Saturday, December 12, 2015

luv u all so much


Dah lama kami sekeluarga x jalan-jalan bercuti. If ada pun cuti yg pjg sikit sekadar balik kampung either Muar or Krai. Si ayah seorang yang hardworking so bila ada peluang cuti panjang mmg balik kg dok berehat sakan like makan tidur makan tidur. 
Memang dah lama xder vacation bermalam dihotel.

This year lagila takda since along exam hari tu, but recently we went for a short trip naik genting via lrt n bus sbb nak bwk adik Arif naik cable car. Last few years we went there with atuk Che my mil. Masa tu Arif still baby. So he and his atuk n my hubby naik kereta till hotel. Me and my 2 girls naik cable car. So this time Arif mcm excited la.....we all buat day trip saja langsung x tidur sana. The wheather was cold and windy during afternoon... feeling oversea skit. X plan nak main sgt sbb a day trip only tp mmg outdoor team under rennovation and even indoor also tak byk games dah sekarang. Seronok gak trip naik public transport. Paling best naik bas ....sedap jek dia org tidur mcmkan perjalanan jauh sgt..... lepas ni kena plan for long distance trip naik public transport like train or bus express... sure fun

komuter

Cable car


bus
Kelas renang 8 hari dah katam...yeayyyy. Takdala expert sangat tp atleast berani la nak tahan nafas sekali dua terapung atas air...one a pool pun masih x smooth tapi sekali dua kuak blh la.... jadila la arif n angah. Ada masa n rezeki kita training lg.




Divert sikit post kali ni nak ambil kesempatan for bday Angah ke 10th yrs on last 5 Dec. Kita beli indulgence again...hi Secret Recipe..manderem apalah yg korang put dlm resepi korang....all 3 of them mesti nak indulgence for their bday cake. Angah nak jam tapi ibu xkan beli sbb angah x reti nak jaga n appreciate apa saja brg yg dpt. They pakat among them n sediakan service urut. Balik kerja dtg ngadap tunjuk banner n buat marketing service disediakan. So funny tapi takpa practice apa yg cikgu ajar
 Setiap berapa minit ada dikena bayaran, nak urut kepala, kaki, tangan or apa saja
 So far rasa Angah dah kumpul almost RM20. Customer setia ofcourse siayah. Ok silala usaha lagi urut ibu or ayah or sesiapa bila blk kg utk dptkan more money. Then u all know how susah dptkan duit n how to appreciate things u all buy frm ur own pocket.  Selamat hari lahir dear Angah. Tahun depan onward kita kerja keras ya. Buktikan kat ibu n kembalikan kepada ibu Angah yg dulu....yg rajin n yg perform. Jaga solat walau dimana angah berada.

Thursday, December 03, 2015

and the result is......

Ok umum dah tahu UPSR result dah keluar. Exam paling besar setakat ni diharungi Along untuk sesi kebangsaan dan PSRA utk sesi kafa. Jadual memang ketat sekolah pagi dan petang. Pernah satu hari singgah kedai photostat and the owner was indian woman asked me. Alah kesiannya they all pagi petang sekolah, bila masa nak buat homework? Tak penat ke? Me just smile and said, they are ok. Ibu pun dari aliran yang sama last time. Pagi sekolah kebangsaan dan petang sekolah agama. Semua sekolah di Johor macam ni and I like. If Johor tak sarankan pelajar johor sekolah agama selain aliran kebangsaan, belum tentu i can read and write in jawi. I did my PMR agama paper in jawi. It fun. Our old time school dulu lagila if x lulus subjek wajib like tauhid, ibadat jangan harap nak naik kelas. Struggle la setiap exam utk make sure naik kelas unless u x kisah or kulit tebal duk kelas yg sama for another year.
Ok back to Along punya result. Both UPSR n PSRA biasa-biasa sahaja lulus n dptla juga A.. improve than the trial. Along lg confident kafa dr kebangsaan tp x berjaya mumtaz overall. Life goes on along next year onward struggle ya. Ibu dulu pun result up bila dah tingkatan. Usaha doa n tawakal.

Angah pula result agama n kebangsaan kelaut...... tahun depan siap angah....duit poket potong lagi. Puasa jekla lagi bagus.

