Saturday, April 18, 2026

Raya 2026

Balik Muo tp sekejap saja sbb kami dah niat nak jamak so x bleh more than 4 nights and kebetulan si ayah kena start berniaga awal.

WFH dr Muo on Khamis and nasib baik raya on Sabtu. So Khamis mlm Jumaat kami bergotong royong sental rumah kg. Ibu, ayah n adik ambil dapur. Along n angah ambil ruang tamu. Berpeluh2 sental lantai dapur tp lega bila tgk hasilnya.

Masak lodeh n ayam msk merah mlm raya n sambung ke pagi. Kambing kari n sambal kacang abg dah upahkan salah seorang jiran kg yg mmg ada buka warung. Allahmdulillah lega la. Xyah nak msk semua. Tak reti pun kalau nak msk kambing ni.

Tahun ni tak beli mercun. So adik dok guna mercun bola stok sedia ada jekla. Jadila dr tiada. Stok simpanan utk halau monyet atau anjing.

Walaupun dpt beraya sekejap tetapla bersyukur. Tahun ni che Uji x nak pakai baju raya, penangan kena injection 4 days before raya. Manjangla member ni bangun tido bangun tido. Takpla kak, janji bahagia. 






Tema kita thn ni warna hitam. Anak2 saja beli baju raya. Ibu n ayah guna stok sedia ada. Ibu guna baju kurung indon ala2 Riau x silapnya sempena dinner CGC 2024. Br pakai sekali bolehla recycle for raya tahun ni. Ayah plak recycle baju raya thn before2 ni x ingat masa tu bila tp tema laki hitam, gegirls baju putih kain batik hitam. Okla tu.. baju byk2 buat apa. Spring cleaning baju kurung pun dah pernah buat in 2025 sbb office dah bleh pakai casual attire, so less baju kurung diperlukan. Hanya keep yg perlu sahaja. Hidup sederhana janji happy.

No comments: