Sunday, March 31, 2013

klcc

Ayah blk kg krai tapi left us here sbb adhoc plan n weekend. Sure penat dahla sek nak start monday. Mtk izin n greenlight berserta some RM utk kami jln klcc jek. Misi kali nie no shopping. JJCM and nonton sahaja.
Orang memang ramai esp kids sbb last day for school holiday. Sampai jek terus pi food court. We all go for western except along nak ayam penyet. Then tengok movie the croods.. superb la citer nie. We all duduk 2 baris di depan, seat almost full dengan family and kids... Gelak ketawa bebudak memang best. Arif pun boleh gelak bila dengar kekawan gelak... watak guy and monyet yg menjadi belt utk guy sangat comel. Then lepas solat we all beli macarron and durian creepe. Pastu lepask food court wing tepi utk tea time.
Kali nie kita makan mee bandung and ebi tempura or udang masak salut tepung. Sos dia sodap. Lepak-lepak sampai asar then beli pritzel, roti boy and terus balik. Best tak jalan-jalan dengan ibu....semua jawab BESTTTTT.....






 


mee bandung and ebi tempura.... sedap...
   


 
The Croods Poster


beli macarron. too sweet la..mcm kunyah gula-gula.

no likes.... along usha coklat.....
 


Saturday, March 30, 2013

comel....

Inilah adik beradik saya. Kami tinggal di Muo. Adik beradik saya 4 semuanya. Mata saya biru kehijauan..... kelas kau nyahhhhh xyah nak lense bagai. Wajah saya saya bisa membuatkan 3 nik junior menggila. Yes dia orang memang gila. Suka sergah saya. Nanti saya gigit baru tau...
Siapa saye?auwwwww cubala teka
.
.
.
.

.

.
.



.

Ahahaahaha
.
.

.


.
toy di muar.


Thursday, March 28, 2013

we are back...

After took EL for 2 days and visited atuk aaa in the hospital we decided to go back to work as per normal. Tough decision but again life goes on.... Lagipun atuk nampak lebih redha and terima sahaja bila kami inform terpaksa balik utk kerja. From hospital we straight away to PJ. Noon in the office Che Ajip called and informed ayah/atuk aa will discharge today but need to refer to Hopital Aminah JB for full xray later in April or May. Hopefully dapat masa cuti sekolah la. Lega sikit mood kerja boleh on tapi boleh plak mata nie ngantuk masa bos buat meeting today.....wuahhhh sungguh kurang sopan. Cuti sekolah masih ada lagi baki few days apa je yg boleh dibuat. Nantila kita pk letih sana sini masih belum reda.
Mari kita tgk ant aktiviti kami di Muo sebelum atuk aaa warded.
goodies kene paw masa di RnR. Comelnyer....

Saturday- semua mende dia nak bawak 
Bapak tarzan @ tanjung Muar lepas pekena asam pedas

Anak tarzan @ tanjung Muar
lepas pekena mee bandung


Monday, March 25, 2013

warded

Kami balik muo n baru balik hospital muo utk temujanji atuk aaa. Kena marah dengan dr sbb biokan atuk tanpa ubat. Prosedur yg pelbagai n sana sini amat memenatkan tapi harus redha better than nothing. Scan jantung n the result is worst. Peparu dah msk byk air. Keputusan yg mmg dijangka register msk ward.
Atuk refuse to stay n dok ajak nak blk. Puas kami pujuk utk naik atas katil n tukar uniform.

Wednesday, March 20, 2013

mee siput

yg ada sambal dah masak. Yg peket besar masih mentah                                   
Inilah dia mee siput yang disebut-sebut. Sedap dimakan dengan sambal merah atau sambal kicap. Kalau dulu harganya 10 sen satu sekarang dalam 70-80 sen satu. Kalau nak goreng, 
minyak kena betul-betul panas. Kalau tak nanti tak rangup.

new look...