Arif ada improvement. Sejarah among 3 of them hanya Arif lambat membaca and he joined kelas pemulihan @ linus. Macam-macam usaha cikgu n ibu buat. Allhamdulillah saringan kali ni dia lepas n dpt anugerah. Afterward nak kena ajar baca jawi pula. Okla rezeki tuhan bagi...maybe along x dpt seorang kena share dengan adik. Tuhan bagi sikit kat along sikit kat Arif.
Angah apalagi? Takkan tak terliur naik pentas lagi...... ekekekee





Saturday, November 07, 2015

swimming

Amboi dah berbulan x update blog....dah selesa sangat ni.... Sungguh sibuk n byk yg perlu diselesaikan. Daily work inthe office yang tak putus2.... layan kerenah anak yg dah nak cuti sekolah. Meriah n bersyukur...hidup harus diteruskan. Walau sibuk mcm mana pun perut tetap kena layan Time rajin tak lama n tak banyak. Time malas n nak lepak lagi byk setelah berpenat balik kerja. Kalau bujang dulu bolehla layan diri nak terus baring no dinner ke.... dah sekarang ada anak n suami lagi so xleh selfish....no no no. Tapl kdg time bahan xder nak buat resepi hantam kena kreatif juga. Wonder dulu-dulu macam mana la mak kita kreatif n blh besarkan kita di kg dgn segala kekurangan. Nak tumis cili kena tumbuk, nak santan kena parut. Semua manual walau ambil masa nak prepare but the outcome sedap sangat....Hidup juga kita. Teringat kata ustaz ceramah kat office, setiap kita ada rezeki...cuma usaha jek. Macam burung semua tu mana ada fridge nak simpan lauk seminggu? Macam mana dia blh hidup? Hari ni cari makan terus habis hari ni juga. Esok another day nak cari makanan without dia tahu ada tak makanan dia utk esok. Tu semua urusan tuhan. Cuma kadang kita nak buat lauk bagai nak rak bkn rajin n ada masa. Kadang bekalan bhn mentah pun bukanlah meriah sgt.  So apalagi marila masak yg simple n yet tahan lama. Taraaaaa inilah dia....
 Mula-mula eksyen gak si along x nak jamah kata ikan bilis x rangup. Sekali dah makan..nak lagi..dia plak tukang habiskan. Ingat nak buat stok seminggu..terus jadi lauk tambahan weekends n 2 hari dah habis... i like kacang..so buhla byk2..nak put tempe as part of it..tapi nak dpt yg ori balut daun pisang payah, kalau ada nun kat pasar klang byk. Dah xder kita tukar jekla dgn kentang..ok la gak...

Another simple masakan menggunakan bhn yg ada.....cili segar, cili kering ke semua ilek...baru nak shopping hari ni....Guna alasan ibu berkerjaya sibuk di pejabat lupa tengok stok dapur. Aci tak?
Macam mana nak masak kue teow goreng? Xper kreatif...kita guna bwg putih dadu n cili flakes dari pizza. Leftover item yg tahan lama mcm ni kena simpan. Boleh guna time emergency. Yg penting sos dia...produk muslim beli di kedai zain
...even mee pun beli di sana. Sos ni nak guna kena + air panas sebab ia pekat..

Nampak kosong jekkan...macam x syok....tapi don't judge a book by its cover. Bila ngap sedap....bertambah anak bujang ibu makan...
Tadaaaaa ...sayur xder gak...buhla daun parsley skit...



 School holiday is coming... nak jln xder mood byk sgt keje kat opis. Anyway dpt juga laksanakan impian sianak setahunlalu. Register swimming class. Mula cuak gak..takut arif x nak continue. On the 1st day training hujan, so we moved to indoor pool yg lebih dlm. Wow as a beginner mencabar gak step dia org but the most important thing i realised they don't give up n they enjoy it. Takper slowly learn.... jealous ibu n along. Nak join malu. Later kita belajar together ya along....somewhere N someday...




Saturday, September 12, 2015

kabare?

