Tuesday, November 06, 2018

Treatment untuk mak-dan jalan2 Langkawi 2018

Biopsy result dah keluar and confirmed mak menghidap breast cancer stage 3. Sedih ofcourse sedih tapi no word can describe it. Blank sebab xsure how strong she is nak laui semua ni. How strong I am nak face bersama.

On that day, we were told to wait for surgeon for an advice. We break for a while and have tea dekat café hospital. Masa tu macam-macam perasaan keluar. What if xder option what if mak x tahan for the treatment. Rasa nak keluar air mata tapi kutahan untuk bina kekuatan diri. Kalaula kat hospital tak ramai orang dah lama berjujuran. I need to be strong for her. Then me and hubby berbual kosong utk divert the attention.

After discussion with surgeon, dr advice not to undergo any operation or chemo due to age, hormon and struktur tubuh yang membongkok (which for normal people, operation will be the 1st and easiest choice-then baru chemo).

Dr will provide medicine to consume in daily basis to kecutkan the size, however the changes is 10%.
What if mak is not under that 10%. She said mak will still needs to undergo the operation but in half awake. The operation takkan clean up all and afraid kanser akan tumbuh after few mths.

Ya Allah, apalagi cara yang ada untuk tolong mak. I google and read more about cancer patient, cuba cari jalan alternative. Before that, we also went to private to get 2nd opinion. They also need to wait for biopsy result too and if +ve cancer, dr said they need to kecutkanthe size then only last stage baru operation. However dr remind us, due to age issue, we may need to prepare and buffer more incase impact other things. That makes us decide for the time being remain dekat government for long term treatment.

Since size is matter, right now our objective is to kecutkan ia and make it small. I try few other alternative and supplement and made own air penawar based on petikan n bacaan ayat quran.
Usaha n terus usaha,doa n tawakal.

Kesian bila mak mengeluh sakit, sakitnya dtg n pergi in few second or minutes. Sampai bila nak bergantung pada ubat tahan sakit? Kekadang anak2 and me melayan mak buatkan dia lupakan rasa sakit itu. Untuk kurang bergantung pada ubat tahan sakit.
Kadang kami bawa mak berjalan makan angin minum2 petang untuk elak boring terperap dalam rumah. Tapi kami awasi pengambilan gula mak untuk elakkan pertumbuhan kanser. Itu yang kami tahu. Yang kami tak tahu banyak lagi…….

Cukup ke apa yg kami dah buat? Bertambah baik atau tidakkah semua ini? Semua kami tak tahu sbb based on size looks like the same.
Yg merasai n apa ada dlm ketulan itu kami tak tahu. Getting better kah ia or makin worst?

Takut tuhan soalkan apa sumbangan mu sewaktu mak n arwah ayah diuji sakit dulu.
Apa perananmu utk berlaku adil pada mertua diwaktu kau sibuk melayan keluarga n mak sendiri.
Ya Allah ampunkan aku. Tlg aturkan hidup ini untuk terus berjasa pada mereka n berlaku adil…..
Aminnnn



Anyway ni kenangan 2018 bersama atuk mak. 1st time for her and us except ayah naik flight. Allhamudlillah respond dari mak sgt positif. Sedap rupanya naik kapal terbang ya mcm duduk atas kerusi…….

The next day jenjalan di Langkawi cable car and island hopping  hanya kami berempat. Ayah temankan atuk mak di bilik. Bila petang, kami lepak tepi laut n bawa atuk mak jalan2 menikmati pemandangan n hirup udara segar sambal tangan atuk mak berzikir. Overall trip last minutes ke Langkawi memang best.

Pernah ajak ibu mertua jenjalan lepak hotel masa arif kecil masa merua tinggal Bersama dari Kedah ke Penang. Pernah bawa arwah ayah lepak hotel di JB masa dia ada treatment di Hospital Tun Aminah JB. Kali ni 1st time experience bawa mak pula jalan2 lepak hotel.