Semenjak Kak Ngah tak pakai tudung di sekolah Kebangsaan, dah beberapa kali cikgu buat pemeriksaan pakaian and kekemasan diri. Ibu dah tegur banyak kali untuk ikat rambut or pakai sepit rambut tapi dia buat dek ajek.....Cikgu pernah tegur pun dia buat dek. Ibu nak potong rambut tak bagi macam la boleh appreciate kalau rambut tu panjang. Dahla nipis.

Tetiba malam tadi dia inform esok ada ujian segak. Ujian segak ni pemeriksaan diri lagi sekali la. Terus minta dipotong rambut. Haaaa I loikeeee. Salon ibu memang dibuka sepanjang masa, rambut sendiri, rambut along n rambut Angah. Sambil goreng ikan di dapur ibu kerat rambut......hantam sajala labu.....Inilah Kak Ngah dengan style baru.....


Abaikan kepala arif..sibuk nak masuk gambar...sapa suh bogel..

Monday, March 18, 2013

muo

On the way to Muo pagi Sabtu yg tenang. Most RnR we all stop sbb si ayah nak membeser (pee). Ngalahkan bawak baby ni...

sorang feeling keta beso...baring sambil baca, sorang jadi model...

sorang berangan drive...

perjalanan bermula boring mari
kerat ekzos motor dengan sikat.....

akhirnya tertidur jua...

siap pegang duit nak ngeteh ngan cik ajip (my brother)
 
abg manis....drive carefully ya...












Perjalanan diteruskan. Walaupun hanya weekends tapi memang nak sangat balik tengok perkembangan kesihatan ayahku, atuk aaaaa. Dari sini ke Muar ambil masa lebih kurang 3 jam.
Tu dah nampak signboard....



Kalau dah saampai sini bingit telinga kena soal jauh lagi ke bu? Jalan sikit dalam berapa meter... dah nak dekat ya bu? Jauh lagi ke??? Kalau balik K.Krai pun samala.....



Sampai di muar call akak, nasi siap, lauk takder, xper no worry baru sampai tak larat masak, mari kita jjcm. Kita tapau apa yang patut.

air bandung + soda, mee bandung muo

rojak buah.. siap tapau another 3 bungkus....slurpppp.














Sampai jek rumah lepas salam atuk, dak dua orang nie tak ada la kerja lain selain menunggang basikal.
Angah n adik nie asyik main ajek..Monday ada exam and test tau.... Risau ibu....

Sempat rebus jagung, dah la petang hujan...sedap makan panas-panas











Lepas mandi, bersiap nak pergi kedai dengan che Ajip. Budak bertuah. Helmet nie almost tertinggal kat rumah PJ. On the way ke Muar Adik arif nangis nak helmet. Nasib baik masih dekat, patah balik ambil helmet kesayangan. Dah tinggal aje kat kampung dulu. Bawak balik sini bukan ayah nak bawak korang naik motor jalan-jalan. Motor pun dah tak boleh start agaknya. Dah separuh jalan nak bantal kecik la plak (bantal busuk) aaaaa kita bo layan jek....gila ayah korang nanti kalau nak u-turn.
Pagi Ahad awal-awal adik Arif dah bangun ikut Che Ajip ngeteh di warung. Suka la tu....
Percutian yang sangat singkat tak puas nak tengok atuk aaa dan atuk mak. Atuk aaa nampak bengkak di kaki and perut. Kencing keluar tapi tak sekerap. Ubat pulak dah habis. Monday Che Ajip akan bawa utk ambil darah dan next appointment untuk jumpa doktor adalah 25hb. Tak dapat nak bawa ayah Monday (which is today) sebab cucu-cucu ayah ada exam dan test. Arif ada test bulan march, Along n Angah ada exam kafa. Minta-minta Tuhan berkati dan mudahkan mereka jawab soalan dapat balik melawat atuk. Kalau la boleh stay lagi lama. Percutian yg singkat ni pun sempat mandikan ayah sekali. Ayah siap puji toilet baru yang kami buat untuk dia. Kesian ayah/atuk aaa, adik ada tanggungjawab lain ayah, kami perlu berkerja dan cucu-cucu ayah perlu ke sekolah. Harap kalau Tuhan izinkan dapatla kami hantar ayah untuk next appointment. Dah la kat office ada ITC (IT Committee meeting) next week. Wuaa mcam mana nie.... Tuhan tolong.....lembutkan hati dia.........sob..sob......Bos lepaskan la diriku dari meeting2 sebegini.......
Tak suke..tak sukeeeee....
Mak, ayah...tolong adik,....
Ayah/atuk aaa yang setia di katilnya, dah tak larat nak baring, duduk macam ni pun kadang boleh tertidur.

