Thursday, February 28, 2013

answer sheet missing...

Ibu EL today sebab nak kene jaga Kak Ngah demam. We went to panel clinics after lunch and dr checked her temp was 38.9 and had swollen tonsil. So dr bagi 2 days MC which is today and tomorrow and warn besides demam, tomorrow she may face some pain in her throat due to this swollen tonsil. Ayah pun sibuk tanya, dr tak boleh bagi mak dia MC ke? Boleh kata dr, saya bagi seminggu. Dr jangan begitu...u r so sweet, perli2 we all. Akakakkaka.
Dr kata sepatutnya memang boleh tapi bukan di Malaysia. After explain further dah nak balik dr siap tanya sapa jaga emaknya ke? Banyak cuti lagi tak? Akakakakak concern ler tueee... Ada lagi dr no worry. Kang kena tarik balik from panel CGC sapa susah? Kami dan keluarga kami, sebab nak kene cari klinik lagi jauh.

This week agak sibuk sikit sebab Along ada test (PKSR1) from Tuesday-Thursday. So today is last paper, esok merdeka..Wah macam kita yg exam. So utk hadapi exam ni ibu minta Angah and Along buat latihan from last week lagi. Angah pun kena buat walau tak test or exam, takpa nama pun latihan. Biasa ibu akan belikan buku ikut subjek dan tanggalkan kertas jawapan untuk disemak simpan jauh-jauh supaya anak-anak tidak refer. Being a mother and at the some time as career wowan, balik kerja masak apa yang patut as simple as possible, sekali sekala beli, basuh baju n segala, lepas tu tuko karakter jadi cikgu. Knowing ibu ni low memory selalunya tercari-cari mana pi slip jawapan utk menanda. Tengok-tengok ada kat dapur dalam bakul bersama botol-botol sos bagai. Ni mesti kes sambil menanda sambil bangun buat kerja di dapur. Kelas......sotong yang banyak tangan pun respectla
Itu bukan resepi, itu kertas jawapan.....

Last year even worst. Ibu pernah lupa mana letak slip jawapan for almost 3-4 months. tak bertanda la latihan dia orang selama itu. Ustaz cakap kalau selalu ngaji Insyallah bila tua tak nyanyuk or kurang la. Ni apa kes nie??? Tak ngaji la tue.... Wuaaaaaaaa

angah togel

Post sebelum nie ada ibu bagitau yg Kak Ngah nak pakai tudung di sekolah kebangsaan, kafa adalah wajib. Ibu suka tapi agak was-was sebab knowing Kak Ngah nie selalunya hangat-hangat taik ayam. Tapi cara dia cakap mmg dia nak sangat pakai n dia menangis bila ustaz bercerita berkenaan aurat and so on.
Okla ibu surrender benda yg baik lagipun. So ibu jahitkan lencana dekat tudung kebangsaan n she continues pakai till one day.......
Ayah was informed by Che Mah (van driver) ada budak free hair naik van dia pakai cermin mata and Che Mah was asking her, awak nie siapa? Ahhhhaaaaaaaa kantoi. Rupanya bukan sahaja x pakai tudung yg ibu gantungkan hari-hari dekat baju sekolah kebangsaan, tetapi dia juga bawak speak x hebat dia ke sekolah.
Kak Ngah you is overrr...

Since now dia dah togel balik. See I know you frm head to tail. Ibu ingat lagi masa ibu kecil n cara atuk mak pujuk ibu. Adik tak sayang ke kat mak, pakailah tudung, kesian mak, orang pakai tudung cantik. Cair tak? So ibu jugak from time to time akan remind diri n anak-anak ibu untuk kita jaga diri kita. Bukan senang nak jaga anak and esp anak perempuan. Untuk itu ibu ada beli buku "Mendidik Anak Perempuan". Very usefull but untuk melaksanakan bukan mudah. Diri sendiri pun banyak yg perlu diperbaiki. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan.

image dari bookcafe.com.my


Sunday, February 24, 2013

mydin mall

We all pi Mydin mall @  USJ1  last year masa tu dia org tengah rennovate. Biasanya we all suka pergi time nak beli stationaries. Kita beli bundle lagi murah utk buat stok setahun. Biasanya tak sempat setahun, time-time nak buka sekolah n nak exam mesti kene refill. Selagi barang nie ada selagi tu bebudak nie tak tau nak jimat. Hari ni bawak esok lusa ada yang hilang.

