Showing posts with label others. Show all posts
Showing posts with label others. Show all posts

Sunday, March 24, 2019

Umrah 2019 - bawa-mak-berkerusi-roda

Before pergi umrah persiapan kami sediakan ala kadar. I did ask doctor how to prevent luka mak dari berbau and dressing melekat dengan luka. Doktor bekalkan arang in tablet form - perlu di tumbuk n tabur atas kapas dressing yg dilembabkan sikit utk elakkan bau luka merebak. Arangkan serap bau. Then dr ask me to follow nurse belajar do the dressing for smelly wound. Untuk elakkan luka melekat dengan kain kapas, kena beli Parafin gauze-sejenis kain kapas luka yg berminyak.

Preparation ke umrah bukan setakat pakaian, kursus untuk ilmu saja tetapi juga bekalan ubat untuk kami and mak terutamanya. Since ada ubat cecair dalam jumlah yang besar (air garam untuk cuci luka) yang perlu kami bawa, beberapa hari sebelum travel we went to see doctor and minta pihak hospital sediakan surat izin membawa peralatan dressing n ubat untuk mak. Incase imigresen tahan jadi kami dah ada supporting document, why we need to bring there. I managed to get charcoal powder instead of tablet at Farmasi AA. Senang sikit tak payah nak tumbuk kapsul arang utk elak luka yang berbau. Sesiapa nak beli barangan farmasi silala ke Farmasi AA ya harga dia berpatutan compare to other farmasi.

Aku puji KLIA ni besar sangat, boleh tampung ramai orang, tapi bila tang solat tgk surau Ya Allah kesian la, negara islam suraunya kecil dahla susah nak access utk yg wheelchair. This is referring to departure punya surau ya.....bukan yg dkt luo kawasan byk restaurant tu byk suraunya. Tapi yg nie bila dah masuk departure area. Ada jemaah just solat outside and ambil wudhu pakai spray. Ujian juga ni sebenarnya, sabar-sabar. Kesian mak tunggu turn nak solat berdiri agak lama. Bila dapat masuk shaf, dia terus solat duduk. Takyah pk hal2 remeh ni sbb ujian yang akan dtg di negara orang kita tak tahu so just positif saja masa ni janji kita dah tunaikan kewajipan kita, yang lain serah saja pada Allah.

Flight kami pukul 3.05pm Msia time n dijangka tiba malam di Madinah. Solat zuhur n asar di KLIA - jamak n qasar. Beza 5 jam so akan sampai di Madina utk jamak maghrib n isya. Lama sangat 9 jam dalam flight tak termasuk waktu menunggu di KLIA, biasanya dressing mak akan kena tukar sebab akan berbau. Doa banyak-banyak sajala agar luka mak tak berbau sbb tak mau ganggu jemaah lain. Dlm flight beberapa kali mak nak ke toilet, ala susahnya sbb xder hose. Terpaksa bawa botol air mineral tu pun payah la nak cuci. Tapi nak buat mcm mana takkan nak halang mak minum, dehydrate pula nanti. Luka mak start bau beberapa jam before landing. I put some perfume to her jubah and hand. Thankfully Langkawi trip hujung tahun lepas dah kira train utk mak naik flight. Cuma Langkawi tu indoor trip and x sampai sejam. Yg ni lama. Kesian mak penat dia duduk lama n tak dapat tidur.  Dia asyik nak berdiri sebab lenguh punggung. Padahal dah lapik with selimut yg MAS provide. Yalah lama sangat kan....Doa jek x putus2 moga dipermudahkan. Naik MAS ni paling best jajan kacang dia..hehhehehe.
Masa pergi mak n abg, masa blk me duduk dengan mak. 
Abg buat drama sbb sakit atas flight


Sampai di Prince Mohammad bin AbdulAziz International Airport atau Medina Airport waktu malam. Some jemaah buat solat di situ while waiting our luggage. Tak ingat waktu tu pukul berapa tapi dah x ramai org in the airport. Nasib baik dipermudahkan n takder brg yg sangkut. Tak sabar dah rasanya masa ni nak sampai hotel sbb nak mak baring. Mak kalau banyak duduk kakinya akan bengkak n satu lagi reason nak tukar dressing mak. Lepas dpt semua luggage kami dibawa menaiki bas ke hotel. Allhamdulilah perjalanan beberapa minit saja. Sampai di hotel ambil makanan malam n masuk bilik. Lepas dpt beg masing-masing (diletakkan di floor yg ramai jemaah) terus minta mak mandi n tukokan dressing. Buat jamak isyak n maghrib then rehat secukupnya utk next ibadah
Mutawif pesan Subuh di Madinah azan kumandang 2 kali, sejam sebelum utk kejut 4+am and 5+am utk azan sebenar. Siapa nak pi solat subuh sekali dengan ustaz sila tunggu di lobi hotel jam 4+am (tak ingat the exact time).

Allhamdulillah sepanjang di Madinah segala urusan dipermudah. Doa terus berdoa and solat taubat banyak2. Luka mak tak berbau n tak sakit sangat. Tak sure samada dressing kerap atau dicuci dengan air zam-zam. Access to Masjid Nabawi pun senang sbb satu floor saja, cumanya nak dpt solat dalam masjid kena dtg awal sbb access to wheel chair cepat penuh. Mak tak boleh duduk lama takut kaki bengkak jadi waktu nak ke masjid kami dtg ikut yg bersesuaian. Andaikata tak dapat masuk dlm masjid, solat di luar di bawah payung pun ok. Sejuk berangin sambil hirup udara segar Madinah. Mak memang akan bersolat di atas kerusi roda. Sewaktu kursus ustaz dah pesan jemaah berkerusi roda terus solat di atas kerusi roda, if not akan hilang sbb orang sangka ia diwakafkan. Dari Concorde hotel kami memasuki masjid melalui pintu 15.
Shopping di Madinah lebih murah compare to Mekah. betulla jubah dia murah2 tapi sebab kami datang bertiga dan mak berkerusi roda kami x plan nak shopping sakan. Cukupla jubah sorang satu utk anak-anak, dan untuk mak sebagai kenangan. Urusan dobi kami dibantu oleh pak arab yg ada kedai di bawah hotel. Disebabkan susah dia nak terangkan mana dobi dia terus bawa baju kami n berlari hantar ke dobi. Esok kami minta dari dia terus dia berlari ambil dari dobi. Jubah mak pun dia minta kain contoh untuk dia hantar potong n jahit. Mudah la sbb semua boleh bercakap melayu. Kita concentrate ibadah jekla. Tang kena paw mahal or murah tu subjektif. Anggap saja sedekah sbb orang dah mudahkan kerja kita.

Laluan raudah kami via wheelchair lane tapi still masuk melalui pintu 25. 1st time nak masuk kami dibimbing mutawif wanita dari Indonesia,, sbb mutawif Alqus lelaki, so dia hanya bawa jemaah lelaki utk ke Raudah. Line mmg panjang n kdg lenguh juga berdiri sambil mulut kumat-kamit doa minta dipermudahkan. 1st time dpt masuk Raudah, hati ni tak terasa sgt sbb dok memerhati and mencari mana karpet hijau n terlalu berhati-hati. Kebetulan sesak so just solat cepat-cepat sebelum dihalau penjaga masjid. Dalam hati malam esok nak kena repeat balik n nak rasa dengan jiwa.