Mak/ atuk mak yang dah tak ke dapur...janji mak sihat.....
We all balik dengan berat hati, tapi atas tuntutan kerja dan tanggungjawab menuntut ilmu life goes on.
Singgah sebentar di bandar muar untuk beli kopi 434.
Dari kecik minum rasa semua kopi sama jek. Ntah apa yg feel, layankan janji hubby nak drive kita pi balik... Then pi Tanjung Muar sekejap hubby nak solat asar terus jamak maghrib. Kami sempat beli rojak petis dan mee siput.
@ Tanjung Muar. Kak Ngah rambut...macam anak hantu mak limah ...taraf bawah sikit sebab rambut nipis.
Tunggu rojak petis, boleh plak si ayah pakai baju terbalik..
bila ditegur hobi katanya....budget cool la tu.
Masa solat suh tukar, x jugak tukar. Sampai sudah pakai baju terbalik...
Itu mmg cool
borong mee siput


Saturday, March 16, 2013

strawberry

Before went to office last week, ibu dan Arif singgah kedai. Dia nampak strawberry n teringin, tetapi ibu bo layan. Boleh pulak dia jumpa strawberry magnet kat opis n selamat dikulumnya... Parah nie.....The next day we went to shopping terus usaha cari. Niela muka gembira budak ngidam nak makan strawberry........

 Kalau dapat pi Cameron lagi bagus. Last time we went there angah baru 2 thn kut, so adik Arif tak merasa lagi makan buah strawberry yang baru dipetik.

Saturday, March 09, 2013

Bacalah anakku

Taju amat over....
We plan to balik Muar either this weekend or next week. Since ada replacement class for last Chinese New year and ibu pula kena masuk office kita tunda balik kg next week.
Susah nak plan datang office kul bapa nie. Along sekolah sesi pagi Angah plak sesi petang. In between dia org kena pi eye level. Next week nak ponteng eye level, so kalau this week tak pi rugi loooo.

Lepas hantar Along pergi sekolah tadi ayah beli breakfast. Yeayyyy mari makan. Si Arif nampak ayah makan meehun berlaukkan hati. Pastu dia jerit... eiiiii tayekkkkkkk tayekkkkkkkk........ akakakkaakaka
spoil sungguh.

Tengah pulun nak ajar Arif membaca. Tak mau jadi mcm Kak Ngah dulu. Almost nak masuk darjah satu baru dapat  baca. Bukan faktor tadika or nursery yg boleh buat budak cepat or lambat baca la. It depends pada budak tu sendiri. We all dah pindahkan Angah dari satu tadika ke satu tadika even Genius Aulad pun dia masuk tapi dia still lambat membaca. Dia sendiri yg mmg tak leh concentrate. Macam-macam pendekatan like mengeja, menyebut terus aka kaedah fonetik.....semua sama jek....kalau dah budak tu sendiri x mau terima mmg payah n lambat. Parents kena sabar.....Ingat lagi kalau buat homework dulu kalau Angah tak nangis, ibu yg nangis.....Tragis sungguh... siap kena rotan. Satu huruf tulis satu rotan macam mana tu?

