk elak kehabisan tiket. LEga rasa dapat masakkan juadah untuk mak walau x sesedap mana.
On the day kami nak balik PJ, lepas sarapan pagi pandang mak yg tengah lena n ternampak aliwan darah di dada mak. lalt pun sempat singgah macam masih segar jek.
Bila kejut mak buka tshirt lusuh mak, Ya Allah terduduk salahkan diri kenapa la adik tak pernah nampak bengkak di buah dada belah kiri mak. Besar saiznya dan bersalah sangat untuk tak perasan, seperti satu rasa sangat terasing, terasing dalam keluarga sendiri. Kenapala aku tak perasan dari awal. Dua bulan lepas masa mak demam mandikan mak semua nie takda. Mak jarang sakit, kecuali demam tu yg aku tau. Yg aku tak tahu………
Kansel balik awal terus ajak makcik bawa mak ke Hospital Muar. Diagnose awal dari doktor adalah tumor. Advise untuk buat mammogram n ctscan. As advice by husband to get reference letter bawa mak ke PJ untuk next treatment. Doktor advice untuk buat mammogram n ctscan di mana-mana hospital swasta then bawa report ke mana-mana hospital kerajaan.
Adik cuba buat mak selesa yang boleh di rumah baru adik mak. Makla tetamu pertama yang kami terima. Aturan Allah itu baik, selesai urusan pindah rumah (compare rumah lama, this new house is better and comfortable for both our mum mak n my MIL-Che). We did as doctor advice, mammogram, ultrasound and ctscan at private hospital. So far the result looks no good however I am trying to be positive while waiting biopsy result. We did the biopsy at Sungai Buloh Hospital n menanti keputusan which doctor said will takes few days and if urgent they will call us instead of waiting for the next appointment.
Doa, usaha dan tawakal sahaja. Ya Allah kuatkan mak, sihatkan dia Ya Allah, kasihanilah dia. Adik pernah berdoa nak bawak mak pegi haji nak rapat dengan mak n nak jaga mak. Takder rezeki untuk haji sebab adik sebagai peneman mak x cukup syarat umur, tapi tuhan bagi peluang untuk jaga mak di rumah sendiri dengan sebab yang tersendiri ini. I'll do my best mak. Anak-anak dan suami kami sama2 membantu kita fight as long as we can. Moga dipermudahkan…..