Wednesday, May 02, 2012

Jejalan @ KLCC dengan Arif

Disebabkan ayah dah balik kampung (atuk che ada appointment dengan doktor), kami anak beranak pun bersepah la..bak kata perpatah lari bertempiaran sbb wak supir xder.
Along n Angah kene pi sekolah sbb ustaz kata nak bagi hint soalan exam. So si Azrul sepupu dia org terpaksa hantar n ambik dia org hari nie. Ibu amik leave sbb nak teman adik arif. Teman lepak rumah??? Xder mananya... jln KLCC la kita org... pepehal dah dpt izin hubbyku tercinta. Alang2 sim card pun dah kong lehla tuko sekali. Dari Ara ker KJ LRT we all naik bas, dahla tunggu bas nak dekat sejam...dlm bas pun dekat sejam.. xtau napa jln jammed....driver siap cilok jln lain sama gak lambat..Last2 sampai KLCC kul 11.00.
Pi Maybank jap simpan sket ASB..sket2 pun jadikla...3 org nik junior...diriku lagi.... ibunda ku...abg ku di kg..wa semua sekali 6 org oooo.. Hubby ku?? Dia pandai simpan sendiri...dah ada target katanya thn nie dpt bapa...xper good competition.....Alo abg, Ada beran??? .....Anyway xder mende di shopping setakat bawak budak kecik nie.....takut tetiba dia ngantuk sapa nak dukung.......Sempatla rembat pencil box. Nak kata hadiah bday along x jugak pasal budak nie ada taste sendiri..... Kebetulan Kak Ngah punya pun dah hilang....rembat jekla 2....plus botol air ben10 arif... Nak cari jam  ben10 x jumpa......
Nie jekla brg yg dpt.
 Makan dekat foodcourt..mcm biasa org jawa asyik2 ayam penyet.... Dak kecik nie tgh musim hantu sotong...so belikan lauk sotong goreng. Tgh2 sedap mkn set2 pelancong dari jakarta join we all..waaaaaa ngomong2 gitu..... Dia org dah 2 mlm di KL menginap di JW Marriot and akan bertolak blk ke jakarta esok.. So bila dah kenyang permisi dulu ya ..... 

Tengok orang yang suka perabih duit syiling ibu......Rambut dahla mcm anak Temenggung Jugah anak Barieng.... Tula sapa suruh takut dekat uncle gunting rambut...kan dah kene gunting dengan ibumu sendiri yg langsung xder darah seni nie... I am technical person ya...ekekekkeek....Nasib......
Nak rotan???


Tuesday, May 01, 2012

bday along

bday along ker 9 thn.... Mcm biasa kene beli kek kegemaran along Indulgence from Secret Recipe....
3 hari dah abis dimkn oleh 3 org niks nie.. Rasa ayah pun baru dpt mkn 2 sudu. Melantak sungguh anak2ku.
Hadiah bday masih x beli lagi.... along kata nak pencil box (apa punya citarasa....ekekek tapi xper leh jimat duit). Apalah tulis dlm blog, nanti along tuntut baru tau.......syhhhhhhhh dia x ingat dah nie....
Today hari pekerja. Ayah blk kelantan nak bawak MIL aka atuk che pi appointment spital KKrai esok.
Ayahku n MIL ku take turn..ekekekkke Tapi pepehal ku doakan semuanya sihat. Disebabkan cuti sehari...apalagi we all anak beranak kene tinggal lagi. Papling worst hp@sim card xtau mana satu kaput..wua camna nak berhubung nie....? Ibu letak syarat nak tgk tv kene siapkan homework dulu.
Dahla astro bukak semua channel free. So sudahnya tv hanya blh dibukak lepas lunch...
Kak Ngah nie sibukla dari tadi suh ibu buat kuih....rotan karang.....Nasib baik semalam ibu dah beli tepung kek brownies segera...... Lepas Asar nie ibu nak bancuh n bakar.. kak Ngah sumbat la sampai muntah........

Tuesday, April 17, 2012

Tiga Nik




The little nik junior but one with big scale.....
Cukup susah nak kumpulkan 3 org nie esp adik Arif. Nie pun puas pujuk.
Gambo di ambil masa we all mkn di Restoran Aroma ikan bakar Jeram.

Sunday, March 11, 2012

mini helmet

Ok dah dekat sebulan lebih every weekends kita org blk Muar jenguk atuk aa kat spital and check kayap atuk mak and this week baru we all dpt lepak kat Ara.

Not to say x syg atuk, tapi sbb atuk aaa dah balik rumah n kebetulan opis hubby pindah. So hubby x larat nak drive balik kali nie.
Atuk aa dah dpt blk umah tapi menunggu waktu utk scan n masuk ubat utk tentukan lebih details kuman n sakit atuk. Jalan x berapa kuat kene papah but it still good news for us.
Atuk mak masih lagi rasa sakit pedih walaupun luka dah kering. So cik Ujie (my sis) kene teruskan menjadi org dapur and abg ajip (my brother) ketua rumah.