So utk Arif, selain dari di tadika, ibu pun nak tolong dia cepat baca. Selain Peter n jane satu lagi buku Bacalah Anakku edisi bistari pun bagus. Tapi jenuh la nak ajak dia follow cakap kita. Siap kene ugut sayang ibu tak? Kalau sayang sebut..... Allahu Akbar.....sabar.....
Tiba kat salah satu page bila kita sebut..dia lagi suka n laju jek sebut....baris ke 2 selepas bu....akakakakkaka

Ok itu duniawi....ilmu akhirat jgn kita lupai...
So sebelum tidur satu surah kita go through ya.... surah pendek-pendek pun jadila..
Angah pun sama.... Iqra masih lemah. Kalau Along dulu darjah 2 dah masuk Quran. Arwah mak minah (nursery owner) pandai ajar. Suka bila tengok dia pegang kepala budak-budak sambil baca doa and tiup ke ubun-ubun setiap kali selepas baca and ngaji waktu rehat. Sekarang Mak Minah dah takder susahla sikit. AlFatihah utk Arwah Mak Minah....

Thursday, March 07, 2013

on the way to school...

I am the 1st passenger ayah akan drop bcos my office is on the way to the school. Masa ni kami akan bersama-sama melayan hot fm. Then ada satu MPV depan pasang VCD chipmunks. So cute. The kids mmg dah lama aim nak ada tv dlm kereta. All items they dream to have adalah bersayarat, if you need you must give me ur result. Saja nak motivate.

So kali ni pun samala belajar kena rajin dapat nombor satu baru ibu bagi. Adik Arif jawab, ibu masa kecik belajar rajin ehhh dapat no 1 ehhh??? Of cossss (sebutan c for cicak not cat ekekeke padahal result x semenggah mana)
Habis kenapa ibu tak dapat tv dalam kereta?
Wuaaaaaa nak kena explain ke????

Antara impian lain yg Arif nak sangat ialah PSP. So ibu cabar bagi result bagus (padahal baru 5 thn). Jgn adik compare ibu rajin pun tak dapat PSP sudah......

Wednesday, March 06, 2013

tears.....

Lately, kerja banyak giler dekat office, sampai rasa stress n sebolehnya ibu control and tak bawa balik rumah, tapi bila terkenang terbawa2 juga. Mengadap 3 orang anak boleh tersenyum sendiri tapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu.

Suddenly 3 orang anak ibu ni menguji kesabaran ibu. Tengah ajar Adik Arif baca buku, Along datang tanya homework sains. Fine ibu terangkan and request Along utk digest sendiri apa soalan tu nak. (I am so fierce when teaching my kids esp to along, expectation mmg high sbb tak nak suap jek, n sebab tu xleh jadi cikgu). Then datang plak Kak Ngah tanya homework. Suddenly setan dogol mana sampuk, Arif and Along gaduh, then jangkit ke Angah. Sudah la tension, balik rumah kene buat takda apa-apa, tetiba masing-masing buat hal, ingat ibu ni takda perasaan.

Ibu bangun belah macam tu jek masuk bilik terus kunci pintu. Ibu tak tahan I need help. Ibu nak mengadu padaNya yang ibu ni tak kuat mana. Ibu pun ada masalah, ibu pun ada banyak kerja ( tapi tak bawa balik sebab nak spend masa dengan anak-anak), kenapalah anak-anak ibu tak nak faham. Korang tak sayang ibu ke?

Arif was crying outside and informed nak ibu..nak ibu. Ayah datang ketuk pintu n tenangkan adik, cakap ibu solat. Ayah cari kunci n buka pintu. Masa tu ibu tengah berdoa and my tears drop so fast. Adik dan Angah datang n tengok muka ibu, terus lari kat Along bagitau ibu nangis la. eh tetiba tiga orang ni boleh bersatu.  Adik datang peluk ibu n tanya kenapa ibu nangis.

Tuhan berilah aku kekuatan menghadapi dugaan ini. I want to be the best mom for them. Sabar.... istighfar.....

Monday, March 04, 2013

adil...

Last Thursday, ibu EL sbb jaga Kak Ngah yg demam. Bila Along balik sekolah dia express her feeling. Ibu nie kalau angah ngan adik demam mesti cuti, kalau along demam ibu kerja jek. Wahhhh unsur-unsur jealous sudah masuk but indirectly ibu terkena. Ibu try menjadi adil utk menjaga anak-anak tapi adakalanya ibu rasa Along kena banyak berdikari sebab along paling tua dan menjadi kakak. Ibu ingatkan Along masa Along kene denggi, H1N1 ibu cuti panjang n jaga Along kat hospital. Kalau Along demam tapi masih larat bangun, ibu akan tinggalkan Along kat nursery sama juga dengan adik-adik. Ibu harap Along faham. Ibu sayang semua anak-anak ibu dan ibu sedaya upaya untuk menjadi adil.

Weekends kali ni percutian kami lebih banyak kat rumah. Hari Sabtu, lepas Along dan Angah habis kelas Eye-Level, we all pi Giant Kelana Jaya and masa tu Adik Arif mintak dukung complaint tak larat. The next pit stop we all pi kedai elektrik masa tu badan Arif dah panas dan Along mengadu tak larat. Ahh sudah.....Cuaca dah la memang panas.

Balik rumah semua melepek. Lepas bagi makan vitamin and ubat masih x recover. Malam temperature naik dengan Arif yg muntah and the next day ngeram jekla kat rumah. Malam Isnin masih x kebah..alamak risaunya ibu dahlah banyak kerja kat office. Adakah soalan Along hari tu akan berulang? Adik pulak makin malam makin naik panas and sambil nangis-nangis, adik nak ibu jaga adik kat rumah.

Thursday, February 28, 2013

answer sheet missing...

Ibu EL today sebab nak kene jaga Kak Ngah demam. We went to panel clinics after lunch and dr checked her temp was 38.9 and had swollen tonsil. So dr bagi 2 days MC which is today and tomorrow and warn besides demam, tomorrow she may face some pain in her throat due to this swollen tonsil. Ayah pun sibuk tanya, dr tak boleh bagi mak dia MC ke? Boleh kata dr, saya bagi seminggu. Dr jangan begitu...u r so sweet, perli2 we all. Akakakkaka.
Dr kata sepatutnya memang boleh tapi bukan di Malaysia. After explain further dah nak balik dr siap tanya sapa jaga emaknya ke? Banyak cuti lagi tak? Akakakakak concern ler tueee... Ada lagi dr no worry. Kang kena tarik balik from panel CGC sapa susah? Kami dan keluarga kami, sebab nak kene cari klinik lagi jauh.

This week agak sibuk sikit sebab Along ada test (PKSR1) from Tuesday-Thursday. So today is last paper, esok merdeka..Wah macam kita yg exam. So utk hadapi exam ni ibu minta Angah and Along buat latihan from last week lagi. Angah pun kena buat walau tak test or exam, takpa nama pun latihan. Biasa ibu akan belikan buku ikut subjek dan tanggalkan kertas jawapan untuk disemak simpan jauh-jauh supaya anak-anak tidak refer. Being a mother and at the some time as career wowan, balik kerja masak apa yang patut as simple as possible, sekali sekala beli, basuh baju n segala, lepas tu tuko karakter jadi cikgu. Knowing ibu ni low memory selalunya tercari-cari mana pi slip jawapan utk menanda. Tengok-tengok ada kat dapur dalam bakul bersama botol-botol sos bagai. Ni mesti kes sambil menanda sambil bangun buat kerja di dapur. Kelas......sotong yang banyak tangan pun respectla
Itu bukan resepi, itu kertas jawapan.....