2nd time masuk raudah melalui wheelchair lane. Kali ni perasaan dia lain macam sikit. Melihat jemaah ada yang gaduh x puas hati potong line, kita just diam terus berdoa n berzikir harapan agar mak tak tertidur keletihan. Niat kena betul. Sabar and this time lepas letak mak di saf wheelchair, penjaga masjid tak benarkan kami solat di belakang. Dia minta kami pergi kearah team yang masuk raudah melalui jalan biasa. So terpisah sekejap dari mak tawakal n terus cari ruang kosong. Allhamdulillah tuhan bagi badan kecik nampak jek kawasan kosong terus tawakal dirikan solat dengan harapan tidak dirempuh or dipijak oleh jemaah lain. (Some jemaah ada geng tolong cover the other person tgh solat). Me hanya ada Allah utk tlg jaga. Kawasan utk solat tu sebenarnya laluan keluar utk yg dah selesai tapi agaknya penjaga tu kesian tengok budak kecik ni sorang2 xder yg jaga pehal solat kat sini, biola dia solat sekejap, dan namanya pun rezeki. Allhamdulillah dapat solat 2 kali pun jadila tapi dia punya rasa nikmat, takleh nak describe. Selesai 2 kali solat sunat x nak block jalan n ustaz pernah pesan jgn susahkan org, mudahkan orang nanti Allah mudahkan urusan kita, terus bangun n cuba dapatkan mak balik di kawasan raudah berwheelchair.
Mak masih dlm saf depan n dalam hati untungla mak...harap mak manafaatkan masa diberi ini. Tunggu mak sehingga penjaga masjid serahkan mak ke kita baru balik ke hotel. Perasaan ketika otw balik x dapat nak gambarkan, hanya tuhan yang tahu...diterima atau tidak tu juga urusan tuhan. Waktu  tu berazam nak masuk raudah mlm esok sekali lagi which is mlm last kami di Madinah. My plan nak lalu laluan biasa without mak. Means lepas isyak bawa mak blk hotel and come back alone.

The next day kami ada ziarah n malamnya plan nak ke raudah. My intention ke umrah nak bawa mak n jaga mak sama2 buat ibadat. Tapi bila dah plan nak ke raudah sorang2 mlm tu waktu isya terus rasa ngantuk yg amat sgt. Teringat pesan ustaz dapatkan rest sbb esok lps solat jumaat nak bertolak ke Mekah untuk umrah wajib. Atlast decided terus tidur sbb nak dptkan energy utk ibadah yg lebih wajib kesesokannya lagipun mata dah berat sangat. Takpa la xder rezeki nak masuk raudah lalu laluan biasa. Mmg rezeki lalu laluan wheelchair 2 kali sbb dah niat nak bawa mak kan so agaknya tuhan allow ke raudah bersama mak jek setakat ini. Doa jekla kalau ada rezeki dapat pergi lagi umrah/haji kita try raudah melalui laluan biasa pula nanti.

Ada sekali I put wheelchair mak sebelah sorang jeamah yg datang dari Singapore. Butir bicaranya sangat lemah lembut. Dia pun ckp anak lelakinya bawa dia di sini n betapa bersyukurnya dia punya anak2 yg baik. Dia pesan kasih sayang antara manusia tu penting. Dari kecil dia ajar anak dia kasih sayang cakap lemah lembut. Kalau ada orang marah-marah dia akan lari n pergi jauh dari orang tu. Dia berterima kasih pada anaknya yg sudi luangkan masa temankan dia buat umrah sbb biasanya anak-nak busy bekerja. Siap cakap "Syurga untukmu nak....." (masa dengo tu rasa  untungla anak dia mak doakan syurga untuknya di madinah). Dia bagi tip utk luka mak hiriskan kunyit halus2 dlm air panas n minum. InshaAllah
Jemaah dari Singapore yang lemah lembut dan bagi tips kasih sayang sesame makhluk amat penting


Esoknya dapat rasa 1st time solat jumaat di Madinah. Rasa sayu nak tinggalkan Madinah, ucap selamat tinggal pada Rasulullah dari jauh, doa moga dapat kembali. Kami sempat juga rasa sekali hujan gerimis di Madinah pada hari pertama sampai.
Bas dari Madinah ke Mekah ambil masa lebih kurang 4-5 jam. Kami berhenti di Bir Ali utk bermiqat niat umrah. Pengalaman pertama melakukan umrah di mekah agak takut-takut. Takut terbatal syarat sah especially tang rambut gugur. Mak n abg kami upah indon tolak wheelchair SAR300 utk both tawaf n saie per person. 1st umrah, I did manual way bersama jemaah n mutawif yg sporting Ustaz Idham.
 Rasa takut-takut masa nak tawaf sbb orang ramai, takut bahu kiri terlari dari kaabah. Jaga2 lebih n jaga wudhu. Masa saie rasa lega sikit sbb xder nak bersesak2 lagipun air sembahyang takda pun ok. Lega sangat bila dah selesai. Kami tahalul tepi laluan saie. Jemaah lelaki gondol later atau keesokan hari.
Bila balik hotel mak n abg dah ada. Dua2 dah tahalul. Lega rasanya.

Dari hotel Safwa Royal Orchid ke masjid biasanya kami masuk pintu 89 atau 90. Banyak bertanya dengan ustaz supaya x sesat sbb selok belok Masjidil Haram ni challenge sikit sbb dia byk floor and ada kawasan tgh renovate. Perjalanan pertama ke dalam masa umrah wajib via perjalan kaki sedangkan utk ibadah seterusnya me and abg akan bawa mak melalui any wheelchair lane. jadi mata, memory semua kena alert. Kawasan nampak lebih kurang sama. Dahla kita ni memory low tapi mmg berdoa saja agar tuhan mudahkan n tunjukkan jalan. Solat taubat banyak2 esp setiap kali diuji. Nak bawa mak guna wheelchair pun challenge walaupun 50m sbb laluan berbukit. Ada kawasan terlalu curam condongnya bila turun akan mengundur, bila naik kena guna kederat lebih. Sometime ada jemaah akan tlg tolak sbb bila bersesak laluan seakan berhenti dlm keadaan curam gear n break guna tangan n kaki kita, agak mencabar la nak make sure mak tak mengundur ke belakang. Biasanya bila selesai solat, kami akan stay sekejap tunggu laluan sedikit lengang.

My 1st umah and akhir umrah I did it manually. First with group and mutawif and last did it manual and alone. Utk mak and abg 1st naik wheelchair bayar Indon utk tolak so in between sbb bawa mak and abg we did it together via skuter. Since ada dikalangan jemaah nak juga naik skuter, so ustaz pun nak join sama n akan show the route. Kami kena masuk melalui pintu 16 bawa wheelchair naik escalator. Tiada lift ya. Sedih,,,,,tapi xper ustaz bawa jemaah lain berwheelchair I bring mak yg kecil molek. Turun n naik escalator la kami handle wheelchair. bakperla kerajaan Arab Saudi x buat lift.
Ok harga utk upah Indon tolak wheelchair utk both tawaf and saie ialah SAR300 seorang. Harga untuk naik skuter tawaf SAR50 and saie SAR50. Total satu kepala naik skuter SAR100 both tawaf n saie. So nak pilih mana?? Upah orang tolak wheelchair or naik skuter press sandiri n rempit?

Macam kami umrah pertama adalah umrah wajib and  disbbkan I want to feel how to do manual tawaf n saie bersama group, so upahkan Indon tolak wheelchair utk mak and abang. 1st time kut, nak learn buat umrah n nak tahu laluan from hotel ke kaabah n ke safwa-marwa wajibla berguru. Kalau tolak mak naik kerusi roda I will missed this pula sbb laluan dia lain. Lagipun kita pun x sure laluan wheelchair camna sbb mutawif bersama Jemaah di bawah. Nama pun umrah wajib, niat hati biarla ada yg bombing me juga abg n mak.

The next umrah kita sama2 berskuter. Mutawif pun sama2 follow jadi ada lagi pembimbing. Then lepas tu dah tahula camna laluan nak pi skuter camna laluan nak umrah manual di bawah. Before balik Malaysia, I did my own umrah both tawaf n saie secara manual (masa ni abg n mak tak follow- bagi dia org rest cukupla dia org dapat 3 kali umrah hopefully tuhan terima, tapi I still tamak sbb tak tahu bila lagi ada peluang ke sana - Jaga niat). Utk abg umrah ke2 niatkan utk arwah ayah.
Ni ler rupa skuter utk tawaf atau saie..dah kenapa tido...best sgt naik skuter….


Mula2 nak pergi balik masjid n hotel agak confuse gak sbb bawah hotel adalah shop lot yg bertingkat2. Tapi bila dah berulang lama-lama familiar n senang sikit. Kena tahu jalan pergi n balik n cari facility sekitar like dobi, farmasi n ATM because luka mak x tentu. If darah sikit pun or nanah sikit terkena baju nak kena basuh. Org yg normal lain maybe blh reuse saja baju sbb tak peluh sangat masa tu cuaca pun sejuk, tapi luka mak kdg ada nanah walau sikit. Luka mak tak berbau, tak sakit sangat n tak berdarah langsung hingga la selesai umrah wajib. Lepas settle 1st umrah the next day ada sikit darah keluar, lepas tekap dengan kapas few times dia stop bleeding. Since di Madinah we all dah start usha2 kedai farmasi. Walaupun pak Arab sini biasanya reti BM, sometime nak explain apa yg kita hendak nie tak tercapai gak...guna bahasa Ingeris both pun x power tapi dptla tangkap apa kita cakap n dia punya feedback. Barangan dia lebih mahal compare to Msia. But sometime ada item dressing mak kena top up so still kena beli. So siapa bawak pesakit besama ketika umrah/haji sila la bawa dari Msia byk2. Lebihkan sikit supaya kita tak risau kalau2 tak cukup. Concentrate jekla ibadah takyah pk soal lain.

Allhamdulillah juga nak jaga wudhu di Madinah n Mekah senang. Kami bawa botol spray anywhere kalau terkentut just spray. Kalau nak kencing better dekat hotel n Allhamdulillah so far x perlu nak balik hotel untuk itu sbb mak hanya pi toilet bila dah balik hotel. Ada sekali I go to Masjidil Haram punya toilet. masa tu buat umrah terakhir sorang2 secara manual. Lepas tawaf settle tunggu nak solat Asar duduk dlm saf pegang quran terbatuk2. Indian young girl offer me air zam zam leganya....
bila terbatuk2 lagi rasa dah memang batal la ni. Terus letak quran and cari toilet. Agak jauh juga toilet dia luckily x bawa mak masa nie. Dah pesan kat abg bawa mak solat ke surau hotel sbb I did my umrah alone masa tu. Jauh tu xder la sangat tapi kena turun naik tangga. Saf solat kita sam level dengan kaabah di bawah. So kena keluar naik tangga bila jumpa toilet kena turun semula.
    So kepada sesiapa yg bawa jemaah berkerusi roda, pastikan sebelum pergi masjid dah qada hajat siap2. If hotel berdekatan better balik ke hotel utk buang air. If jauh juga sebenarnya both Masjid Nabawi and Masijidl Haram ofcourse ada toilet. Cuma kena turun ke bawah jadi challenge sikit nak bawa jemaah yg berkerusi roda. Kalau jemaah tu boleh jalan dlm distance yang dekat Okla boleh turun tangga sekejap but what if kalua jemaah tu mmgx larat nak turun tangga? Satu lagi kena ada someone tolong jaga wheelchair. Kalau pergi ramai okla kalau pergi like me hanya ada abang n saf lelaki n perempuan terpisah siapa nak jaga wheelchair? Sebab tu semoleknya jaga air sembahyang n doala banyak2. InshaAllah dipermudahkan. Setakat batal sbb buang angin bolehla pakai spray which I did the same utk mak. Tapi kalau nak buang air payah sikit la.

I chit chat will Algerian girl yg sama2 nak ke toilet n sama2 xtau jalan. She came there with uncle as mahram. Dia kata bahasa utama Algeria Arab and BI ke 3. Cantik orangnya.

I notice most people dermakan duit pada pekerja dlm masjid, bila turun ke toilet I think yang dalam toilet ni lagi deserve. Kerjanya leceh bersihkan toilet tapi mulia kut. Moga rezeki mereka murah n dapat pahala byk.

Biasa if kita keluar saf dah nak dekat masuk waktu memang susah nak masuk balik sebab jemaah datang nak masuk waktu terlalu ramai. Pantang ada tempat kosong mmg akan diisi. Jadi pandai2-la pusing cari port utk solat jemaah. kalau dtg sorang2 okla blh selit2. kalau bawak mak berwheelchair lambat mmg xleh masuk dlm masjid. Better solat luo jekla sambil hidup udara segar.

On that day masa buat umrah manual terakhir sorang2, selesai solat asar, I just go to Safa n lakukan saie Safa-Marwa manual sorang2 juga. No need to hurry just enjoy the moment bcos masa tu umrah yg terakhir for me and esoknya kami akan balik Msia and akan buat tawaf wada saja - tawaf selamat tinggal. So i just nikmati the moment masa Saie nie sorang-sorang sambil melihat gelagat jemaah lain. Jemaah dari Indonesia biasanya berkumpulan n bacaannya sangat kuat. Settle Saie terus tahalul and balik bilik dengan perasan yang lega. Mak and abg sedang berehat n we prepare for Maghrib and Isya pula. Both Mekah n Madina bila waktu Maghrib and Madina we all x kan balik bilik sbb waktu amat close.
The rest waktu in between kami akan balik bilik sbb mak perlu baring utk kurangkan bengkak kaki sbb byk duduk di wheelchair atau byk duduk atas bas bila ada program ziarah atau berniat utk miqat.

Ada satu incident di Mekah mak cakap dia sakit bawah lutut n takleh urinate. Alamak takkan mak kena kencing kotor. Macam nak call mutawif tapi tak nak susahkan orang. Maybe punca dia mak tahan kencing or kurang minum air sbb nak jaga wudhu. Mlm tu minta mak minum air lebih, urut kaki mak n tampal koyok kat tempat yg sakit. bila mak dah tidur, me and abg go to farmasi utk cari ubat. Farmasi ckp that urinate case dia xleh bagi prescription. Dia advice utk pergi ke klinik/hospital and get the right treatment. Cuak weiiiii, we notice bawah hotel mmg ada Ajyad Emergency Hospital n rawatan percuma tapi takut nak pergi. Doa n solat taubat terus. Esoknya mak ckp dah blh urinate mcm biasa n dah tak sakit kaki. Leganya ya Allah. aktiviti diteruskan between ziarah, miqat utk umrah dan solat di masjid. Ada masa kami x sempat ke masjid akan solat di surau masjid and still follow imam dari Masjidil Haram sbb speaker masjid mmg dpt terus ke surau hotel. Dari surau hotel Jemaah lelaki dptla tgk masjid, dari surau ladies x nampak.

Seronok sangat dapat laksanakan umrah tapi kadang ada terselit rasa hati kalau la boleh bawa suami n anak2 sekali. InshaAllah if ada rezeki satu hari nanti nak pergi lagi. Tak puas rasanya…..

Dekat hotel Safwa semua easy access. Dobi, hospital, money changer, foodcourt  and shopping semua dlm satu bangunan cuma different floor saja. Semua service tu I did try except hospital. Sbb takut warded camna nak buat ibadah. Doa jekla byk2 tak mau ke sana. Compare to Concorde di Madina xder foodcourt besar sbb hotel dia mmg kat bawah cuma bangunan dia attached with kedai2 kiri kanan. Dobi kena jalan ke bangunan lain n farmasi berdekatan ada di depan masjid.

Ada sekali semasa di Mekah, nak withdraw duit dari bank bila buat tak keluar pula duit- Make sure u all dah enable/activate oversea transaction your ATM card masa di Malaysia la. Or else boleh check n buat online to enable it. Janji ada internet. Google jap and found out, kena cari ArRajhi ATM if nak keluarkan duit dari RM. Rupanya ATM tu ada dlm shopping bangunan jam besar which is bersebelahan dengan Hotel Safwa. So pergila ke shopping mall tu dlm hotel Zamzam tower atau Abraj Albayt. Shopping dia mmg besar terus tanya pak Arab situ mana ATM-malas nak jalan sana sini sbb nak guna tenaga utk ziarah,  umrah and ibadat. Allhamdulillah senang jek rupanya nampak AlRajhi ATM terus tgk menu ada BM...hahah excited sekejap rasa mcm kat tanahair sendiri. Duit yang keluar terus dah dlm SAR. Memang senang rupanya.

Dobi di Madinah n Mekah both mahal sikit ya sbb dia iron siap2 n gantung molek with hanger. Rasa xder option utk sekadar cuci. Buat apala nak iron2 n gantung bagai. Tapi nak buat mcm mana mmg tula service dia. Terasa mcm org ado2. Tapi bila bayo telan air liur. I sent dobi sekali di Madinah kena dlm SAR60+. Di Mekah rasa 2 kali hantar. Sekali SAR120+ -masa ni luka mak ada bleeding skit esp lps umrah wajib. Sekali lagi hantar around SAR70 rasanya. Ofcourse la bukan baju mak sorang. Dah alang2 hantar dobi, hantarjekla baju kotor lain.

Utk enable phone roaming, dkt flight mcm MAS dia ada bagi simcard bolehla change tp amount coverage dia x besar rasanya. Abg amik n the next day di Madinah dah habis. Bawah hotel biasanya ada booth utk beli simcard. I just use hotel WIFI tapi konsep ni limited la, esp masa kat masjid xder line la. Takperla pi masjid nak ibadah kut. Hahahah poyo padahal nak jimat.

Masa di Mekah tetiba dpt msg frm celom to enable roaming turn on jekla so xyah tuko simcard. Then boleh la berkomunikasi dengan family di Msia.


Room dalam Safwa hotel. 

Dkt nak akhir2 cuaca dah start panas



Ada juga sekali incident awal2 di Mekah maybe my muscle2  ini terkejut menolak kerusi roda mak dlm kaw berbukit, tetiba rasa sakit belakang yg amat sangat. Sakit yang apabila kita gerak sikit macam rasa nak patah tulang belakang atau ala2 terkehel. Before that ada jumpa jemaah mak-anak (anak lelakinya tolak wheelchair mak). Mak dia terpaksa jalan slow walau sebenarnya dia berwheelchair sbb anaknya sakit belakang tak larat nak tolak wheel chair. Masa tu x sure camna rasanya sian gak kat dia org, siap inform depan bilik kita ada wheelchair hotel. Makcik tu explain dia mmg ada wheelchair tapi anaknya sakit belakang sbb tolak dia. Ada lintasan hati ni rasa kesian-niat mmg kena jaga ya di tanah haram. Sebenarnya kesian kat both mak n anak. Kesian kat mak sbb jalan slow..kesian kat anak sbb sure dia rasa bersalah sbb tak dpt tolak mak dia. Masih ada persaan bersyukur dapat tolak mak sendiri. X surela tindakan itu menyebabkan si anak laki makcik tu terasa ke..atau mmg tuhan nak uji kita. Kita plak rasa sakit malam tu. Tuhan uji n bagi juga rasa sakit tu dkt diri ini-perghhhh. Abg pun OKU kalau dia sorang tolak pun x larat sbb jalan x sama level. Lagipun dia x sure sgt jln till few times pi balik solat. Nasib baik rasa sakit tu waktu mlm lps isya. Tolak mak naik lauan berbukit lagi terasa, tunduk or salah angle jek sakitnya...mcm nak patah pinggang. Seriau la juga sbb hari banyak lagi..surela nak buat ibadah lagi. Lps mkn malam masuk bilik, I put salonpas yang tiger brand dekat belakang badan, telan panadol n tido awal berdoa moga tuhan hilangkan rasa sakit nie. Allhamdulillah esoknya ok dapat teruskan aktiviti mcm biasa. Syukur Ya Allah. Tak kata apa pun sekadar bertanya n offer kerusi roda  with niat nak tlg, tapi maybe indirect ada perasaan riak blh tolak wheelchair mak sendiri ke yg kita tak tersengaja  terus balasannya…..apalagi agaknya kalau kita buat jahat ya.....Astaghfirullah…….ampunkan dosaku ya Allah

Lesson learn utk bawa Jemaah berkerusi roda esp di Mekah saja sbb Madinah jalannya rata. Di Madinah sikit saja laluan condong utk naik masa nak masuk masjid. Di Mekah ada macam2 hotel n macam laluan and level dia x sama. So nak pergi n balik masjid kita akan tempuhi lantai yg rata n also berbukit. Beruntung utk yg pergi ramai boleh take turn tolak but what if mcm kami hanya ber3. Mak x berat sbb kecil sizenya tapi disebabkan laluan dia x rata kena ada effort lebih utk tolak. Sometime masa perjalanan tu turun, disebabkan curam we will reverse ...bawa secara gostan. So sakit kat belakang or tgn or kaki possibility tu tinggi. Silala bawa siap plaster salonpas tu.. Sedap lepas ditampal. Panadol pun kena ada bila rasa sakit telan la before tidur. Doa banyak2 InshaAllah OK.

Ada antara jemaah kami merekah kulit kaki esp lelaki la sebab lelaki x boleh berstokin, sampai berdarah pun ya. Masing-masing diuji dengan cara berlainan hanya rezeki saja yg tentukan  antara kami akan teruskan umrah or ibadah lain. Byk cara nak cari pahala yang penting jaga niat. Kering bibir tu biasa sbb udara sana sejuk berangin tapi kering. Yg ni kena minum air n pakai lip gloss. Kulit muka pun rasa kering berkerak kena pakai moisturizer and UV protection.

Perjalanan balik ke Msia letih menunggu flight dari ptg sampai malam. Masa tu dah bungkus luka mak tebal2 n letak serbuk arang banyak-banyak utk elak bau, Risaukan kaki mak bengkak sebab duduk lama menunggu satu hal n atas flight saja 8 jam. Allhamdulillah sepanjang di Madinah n Mekah mak tak batuk or selsema. Maybe sbb dah dpt kanser, tuhan jaga yg lain-lain kecuali masalah urinate awal di Mekah tu la. The rest mak OK. Me and abg saja batuk n selsema. My batuk mmg dah start since di Msia and sambung jek di sana. Abg Ajip pula demam on last day di Mekah. Nampak sangat dia tak bermaya n tak makan.