Lama giler x post anything dkt sini. Busy dgn urusan harian. Too many things to write tp byk yg dah lupa. Antara event yang dah lepas adalah sambutan hari raya. Tahun ni blk Krai dulu baru blk Muo. Dpt cuti pjg sbb bos yg suh apply ....dah nyanyuk n dah byk mistake buat....paper la..memo la... budget la.

So cuti awal sebelum raya sementara tunggu hubby n anak cuti raya, jangan dipersiakan. Setelah few years x buat kuih raya...this raya dapat buat
 Almond London yg gebu lg montok. Dptla bekalkan di dua kg n rumah sendiri sikit.

Tema tahun ini adalah merah. Sehari sebelum raya si ayah sibuk diluar sebab sibuk nak buat sambutan raya utk persatuan. While us yg perempuan sibukla di dapur memasak bersama ipar duai...... sedap......

Balik turn Muar sempat follow marhaban n kebetulan rumah my mom.aka atuk mak adalah hari pertama. Juadah yg kami sediakan ialah nasi goreng.......yeayyyy settle pasal raya...lepas tu apa yek........nyanyuk sudah

Bday adik Arif n ayah bln August lps..mcm biasa Indulgence cake dr secret recipe. Sambil tu pun we also try buat cake yg simple like oreo cheese cake..yg hanya perlu disejukkan dlm fridge..n bila ditelan nyaman...mcm ais krim.
blueberry oreo cheese cake 
oreo cheese cake
The most important event recently happened ialah UPSR for Along. We prepared almost together n we hope Tuhan berkati usaha kami n makbulkan doa kami.amiinnn

Angah  n arif msh spt biasa...nakal n kena push utk siapkan projek n homework. Projek angah ada 4...jahitan.....akuarium..lampu rumah api....peta minda subjek sejarah..Allhamdullah semua dah siap...walau kami bantu yg Angah kena jadi main person utk buat n complete the task.

Saturday, June 06, 2015

fresh breakfast

Another simple breakfast n yet healthy. Main campak-campak ajek. Rebus telur n basuh fresh lettuce. Lagi baik kalau ada baby tomato tapi stok di rumah tiada, so utilize whatever we have.
Yg small packaging tu pun leftover thousand
Island dari kenny roggers. Habiskan jek la

Put thousand island sos to the vege n then put the boiled egg. So fresh n yummy. Omputih angat dak jawa ni...

Another version.... bekalan ke sekolah



Sunday, May 10, 2015

The originality

Cuti buruh n wesak day yg lalu we all balik Krai. Cuti dah panjang x payah nak apply n yet dpt blk krai n ke terengganu juga. Attend majlis pertunangan anak saudara. Walaupun pack n jammed tapi puas. On the way back dari Terengganu ke Krai we saw an elephant walk freely. Must be wild one. Nasib baik dia atas bukit....so xder la rasa gerun tapi kalau jatuh sure penyek kereta we all. Sempat juga singgah tasik kenyir for a while saja. My SIL stay area tasik kenyir.

Projek baru MIL adalah bercucuk tanam atas bukit. The view sgt cantik....
Berkelah atas bukit. Arif demam pun join juga......

Berkahwin dengan org pantai timur i learned to have heavy breakfast. Nasi kerabu or nasi berlauk. Sometimes dah balik PJ and during weekends we will having the same breakfast.
Yesterday on the way to KL we dropped by Pantai Dalam. Di sini mmg lots of Kelantanese stall. We sat at bench mcm school canteen. Hubby said this warung got ummphh and stay at its own originality. He likes it very much. People can feel at warung kalau duduk begini. To me....entahla no differrrent janji masakannya original.


Ptg we went to Klang jumpa anak saudara n their kid, which is our cucu saudara.ahhh tua sudah....
On the way back we all pekena mee tarik at Padang Jawa. Chinesse muslim restaurant. Portion satu bowl besar for the kids. They shld share mmg x habis.
The speciality adalah ba' bao tea. Ada lots of bahan berkhasiat dlm. Rasa mcm teh chrsantimum. The ingredient ada dlm 8 items, so it also known as eight treasures tea.

Red date, longan, lychee, apricots,
Wolf berry, chrsanthimum, green tea
n crystal sugar.