 

Monday, September 17, 2018

Mak, be strong mak

Life goes on, tu antara word yg selalu ku guna kalau nak motivate diri n positifkan diri. Macam-macam masalah as human being, like kerja di office, anak-anak yang kdg result turun naik, yg kdg dengar kata atau tidak and other issue. 

Lepas ayah dah takder mak la yang tinggal selain adik beradik. Sebolehnya niat di hati nak jaga mak sebaik mungkin. Tapi kadang kesibukan diri, tanggungjawab sbg isteri, sebagai ibu, pekerja dan lain-lain sedikit sebanyak boleh juga menjadikan alasan kita alpa. Bila biasa mendengar khabar melalui telefon macam dah cukup untuk tebus dari balik menjenguk mak. Takut kebiasaan ini menjadi terlalu OK. Sampaila rasa bersalah tu bersarang dalam diri. Kalau boleh nak aje kerap balik Muar n Krai biar kami berlaku adil menjenguk mak secara bergilir.

Baru-baru ni dalam kesibukan uruskan pindah rumah hati ni nekad nak juga balik Muar jengok mak ditemani Along sahaja menaiki bas. Jadila kalau dapat lepas rindu n masakkan rendang daging untuk mak. Kami tempeh tiket pergi-balik online awal-awal untuk elak kehabisan tiket. LEga rasa dapat masakkan juadah untuk mak walau x sesedap mana.

On the day kami nak balik PJ, lepas sarapan pagi pandang mak yg tengah lena n ternampak aliwan darah di dada mak. lalt pun sempat singgah macam masih segar jek.
Bila kejut mak buka tshirt lusuh mak, Ya Allah terduduk salahkan diri kenapa la adik tak pernah nampak bengkak di buah dada belah kiri mak. Besar saiznya dan bersalah sangat untuk tak perasan, seperti satu rasa sangat terasing, terasing dalam keluarga sendiri. Kenapala aku tak perasan dari awal. Dua bulan lepas masa mak demam mandikan mak semua nie takda. Mak jarang sakit, kecuali demam tu yg aku tau. Yg aku tak tahu………

Kansel balik awal terus ajak makcik bawa mak ke Hospital Muar. Diagnose awal dari doktor adalah tumor. Advise untuk buat mammogram n ctscan. As advice by husband to get reference letter bawa mak ke PJ untuk next treatment. Doktor advice untuk buat mammogram n ctscan di mana-mana hospital swasta then bawa report ke mana-mana hospital kerajaan.

Adik cuba buat mak selesa yang boleh di rumah baru adik mak. Makla tetamu pertama yang kami terima. Aturan Allah itu baik, selesai urusan pindah rumah (compare rumah lama, this new house is  better and comfortable for both our mum mak n my MIL-Che). We did as doctor advice, mammogram, ultrasound and ctscan at private hospital. So far the result looks no good however I am trying to be positive while waiting biopsy result. We did the biopsy at Sungai Buloh Hospital n menanti keputusan which doctor said will takes few days and if urgent they will call us instead of waiting for the next appointment. 

Doa, usaha dan tawakal sahaja. Ya Allah kuatkan mak, sihatkan dia Ya Allah, kasihanilah dia. Adik pernah berdoa nak bawak mak pegi haji nak rapat dengan mak n nak jaga mak. Takder rezeki untuk haji sebab adik sebagai peneman mak x cukup syarat umur, tapi tuhan bagi peluang untuk jaga mak di rumah sendiri dengan sebab yang tersendiri ini.  I'll do my best mak. Anak-anak dan suami kami sama2 membantu kita fight as long as we can. Moga dipermudahkan…..


Saturday, April 07, 2018

Q2 2018

Asslamualaikum wth....

Sekejapnya masa berlalu. Bila tengok blog baru perasan last update was in 2017 and now dah masuk Quarter 2 of 2018.

Anak-anak pun dah makin membesar Si along n angah dah meninggi meninggalkan diriku dan adik Arif. One day Arif also will grow taller and bigger than me. Bila baring together with the kids ibu keeps remind them how their character from baby, toddler to now. Masing-masing sibuk tanya perangai masing-masing masa kecil.

Along kuat makan heavy food like nasi n ayam. Dia x suka jajan or makanan manis till now. Lately along dah kurang makan malam which is good for her too. Sampai bila nak membesarla, dah takder size nak cari kasut n baju. Along responsible dan berani. Maybe sebab dia anak sulung segalanya dia yang first trial, kita redah jekla kan long. Tapi she is strict n suka mengarah (biasala anak sulung- ibu anak bungsu, ibu pun pernah kena dulu.....) Sekali sekala okla long tapi make sure bahagikan tugas dengan adil, because adik-adik learn from the leader and from experience gak. Masa baby kalau kena inject jarang nangis- maybe sbb daging byk sgt jarum pun tenggelam agaknya. Tapi ada sekali dia kena denggi dia ngeri sikit nak cucuk untuk ambil darah. Nurse hairan apsal budak nie act mcm budak kecik padahal nak cucuk jek...rupanya badan jek beso umur mmg masih kecik......bila dah tahu umur barula dia org faham......n kena pujuk baik-baik. Kanak-kanak yang terperangkap dalam tubuh dewasa. Dia sedikit sebanyak mematangkan along right?

Along memang membesar sungguh sebagai johan. Habis ayah pun nak dikalahkannya. Kalau orang tak kenal n nampak ibu sebelah along, orang pun confuse mana ibu mana anak. Takpala long, Allah ciptakan sesuatu mesti ada gunanya. Contohnya ambilkan barang tinggi utk ibu n jadi bodyguard utk kami.

Angah nakal manja, boyish bit clumsy but tak kisah apa orang pandang dia. Kalau masa kecik x tumpahkan air masa makan di luar bukan angah namanya but now dah xder. Tenang bila makan bersama except gaduh with Arif.
Ingat lagi masa angah kecil, TV rumah dispray dengan air sampai xder sound dibuatnya. Haih angah, ingat tv tu leh dpt seringgit dua....Sabo jek la kami menahan diri untuk dapatkan TV baru sbb nak fix thhis silent tv pun makan masa.

Pernah sekali dia bercerita excited pasal sukan di tadika sampai melompat naik memeluk tv ( the same silent tv tapi dah fix so ada suara la-tv ke2 n letak dalam bilik). Angah yang sedang memeluk TVjatuh together dengan  tv hempap ke kakinya. Punya risau kaki dia patah kena hempap, dia boleh rileks jek bangun. The best part was the tv x pecah n angah tak sakit. Esoknya masuk office kecoh ada screen laptop pecah. Laaaa rupanya tv tu jatuh atas beg laptop. Patutla angah rileks. Kena bahan dekat bos bertahun juga la. Since then, Ibu diharamkan bawa laptop office balik ke rumah.

Pernah juga angah lock atuk Che di yard(masa tu Arif tak wujud lagi, atuk Che stay with us teman angah di rumah). Atuk Che sidai baju di yard, rileks jek angah pi kunci pintu. Puasla orang tua tu panggil suh datang buka pintu dia buat dek ajek tengok tv. Bila dengar cerita kelakar pun ada nak marah pun ada. Puasla atuk Che fikir macam mana nak masuk rumah balik. Macam mana la nak solat, mandi, buang air n nak mandikan or bagi makan angah juga. Nasibla angah ni budak kecik baru 3 tahun rasanya masa tu. Kalau dah besar sure dah kene sekeh ngan atuk Che. Nasib baik juga kami tinggalkan kunci berdekatan dengan tingkap yard tapi dalam rumah la, atuk pula di luar. Another chellenge atuk selain atuk Che beraada di luar, tingkap tu tinggi n nak dapatkan kunci tu kena panjat n buka tingap cermin dari luar luas2. Berpeluh- peluh atuk Che untuk dapatkan kunci n makan masa jugala. Balik dari kerja baru kami tahu ceriata ni. Kesian atuk Che..... memang bertuah punya cucu.

Pernah hilang di Subang Parade siap dapat announcement anak hilang. Bikin panas la lu ngah.....Pepun syukurla selamat.

Arif terlalu manja dari dulu till now. Mentang-mentang anak laki sorang n bungsu pula tu. Adik janganla amik kesempatan, adik tu lelaki kena responsible lebih compare to girl. Kena kuat dan berdikari. Adik pun ada kes hampir hilang kat foodcourt KLCC. Suh angah n along jaga sementara nak belikan makanan. Sampai meja ada dua orang jek. Adik mana? Entah masing2 angkat bahu..Eh ehhhh macam best jek yek?? Seriau ibu rasa sampai bagitau cleaner and guard. Guard dah start call geng dia pakai walkie talkie suh jaga escalator atas bawah. Tetiba sekonyong-konyong datang tubuh kecil bertshirt kuning tak silap ke arah kami dengan muka comel x bersalah. Memang tak bersalah la budak ni sbb dia kecik.....Ibu la yang bersalah.  Gilala nak nagis nak meraung nak ketawa semua pun ada. api ibu cover cas cool. Terima kasih jekla kat cleaner and guard yg turut risau. Selamba jeka adik ckp dia pi ke tepi dinding cermin tu nak tgk fountain. Nasib baik dia ingat meja we all duduk. Cerdik gakla dak ni. Syukurnya tuhan.

Dari kecik adik paling senang kalau nak tidur malam. Kalau terjun dalam kolam renang x takut padahal tak reti berenang. Adik suka mencuba mende baharu. Adik cepat bawa basikal compare to Along n Angah. Adik suka benda yang praktikal compare to teori. Adik tak suka membaca n concentrate duduk diam. Ibu masih mencari suis untuk bagi adik sedar ilmu itu penting dan kemahiran mana yang adik more into.

Tuhan bagi kepelbagaian untuk ibu n ayah sama-sama besarkan amanah Allah. Cepat jek masa berlalu and anak ibu dah nak masuk alam remaja. I want to be closer with every one of you supaya tiada rahsia antara kita. Please don't go outside and let us become ur non no 1. Walau ada cerita tak penting pun please come to me my baby. Either me or ayah may react looks like we don't care or its small matter but trust me we still hear it (or maybe we forgot one or two-maklumla dah masuk 40an-memory pun low). Please remind us and we still want to hear from each of you.  We care every second about you, dah makan ke, makanan kanten sedap ke, homework siap ke, kena buli ke, faham ke cikgu ajar, kawan-kawan kurang ajo or ejek ke??? We want to protect u all, but we can't always be with you all everytime or forever.

Kadang kalau luka or sakit we said okla tu, saja nak bagi u all kuat.
Kadang kena marah cikgu we said okla tu, dah memang u all x buat, saja utk bagi u all jgn salahkan org lain but look at yourself. There must be a reason why teacher scold you.
Kadang kalau kalah dalam pertandingan, we said okla tu, next time cuba lagi....byk lagi masa n peluang lain. Tak nak bagi u all putus asa.
Kadang kalau kawan buat hal, we all said, dah memang korang buat macam ni ofcoursela org tu mcm tu..or okla tu, ramai lagi kawan lain. or okla tue biasala budak2. Saja nak bagi korang tahu asam garam hidup dunia ni x semua orang sama. Masing-masing ada perangai n tingkah laku berbeza. People react at things differently. Masing-masing maybe ada kepentingan or cara masing-masing. Bila korang besar nanti u will find more character and macam2 issue, scenario, problem, or dugaan hidup. Korang adik beradik yg keluar dari satu perut yang sama pun gaduh apatahlagi dengan oursider. Bercakap n tegakkan diri bila perlu or else just jaga diri and do your part. Hak Allah kita jaga n tunaikan InshaAllah Allah jaga kita.

Masing-masing ada tanggungjawab n kena mainkan peranan masing-masing. Ibu doakan Tuhan permudahkan segala urusan kita. We live, grow and stay together. InshaAllah.........