Sunday, December 29, 2024

End 2024

 Tahun 2024 dah nak berakhir, syukur Allah bagi masa untuk lalui kehidupan bersama keluarga kecilku. Suami tercinta dan anak bertiga walaupun dah besar masih nakal n kena suruh kalau nak mtk tolong. Suka tengok anak membesar, tapi takut kena tinggal satu hari nanti walaupun sekarang on and off ada yang duk asrama n ada yang berulang ke U/sekolah. Rezeki juga Allah bagi masing2 dekat, so agak kerapla dapat jumpa. Cuma masa si ayah yang mahal sebab berniaga sendiri perlu korbankan masa utk sentiasa ada diluar. 





Berjaya buat cinnamon rolls kegemaran ala2 cinnabon tp kena polish lagi. Dah start beli tepung roti ni nak try buat roti, tp xtau bila akan buat dah nak end 2024.

sempat curi2 masa ayahnya utk movie time.


Adik and angah Sky track di Hulu Langat

Adik yg comel waktu sukaneka taska ibnu sina/ibnu soleh

Si tengah yang tembam pipi n berambut nipis 

si along yg tembam n kuat makan











Bday terkumpul utk sepanjang tahun.

Along sorang dah beli kek kesukaan dia kek rusia medovik.

The rest semua x beli lagi, so combine la sekali time bday end of the year since Dec ada 2 org celebrate. 

Masa kecik dulu kalau bday mmg rajin mtk mak buatkan bubur merah, bubur kesyukuran. Bubur nasi + garam, santan n gula merah. Asingkan sikit warna putih then baru masukkan gula merah n gula putih sikit. Tp sbb kami x suka manis2 gula putih x payah masukla. 1st time utk anak2 n husb rasa ni. Nanti kita tgk reaksi dia org apa rasanya bubur merah kesyukuran ni. Angah sorang jek sempat rasa, n komen angah kenapa x letak beras pulut. Resepi asal mmg campur beras biasa n beras pulut tp kat rumah hanya ada beras biasa.



Bubur dah sebati asingkan yg putih skit then masukkan gula merah.

The kids bukannya kerja lagi tp still buat surprise utk bday ibu. 


Hadiah atas ni dr Angah n Adik.



Masukkan bunga dlm gelas berair




Hadiah atas ni dari Along. Few red roses and biskut. Memang rasa bunga ni membazir kalau xder duit baik x yah beli tp bila dah tua2, rasa teringin balik nak dpt bunga mcm zaman awal bercinta. Teringin nak cium bau bunga segar. Allhamdulillah dpt utk bday tahun ni. TQ kids.. luv u all very much. Cepat sungguh masa berlalu, masing2 dah besar tp ada yg kecil di mata ibu. I want to hug and pampered u all like the old days.......

Beli pasu n masukkan bunga 3 kids bagi and put at "my me time table". Leh la jeling2 masa layan youtube and masa edit blog ni. Pastu sengih sorang2.


Anyway again nak cerita thn ni kek bday hanya along jek sempat beli, so the rest kita sekalikan waktu bday ibu. Kira penutup tahun 2024 and the word we put as "2024 End With Love".


After almost 1 year and 4 mths  transitioned from IT to Procurement Department.

The petikan I pickup masa baca buku Rasulullah and his sahabat yang juga sedang meminta petunjuk atau pilihan



refer link Last with IT

 Overall, I can say I have no regrets, even though I miss IT world and the busy life with non-stop issue and energetic items with new technology keeps coming in. Bersyukur dengan jalan yang Allah dah aturkan. Try to be the best and fit with the current requirement. Kena byk  membaca and register for law related  training, word and clause. Not that easy since makin berumur makin liat, tp takkan putus asa utk perbaiki diri. Tuntutla ilmu hingga ke liang lahad.

Moga Tuhan murahkan rezeki utk tahun berikutnya n dapat spent quality time with the family.

Saturday, December 21, 2024

Wasiat paling berharga

 Allhamdulillah disamping teruskan hidup bekerja, I am able to learn and fulfil my own interest utk tambah my ilmu pengetahuan. Dari awal kerja di sini, pernah berguru dengan 2 cikgu berbeza. Awal2 with ustazah then slowly move to ustaz. Moga arwah ustazah ditempatkan dikalangan orang yang beriman, Aminn. Geng2 mengaji pun ada yg masih sama n ada yg sudah bertukar due to certain reason, like ada yg pindah kerja ada yang retire, berhenti and etc.

Paling best dapat menggunakan AlQuran Telaga biru yg besar by family ustaz Hasan yg ada tanda waqaf dan Ibtida'. I bought one for myself, then another 2 derma by orang yang baik hati. Kebetulan I have 3 kids and each of the quran is dedicated to my lovely kids ---> Harta n Wasiat Paling Berharga, sebab dia cover bekalan dunia n akhirat.

                            



Refer to 3 Quran atas. Penanda 2 hijau adik punya, dark green & merah along punya dan pink & hijau muda utk angah. Quran pink paling beso bawah tu adalah tafsir, gift given by orang yg baik hati sempena my khatam quran. Masa ni mmg ada niat nak beli tafsir walau dah ada 1. Nak yg lebih beso n lebih mudah faham n Allah hadirkan orang baik2 n dibagi melalui kelas mengaji. 

Along n angah normally akan baca quran dari bunga ke bunga atau ain ke ain. Ain ni ada few ayat or mukasarat. When I was young memang familiar bacaan dari ain ke ain atau bunga ke bunga. Si adik pula disebabkan x berapa lancar lagi bacaan dia, biasanya  hanya 1 ayat atau 2 ayat kalau terlalu pendek. Kalau mintak tambah berguling nanti dia n bagi alasan alaaa panjang la, cukupla. So xper pendek, bio ada dari tak ada. Actualy ada nampak improve bacaan adik ni n ibu ssntiasa doa adik sempat khatam macam along n angah n then start balik semula n terus istiqomah baca non stop tanpa jemu sampai mata ini tertutup. Quran adalah peneman n akan membela kita di dalam kubur. Kalau ibu dah xder nanti teruskan baca n carila guru yg sesuai utk dapat sanat bacaan.

Ni maksud ain

ع

Tanda satu ‘Ain : Adalah tanda Ruku', yaitu apabila Qori (Yang Membaca Al-Qur'an) pada sholat, dan ia berniat untuk Ruku', maka lebih baik untuknya ruku' ketika ada tanda ('Ain) ini, karena ('Ain) adalah isyarat sempurnanya Kisah atau Suatu Pembahasan di dalam Al-Qur'an.

maksudnya adalah, biasanya Para Hafidz (penghapal Al-Qur'an) mereka juga hapal tanda-tanda baca yang ada di Al-Qur'an, nah...ketika mereka sholat, biasanya menjadi imam, jika mereka ingin menyudahi bacaannya, maka Sebaiknya mereka menyudahinya pada ayat yang ada tanda 'ainnya, karena tanda 'ain itu adalah batasnya pembahasan atau suatu kisah.

Petikan atas ni dr sumber internet ya....

Refer tanda bunga selepas ayat 35 bermula  wa'budu

Tanda Rambu Rambu Dalam Alquran

Tanda bunga


Journey for the kids mengaji dulu2 pun macam2. Ada yg berguru di taska. Ada yg berguru dgn ustaz n ustazah di kafa. Kita upah sikit before start kelas atau masa rehat murid akan baca one to one out of kafa syllabus. Ada yg sempat mengaji dgn opah then kembali mengaji di taska ibu sina n ibnu soleh then currently dgn ibu. Nanti bila dah kerja bila mampu bergurula dgn ustaz/ustazah yg boleh ajar more ya. 




I am still berguru sampai sekarang. Di Malaysia we normally baca qiraat Hafs by Imam Asim. Allhamdulillah sempat khatam dgn ustaz under this qiraat. Quran hijau kecik atas adalah bacaan Hafs. Since kat Malaysia ramai baca qiraat ni most quran mmg qiraat Hafs termasuk quran telaga biru yg dihadiahkan to anak2. I learned another bacaan Syukbah by Imam Asim juga. Refer to quran kecil kaler merah. Bacaan dia x jauh beza dgn bacaan Hafs cuma ada certain word baris dia akan bertukar. X sempat khatam ustaz cadang qiraat selanjutnya.

Currently, I am berguru dgn ustaz utk qiraat ke 3 which is  Warsy by Imam Nafi'. Refer quran kecil kaler kelabu. Yg ni rasa mencabo la skit sbb some ayat xder baris tapi kena baca. Some ayat ada baris kena hilangkangkan bacaan sbb ada bertemu hamza. Susah nak citer sbb  cepat lupa daratan. Senang cerita memang kena berguru la. 

Another petikan dan pesanan yang sering kita dengar:

Al-Quran wajib dipelajari membacanya secara talaqqi (di hadapan) dan musyafahah (terus dari mulut guru) dan yang sanadnya sampai kepada Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW bersabda: “Bacalah al-Quran; sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”.(Hadith Riwayat Muslim)

Thursday, October 31, 2024

Warded di ADMC


 Along n angah masing2 dah start alam U. Tinggal adik masih Form 4. Aktiviti kat U lately pack juga esp angah yg baru 1st year. Baru2 ni angah ngadu jari sakit main netball. Org suh tangkap bola dia pi tepis agaknya. Khamis Angah main, then Jumaat dia blk and bila Along tgk jari dia bengkak n biru. 

Along bwk ke klinik tp xray klinik rosak and refer her to nearest spital- Ara Damansara Medical Centre (ADMC). DR xray n inform tulang jari manis dia ni x patah cuma terkeluo -allignment lari la kut ni.... so nak kena buat balancing masuk skru. DR set operation on Tuesday sbb weekend akan jd mahal. Angah selamba tanya abis sementara ni bio jekla ya dr? Hahaha adan muka dia, jagala jari yg sensitip tu. Angah ckp kalau tido terlanggar mmg terus sedo sbb sakit kekeke.


 


Selasa kita serah diri and angah kat operation room dr 8.30am n naik ke ward dlm 10.30am mcm tu. Sakit jauh dr perut so mkn mmg selera la. Nasib baik rumah dkt, pi blk spital naik motor jekla ibu  and adik. 

Baru lps operation aleh bukan sakit pun...

Ayah plak dtg ptg2 skit lepas settle kerja dari kedai dia bawak alphard (venette) dia dtg hospital. 

Utk elak parking kereta yg Along drive bayar byk, mlm tu Along bwk keta blk park kat rumah n lepas mandi2 ibu hantar Along naik motor ke spital teman Angah. Ibu n adik blk rumah merempit.

Along paling lama teman Angah sepanjang dispital

 siap kena suap dgn Adik....Adik sempat pi Citta Mall tapau nasi kandar n hot&roll baru sampai spital.


The 2nd day lepas msk siap2 kat rumah,ibu tapau 2 nasi ke spital. Angah mkn lunch spital, ibu n along mkn bekal yg ibu masak. ADMC ni x la baru x la lama tp kafe dia limited x mcm SJMC. Tp apakandaya ni paling dkt dgn rumah. X sabar nak discharge sbb reason utama nak dptkan operation settle jek, asalkan dah stabil nak blk lepak rumah. 



Masa ni dah bosan ni...hari ke 2 tunggu dr utk discharge

Hari ke2 dlm 7pm DR round n minta maaf sbb dia busy hr ni byk operation. DR buat dressing and inform blh discharge, cuma nurse ckp maybe takes 2-3 hrs for insurance to settle the discharge procedure. Yehaaaaa. Cpt2 ibu blk rumah merempit mtk ayah dtg bwk keta. DR said xyah buat dressing sendiri nanti next week we meet again and DR akan buat dressing on that day. Angah ckp leganya kalau kat asrama mana dia reti buat sendiri, duk rumah xperla masing2 dah pernah ada pengalaman buat dressing utk arwah atuk mak.

The best part is semua bill insuran office tanggung despite angah pilih single room. Ikutkan insuran cover up to 180 per room tp disbbkan kat ADMC ni ada promotion for single room from RM250 jadi RM175, so it covered under insurance policy. Allhamdulillah ni pun namanya rezeki. Walau semalam duk spital pun dah rasa x sabo nak kuo yg penting urusan asal settle, dptkan treatment tulang angah. Syukur Allah bg rezeki begini. Semoga Angah cpt sembuh n kami dilindungi dr sebarang kecelakaan lain. Aminnn.