Hari Ahad....which is today adalah mother's day......dpt kad frm Angah n Adik. Along ada camping n qiam di kafa so dia tidur di sekolah for 1 night.
Tq kids ...ibu syg anak-anak ibu. Ibu doakan anak ibu berjaya bahagia dunia akhirat.

Saturday, April 11, 2015

Excited....


Among 3 of my kids, Damia or angahla yg paling gedik, gelenya or mentel kata org jawa. Suka berangan n cita-cita besar nak naik pentas tapi hati kecil. Dari awal dia x pernah dapat apa sijil or anugerah walau cert taska dek kerana mcm2 isu n berpindah randah.

Dia suka sgt naik pentas, excited sgt walau sekadar berlari-lari waktu rehat. Pernah one day dia story atlast dpt juga angah naik pentas. Tanyalah for what reason naik pentas?Masa rehat main-main pastu lari naik pentas saja...cisssss potong stimla...naik pentas saja-saja pun blh feel.

Masa std 2 or 3 dia ada plan nak masuk pertandingan bercerita amal islami sekolah kafa. Kita x nak bg sbb tau dia ni jenis malas baca n study tapi kang kata x bg peluang. So carikanlah cerita kisah nabi yg simple. Bila berlatih separuh jek ingat pastu harammmmmmm. Lama tu terkubur mcm tu..hangat-hangat shit chicken. Akakkakkak

Thn ni dia ckp nak masuk marhaban n masa test suara dia kata dia jd backup solo
 Ya Allah tekanan dah siibu ni rasa...ku bukan x kenal perangai gedik anakku. Suh hafal sendiri memang takla. Taknak tlg sgt tkt separuh jalan....i is tensen...so harap jekla ustazah bimbing...tp bwk blk la juga list marhaban sbb dia punya hilang.....boleh terima x....? Nak masuk bagai nak rak tapi salinan marhaban dia entah ke mana....kalau yg solo part rawi plak bkn senang. Nasib baik backup jek kalau btul2 rasa nak suh jek tarik diri. Ibu ni mmg ada exp pernah wakil sek... masa tu di mrsm Jelebu. I masuk kena jadi solo 1st bacaan rawi or berzanji. We won at 1st place....yeayyyyy. Kalau siapa sekolah Johor yg wajib ke kelas agama lps sek kebangsaan taula apa itu berzanji. Marhaban mmg semua tau  but berzanji x semua tahu, dia kena ada lagu n lenggok. Kena gaya sedap n tangkap lentok terus. Kalau org zaman atuk nenek dulu berzanji adalah acara almost wajib pengantin perempuan. Now dah makin pupus kut...kat sek jek...

Back to angah....nasib baik dia dpt ustazah yg rajin ajo so dia okla utk marhaban...berzanji peserta solo biarla kawan angah saja akan buat..harap dia x sakit or cuti time pertandingan. xyah kuo suara kuat x mau jadi solo rawi, ibu is ngeri...nampak x ku dah serik ngan perangainya. Anyway acara jalan ngan baik pd sabtu 11 April. Sekali lg sekolah kafa dia org jadi tuan rumah. mewakili sek peringkat zon PJ. Disbbkan byk acara berlangsung serentak pentas hanya utk nasyid. Acara lain di kelas tertentu. Xper debaran tetap sama. Tgk si angah paling pendek dlm group dia....kat rumah bkn baik gedik n gengster....bila marhaban mata tunduk jek.....tgk gaya judges mcm pus hati siap follow marhaban cam enjoy jek...ada harapan ni.
ANgah di tengah itu