This weekend bila we all pergi the rennovation was completed and the result is superb. The pedestrian walkway extend till parking area. Kalau dulu customer berebut nak parking under the roof in the same building sekarang semua parking under the roof. The foodcourt area is wider and clean. Sungguh selesa and improved. Well done. Diharap harga still berpatutan la.



Egg n vege....

It's not easy to feed the kids with healthy food. Sebab apa ibu cakap macam nie? Sebab anak-anak ibu tak suka makan sayur. Masa baby bolehla blend all those vege with food tapi bila dah besar masing-masing dah dah ada option sendiri n dah boleh ambil makanan sendiri susahla sikit.
Baru-baru nie ibu terpk nak goreng telur n campakkan sayur dalam tu.
 Tapi awas masa nak terbalikkan harus berhati-hati sebab dia agak berat berbanding telur kosong.
No issue for Along, as for Angah and adik since ibu suapkan dia org, ibu pilih telur yg berdaun. Ngap masuk...kalau ada batang sayur sure dia org rasa.

Saturday, February 23, 2013

jjcm...secret

Kalau weekend nak jalan2 keluar ibu lagi suka sabtu, sbb kalau ahad dari 11-3 adalah waktu mengeram di rumah. At 11 am iron baju sekolah and baju kerja ayah sambil tgk safiyya tv9. Bestnyer.... Terus sambung JJCM and melodi iron baju x siap lagi masa ni. Then ibu ada setengah jam utk masak sebelum pukul 2.00.
Sharp pukul 2.00 ngadap tv balik. I like nona very much.

K last Saturday we all pi cari buku latihan dekat MPH. Then kak Ngah nak mkn kek. Kali nie semua sit together pilih makanan masing2. X acila Kak Ngah sorang nak ngadap Indulgence.

Baca buku jap....
Indulgence utk angah, Lava choc utk Arif. Lasagna utk both of them


Semua makan....ayah with his fav masakan timur....apalagi kalau bkn tomyam....


Thursday, February 21, 2013

10 years in CGC

I have been 10 years in CGC, and around 13 years in IT industry. I love IT very much especially technical site. The knowledge is very wide and keep changing every day.

Me and few others received this award on our anniversary in CGC 18 Dec 2012 (tgk dah berlapuk entry nie...). We were given a token of appreciation at RM500 each for the award. jadila dari xder kan. Those in 20 yrs were given RM1000 and 30 yrs another RM500. Rezeki masing2. Anugerah diberikan oleh MD kami yg kacak Datuk Wan Azhar Wan Ahmad.
He got is own aura bila chair any meeting. Dunnola kalau me sorang jek yg rasa.... spesies jenis suka buat kerja belakang tabir so bila kene ngadap kelas atasn nie kecut perutla.

Where I have spent it? Well the previous colleagues pun dah dpt. Some invest in Sijil Simpanan premium, beli item worth for it like gold or etc. As for me, after thinking so much, end up I decided to invest in Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) which was reopen to all bumis end of last year kut. Ok ler tueeeee....

Sunday, February 17, 2013

sira labu

I've been married with my beloved husband a Kelantan man more than 10 years and have learn so many things abt their culture and food. The most easiest kuih is cek mek molek. Biasanya akan dibuat utk buka puasa. Dah few times involve and attend wedding ceremony I notice for appetizer the served something sweet like bubur kacang or manisan.

During recent Yuh's wedding my MIL sempat simpan 2 biji labu baki dari manisan yg dibuat or they called it sira labu. So masa nak balik MILsiap pesan my hubby suka and buatla utk dia. Wahhhh ngakk ngerti aku... nampak mcm senang tapi kalau x sedap.....gi mana? So I cut and bring back half only, beso wow kalau cinderella ada sure nak simpan utk jadi kereta roda and my another SIL yg sama2 nak balik dah abis cuti ambil sebiji, dia terror xper la..... My hubby siap inform kat akak dia...entah buat ke x nie.... Wah....suka2 ati nak ngadu domba ya....... Apalagi menuntut jap ngan MIL and SIL.... Mcm2 dia org inform step by step....tapikan knowing me yg memory low nie mmg x ingat sangat la... Yg ku ingat kalau x jadi kita buat pengat jekla..... akakakakak. Dia org x ketawa ok...... So seriousla nie nak kene buatkan manisan untuk anak lelaki or adik lelaki dia org yg sorang nie.....My hubby is the only and last son from her 4 sis. So imagine camna dia org layan dia....