4 jam sebelum mendarat abg sakit perut. Luckily ada jemaah doktor suami isteri. Mereka access sakit abg n lepas bagi ubat gastric based on sakit perut n tak makan, abg takleh nafas. Steward and stewardess ready tank oksigen. Abg bernafas melalui tank and ditransfer ke business class bersama jemaah doktor yang merawatnya. Habis kami disoalsiasat sejak bila dia demam n ada tak pergi ke ladang unta sbb suspect Ms-Cov.
Sampai di KLIA, paramedic masuk n terus soal siasat lagi. Abg straight ke klinic KLIA and di bawa ambulan ke Hospital Putrajaya. We all balik rumah and when we visited him at hospital later dia dah di"isolate" sbb suspect Ms-Cov.
Lepas beberapa hari dapat result -ve Ms-Cov abg discharge from ICU and in the end  he needs to take insulin utk diabetic. Dugaan tapi life must go on. Selang beberapa hari tetiba mak pula batuk, demam n bleeding terpancut from her breast. Mak warded at Sg Buloh Hospital and again suspect Ms-Cov kena isolate juga. Me still batuk2 non stop pi clinic and based on  Xray result  ada sikit bronchitis. MC, rest and jaga mak di ward bila dia dah dpt result -ve Ms-Cov.

Ni pengalaman pertama mak warded. Sian kena cucuk kiri kanan pakai pampers. Teringat arwah ayah, cuma mak kecik sikit n bila nak tuko pampers senang sikit sbb masih boleh angkat punggung sendiri.

 Mak discharge few days later and dpt more bekalan ubat esp vitamin. Pengalaman yang indah sepanjang umrah. Urusan mak mmg dipermudahkan n kami diuji bila dah selesai n berada di tanahair sendiri. Tu dah cukup bagus la daripada di uji di sana.

Life back to normal in between kerja n tgk2 mak. Luka mak hampir 90% dah terbuka. Bila dressing we need 2 sheet of Parafin gauze utk cover luka mak dari melekat. Doktor bedah ada plan nak potong tapi again dia x confident takut bleeding non stop and advice us to meet again for next appointment.

Overall trip ini sangat best sbb group kami pun semuanya sporting and very supportive. Semua tolong menolong antara satu sama lain. Ustaz pula sangatla ramah tamah kelako and energetic. Mmg perlu fit bila nak buat aktivit and ibadah di sini. Solute utk para jemaah haji yang dah berumur sbb hotel dia org lagi jauh n aktiviti haji lebih padat compare to umrah.
Demi Allah sangat indah pengalaman umrah ini. Advise every muslim shld go, tak kisahla melalui travel agency manapun yang penting niat. Terima kasih Allah atas pengalaman ini. Will repeat again InshaAllah jika ada rezeki tak kirala umrah or Haji.


 




Sunday, January 25, 2015

jajan beli sendiri

Sepanjang 3 hari monitor adik arif between his kafa n kebangsaan ada satu pencapaian or kebebasan yang dia dapat. Money pocket for his school break. So far dia msih disiplin makan bekalan yg ibu tapaukan utk kelas kafa. So he got balance masa di sekolah kebangsaan. Makanan jualan di kantin tak ada masalah sangat semua mengikut garis panduan yg telah ditetapkan. Masalah dihadapi parents adalah anak-anak beli junk food lepas balik sekolah di luar pagar sekolah. Ada gak driver bas sekolah sempat jual jajan. Dah lama dibincangkan dlm mesyuaat PIBG tapi pihak sekolah tiada kuasa nak halang sbb di luar kaw sekolah. Parents kena guide anak-anak, but ofcourse payah. Kita masa kecil pun dulu suka beli jajan. Sempatla tengok adik arif makan gula2 serbuk yg bersepah n melekit kena seluar sekolah.
So dilarang beli lagi jajan ini. Angah ajarla adik beli benda yg faedah like yakult ke. Nie dia pula ajar macam mana nak mkn. So ibu dah warning kalau adik beli lagi no more duit sekolah.

One weekends while kemas and tukar cadar katil arif, ibu nampak benda larangan bawah bantal. Amboi dah pandai nak sorok ya....ok fine sila ambil n sorokkan...lepas kemas katil n lepak-lepak tetiba simanja arif tanya. Ibu.....masa ibu tukar cadar ada jumpa sesuatu tak? Ibu buat tak faham and say no. Alah ibu...mesti ada la....ibu x jumpa ke? Hahahha pandai jek....Terusla sergah aaaa kenapa arif beli gula-gula yg ibu x kasi....pandaila pula dia jawab ..tu angah nak buat eskperimen...ibu bagi balik. Ermmmm sorry xder mananya..jawab jekla ibu lupa kat mana tadi....then ke bakul sampah la tempatnya.

Walaupun ibu x sure adik arif x kan beli lagi atleast he knows yg ibu tak suka dia beli n makan benda yg melekit. Sekurang-kurangnua dia dah pernah rasa bcos he is a kid n hopefully dia dah tak jakun n nak lagi.
Inila dia yg disorok di bawah bantal..

Thursday, January 01, 2015

Selamat Tahun Baru 2014

Goodbye 2014 n welcome 2015. Byk dugaan ditempuhi in 2014 to Malaysia and to me personally. Tahun yg penuh cabaran n mengajar kita erti bersabar dan menghargai apa yg ada.....
To Malaysia....
Lahad datu...
2 MH.....
Banjir

To me....
Rumah pecah masuk
Kereta kerap rosak
Ayah pergi berjumpa penciptaNya..
Doa ..doa n terus berdoa...life goes on......latest case which is still ongoing adalah banjir. Rumah inlaw di Kuala Krai mmg syukur tak tenggelam tapi bekalan makanan n komunikasi terputus. Usaha by persatuan penduduk utk beli n packing brg keperluan keluarga masing2 utk keluarga di kg. Then mencari bekalan tambahan n bantuan org ramai dr few pusat here utk dibawa blk ke semua penduduk yg terputus bekalan makanan. Tak semua ada anak bekerja di rantauan so agak tak adil kalau setakat membantu keluarga sendiri. Syukur rakyat Malaysia prihatin. Harap jgn ada yg ambil kesempatan.

Ant brg yg sempat kami beli utk keluarga di Krai



Sunday, November 16, 2014

kasut sekolah

Kali ni kita beli awal kasut sekolah for adik Arif preparation for his orientation day. Amboi so excited kehulu ke hilir dalam rumah pakai. Tak tahulah macam mana budak kecik ni nanti tahu x jaga kasut.


Dak Angah lagila dah 2 kali bawa kasut org. The way dia bawak balik yg thrill. Either dua2 kiri or dua2 kanan. Selamba giler dia pakai. Paling latest last week, dia bawa both kiri. Confident katanya tertukar di taska. So the next morning suruhla dia pakai the same both left shoes. Nanti angah tukar kat taska terus. Sekali sampai sudah takda siapa kat taska yg tertukar kasut dengannya. Boleh imagine dia pakai both left shoes sepanjang hari di sekolah kafa n kebangsaan. Cikgu tak tegur ke angah? Tak...katanya...cikgu tak nampak....angah nie memang selambala.....

Teringat zaman kecil dulu pergi balik sekolah jalan kaki sampai koyak kasut. Pakai the same kasut sampai tak muat. On the way balik sekolah jln dah tak betul tahan sakit sbb kasut tak muat. Sorang pakcik lalu ambil anak balik sekolah dengan concernnya dia tanya, kenapa jalan mcm tu? Kaki sakit ke? Tak mampu nak jelaskan just sengih n tunduk jek. Info tu sampai ke telinga ayah... ayah pun tahu tapi dia tak mampu nak belikan yang baru. Tapi atlast dia ajak juga ke pekan Bakri beli kasut baru lepas kumpul duit for few days or weeks.

Sampai kedai tak nak ikut pilihan ayah....bentuk bulat di depan mcm kasut getah orang nak pergi menoreh. Ayah pujuk suruh ambil katanya tahan...tak mau gak.. tunjuk kasut pallas...... i can't remember whether i got the new pallas or the new whatever brand yg bulat itu, but i do remember ada sekali I got n merasa the pallas shoes juga. Punyala jaga n berbangga....sayang kasut .....sayang ayah n mak.....




Sunday, September 28, 2014

minah rempit

I used to be minah rempit masa zaman study and now dah jd mak org nak naik motor pun x  diizinkan.

Zaman u dulu 1st year like others duduk dalam kampus. So moving frm bed to class via bus or menapak jekla. Redha walau jauh. Nak2 faculty IT masa tu was under 1 roof dengan Engineering mmg jauh nun di sana.

Kebetulan tuhan bg rezeki ayah tlg saudara jual tanah n upah diperolehi tu dptla ayah beli cash his own new motor which was Honda EX5 n me beli 2nd hand yamaha. 1st time rempit ke UKM abg and his gang teman. Slowly bwk sendiri and on the way dah jauh bleh dia org stop n paksa turun..pi naik kawan abg n my motor the other kawan bawa. Wei apa nie...nak ngadu kat mak ayah dah jauh n masa tu mana ada hp. Abg aku jahat la dia pun x confident bwk hanya bonceng then ngan aku dia suh bonceng. 1st time in my life (setelah baligh ya) membonceng ngan bkn muhrim......kuang ajoooo kau bang.........Dalam hati tu dok kata apa orang ingat aku x mampu nak rempit ke.....nantila blk kg or dpt public phone aku ngadu kat mak.

 Sampai ukm dia org ajo how to isi minyak. N tinggalah daku bersama motor cabuk di kampus. Esok pagi n seterusnya sengih2 pi kelas naik motor...x main la tunggu bas berjam. Kena saman ngan pak guard pun pernah sbb masuk laluan larangan. Bila bayar saman kena torture jap sengih2 buat muka comel. Bayo saman traffic U xla semahal saman polis or JPJ. Tapi dak U masih belajo mana ada duit..sayang ooooi.
Tahun ke2 n seterusnya xder mana nak aktif bagai utk compete dpt duduk dlm. I rela duduk luo leh rempit lg jauh. Masa tu geng rempit lagi ramai....sewa rumah teres sumbat sampai 15 apa kisah..tong-tong bayar sewa. Kalau nak blk press minyak depan traffic light bkn main. Lampu hijau jek muka kita la dpn..lps berapa minit tu  motor besar plak kat depan....ekekekeke poyo jekkk pres minyak bagai

Kalau blk Muar pun dah x mau naik bas.... pe kelas dr Bangi kena naik KL pastu patah blk ke selatan. Mana ada bas direct Bangi ke Muar. N another solid reason is jimat. Isi minyak motor RM5-7 blh sampai Muo. Kalau naik bas rasa belas ringgit x ingatla. Kata org susah...buatla cara susah. Balik sorang2 pernah...balik berbonceng pernah..balik.berkonvoi pun pernah. Yg.kelakonya x sedo diri konvoi ngan TZM n RXZ pun pernah. Ya Allah apesala kau x sedar diri masa tu....kalau la aku matured sure aku x buat kerja tu. Dah kena tinggal satu..pastu piston pulak jammed. Nasib baik dkt ngan RnR Seremban. The kenangan at that time was very precious. Moga Allah balas jasa pakcik n brother kat RnR. Sambung blk Muar terkemut2 sbb br tuko piston ..jumpa konvoi lain siap kena ejek dia org buat style naik basikal......kurenng...my friend jat belakang siap kena pegang tgn. Kuang ajoooo tp nasib baik setakat tu....then konvoi ngan mamat yg ada problem ngan motor besar dia..bkn calang besar....motor ala2 hardly davidson ...eii betulkeapa aku eja....aiiii kenangan semua nie

Sungguh pengalaman berharga jadi anak org susah merantau mencari ilmu n rezeki.

Praktikal antara Bangi n Bukit Jalil pun merempit. Then in between nak grad n nak dpt kerja we all stay lg kat rumah sewa utk sama2 cari kerja. Apply part time job tipu kilang Hitachi Bangi yg we all tak lulus SPM dtg dr kg la sijil tinggal la. Masing2 create story sedih ....sekali dah dpt kerja HR tu ckp ala saya tau awak semua ni budak UKM kan....nak kerja temporary nak cari duit sementara dapat kerja takyahla nak menipu. Tapi takper mmg kita nak pekerja temp. Yeay kami diterima yg kelakonya bdk UPM pun ada...Ekekekeke..... dptla simpan duit utk beli setem nak apply kerja, utk sara hidup n isi minyak motor. Kerja kilang nie byk benefit. Ada kupon utk mkn tgk dlm RM1.50 utk cover nasi n lauk. Kalau nak sayur +la bapa sen. My friend x mkn sayur simbah jek kuah n dpt lauk seketul xyah bayo apa...jimat. Kerja kilang pun ada elaun transport n disbb pergi balik kerja merempit so rlaun transport masuk poket. Perghhh jimat...kalau kat Malaysia ni ada penganggur or ada org buat kerja haram baikla dia org apply kerja kilang. Actually dah terbiasa kerja kilang...pantang ada cuti pjg like lps PMR....lps SPM....dah pernah kerja temp kilang di Muar. Semuanya sbb aku sedar diri aku anak org susah n aku nak cari duit sendiri tampung apa yg patut.

Blk kerja mkn nasi ngan sambal tumis. Tu pun dah lega. Kdg ada rezeki belila telur. Jimat simpan duit sementara nak dpt kerja.
Bila dah kerja berulang dr Bangi ke TPM. Pastu bila move kerja berulang merempit dari Bangi ke Shah Alam. Most of the riders mmg lelaki la. Kalau hujan lebat sgt baru berhenti bawah jambatan kalau x redahla pakai baju hujan sampai ke ofis terus masuk toilet ngan helmet sekali. Dah mcm org bulan. Mcm2 pengalaman pergi balik kerja merempit. Luckily x pernah pancit on the road. Tapi kalau lalu lebuhraya kesas byk terowong kena lalu n macam2 cerita pernah dengar. Ada kata nanti penyamun tunggu keluar lorong hayun parang.....nauzubillah.....nasib tak pernah lalui.

Ada sekali pengalaman balik kerja di bulan Ramadhan. It was raining tapi dah berkurang tapi stuck due to flooded. Even kereta pun takleh lalu inikan pula motor kapcaiku. Masa ni dah ambil motor Honda EX5 ayah. Yamaha dah tersadai di kg. We all just wait and wait till the water level turun. Punya lama tunggu nak dkt azan bila masuk maghrib dongakkan kepala buka wiper helmet tegukla air hujan utk berbuka. Sedih teringat kat parents tapi apakandaya hidup harus diteruskan lagipun bkn nak mati tak dpt makan. Masa tu tak fikir lapar...yang difikir macam mana nak balik Bangi hari dah nak gelap. Syukur lepas tu blh lalu slow2 lalu jln shortcut. Benonya sambil teringat parents pd masa tu ...aku teringat gak sesi "burung hantu" masa belajar di MRSM Muar sewaktu camping di kaki Gunung Ledang. Biasala Kelab Kembara wajib ada aktiviti macam ni. Pengalaman ditinggalkan malam2 selang berapa meter selama lbh kurang 15 minit kut mlm jumaat dan bergelap menjadikan kita lebih tabah, berani dan menjaga diri sendiri bila ditinggalkan seorang.

Another great experience ialah bila nk berhijrah dari Bangi to Subang Jaya. Masing2 dah dpt kerja we have to split ikut haluan masing2. So dipendekkan cerita together with a friend of mine we konvoi berdua ulang alik dr Bangi ke Subang Jaya bwk brg pindah rumah. Nasib baik x byk brg hanya ada baju n some toto utk tidur. Berpindah rumah pun merempit. Merempit byk bantu aku survive. Kalau dr Muar ke Bangi merempit time hujan sorang2 punaku pernah lalui. Beg jatuh kat tepi highway pun pernah. Nangis aku tgk baju kesayangan aku koyak. Aku tak mampu nak beli baju kat asrama tapi apakan daya rezeki tak ada. Masa tu aku nangis sambil press minyak aku berazam nak belajar rajin-rajin n perbaiki taraf hidup keluarga. Sampai sekarang Honda EX5 ayah ada lagi di kampung. Menjadi hak milik abg pula ulang alik pergi balik kerja. Sekali sekali ada gak aku bawa anak-anak naik motor kat sekitar rumah. Aku suka rempit...tp tu dulu...... :-)
sumber google

Saturday, July 19, 2014

Ramadhan 2014

Selamat menyambut Ramadhan yg mulia. Rasa tenang dan gembira. Tapi rasa kali ni masa berlalu dengan pantas. Pagi nak ke petang sekejap n awal nak ke akhir pun sekejap.

Adik Arif pun dah start puasa more than 10 days so far. Kecundang bila cuti sekolah. Takpe la kayuh slow2.

Dugaan utk Malaysia dgn nahas MH370 n MH17. Takziah utk semua. Dugaan pun byk berlaku dlm family kami lately. Cuti thn baru cina rumah dimasuki pencuri......
Kereta pulak alami few kerosakan n plg worst langgar tayar pecah on the way to Muar. ...
Ayah/atuk aa pergi menemui Illahi pertengahan Mei.

Dugaan utk mengajar hambaNya bersabar. Moga ada hikmah....mungkin peringatan buat kami.

Apapun life goes on.... Yg wajib kita tunaikan...yg sunat kita cuba penuhi.....utk x lupa ayah n berzikir...kdg terpaksa put some trademark/clue dkt password bila bekerja di opis. So bila leka kerja n kena login aaaa ingat blk yg dah xder...zikir dlm hati. Amboi citer pwd kat org...dah langgar etika ni.....clue saja bkn nama btul pun..... Harap blh diteruskan walau lps password expired... Mak pula dok rewind kenangan di saat akhir bersama suaminya...sian mak.....kita sedekahkan doa serta derma utk ayah. Allhamdulillah utk buat wakaf online pun mudah sekarang...
Google shj wakaf selangor. Wakaf johor dan lain lain yg penting niat.

Wednesday, April 16, 2014

semut

On the way back home after school for the kids and work for me, angah informed....ibu tadi ada beg dekat semut......I was like whatttt? Ehhh silap tadi ada semut dekat beg.....BM pun mcm ni.....BI macam mana la..


so apalagi ngomel jekla....Aaaa tula ibu dah cakap jgn sepah makanan make sure korang asingkan..nie mesti ada sisa makanan dlm beg ni....Dan-dan tu semua x ngaku....mana ada..kita org tak letak makananla dalam beg..n the conversation go on......

Cukup geram n particular if the kids bring food to bedroom. Ada kaitan ke ngan beg tadi? Xder...tapi ada kaitan ngan semut...ada semut jek semua nak melatah bila tanya semua x ngaku.....rotan karang.......




Late night when everbody was dreaming      n macam biasa watak seorang ibu harusla busy byk benda nak settle. I was like guard mundar mandir frm one room to another....and I saw this on Angah's bed....




..Eiii bakper admire sgt kat teh ni sampai bawa ke tidur..... nak marah pun ya....kang ada semut or lipas baru tau..... skodeng jap....



Sekali tgk dalam






















Ya ampun.... kesian la plak mainan buh dlm kotak teh....

Tuesday, February 18, 2014

wallet

Budak-budak zaman sekarang terdedah dengan macam-macam in early stage. Zaman kita kecil dulu x byk yg kita tau nak-nak orang kampung like me. Sek kebangsaan pagi then continue agama belah petang. Belanja 20 sen. Tgh lps noreh ayah dtg bwk baju n bekalan mkn tgh. Sian kat mak ayah.....tak terbalas jasa mereka....sob sobbbb...
Ingat lagi time cuti kalau ikut ke kebun teman mak menoreh..sambil ditiup angin dokla berangan dah besar nanti nak kerja best nak balas jasa mak ayah. Sekarang dah besar, i am what i am now..xlar beso keja nya tapi blhla bantu mak ayah n ask them to quit awal n rileks kat umah.

Lets go back to the topic, wallet. Dak kecil duk taska pun nak wallet sbb ada jual jajan.

Let take a look on each personality based on wallet. Sepadan kut ngan tuan punya diri. Tgk cara duduk cik damia ayu nyer...tgk wallet pilihan pun ganas.. angah awak tu gegirl......

Tgk angah duduk .. kecik2 pun brutal....
arif n along yg tembam....



Friday, November 29, 2013

cuti sekolah:2nd actvt

Program Kedua jalan2 before balik kg.

Baring suka hati x

nak mkn sushi x lps...kasi ebi tempura la...
Jepun la sgt

Xdee keja lain nak korek taik idung cow?


Random picture antara sunway piramid and KLCC. Jalan2 cr mkn n jamu mata n jamu perut.

Thursday, November 07, 2013

notice

Rabu lepas dok marah the girls to finish eye level worksheet. Si angah  kehulu kehilir  keluar masuk bilik dia do something not related to Eye level. Annoying gak tapi dah gediks mmg gitula gamaknya.

Bila dah malam n semua sdg nyenyak tidur, si ibu nie yang tak habis kerja dokla kemas beg utk nursery n taska. Masuk jek bilik gegirls I saw something at the door...
Nie mesti ditujukan utk arif yg suka msk bilik gegirl. 



Then another notice dekat wardrobe angah...ermmmmm macam2.
Jgn letak bakul di sini ekeke. Ada 2 bakul
One for stocking n one for scarf or inner.

Sunday, November 03, 2013

souvenir

Cuti kali nie kami plan balik Muar sebelum official cuti sekolah bermula. Anak-anak nak bercuti di Kelantan main bersama cousin. Jadi sebelum mereka merdeka main sakan di Kelantan mari kita balik Muar dulu. Aik confirm ke blh stay without ibu n ayah kat kg?

Tapi we all balik Muar lewat sikit sebab Along ada lawatan ke KL. KL la sangat....sekangkang kera jek....takpela joinla aktiviti sekolah kafa tu. Pergi dengan kawan lain sikit.

Makanan n yuran semua settle n ayah bagi some pockets money. Sibukla ptg tu angah dok sms along kat mana sekarang buat apa? Along kata dia ada beli present utk setiap org. Wah lagila Angah excited. Inila buah tangan yang Along pilihkan. Cuba tgk ok x std 4 punya justification.


Ayah - pen yg bertulis muzium polis
Ibu - key chain stated as 25 Dec and info or character people delivered on this date.
Along - diri sendiri pun ada, buah/uncang batu seremban.
Angah - gelang manik
Adik arif - musical tool yg mcm peha ayam tu...bila goncang2 mcm ada batu/biji kacang dlm tu.
Ok la tue... tq along.


Saturday, September 28, 2013

alas perut

Weekends yg best sbb dpt spend masa bersama sbb sebelum ni kena stay office utk new project. Mmg kena appreciate weekend kalau kerja mcm ni. Kebetulan sekolah kafa ustaz buat tusyen tajwid. Ya sungguh rare kan subject tajwid ada tusyen. Bagus jugakla asyik ilmu dunia ada tusyen ilmu akhirat pe citer.

