Post sebelum ni cerita tentang appointment ayah yang tak wujud. Rupanya itulah rezeki tuhan bagi untuk jumpa ayah buat yang terakhir. Patutla kami tak rasa nak marah pun dengan pihak hospital bawa ayah sakit ke hospital sampai berdarah kaki pada hakikat appointment tak wujud. Kalaula adik tahu itu waktu terakhir jumpa ayah ....ya Allah hanya kau yang tahu isi hati aku....ampunkanlah dosa ayahku.
Sian ayah saat akhir hanya abang ada disisi. Emak dan akak kat rumah...aku anak bungsunya jauh di PJ. Abg inform ayah masuk wad mlm ahad tu. Pagi ahad call abg ayah rehat lps breakfast. lega rasa...tak dpt balik sbb cucu ayah ada exam isnin tu.....n plan kami 1 june balik muar utk next appointment ayah. Hampir tgh abg call ayah tak sedar...n then berapa minit x digest info tu lagi ayah tiada. Ya Allah.... cepatnya ayah pergi..sepanjang pulang ke kg tak henti doa n yassin dibaca. Anak2 pun behave duduk di belakang termasuk si arif. Sungguh cepat urusan ayah lps asar terus solat jenazah dan inilah buat kali pertama adik naik van jenazah tak sabar nak tatap muka ayah buat yg terakhir.
Tak puas ayah
Mmg x puas.
2 x jek adik cium ayah
Nyesal x cium lagi.... ya Allah ampunkan dosa ayahku......aku syg dia sgt2 jagakan dia untuk kami.....
Dan untuk ayah...akan kami jaga mak @ isteri ayah baik2....moga kami diberi kesihatan yg baik utk terus beribadat dan memberi manafaat pd yg lain.
Alfatihah