Sunday, January 25, 2015

jajan beli sendiri

Sepanjang 3 hari monitor adik arif between his kafa n kebangsaan ada satu pencapaian or kebebasan yang dia dapat. Money pocket for his school break. So far dia msih disiplin makan bekalan yg ibu tapaukan utk kelas kafa. So he got balance masa di sekolah kebangsaan. Makanan jualan di kantin tak ada masalah sangat semua mengikut garis panduan yg telah ditetapkan. Masalah dihadapi parents adalah anak-anak beli junk food lepas balik sekolah di luar pagar sekolah. Ada gak driver bas sekolah sempat jual jajan. Dah lama dibincangkan dlm mesyuaat PIBG tapi pihak sekolah tiada kuasa nak halang sbb di luar kaw sekolah. Parents kena guide anak-anak, but ofcourse payah. Kita masa kecil pun dulu suka beli jajan. Sempatla tengok adik arif makan gula2 serbuk yg bersepah n melekit kena seluar sekolah.
So dilarang beli lagi jajan ini. Angah ajarla adik beli benda yg faedah like yakult ke. Nie dia pula ajar macam mana nak mkn. So ibu dah warning kalau adik beli lagi no more duit sekolah.

One weekends while kemas and tukar cadar katil arif, ibu nampak benda larangan bawah bantal. Amboi dah pandai nak sorok ya....ok fine sila ambil n sorokkan...lepas kemas katil n lepak-lepak tetiba simanja arif tanya. Ibu.....masa ibu tukar cadar ada jumpa sesuatu tak? Ibu buat tak faham and say no. Alah ibu...mesti ada la....ibu x jumpa ke? Hahahha pandai jek....Terusla sergah aaaa kenapa arif beli gula-gula yg ibu x kasi....pandaila pula dia jawab ..tu angah nak buat eskperimen...ibu bagi balik. Ermmmm sorry xder mananya..jawab jekla ibu lupa kat mana tadi....then ke bakul sampah la tempatnya.

Walaupun ibu x sure adik arif x kan beli lagi atleast he knows yg ibu tak suka dia beli n makan benda yg melekit. Sekurang-kurangnua dia dah pernah rasa bcos he is a kid n hopefully dia dah tak jakun n nak lagi.
Inila dia yg disorok di bawah bantal..

Wednesday, January 14, 2015

lets go to the school

Yeayyyy hari yg ditunggu-tunggu telah tiba. The youngest in the family is going to school and no manja-manja anymore.

Actually deep inside my heart ibu still risau. Risau kalau Arif tak boleh survive. Apalah ibu ni. Let he goes...let he goes....nyanyi lagu nak sedapkan hati..... my lovely baby Arif has grown up. Cepatnya masa berlalu. Nak nangis segho...( aiii speaking kelantan).

3 hari ambil cuti untuk pantau dari dekat or jauh macam mana yg pernah ibu buat untuk Along n Angah dulu. Treat anak kena adil.

Actually dalam sekolah hanya risau macam mana dia nak buka seluar utk pee. Luar sekolah risau mcm mana dia nak naik transport. The rest InsyaAllah ok anak laki kena berani....walau dalam hati mmg byk taman.....
Ni aksi memeluk tiang di sek kafa, tak mau masuk kelas..... pujuk kena power...hati kena cekal n kejam untuk tinggalkan dia.....


Hari 1st n 2nd...



Hari 3rd...adoiiii anak ibu......
On the way to kafa masih zzzzzzz

Thursday, January 01, 2015

Selamat Tahun Baru 2014

Goodbye 2014 n welcome 2015. Byk dugaan ditempuhi in 2014 to Malaysia and to me personally. Tahun yg penuh cabaran n mengajar kita erti bersabar dan menghargai apa yg ada.....
To Malaysia....
Lahad datu...
2 MH.....
Banjir

To me....
Rumah pecah masuk
Kereta kerap rosak
Ayah pergi berjumpa penciptaNya..
Doa ..doa n terus berdoa...life goes on......latest case which is still ongoing adalah banjir. Rumah inlaw di Kuala Krai mmg syukur tak tenggelam tapi bekalan makanan n komunikasi terputus. Usaha by persatuan penduduk utk beli n packing brg keperluan keluarga masing2 utk keluarga di kg. Then mencari bekalan tambahan n bantuan org ramai dr few pusat here utk dibawa blk ke semua penduduk yg terputus bekalan makanan. Tak semua ada anak bekerja di rantauan so agak tak adil kalau setakat membantu keluarga sendiri. Syukur rakyat Malaysia prihatin. Harap jgn ada yg ambil kesempatan.

Ant brg yg sempat kami beli utk keluarga di Krai