Ibu doakan moga Allah bg peluang dkt angah utk rasa naik pentas yg sebenarnya dan nak terima hadiah x kisahla no berapa.
Hbs acara bersalaman ngan ustazah n dia tanya Damia anak sulung ke? Eh x kedua ustazah...pertama darjah 6 dia pergi tuisyen upsr di sek kebangsaan. Ooo ini mak ayahnya la ni..muda lagi....wow..teruja i oallls dpt pujian. Ustazah ucap terima kasih sbb bg sokongan n dtg support anak. Dalam hati kata mmg saya nak tgk bakat dia yg excited ngan Pentas.
Beberapa hr sebelum tu dok nak digest  apsal angah suka dengan.stage....byk kali dr dulu dia asyik ckp  n cerita bestnya tadi ibu kat sekolah naik pentas buat latihan marhaban. Iya senyum n angguk. Agak dia x perasan respond ibu, terus pegang n explain again. Ibu
angah kata angah naik pentas td. Iya Angah ibu dengar, bagusla practise betul-betul. Dalam hati.... ye eleh anak aku setakat naik pentas jek kut...br latihan... Recal kenangan lalu..n teringat masa di one of the kinder dia joint dulu ..on graduation day tp masa tu dia br 4 thn kut...dia msk acara menari chicken dance and few kids song la. Once dia naik stage n ternampak jek siibu dia dr jauh nie....dia punya excited yaAllah hanya tuhan tahu
..mmg terpancar dekat senyum..gigi n pandangan dia to me pd waktu itu..is like she is trying to say..ibu look at me..i am on stage...ibu look at me...dia pusing ke dia gerak ke...mata always at me n senyum lebar nampak gigi....angah baru ibu ingat ..ya...u r a stage maniac kind of person la....angah kena build confident level kalau nak naik pentas selalu...


see? Gigi taring jek nampak lebih...tula suka sht mkn sweet. Gambar diambil si ayah masa 1st persembahan in her life. X silap 4 tahun masa tu. Once she saw me frm the stage x toleh lain....senyum and sengih excited. Kalau lepas pusing pun siap cari balik mana ibunya. Mmg blh saw her expression masa tu....esp the last picture.

N today doa ibu..doa angah...n doa ustazah, tuhan dengar...He gives u the  chance n to feel naik ke pentas terima sesuatu.....congrats my angah......


lepas turun stage n terima medal yg pertama in her life n the best part is .......1st place...Sitting next to her adalah ustazah Norbaiti yg ajar marhaban n merangkap guru kelas kafa thn 4 Amanah....her class teacher. Syukran ustazah... 

puas walau sekejap

Last March during school holiday sempat blk Muar utk settlekan urusan ic n jab kebajikan my sis and brother. Hopefully permohonan diluluskan. Cuti yg singkat end of weekends digunakan sepenuhnya. Early friday morning bawa nak sayang pergi kubur ayah.....rindu kat ayah or atuk aaaa.
Lepas ke kubur singgah ngeteh belanja mak breakfast roti canai. Walaupun simple rasa puas sbb dpt bawa mak jalan. Mlm tu we all belanja dia dine in @ pizza. Hirup sup saja dia dah kenyang......then we all jln2 at tanjung Muar. Sewa kasut roda....main bola besar...puasla..

Sempat juga melawat uncles area sekitar.. sdp mkn nasi lauk ikan pari masak lemak daun cekur atau org jawa panggil daun kencur. Sungguh wangi...teringat masa kecil mak rajin masakkan...sedap masakan mak..tp sekarang dia dah x masak lagi
..nasib baik kak uji blh masakkan walau kdg mood xder dia x nak. Cantik sungguh aturan tuhan. Syukur...

The next day bwk kak uji n kak ayu jalan plak....in between we all sempat cabut rumput bakar sampah.siram pokok bunga..main badminton dpn rumah...hehhehee mcm feels jek lpk2 xyah kerja....tp apakandaya utk sara hidup kena blk semula n bekerja spt biasa.

Moga Allah +kan rezeki utk kami terus bantu keluarga kami walau di Pj..Muar or Krai.
dimana sahaja.
kuini rendang yg belum masak..
k

Saturday, March 14, 2015

kawan

As i said before this.....every morning kena follow hubby ronda deliver anak.....pergh guna ayat deliver...mcm nak deliver barang.......send anak-anak ke sekolah. Ni sbb anak manja ibu la ni. Utk elak siibu masuk ofis lambat maka bangunla awal pagi. Tapi kalau pagi bangun awal pun kejap je masa berlalu. Ada je benda nak kena buat.

Satu hari hantar Arif ke kafa sampai pada waktu van yg ada kawan-kawan dia which is the same transport utk dia ke transit n sek keb. So bila dah nampak kawan terus peluk bahu jalan sama-sama. At one side kata ohhh bagusnya perangai dia dah boleh survive n tak perlu ibu teman sampai masuk kelas......dah pandai berkawan......but another side kata..amboi ada kawan terus tinggal ibu camtu jek..... tak perlukan ibu ke....mode sedih sendiri tetiba la pula....

So on the way balik ke rumah dah ptg tu dalam kereta borak la. Okla Arif dah x payah kena teman ya esok-esok boleh pergi sekolah sendiri macam pagi tadi. Kalau kawan takda pun pergi sendiri ya...ibu tak payah teman. Angah n Along pun nak tau sbb apa. Si Arif yg bijak pun jawab.... ehh xper....kalau esok-esok kawan adik takder ....adik boleh pergi dengan kawan lagi situ.....nama dia Fa.. Binti Ma..... kawan adik besar....akakakkaka gelak la Along n Angah..ooo kawan dia lg satu adalah ibu inila......siap sebut nama ibu ngan binti bagai....nampaknya kena teman la lagi anak bujang ibu sampai masuk sekolah. Janji lepas tu nak masuk kelas n dah x nangis kebangsaan setiap Jumaat. Survivela untuk jalankan kewajipan sbg students n lalui suka duka menuntut ilmu sbg part n parcel of live yg satu hari akan mematangkan diri sendiri.



Thursday, February 26, 2015

air penawar

Mencabar betul si ayah nak tinggalkan adik Arif di kafa pagi-pagi. sampai satu tahap bila ustazah keluar kelas n si ayah msh menunggu peluang nak lepaskan diri terpaksa masuk dlm kelas sambil monitor arif n the friends buat kerja. Masing-masing dok ngaku dah siap n si ayah ni tahan gelak tgk tulisan masing-masing...biasalah standard 1. Bila nak keluar dr kelas semua dok serbu pintu depan n belakang jaga supaya Arif tak follow si ayah keluar. Maka berlakulah adegan kejar mengejar satu kelas participate sambil gelak ketawa. Sbb bising ustaz dr kelas sebelah terpaksa menjenguk n sergah. Masing-masing terkejut and sit at their own place. Tergelak si ayah n dpt larikan diri.
End up ibu ayah dah give up lps dr hari tu terpaksa ibu follow hantar all the kids baru masuk kerja. Jangan jammed sudah....lambat pula nanti masuk office. Beberapa hari hantar Arif pergi n ditinggalkan ibu tapi ofcourse la kena pujuk n cium kepala sambil sembur-sembur sikit ok jek Adik Arif. Doakan yg baik-baik.
At the same time we did refer to ustaz n get some air penawar la sbg salah satu usaha selain doa n nasihat. Kalau nasihat waktu mlm bkn main esoknya sampai sekolah gituler jugak. Cubala ikhtiar who knows berkat doa n usaha ygnpelbagai salah satu berkesan. Yg bestnya pi sek keb x der menda ok jwk..masa awal2 nak pisah jek......but keb ada jugakla sikit penyakit only on friday dia akan melalak esp bila nampak kakaknya. Takut dah lewat nnak ikut si kakak balik sbb sepanjang seminggu hanya jumaat blh terserempak dgn kakaksince jumaat sesi ptg lambat masuk due to friday prayer. The school got 2 session.morning std 4 - 6 ...n noon std 1 - 3. So peluang berjumpa tidak ada ex ept friday.......
Beli air ruqyah dr ust mengajar mengaji......n go to DarulSyifa Bangi for another option. Moga terang hati n mudah urusan. Adik Arif nie kata jek macho.....
U