Wednesday, May 22, 2024

Remove wisdom tooth

 X suka jumpa dentist, tp still kena jumpa bila kena tampal gigi or cabut gigi. Sebenarnya cabut lagi better dari tampal, sbb x suka rasa nyilu masa tampal. 

Kali ni pasrah jumpa DR, sbb makanan selalu terselit dkt hujung gigi geraham. Kedudukan dia hujung sampaikan kalau pakai benang nak buang makanan terselit pun susah.

DR check and bgtau sbb gigi bungsu yg baring ni mengadap geraham hujung yg wujudkan satu space kecik utk makanan mudah tersangkut especially makanan berserat macam ayam n daging. Dr cadang remove this wisdom tooth sebelum geraham tu rosak n berlubang disebabkan makanan terselit.

We find day yg cantik which is Rabu wWesak day n public holiday ( x sangka klinik ni buka). Sarap skit2 bg tenaga entah lkenapa debor tu terasa lebih. DR baru xray dah rasa tsakut sampai DR notice sbb badan ni keras kejung. Lps DR inject bius 2 kali n dia suh stay luo 10 minit. Terasa lemah weiiii. Scared, cuak, lemah n tetiba takut jadi apa2 sbb lepsa operate sure darah byk kuo. Biasa kalau lemah macam ni kena makan something. Rasa dia macam ala2 low sugar, nak ke arah gigil. Tp coolkan diri. Google hp cari doa utk naikkan semangat n tenaga. Pujuk diri kan nak cabut jek bukan nak tampal dah kenapa nak takut. Walaupun minor surgery bius kan ada, amende leeer.

Lps 10 min masuk dlm, DR bg another shoot bius n after few minutes DR start keje dia tanpa tangguh2. Rasa kena kejo masa takut bius habis atau dia takut patient dia tuko pikiran agaknya hahahaha. Still takut tp rasa lebih tenang maybe asbab doa n juga cara DR tenangkan patient. Gogek2 dia pi buang gigi tu...n jahit. X selesa sbb byk air liur rasa ala2 darah mcm nak tertelan but nasib baik tidak.

Settle DR bg info mcm.mana nak jaga post minor operation. Anak2 sila anto ibu blk rumah since korang nak jimba n mkn luo. Ibu x selesa asyik nak pi ke sinki buang air liur yg meluak2 ni ber+ darah. Belikan ibu bubur, mash potato n yogurt ya.





Dr bg MC 2 hari so Khamis n Jumaat sambung Sabtu n Ahad akan recovery la kat rumah. DR ckp sakit dia subject to each person but graph akan naik hari 2-4 then menurun hr ke 5. Bengkak pipi pun sama kena tuam dgn ais dlm tuala 1-2 day then tuam pula dgn air suam lepas day 2 onward. 

Mmg gigit kapas manjang sbb darah still kuo. X tahannya masa jln2 x pasan air liur n darah nitik kat lantai sbb kebas masih ada hahhaa. Masa solat zuhur kumpul air liur +  darah dlm mulut x dpt baca kumat kamit, takut terkeluo air liur darah tu. Hahhaha hampeh. Darurat la ni janji solat kan.. Apalah sangat dengan apa yg berlaku kat Palestin tu kan. Free2Palestin. Moga keadilan n bantuan Allah akan tiba soon. Amiinn.

Xperla kita jaga diri mkn sikit2 tp kerap utk fast recovery.

Friday, April 19, 2024

Bday Along

 Kalau dulu kek Secret Recipe jadi rebutan utk celebrate bday especially Indulgence. Tapi bila semakin membesar masing2 dah ada pilihan sendiri. 







Nak dpt semua kumpul makin susah since ada yg di asrama. So kita celebrate siapa yg ada.

Jumaat lunch hr ibu rehat lama then meet along at Manhattan n redeem bday cake. Then for bday cake along pilih Rusian cake "Classic Medovik" made by Malay owner instagram tortbylinda

Eppy bday along, moga menjadi anak solehah. Please be strong and bee a good sis to your siblings. Jaga mereka bila ibu n ayah dah tiada.