So dah balik umah pepehal simpan dlm fridge jek dulu....tunggu weekend. So semalam I kupas kulit and rendam dengan kapur yg mmg dah dibekalkan juga dari kg. Wonder la kapur ni dibuat daripada apa? Katanya utk menjadikan labu yg kita rebus nie nanti x lembik sgt. Rasanya kalau kuih kasui pun kene buh kapur...Makan sirih pun guna kapur jugak kut...Entahla. Kapur tulis I tau la.Satu hari sure jadi bahan artifak kapur tulis nie sbb sekarang semua dah guna marker pen. Nanti murid-murid semua tak kenal kapur? Papan hitam/hijau? Pe citer pasal kapur plak nie.


Potong labu...

x kingat kene rendam byk mana itu kapur n bapa lama...wuaaaaaa...

So kasi hantam ikut logik fikiran. Lepas rendam dlm setengah jom kut, basuh bersih2. Lepas tu rebus labu n gula kabung. Yg different masa majlis kahwin kali nie manisan ditambah dengan ibu santan yg lemak. So kombinasi antara manis and lemak and presentation yg menarik itula menjadi bualan. So dahla x terror tetiba nak kene buat sekali ngan santan ingat menjadi?


Hantam sajala labu.....
So end up itu ler rupanya. Rasa mmg ada...cuma gula tu x pekat sgt. takutla manis sgt nanti menyengat jek rasanya tapi bab santan x berapa jadi.... so biolah si luncai terjun dengan labu-labunya.....

Saturday, February 02, 2013

tidur...

Adik Arif is going to be 5 years this 29 Aug. Tapi dia masih hisap botol susu pada waktu malam nak tidur.
Disebabkan kuat sangat minum chances untuk dia terkencing malam adalah sangat tinggi. So dia masih lagi pakai pampers. Banyak kali ibu ugut nak ambil gambar kasi cikgu dan kawan-kawan tengok. Konon nak motivate dia supaya stop botol n tak payah pakai pampers. Dia tak bagi ambil gambar n nak jugak susu.

Tapi last 2 days ibu berjaya tangkap sesi dia menyiapkan diri untuk tidur n malam tadi siap pesan kat ibu cepatla tangkap gambar adik, adik suka cahaya (flash). Wah ini sudah baik. Ibu nak ambil nak letak sini, nanti adik dah besar, adik baca n adik tengokla perangai adik membuat persiapan diri untuk tidur bersama bantal busuk. Ibu pernah cerita pasal bantal busuknya di sini.

OK sebelah pegang susu sebelah bantal busuk
Tak sabar nak hisap susu nie... sarung bantal masih x ready...kan kene bubuh separuh....


Ok dah landing, mata dah nak lelap
Sila perhatikan ke mana tangan dia pergi..itula reason sarung bantal kene buh separuh...


Tengok betul2..ibu zoom...gentel jgn x gentel

akakaka nie satu lagi sebab.....nyonyot or gigit....akakakaka

Botol susu ibu dah refill siap2, mulut masih nyonyot sarung bantal, memang nyenyak la tu....masa nie ibu akan tutup lampu n blah masuk tidur
Sebenarnya katil n tilam yg Arif tidur dah almost nak masuk 14 years. I bought masa kerja di Shapadu n ofcourse masa tu masih bujang n tak kenal hubby lagi. Memang tahan lama la. MIL masa duduk sini pun tidur atas katil n tilam nie, tapi cadar bunga la.......katil nie jenis yg simple takda skru bagai....slot in ikut aturan dia n besi dia kuat la or the correct word padat kut tu yang tahan lama.

Wednesday, January 30, 2013

gemss....

Semalam while waiting for hubby return from work and beli cheese burger (no masak ibu is sukeee.... rest), I accompany my kids doing their homework. Suddenly Angah kata dia suka lagu OST Adam dan Hawa, Muara Hati. Sapa yg nyanyi?...Ibu kata la CT and Hafiz.
CT dah kahwin ker ibu? Sudahla dengan datuk K. Sapa datuk K? Dia gemuk?? Tak....
Dia kurus?? Tak?? Mia nie tanya pasal CT ke pasal Datuk K?
Dia gemuk macam ayah...ker macam ..... (mata jeling ker along sambil angkat kening 3-4 kali)
Akakakakakakakaka kuang asam punya adik..... Habisla Angah kalau Along baca nie.....

Monday, January 28, 2013

Juvana the movie.....

Semalam we all outing lepas had lunch at home. Masak simple jek, sayur masak
lemak n ikan serta udang goreng + sambal belacan. Pewwittttt.
1st shop kedai buku. Along yg cermat ni pun boleh hilang buku teks.
Hai macam-macam. Unfortunately kedai buku was closed.
Yalahh semalam Thaipusam la the owner sambut.

K next pit stop nak cari kasut ayah, sambil2 nak usha Juvana the movie.
Mari kita tunaikan permintaan Kak Ngah. Ibu dapat 2 tiket free for any movie at any
GSC from HP as token of appreciation completed the survey related to case I had
lodged to them. GSC yang tak ramai orang kat mana lagi kalau bukan di Summit.
Movie dah start 10 minutes ago, masuk jekla takkan nak tunggu next plak.
Beli pop corn n air nak kasi sumbat kat 3 org nik junior. Kali nie ayah tergoda sebab
we like the drama kan so nak tengokla movie plak mcm mana.
After almost 10 years tak masuk panggung, kali nie ayah join we all.
Yalah kaki gocoh masa sekolah.... terkenang le tewwww

Cari seat yg senang nak keluar masuk untuk pergi toilet. kak Ngah langsung x berganjak.
Watching every moment without failed. Ok mari kita dengar komen masing2.
Along: Along rasa pening la ibu especially masa gaduh, Along rasa tak sesuai movie macam nie
Arif: Ibu kalau masuk movie kene makan popcorn ya?
Aiyarkkkkkkk
Ibu sempat pesan ( dah kata P18-Bimbingan ibu bapa diperlukan).
Arif jangan gaduh ya, nanti darah semua tu kene pukul sakitkan...
Adik Arif sambung, aah nanti mati kan ibu.......
Mari kita dengar dari calon seterusnya........
Angah: Ermmmmmm Angry bird,....... Upin Ipin
Aiyooooo yooooo
Haloo Angah r u OK? Now only you realise you are still kid and what all those
cartoon relate to the movie?....What laaa you.....
Ok tukar soalan kenapa Kak Ngah suka tengok Juvana?
Angah: Angah suka Daim,
Ibu: Hello yang kawan dia kat sekolah tu isteri dia tau, kat luar la... dia ngandung tau...
Angah: Ehhhhh? Mana ibu tau?
Ibu: Anyway apa pendapat Kak Ngah? Ok x movie nie?....
Angah: Ok angah suka...... esp. masa kat sungai dia org kene denda tu......
muka yg jahat tu Lan Todak (lakonan sharnaz) kelakar......
Komen ibu plak..... anti klimak la citer nie... mcm ada kesinambungan jek...
Apek lagi menyengat dari Botak...
Bukan apek penjaga bola sepak Kelate.... no no no.....
pepehal pun sempat gakla nangis masa awal2 tu..... hahahahahah
Komen ayah plak, best lagi drama....
pepehal pun okla not bad. We shld watch and judge base on our view not others comment.
Model.....
Rambut harus pacak... ganarzzzz


After the movie .....

Sunday, January 27, 2013

confession

Semalam Kak Ngah bercerita dengan ibu, then dia ada buat 2 confession yg berbeza.
Angah: Ibu, Kak Ngah tak sukalah sekolah kafa, Kak Ngah suka sekolah kebangsaan je...
Ibu: Kenapa cakap macam tu, tak baikla, sekolah kafa pun bagus boleh belajar agama.
Angah: kantin sekolah kafa buruk, dirty, kantin sekolah kebangaan baru, cantik.
Kenapa sekolah kafa tak tukar kantin?
Ibu (sekadar dalam hati): Laaaa kantin pun dijadikan benchmark ke? Aci ke?
Takdala buruk sangat pun, cuma meja tak di balut macam dekat kantin kebangsaan.
Lagi satu faktor cahaya yang membuatkan sekolah kafa nampak gelap.

Sebelah malam pula.
Ibu: Angah, jangan lupa bawa buku cerita, sambil menunggu nak masuk sekolah
kebangsaan n Kak Ngah cuti kafa tu nak buat apa? Baik baca buku cerita.
Angah: OK, tapikan ibu, Angah tak sukala baca buku cerita nie. Kalau kat dataran,
(tempat berhimpun sebelum masuk kelas sekolah kebangsaan) Angah macam tak boleh nak baca.
Ibu: Apsal Angah mengantuk ke? Cerita tu boring ke?
Angah: Angah boleh baca cerita komik jek, yang tu Angah suka.
Ibu: Komik yang ada gambo robot-robot yang ganas tu?
Angah: Haaa buku komik tu la, Angah mesti boleh baca, buku Ana muslim ni tak boleh.
Ibu (sekadar dalam hati): Tidak......... ibu malas layan Angah... boleh?

Sekarang Kak Ngah dok teruja nak ajak ibu tonton Juvana the movie.
Org lain cool jek tapi dia plak yg excited bila tgk preview juvana dekat tv.
Tengokla Kak Ngah kalau ayah izinkan, kita tengok.

Tuesday, January 22, 2013

Rezeki...

Kak Ngah dan Adik Arif kalau nak makan kena bersuap.
Bukan dia orang tak nak makan sendiri tapi kalau makan, mainnya je
lebih. Suap sikit sambung main, sepah jangan citer laaa. Naik rimas
ibu dibuatnya. Jadi cara untuk bagi dia orang kenyang ialah ibu kene suapkan.
Biasanya ibu akan suapkan dia orang bagi puas, baru ibu, ayah
dan along boleh makan dengan tenang.

Last Sunday ibu buat breakfast mee goreng. Kicap sudah habis, jadi
ibu kene kreatif, nasib baik ada sos tiram untuk sayuran, takla masin
sangat. Campur udang, sotong n sedikit sayur, beyesss. Tak pedas sangat
sesuai untuk Angah dan Arif. Walaupun warnanya kelihatan pucat,
but don't judge a book by it cover, bebudak n bapaknya suka.
Sambal belacan kan ada, so utk pedas sambalnya ya udah ada pak...

So sesi menyuap pun bermula, Angah x puas hati sebab ibu hanya suap
Arif. Angah pun tuangla mee dari pinggan dia ke pinggan ibu isyarat
minta disuap seperti biasa.

Adik: Adik je ibu, Angah tak yah suap....
Ibu: Eh, mana boleh nie mee Angah ada sekali...
Adik: Haaa, takperla itu kan rezeki namanya. Ibu suap jekla Adik.
Wahhh sudah tahu apa itu rezeki, bagus. So seperti biasa acara suap
menyuap berlangsung sampaila keduanya menggeleng kan kepala. Si ayah pun,
layan la main bola sambil-sambil makan. Penat menunggu dia
orang nak kenyang tau!

Anyway lepas lunch, ayah nak keluar, so did us.
Mana boleh ayah jalan sorang-sorang. Anyway ayah ada hal nak jumpa
kawan n dia drop we all dekat Subang Parade. Ok lerr tueeeeee. Mak sukeeee.
Itukan rezeki jugak namanya.
Make sure jadual semua dah susun, homework dah siap kalau tidak,
ibu akan menyinga sambil mengangkat hanger or rotan bulu ayam.

Lepak-lepak dengan ibu di subang Parade, beli beg Adik Arif yang dah
putus. Apalagi kalau bukan Ben10. Singgah setiap butik yg ada n masuk
fitting room bersama Along. We liokkkeee kan Along... Feeling banyak
duit jek, padahal......

MPH ada buat sale dekat ground floor, so Along and Angah sempat rembat
novel kecik Ana Muslim. Ada ke patut Kak Ngah nak beli komik yg heavy,
gambo macam transformer tu....
No way, you are a girl and you always will be a girl. Tukar, kalau tak
no book. So with that book la, ibu and Along boleh try baju, kalau you
all wonder macam mana Kak Ngah boleh behave. Siap boleh tengok-tengokkan
Adik Arif lagi. Like that laaaaaa. Kelasss kau Jamiaaa (panggilan utk mia dari atuk aaaa, kan jawa gitu...)

Perut dah kenyang tapi knowing Angah yg tebiatnya kalau keluar dan2 tu dia
akan jadi lapar n mcm biasa penyakit berjangkit nie akan menular dekat anak murid dia, si Arif.
Tapi yg dia nak sure yg x kenyang. Nak kek, nak kek. Harus
beli 2 slice of Indulgence cake from Secret Recipe, satu untuk anak murid
dia. Kita tapau n makan di pizza. Ayah jgn jelessssss.

Friday, January 18, 2013

my 3 little nik juniors...

9 years++ ago my first baby girl was born. She was force to deliver because of overdue. Agaknya selesa duduk dalam perut ibu. Along seorang baby girl yg sihat (in term of body). Sejak boleh makan solid food dia memang berselera. Ibu akan make sure masak pagi-pagi sebelum pergi kerja untuk bekalan di rumah baby sitter. Suka sangat makan nasi dan ayam sampaila dia besar sekarang. Along mari kita diet sama-sama ya. Kita likes for vege.


7 years++ ago the second heroin appear. I wish I had a boy at that time, maybe sbb itula perangai Kak Ngah ada macam ala-ala boy sikit. Kak Ngah fragile sikit, since 2yrs+ macam-macam penyakit dia kena  like Pneumonia and HFM. Dia agak agresif sampai ibu terpaksa tanya doktor adakah dia hyper. Doktor cakap tidak, tetapi ya dia ada nakal sedikit. Makan kurang n kalau ditanya takut gemuk, tapi suka makan junk food.

4 years++ ago, the one and only boy akhirnya muncul jua.... (one and only ker?? Ehh setakat nie la..... kalau ada lagi nak juga). Dimanjakan oleh kedua sisternya esp Along. Kak Ngah agak jeles sikit, tapi kak Ngah juala idola Arif. Apa sahaja pilihan Kak Ngah like beli air, kuih, roti mesti Adik Arif nak tiru. Naik rimas Kak Ngah mcm ada stalker la plak. Tapi lately Adik Arif dah mula ada taste sendiri. Lari dari kebiasaaan, dia akan cuba untuk menentukan yg pilihannya adalah tepat.




Tuesday, January 15, 2013

Cita-cita

My original cita-cita adalah doktor. Mengambil sepupuku sebagai idola, dan dia
kini berada di US menjadi doktor n pakar kaji penyakit.
Kalau balik malaysia jadual dia akan padat menerima jemputan utk bagi
talks kepada U tempatan.
Disebabkan cita-cita ku yg satu ini sampai sekarang ayah akan kata
anak dia doktor walaupun dia tau anak dia x mencapai cita2 itu.

Next ranking adalah IT dan bersyukur sbb x tersalah pilih.
I like IT very much tapi line technical la. Kalau developer aka
programmer or lain2 kurang la.

Pernah bertanya pada anak-anak, apakah cita-cita masing-masing.
Along asyik-asyik nak jadi guru atau pensyarah, education line la kiranya.
Aku rasa tu cita-cita semua org masa dekat sek rendah kut, maybe akan
berubah later. Sbb semua budak selain mak ayah akan jumpa cikgu most of
the time. Dari baby sitter, nursery, taska sampaila ke sekolah,
cikgula pujaan hati dia org. Cakap kita x betul dah, cakap cikgu jugak
betul. Ok la cikgu @ guru pun OK.

Damia plak kalau ditanya pelik2 ajek yg keluo. Ada ke nak jadi bomba? OMG,
tolong....but now dah std 2 dah pandai pilih, also nak jadi cikgu.
Ok good move on..

Adik Arif lak cita2 nak jadi pilot. Kau tgk Adam dan Hawa ke dik terpengaruh
nak jadi cam Am? Jgn begitu dik... hahahah
Anyway dah duk dekat lapangan terbang asal nampak jek aroplen, dok kata
nanti dah beso nak beli...(wah mcm la beli gula-gula).
Beso nanti adik nak bawak eroplen tau ibu.
Ibu pun pesan, adik kalau nak jadi pilot, kene kuat iman.
Iman tu apa ibu? Kena jaga diri, agama, rajin solat n baca quran.
Satu hari nak tido baca doa, adik pun cakap,
ibu adik dah kuat iman bolehla jadi pilot....
Ahh sudah.....

Wahai anak-anakku, Capaila cita-citamu
yang murni itu. Usaha, doa dan tawakal, moga satu hari
nanti korang boleh jaga diri dan agama. Ibu tetap sokong.

Friday, January 11, 2013

Ayah...

I was informed by my sister dekat kg the progress of our indoor toilet.
Biasalah rumah kg harus toilet di luar kan. So kalau balik kg malam2
nak buat projek sure berkonvoi, harus ada peneman....

Semenjak ayah sakit, facility kenela improve. Rezeki orang sakit agaknya.
So we decided to make seating toilet bowl utk ayah. Selesa sikit.
Akak inform ayah ada improvement. Kalau dalam jarak dekat he can still and
walk without wheelchair (ofcourse la kan dah namanya jalan) and even
without his tongkat sakti.
Ya tongkat sakti yg selalu digunakan utk mengacau cucunya, dan tongkat itu
jugalah yg selalu di kidnap oleh anak2 ku.

