Thursday, January 12, 2017

Patah kaki

This is my first experience to feel the pain and at the same time lepak di rumah with limited movement dalam tempoh near to 2 months. Dah macam cuti bersalin.

Punca sebenar jatuh dah diceritakan dari posting sebelum ini. Mari cerita pengalaman sepanjang proses penyembuhan aka recovery. Selepas xray and confirm oleh doktor tulang metatarsal ke 5 yang patah. No wonderla tak boleh nak gerakkan 2 jari kaki yg kecil. Rupanya tulang sambungan di jari kelingking kaki or the little toe yang patah.

Ini gambaran tulang sebenar-sumber dari google.


Ini xray pertama

Tulang kecil terpisah. Nasib baik tak hancur. Luka hanya di dalam n salur darah pecah n sudah move around that ia why nampak biru and bengkak. Kalau luka di luar we can see the blood, but this is internal so kita just nampak biru.
Doktor explain ada 2 method untuk sambungkan tulang. Pemakaian simen or masuk skru via operation. Since masa tu khatan Arif masih dalam recovery process and he needs ibu by his side and doktor pun cerita more convince yg simen will also membantu then we go for 1st option. Both ways membantu untuk mencantumkan tulang. Simen membalut, mengurang movement dan merapatkan tulang dari luaran. Skru pula merapatkan tulang yang patah dari dalam and still both ways kena tunggu the bone cantum sendiri. Cara menggunakan skru maybe lagi cepat sbb tulang betul2 rapat to each other. Tapi some people nak buang skru after certain years. Erghhh bunyinya macam scary. Maybe yang kritikal mcam patah kemalangan better skru. Apa-apapun ikutlah nasihat pakar tulang anda. Like me dia kata both option sesuai and both still takes time bergantung pada penyembuhan. Doktor nak cakap saya dah tuakan... tulang x kuat n mereput ekekkee

Mula-mula jumpa doktor dia dah agak patah and he said 2 months utk sembuh. Me and hubby terkejut like seriously doctor? Then doktor sengih takpa kita pakaikan kasut special ni dulu. Doktor ambil satu hamparan macam kertas n alirkan di air paip then terus lekapkan di kaki. Lepas balut semua terus rasa that hamparan dah keras and ya itu salah satu jenis simen rupanya. Alamak dari terhenjut-henjut terus x reti nak gerak. Dudukla di atas kerusi roda pihak hospital and dapat mc for 2 weeks.

Duduk di rumah bersama anak-anak cuti sekolah and also yang sorang masih pantang sunat. Luckily Along and Angah dah boleh diharap and anak buah ada di rumah untuk tolong masak.
Few days lepas bersimen mc duduk di rumah kadang rasa sakit di tumit bila nak menapak. Request hubby belikan tongkat. Memang membantula tongkat ni dapat kurangkan penggunaan kaki yang sakit and sometime kaki kanan yang tak sakit pun jadi sakit sebab asyik guna lebih. Dengan bantuan tongkat dapatlah alihkan bebanan berat badan apabila berjalan dari kaki ke ketiak.

Ini xray selepas 2 minggu.

Doktor cakap makin besar gap. Aaahh sudah. Tapi doktor optimis untuk teruskan simen since itu option yang dah kita pilih. Dia just tukarkan balutan luar and advice untuk balut dengan plastik wrapping makanan bila nak mandi or ambil air sembahyang untuk elakkan basah. Ya lar tak terpikir pula. Masa doktor buka balutan hubby kata kaki pucat n kembang kena air macam kaki mayat
 Eii mulut... gelak jek doktor. He also advice beli selipar bertali bukaan atas n boleh adjust ikut size.  Habis kaki bengkak n berbalut gemuk macam tu mana muat pakai selipar biasa or kasut. Ala again tak terpikir.

 Ini xray lepas sebulan.


Yeay doktor kata dah ada pertumbuhan tulang kecil n nak rapat tapi takla 100%. Syukur Allhamdulillah..tuhan maha kaya. Dia yang menguji hambanya dan dia jugalah yang menyembuhkan. Doktor bukakan simen and advice utk slowly jalan tapi jangan kasar n rushing sgt. Dia tanya u kerjakan bila u rasa boleh masuk kerja? Ish doktor pula yang tanya kita. Hari ni Rabu...esok lusa saya try jalan as part of terapi la maybe next Monday la. Ketawa doktor. Apasal doktor ketawa,.... mana saya tahu doktor advice la biasa lepas buka simen berapa lama boleh jalan n kerja. He said sebenarnya lepas buka simen you akan rasa lagi sakit ya. Patutla dekat tumit n tulang atas area antara kaki tegak n kaki mendatar atas dari buku lali rasa sikit. Doktor cakap sebab you dah lama pakai simen dalam kedudukan static so some otot dah lama tak bekerja. Ada yang baru nak mula bekerja lepas berehat lama so dia baru nak joint. Memang akan terasa sakit dan perlukan masa. Doktor bekalkan ubat tahan sakit n MC another 2 weeks.
Wow another recovery phase. Bertatih macam baby.

Balik rumah mandi bersih-bersih cuci kaki lembut2...sian dia lama x dapat air. Nampak tapak kaki macam terbelah. Leganya n bila tapak alamak rasa macam tajam and mcm ada selumbar especially dekat tumit. Pakai balik tongkat seriau pula rasa. Takpa jangan gelojoh nak menapak janji dah free dari simen anytime akan start menapak slowly and gently. After 2 days buka simen tempat patah dah start rasa sakit in few sec... macam nyut nyut sakitnya ...dia dtg n dia pergi dlm skala tertentu...suspen mcm contraction nak beranak. Takpa bekalan ubat dah ada if tak tahan kita telan. Go girl... hahhahaha

Sambil mc, jahit lencana anak (beli baju last minute), buat other activities like online shopping, baca blog n salah satu blog yang mirip or related to my pain ialah di sini
Susunan di bawah menunjukkan macam mana progress kakiku patah sampaila last picture gambar kaki baru dibuka simen..kaki dah memang gelap..lagi gelap jadinya lps dibungkus simen. Kaki kiri yang patah compare to kaki kanan. Ada kesan luka akibat menggaru. Siksa menahan gatal masa bersimen masukkan pembaris panjang n garu. Looks delecious n yummy ekkeeekke

pepehal pun bersyukur pada yang maha Esa.... amanahnya ni kena jaga.
Gambar berikut adalah kompilasi (macam album lagu la pula) perkembangan kaki patah dalam bentuk gambaran fizikal n xray..... Tuhan pilih diriku untuk diuji so gunakan masa terluang ini untuk lebih padaNya.


Gambar 5 hari selepas simen dibuka. 
Compare kaki kiri yang patah with the right one.
Kiri masih bengkak sikit and my target for this week untuk lepaskan tongkat.