Anak2 ku..Along n Mia baru jek habis exam kafa. N along pun dah dpt some result for Kebangsaan. Tulah last 2 week mmg kelangkabut...dengan weekends kat Muar and weekdays anak2 exam. Kat opis plak system nak go-live. Mcm2 step n dugaan tapi tuhan kau kurniakan jua aku team work yg bagus2... x kirala teachnical team ker, BI ker, PMO ker or Apps team ker. Syukran....Moga dipermudahkan. Kerja x abis lagi....tapi cuti ujung minggu harus dinikmati....

Since opis husbandku sekangkang kera dari umah so member excited nak naik motor. Sampai sanggup beli second hand punya motor... Ikutla bang.. janji dikau setia menjadi supir we all anak beranak. Niela dia hasil pembelian helmet pertama utk boboiboy we all. Tapi terselit gak anak dara yg over nie..kalau x, sure bergaduh n bertumbuk2. So excited sampai naik basikal pun safety kene jaga.

Sunday, February 12, 2012

Balik Muar

Since awal tahun till now we all kerap balik Muar sbb atuk mak kene kayap. Kayap ular plak tu...
Kesian dekat atuk mak. Dia jarang kene sakit setakat demam n batuk ada la....
Sepanjang jadi anak niela rasanya sakit paling lama n terasa sgt satu keluarga sbb menyerang saraf rasa n rasa sakit mak tu menyebabkan mak duduk jek atas kerusi. Mak akan bgn hanya utk mandi, solat n mkn. Mmg sakitla tu..Ingat lagi masa kecik kalau mak demam dia still bangun n buat urusan kerja rumah mcm biasa.
Atuk mak siap explain rasa pedih and panas.

We all sebagai anak dah usaha macam2, jumpa pakar kulit, try cara tradisional and also singsei.
Dah hampir nak masuk 4 minggu atuk mak kene n lukanya dah nampak kering but yet terasa pedih.
Mak, adik doakan mak sihat n semoga kita mendapat hikmah n lebih sabar dengan ujian nie.

Kesian Che uji (my elder sister). Dia sendiri pun pesakit kene jaga ramai org sakit kat umah.
Tapi tuhan adil dia bagi org kesayangan ku semua sakit tapi semua berguna and tlg menolong antara satu sama lain. Harus bersyukur.....

Dugaan datang lagi... petang khamis sedang sibuk buat kerja kat opis, abg ajip call ckp ayah warded kat hospital Muar... Aduihhh kenapa plak nie.....Hubby plak sibuk..so blk dr opis mlm tu kemas2 n bersiap...tidokan bebudak..sementara tunggu hubby settlekan kerja opis. Lebih kurang 10+ mlm abg call lagi ayah masuk ICU, punca tekanan darah rendah n peparu masuk kuman.....Wuaaaaaa cuak nya....sedih, takut semua ada....Mlm jumaat apalagi bacalah yassin sambil doakan kesihatan utk ayah n mak.

Pagi jumaat kami terus pi ICU hospital Muar. X dpt nak masuk tgk ayah sbb dr tengah round. Nurse pesan dtg tengahari nanti. So lepas lunch we all dtg blk, n sedang elok tunggu kat pintu ICU nampak ayah disorong keluar. Rupanya ada improvement, ayah di pindah ker ward CCU. Syukur Allhamdulillah.
Dpt jumpa ayah pertama kali sejak dia warded. Ckp x clear tapi still nakal..asyik nak blk rumah jek. The next day, Sabtu tenghari dpt call dari abg Ajip ayah dah transfer ker wad 8 (normal ward autk non critical patient). Ya Allah syukur sgt.....

Ptg Sabtu we all dtg n bawak cucu2 ayah sekali. Ayah cakap dah lagi clear cuma x bleh berdiri lagi. So we all just lap badan dia....Kesian emak x dpt nak tgk ayah. Mak pun masih dlm peringkat recovery. Luka dah almost kering tapi masih panas n pedih. We all sempat beli ubat tahan sakit utk mak dekat klinik pakar kulit Parit Jawa.

Esok, Ahad will be our last day fo this week dekat Muar. Kene blk Ara, atas tuntutan kerja n anak2 sekolah. Mcm mana nak explain kat ayah yek...kalau dia kat umah pun asyik suh we all stay lebih lama nie kan plak kat hospital. Cepatla sihat ayah....blh bergurau ngan cucu2. Dia org pun sunyi xder kawan nak gaduh n kejo dia org dengan tongkat sakti ayah

Pepehal pun hidup harus diteruskan. Kita semua ada tanggungjawab. Adik doakan....ayah, mak...akak2 n abg serta keluargaku sendiri semua sihat n dpt jalankan tanggungjawab masing2. Amiiinnnn.