Ayah seorang yg kelakar, over peramah n kuat bersembang. Kalau 10 dia ckp
maybe dlm 3 jek betul. Itulah ayahku suka syok sendiri, suka mengarut dan
tak serious.

I was the youngest yg sudah masuk asrama since form 2. From one boarding school
to another, then college, then U and after that searching for the job. In the
end bila jodoh nak sampai inform mak and ayah about a guy who want to meet
them (my husband), ayah refuse to hear. Dia boleh angkat kaki bangun keluar.
Pergi warung la tu. Me rasa confuse and ask mak, kenapa ayah diam jek mak?
Mak ckp ayah dengar tu, tunggulah nanti.

Malam tu masa tengok tv inform lagi sekali baru ayah response n siap buat lawak..
sapa nama budak tu?? nyokkkk (panggilan manja for my husband as nik).
Masa nak tidur me flashback apa yg berlaku n buat assumption.
Maybe ayah x bersedia nak let go his anak dara with other man.
Dialah my man all the while yg protect me from anything. Takkan senang2
nak serahkan pada stranger. Me sendiri pun boleh rasa, berat hati ayah tu agaknya.
Agak tersentuh jua, tapi niat suci harus diteruskan. Terima kasih
ayah kerana beri izin dan menerima nyok ku itu seadanya.

Sampai sekarang ayah akan repeat kata2 lakiku masa mula2 nak mintak izin.
Saya nak jaga anak pakcik sampai bila2. Auwww
N the word ayah ejek ke anak teruna ku Arif.
nanti kau jumpa anak dara kau cakap macam ayah kau nie ekkkk...........
"aku nak jaga kau sampai bila2"

So sweet.
Mak pula ok, naluri seorang ibu, bila ada org nak kat anak perempuan dia
mestila tumpang syok... Share feeling2 gitu.

Wednesday, January 09, 2013

Hijrah...

Budak gedik inform me dia nak pakai tudung utk sekolah kebangsaan this year.

It feel weird knowing her yg mcm tu. Betul ker Kak Ngah? Tak nak mcm Along?
Darjah tiga baru pakai. Nanti Kak Ngah on and off malas la ibu.
Betul. Itu katanya.
Ok xper kita ikutkan jek......
Sekolah Kafa dah seharusnya pakai, sekolah kebangsaan mmg nak galakkan tapi
to me biarlah darjah 3 onward rasa mature sikit dah start tahu malu.

Inilah the new Kak Ngah disekolah kebangsaan.

Tapikan semalam ada kelas PJ, dia boleh x pakai pulak. Katanya tudung tu besar
sangat. Awak tulah yg kecik asyik tak nak makan.
Dah macam biskut kejap ada tudung kejap takda. Apalah Kak Ngah nie.
Apa-apa hal ini pesanan ibu untuk Along and Angah, diharap korang dah puas
bebas masa kecil, so bila makin besar makin faham, n makin banyak ilmu dipelajari,
amalkanlah ia. Jagalah batasanmu.

Mari kita selitkan hijrah Kak Ngah yang hangat2 nie (tapi ibu tetap akan sokong untuk kebaikan dunia akhirat) bersama hero ben10 kita.....

tu dia..

nyenyak...

Wednesday, January 02, 2013

Branding

I remember those day when I was kid, if I wanted to buy something the price must be cheaper. Kalau boleh is the cheapest one. Sbb mak ayah bukanlah orang senang. Tu pun dah bersyukur sangat2 kalau dapat, n kalau x dapat mmg dah bebiasaan la tu.
Tapi nowaday kids have their own taste. The options is out there. Tinggal nak belikan atau tidak aje.
Banyak sangat jenama kanak2 dipasaran dan punyai peminat cilik masing2 like boboiboy, ben10, upin ipin, hello kitty, pooh and etc.

My 3 little kids pun x ketinggalan esp the Adik Arif. Obses sangat dengan ben10 and upin ipin. Letih melayan....Baju, mainan, stationary mesti nak brand2 di atas esp ben10. Paling latest dia nak sgt2 sampai ingat kat mana giant store mende nie ialah perfume ben10.... Aiya my going to be 5yrs son sudah ada perfume OK..... Kau nak wangi2 utk sapa nie dik?.....Apalagi produk keluaran dia org nie yg nak pikat hati anak ibu ini. Nasib baikla Ben10 n boboiboy x buat restoran lagi....kalau x jadi mcm bawah nie...... Overrrrr
Hek eleh apalah sangat rasa air kau nie dik....