Kelas start 10 am till 12. In between singgah beli groceries n then along sambung eye-levelfor math. Angah just submit worksheet sbb dia tgh recover. Demam on n off dr  rabu.

Utk elak kebulur si along nie padahal dah melantak nasi sebelum tusyen,alas perut drngan makanan yg ibu xleh terima nie.........yeckkkkkkk kerrrrrrrr. Ikut korangla....


Thursday, July 04, 2013

Aktvt di Muar

Makan mee siput....... sambal dia pergh....... mmg syiokkkkk.
On the way blk PJ, we all singgah nak tapau tapi stok yg dah masak takda. Yg mentah adalah. Frust giler, so beli rojak petis jekla.

Tahun ni buah kuini tak lebat. Dapat merasa 2 biji sahaja. Ada seekor kucing nie atuk mak panggil kucing hantu sebab dia species omnivor. Ingat x pelajaran sains anak-anak. Omnivor ialah haiwan yang makan daging dan tumbuhan. Means dia macam manusia la both makan. Rasa kucing memang makan both kut tapi tidakla semua tumbuhan or buah-buahan. Kucing ini memang pelik. Semua dia sapu

Hari Ahad we all belah buah nangka, sibukla dia nak makan jugak. Gambar x sempat nak ambil.

Sedang makan buah kuini

Sedang makan sayur petola


Pengat labu n pisang. Buah dari PJ bwk blk kg sbb tak sempat masak rumah sendiri. 




















Inilah dia kedai zin satay house yang pernah dicerita sebelum ini. Memang sedapla satay dia. Daging dia lembut. Rasa lagi best dari satay willy.









Entry bawah nie agak geli tapi memberi ilmu pada anak2 ibu. Subjek sains, subjek kegemaran Angah. They learned and saw how the delivery process. Bukan delivery poslaju itu tetapi deliver baby. Siap tanya where the baby came out? Sapa geli jangan tengok ya. Put 1 pict jekla

...

...


..



..


..


..





..


..


..


Cik Uji dapat anak sedara lagi...... Mama nie lahirkan 3 ekor kittens.
Satu mati which is this one la. Terencat kut kena flash camera. Sian dia....

Wednesday, June 26, 2013

peplum angah

Comel x?beli online di tsugoi. Tergoda bila jenguk blog filla. Peplum utk si cilik. Silala beli utk raya.

Tuesday, June 25, 2013

ibu tengok ayah nie.....

Petang Ahad lepas we all lepak di rumah sementara si Ayah keluar basuh kereta. Sambil iron baju sekolah di bilik terdengar pintu dibuka....Ye ye ayah balik...ayah balik......
Then Adik Arif jerit.... ibu, tengok ayah nie....... (dalam hati aaa sudah apa plak si ayah nie bawa).
La dia bawak pokok daun n letak dalam bilik air. (pokok daun x berbunga no like)

Mak........tolong tak suka...... menyemak jekla........ nie nak jemput nyamuk masuk.
Pastu terus cakap ehhh abg beli pokok halau nyamuk sekali....... Ada ker????

Masa kecik pernah petik daun nie n makan...
berhari nak hilang rasa dia....so i dendam sama ini pokok.... x sukeeee

Yg mcm daun pakis tu katanya pokok halau nyamuk......

Friday, June 21, 2013

Lagu best

Lagu terbaru Hafiz, Bahagiamu deritaku......powerrrr. Suara dak Hafiz nie mmg best. It sound and clear. Kebetulan hubby beli speaker baru. Entah la skang more to gadget la plak. Mentang2 dah start buat part time, pc semua nak upgrade. Dari memory, hd, monitor sampaila ke speaker. Yeyyyyy tumpang ada mari kita guna sepuas hati.
brand nan adoooo tapi bunyi waaaahhhhh.
 Dengo lagi hafiz pun leh jiwang gitu
                                      Ok mari kita layan lagu dak hafiz ni. Asyikkkk

Saturday, May 18, 2013

hari ibu...

Last 2 weeks, balik dari sekolah Angah buat hal. Ibu tak puas hati marahla dia. Lepas nangis tak puas hati Angah cakap, sampai hati ibu, Angah nak bagi ibu hadiah, tapi ibu sakitkan hati Mia. Wahhh ayat. Few days jugaklah Along and Angah dokla berahsia walaupun ibu tau sbb setiap tahun adanya hari ibu.
So on the day Hari Ibu, lepas balik sekolah juga dia org excited tunjuk hadiah n asked me to unwrapped the present. Macam-macam. Sempat tanya bayar dari duit mana? Tabung we all la.
Okla anak-anak ku terima kasihla, ibu nak hadiah anak-anak yang baik, mendengar kata, result yang bagus dan terutama sekali doa dari anak-anak untuk ibu.

Tengok hadiah bunga dari Angah, tanda harga tak buang lagi.....



Gift flower dari Angah, Love light dari Along. Lampu akan berubah warna

Kad standard dari sekolah utk murid-murid bagi ibu

Sunday, May 05, 2013

hobi lama

Past time hoby semasa belajar di U. Sambil-sambil ulangkaji pelajaran boleh siapkan 1 frame. Kadang-kadang siap rewang sama-sama kawan.

Antara koleksi yang pernah disulam












Comel dok kucing nie??? Lakiku kan takut kucing, letak alas kain nie kat atas komputer pun tak bagi. Macam realkan? Last time letak kain ni dekat my cat, dia main tau, dia ingat nie kawan dia and the ball is real. I like cat very much.......

2 frame bawah ni tergantung di rumah mak and ayah di Muar.
Nie masa tahun dua di U, stay ramai2 dekat rumah sewa,
lepas boring study kita take turn sulam. Paling payah part jemaah yg too small. 



Actually masih lagi on hobby nie and plan nak gantung utk rumah sendiri tapi dah masuk rumah lebih 5 thn tak siap-siap gak..... Apa nak jadila. Nak turunkan kat anak-anak tengok perangai x semengah mana. Hobi nie harus ada minat and patient. Memberi ketenangan. Tapi bila dah lepas kahwin faktor masa adalah kekangan utama.

I like this the most. Sbb tu culik dari rumah mak di Muar bawak balik Ara but with permission la.
Aim nak buat lagi satu so that ada kiri and kanan... nan adoooo.
Kain dah beli start baru 2-3 line stop sampai sekarang.

Nie pun aim utk digantung di rumah sendiri, sebelah dah siap sebelah lagi tak siap lagi. Dari anak baru satu sampai sekarang dah 3 tak siap-siap lagi. Tunggu ada cucu baru nak siap ke????
Tengok gambo yg sebenar di tengah-tengah. Ada 2 putik bunga tak boleh nak sulam, kain tak cukup.

Saturday, April 27, 2013

immitate aka parodi

Bebudak memang suka ikut iklan dan cerita di tv esp cerita yang terkesan dihati mereka.
Ingat lagi masa ibu kecil watak-watak yang kami adik beradik dan sepupu sepapat sejiran suka lakonkan watak-watak dalam cerita P.Ramlee sangat terkesan.

Kali nie mari kita tengok antara watak terkesan yang anak ibu suka ikutkan, arif nie macam2 tau...








yg nie nasyid kesukaan Arif semasa umurnya 4 thn.
Hafal the whole lyrics.








Thursday, April 04, 2013

cahaya hati...

Really like this song......
lirik yang penuh makna dan melodi yg indah....

Sedap didengar di kala suka atau duka.