Balik kg sempena ada cuti Deepavali 2026. Bila tengok setting kerusi lama dekat ruang tamu rumah kg teringat sejarah kerusi lama yg tahan lama ni.
Masa tu sekolah rendah tapi tak ingat exact darjah berapa. Tengah buat homework kat lantai, sambil baring2 atau meniarap atau kalau penat duduk.membongkok tekun menulis, pakcik saudara aka abg sulung arwah mak datang. Arwah Che Tamin suka berniaga. Dia jual brg2 dr supplier hantar ke rumah2 kat kg secara berhutang. Biasanya sebulan sekali atau few week dia akan dtg kutip hutang n bwk brg baru. Zaman dulu susah nak beli brg ke bandar kalau tak ada transport. Bas kena amik kat certain location. Kalau brg kecik bolehla angkut kalau kusi meja, periuk beso, tv and etc macam mana.
Che Tamin nampak anak buah dia ni buat homework kat lantai dia bagitau mak amikla kerusi bio anak boleh buat kerja kat atas meja. Mak cakap mana ada duit. Menoreh getah dapat byk mana jek. Takut tak terbayo. Pakcik ni x puas hati dia pusing dulu hantar brg atau kutip hutang mana perlu. Rasanya on the same day dia bawak lori hantar set kerusi meja. Wahhh kembang kempis hati ini 1st time dpt set kerusi cantik. Fron time to time kami change cushion cover and pernah sekali pergi ke pekan Bakri, chinese shop ni bagitahu nanti lama2 cushion ni akan melepek penyek sbb span dia x tahan lama. Anggukkan sajala janji dpt beli sarung cushion baru.
Now my age dah nak masuk 50, kalau masa sekolah rendah tu i was at std 6 dlm tahun 1988. Umur kerusi ni dah 38 tahun ya. Cushion dia nasih utuh n kayu dia walaupun dah luauh masih kuat. 1 jek kerusi yg dah rosak left kan 3 yg sebiji2 and 1 yg share utk 3 org. Not sure emak sempat habiskan x bayar hutang ni sebab kadang2 bila Che Tamin datang mak ckp duit x cukup. Kalau la dah habis Allhamdulillah kalaula belum i know sure Che Tamin dah halalkan sbb masa dia bawak dia ada ckp jgn risau pasal duit, kalau ada bayo la nanti. Mmg dia tahu adik dia org susah tp dia nak make sure anak buah dia boleh belajar dengan selesa walaupun kita tak mintak. Banyak juga jasa kerusi ni x nak bagi lenguh buat homework, bg selesa tetamu dtg, bg kucing tempat tido selesa sampai lekat bulu dia kalau pakai sarung cushion jenis melekat. Mak, rindu kat mak......
ALFATIHAH utk arwah Che Tamin and arwah mak.



















