Sunday, January 25, 2015

jajan beli sendiri

Sepanjang 3 hari monitor adik arif between his kafa n kebangsaan ada satu pencapaian or kebebasan yang dia dapat. Money pocket for his school break. So far dia msih disiplin makan bekalan yg ibu tapaukan utk kelas kafa. So he got balance masa di sekolah kebangsaan. Makanan jualan di kantin tak ada masalah sangat semua mengikut garis panduan yg telah ditetapkan. Masalah dihadapi parents adalah anak-anak beli junk food lepas balik sekolah di luar pagar sekolah. Ada gak driver bas sekolah sempat jual jajan. Dah lama dibincangkan dlm mesyuaat PIBG tapi pihak sekolah tiada kuasa nak halang sbb di luar kaw sekolah. Parents kena guide anak-anak, but ofcourse payah. Kita masa kecil pun dulu suka beli jajan. Sempatla tengok adik arif makan gula2 serbuk yg bersepah n melekit kena seluar sekolah.
So dilarang beli lagi jajan ini. Angah ajarla adik beli benda yg faedah like yakult ke. Nie dia pula ajar macam mana nak mkn. So ibu dah warning kalau adik beli lagi no more duit sekolah.

One weekends while kemas and tukar cadar katil arif, ibu nampak benda larangan bawah bantal. Amboi dah pandai nak sorok ya....ok fine sila ambil n sorokkan...lepas kemas katil n lepak-lepak tetiba simanja arif tanya. Ibu.....masa ibu tukar cadar ada jumpa sesuatu tak? Ibu buat tak faham and say no. Alah ibu...mesti ada la....ibu x jumpa ke? Hahahha pandai jek....Terusla sergah aaaa kenapa arif beli gula-gula yg ibu x kasi....pandaila pula dia jawab ..tu angah nak buat eskperimen...ibu bagi balik. Ermmmm sorry xder mananya..jawab jekla ibu lupa kat mana tadi....then ke bakul sampah la tempatnya.

Walaupun ibu x sure adik arif x kan beli lagi atleast he knows yg ibu tak suka dia beli n makan benda yg melekit. Sekurang-kurangnua dia dah pernah rasa bcos he is a kid n hopefully dia dah tak jakun n nak lagi.
Inila dia yg disorok di bawah bantal..

Wednesday, January 14, 2015

lets go to the school

Yeayyyy hari yg ditunggu-tunggu telah tiba. The youngest in the family is going to school and no manja-manja anymore.

Actually deep inside my heart ibu still risau. Risau kalau Arif tak boleh survive. Apalah ibu ni. Let he goes...let he goes....nyanyi lagu nak sedapkan hati..... my lovely baby Arif has grown up. Cepatnya masa berlalu. Nak nangis segho...( aiii speaking kelantan).

3 hari ambil cuti untuk pantau dari dekat or jauh macam mana yg pernah ibu buat untuk Along n Angah dulu. Treat anak kena adil.

Actually dalam sekolah hanya risau macam mana dia nak buka seluar utk pee. Luar sekolah risau mcm mana dia nak naik transport. The rest InsyaAllah ok anak laki kena berani....walau dalam hati mmg byk taman.....
Ni aksi memeluk tiang di sek kafa, tak mau masuk kelas..... pujuk kena power...hati kena cekal n kejam untuk tinggalkan dia.....


Hari 1st n 2nd...



Hari 3rd...adoiiii anak ibu......
On the way to kafa masih zzzzzzz

Thursday, January 01, 2015

Selamat Tahun Baru 2014

Goodbye 2014 n welcome 2015. Byk dugaan ditempuhi in 2014 to Malaysia and to me personally. Tahun yg penuh cabaran n mengajar kita erti bersabar dan menghargai apa yg ada.....
To Malaysia....
Lahad datu...
2 MH.....
Banjir

To me....
Rumah pecah masuk
Kereta kerap rosak
Ayah pergi berjumpa penciptaNya..
Doa ..doa n terus berdoa...life goes on......latest case which is still ongoing adalah banjir. Rumah inlaw di Kuala Krai mmg syukur tak tenggelam tapi bekalan makanan n komunikasi terputus. Usaha by persatuan penduduk utk beli n packing brg keperluan keluarga masing2 utk keluarga di kg. Then mencari bekalan tambahan n bantuan org ramai dr few pusat here utk dibawa blk ke semua penduduk yg terputus bekalan makanan. Tak semua ada anak bekerja di rantauan so agak tak adil kalau setakat membantu keluarga sendiri. Syukur rakyat Malaysia prihatin. Harap jgn ada yg ambil kesempatan.

Ant brg yg sempat kami beli utk keluarga di Krai