Nie lagi xleh tahan....air mineral jek tu..sanggup beli ok.. sbb apa? Upin Ipin kawan2......nie semua marketing ....tahniah korang...rabak poket mak ayah.....

Ayam goreng ibu masak lagi sedap....Feeling sgt la mkn ayam goreng upin ipin sambil layan citer yg diulang2.

Tuesday, December 25, 2012

Jalan-jalan cuti sekolah 2012

We all musafir dari Citta Mall- Subang Parade - Sunway Piramid.....
Sakan berjalan nie... sempat tgk movie wreck-it ralph


MBO
cheezy


Tiup dulu...
Panas tu.....



diet long...

Ngap......


Budak kurus mkn buah....

Mcm biasa ayah sbg supir dah sampai, kita kena balik.... ayah singgah office kita singgah tutti frutti


Blk rumah kita makan homemade tiramisu

Ummm.. sedapnya......merangkap bday ibu ..kesian buat sendiri... yg penting tok laki n anak2 sukaaaa......sedap dimakan waktu sejuk..so creammy and so cold.....


Kami berempat sahaja berjalan. Macam biasa ayah yg kuat berkerja hanya menjadi pak supir. Anak-anak lagi suka berjalan bersama ibunya yang kaki ronda. Kiranya ini adalah percutian akhir sebelum naik sekolah minggu depan.

Gediks girl

Dia ni dah lama idam nak pakai glasses. Ibu malas nak layan dia sbb bukan rabun pun. Tapi rupanya ada speak utk budak gediks yg xder power nie ya. Rembatla satu utk puaskan hati....

Dia nie kalau kita tgk drama semua watak gediks kita kasi kat dia sbb dia mmg over sikit.
Atuk aaa pernah cakap kat Muo dulu...Ya Allah jambang baik....mentelnya anak kau nie..masa tu ditujukan utk Kak Ngah sbb dia asyik la terkinja-kinja kacau atuk aaa.

Atuk Che' pun pernah ckp, takut2 Mia yg gewe dulu dari Along tgk cara dia nie.....
Gelenya la tu?.....


Monday, December 10, 2012

Seronoknya cuti...

We are still in Muar and enjoy every seconds that we have with our beloved family atuk aaa and atuk mak.
Me ambil peluang n masa yg berharga ini utk mandikan my father@ atuk aaa. Kesian ayah, kalau we all x blk, 2-3 hari baru dia mandi. Abangku @ Ajip sibuk dengan urusan sendiri. Akak @ Cik Uji x mahir n x berani nak bawak ayah guna wheel chair.

We go to Hospital Muar to pay the bills. 3 minggu ayah warded last Nov and the bill is around RM130. Subsidi around RM3,870, means harga sebenar bill around 4k. Okla syukur. Bateri kereta kong bila we all nak start enjin. Call Abg Ajip and after few minutes mekanik sampai. Dia org baik hati siap inform kedai mana murah utk dptkan bateri. Betapa bersyukur dikelilingi org2 yg pemurah.

Teringat mlm on the way back from Melaka, we all beli kerepek dari sorang pakcik yg menjaja dari meja ke meja makan. Mmg niat nak tolong pakcik and kebetulan anak2 pun suka keropok kacang hijau. Sungguh rasa terkesan bila bayar pakcik tu cium duit n berkata, "terima kasih semoga tuhan murahkan rezeki anak". Aminnnnn dalam hati nie berdoa. Mungin inila berkat doa pakcik.

Atuk aaa masih  x berapa kuat nak berjalan, tapi ada improvement nak duduk wheelchair dan mkn di dapur instead of atas katil dia. Ada sekali sempat pimpin dia sambil bertongkat tapi kekok sikit utk berjalan. Tetap bersyukur.

We all suka lepak kat Tanjung Muar bila ada masa lapang esp waktu mlm utk beli jajan n mkn mee siput. Mee siput nie adalah mee kuning yg dikeringkan. Tapi bukanlah exactly mee kuning. Kalau nak goreng kene betul2 minyak panas. Dimakan dengan sambal kicap or sambal tumis. Perghhhhh asyikkkk banget....

Ok ada improvement utk Kak Ngah. We all dah lama tinggalkan tricycle di Muar so that xder ler askar2 nak mengekor kalau nak shopping or pi pasar. We all nekad cabut tayar kecik kat basikal Angah so that, dia boleh belajar naik basikal roda dua. Kak Ngah kan berani dan sekarang dia dah blh bwk bicycle.
Congrats Kak Ngah...