Last year even worst. Ibu pernah lupa mana letak slip jawapan for almost 3-4 months. tak bertanda la latihan dia orang selama itu. Ustaz cakap kalau selalu ngaji Insyallah bila tua tak nyanyuk or kurang la. Ni apa kes nie??? Tak ngaji la tue.... Wuaaaaaaaa

angah togel

Post sebelum nie ada ibu bagitau yg Kak Ngah nak pakai tudung di sekolah kebangsaan, kafa adalah wajib. Ibu suka tapi agak was-was sebab knowing Kak Ngah nie selalunya hangat-hangat taik ayam. Tapi cara dia cakap mmg dia nak sangat pakai n dia menangis bila ustaz bercerita berkenaan aurat and so on.
Okla ibu surrender benda yg baik lagipun. So ibu jahitkan lencana dekat tudung kebangsaan n she continues pakai till one day.......
Ayah was informed by Che Mah (van driver) ada budak free hair naik van dia pakai cermin mata and Che Mah was asking her, awak nie siapa? Ahhhhaaaaaaaa kantoi. Rupanya bukan sahaja x pakai tudung yg ibu gantungkan hari-hari dekat baju sekolah kebangsaan, tetapi dia juga bawak speak x hebat dia ke sekolah.
Kak Ngah you is overrr...

Since now dia dah togel balik. See I know you frm head to tail. Ibu ingat lagi masa ibu kecil n cara atuk mak pujuk ibu. Adik tak sayang ke kat mak, pakailah tudung, kesian mak, orang pakai tudung cantik. Cair tak? So ibu jugak from time to time akan remind diri n anak-anak ibu untuk kita jaga diri kita. Bukan senang nak jaga anak and esp anak perempuan. Untuk itu ibu ada beli buku "Mendidik Anak Perempuan". Very usefull but untuk melaksanakan bukan mudah. Diri sendiri pun banyak yg perlu diperbaiki. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan.

image dari bookcafe.com.my


Sunday, February 24, 2013

mydin mall

We all pi Mydin mall @  USJ1  last year masa tu dia org tengah rennovate. Biasanya we all suka pergi time nak beli stationaries. Kita beli bundle lagi murah utk buat stok setahun. Biasanya tak sempat setahun, time-time nak buka sekolah n nak exam mesti kene refill. Selagi barang nie ada selagi tu bebudak nie tak tau nak jimat. Hari ni bawak esok lusa ada yang hilang.

This weekend bila we all pergi the rennovation was completed and the result is superb. The pedestrian walkway extend till parking area. Kalau dulu customer berebut nak parking under the roof in the same building sekarang semua parking under the roof. The foodcourt area is wider and clean. Sungguh selesa and improved. Well done. Diharap harga still berpatutan la.



Egg n vege....

It's not easy to feed the kids with healthy food. Sebab apa ibu cakap macam nie? Sebab anak-anak ibu tak suka makan sayur. Masa baby bolehla blend all those vege with food tapi bila dah besar masing-masing dah dah ada option sendiri n dah boleh ambil makanan sendiri susahla sikit.
Baru-baru nie ibu terpk nak goreng telur n campakkan sayur dalam tu.
 Tapi awas masa nak terbalikkan harus berhati-hati sebab dia agak berat berbanding telur kosong.
No issue for Along, as for Angah and adik since ibu suapkan dia org, ibu pilih telur yg berdaun. Ngap masuk...kalau ada batang sayur sure dia org rasa.

Saturday, February 23, 2013

jjcm...secret

Kalau weekend nak jalan2 keluar ibu lagi suka sabtu, sbb kalau ahad dari 11-3 adalah waktu mengeram di rumah. At 11 am iron baju sekolah and baju kerja ayah sambil tgk safiyya tv9. Bestnyer.... Terus sambung JJCM and melodi iron baju x siap lagi masa ni. Then ibu ada setengah jam utk masak sebelum pukul 2.00.
Sharp pukul 2.00 ngadap tv balik. I like nona very much.

K last Saturday we all pi cari buku latihan dekat MPH. Then kak Ngah nak mkn kek. Kali nie semua sit together pilih makanan masing2. X acila Kak Ngah sorang nak ngadap Indulgence.

Baca buku jap....
Indulgence utk angah, Lava choc utk Arif. Lasagna utk both of them


Semua makan....ayah with his fav masakan timur....apalagi kalau bkn tomyam....