Friday, January 06, 2012

Moment to remember





Arif - 4 years

Hari pertama beruniform













Uniform Jumaat





On the way to KAFA







Sekolah kebangsaan. Bergerak dari Dataran Integrasi ke kelas

Saturday, December 10, 2011

Taska

Damia is going to standard 1 next year.
Sangat2 risau because her reading not so good. Terminate from Genius Aulad sebab ayah susah nak hantar pagi2 asyik jammed and lewat.
Request taska owner to teach her. Mak Minah was known as 'garang and yet a good teacher'.
Ada improvement besides Along also mengaji from her. Terisi la masa cuti2 sekolah dia org.

Unfortunately, office ayah nak move next year and we plan to rearrange all the kids. So Arif will be moved back to Ibnu Soleh which is near to Ayah's office. The girls remain at Mak Minah for transit between Kafa and Kebangsaan. But for December both Along and Mia have to accompany Adik Arif to Ibnu Soleh. Not so difficult to the girls because they used to stay there and little bit payah for adik sebab dia stay for short period last time.

What happend to Damia class? Again Damia need to get help from different teacher. Tuisyen with Teacher Fatin (pretty like Lisa Surihani version pakai tudung wa cakap luuu) and teacher Umi (Teacher Fatin's mother). Ada improvement la sket2. Harap2 Damia will improve and get ready for the school next year. Cannot imagine how she will behave in the class. So nakal and x reti duduk diam. Along please look after your sister.

Today we shop for the school ya. Ibu x kisah it is terapi walaupun bukan barang ibu asalkan ada perkataan shopping ibu suka........ :-)

Cuti Sekolah

Ok continue from the exam..... The result appear and the best part is utk Kafa Along is showing her progress. Mula-mula dapat no dalam belasan and early this year top ten. Nak buat camna asyik datang lewat ajek. N for the last exam in std 2 ibu cabar Along to be in top 5.
Sekali keluar result dapat the 3rd place. Well done Along..... keep up. To get no 1 rasanya x mustahil tapi payah. No. 3 sahaja ada paper she got 100% so the 1st place mesti dapat 4-5 paper 100%. Perghhhhh. Xperla nombor sahaja xguna yang paling penting the ilmu.

As for the Kebangsaan is another way around. She only managed to get the 3rd place, turun from her midterm result. Xper jugak Along as long as the % is improved. Showing that everybody compete each other. Healthy environment.

So what is the reward? Macam2 nak, like tv dlm keta, basikal, iPad and so on and so far cuti-cuti at PD menggantikan semua kehendak itu. 3D2N and because of peak season we all kene stay into 2 diff hotel apartment. 1st Night at Ancasa Spa & Resort. This is our 2nd time there. Suka sebab apartment dia bersih and luas. Near to the pool and to the beach.

2nd night at Tiara Beach Resort. Apartment not so clean tapi pool luas and ada cycling sekali. Penat and puas sebab dah lama x bercuti bersama. So mau reward lagi?? Be good and show me the result laaaaa.

Sunday, October 16, 2011

Exam

Dah lama x post updates dlm blog nie...
bit busy and with all the daily work and task....

Lupa nak update my AM tender...If not mistaken last July.
Latest update, my Head ada la interview for the replacement.
No matter what, I will support sapa sahaja yg datang as long as
for the company, life and of course God.

This week lagila busy, my Along will take an exam both kafa and kebangsaan on the
same week. 17-20. Have to make sure she is ready and do the revision and indirectly me
also kene study la..... Anak2 yg sekolah mak bapak yg cuak bila exam. When I was kid dulu mak ayah x kisah n x amik port..kita sendiri kene prepare n harus ada kesedaran diri
utk maju to make our life better. Allhamdulillah tuhan mudahkan perjalanan nie
walau apa jua rintangan sudah dilalui. Now nak turun kan ilmu utk anak2 plak....

Sunday, August 21, 2011

Almond London 2011

Wahhh I am so tired and yet released....

Finaly Almond London utk raya tahun nie berjaya disiapkan hasil bantuan abe Nikku, along n kak Ngah. Adik Arif pun main peranan sbg tukang rasa n tolong prepare sarung almond.













Sebahagian daripada hasil yg di bakar...



Setelah dicelup coklat.Tengokla bertelap2 dapat. Untuk rumah sendiri sikit, utk mak kat Muo and utk MIL dekat K.Krai.

Thursday, July 21, 2011

Cycling



Wonder la how this day kid wanna learn how to cycle? Nak bagi jalan sendiri takut, mcm x secure. Nak bersama2 buat aktvt x sentiasa free. Kalau dulu masa kecik kita belajar sendiri jek naik basikal. Jatuh sampai darah2 pun x serik...
Basikal along utk bday dia 3 thn baru naik bapa kali tu pun dlm rumah dah lama tergantung.
Now bila along turn to 8 dia baru blh bawak naik kat luo tu pun dah x sesuai dengan size along yg dah nak sama dengan ibu.

Basikal along kita kene serahkan ker Kak Ngah. Mmg x sesuai dengan along ... basikal adik plak kaler pink...xder choice terpaksa...ayah kata nak sembur kasi tukar kaler.....bila nya??



Yg nie tgk gaya org busy menjawab telefon.

Tuesday, July 19, 2011

Tempah pulut for Along

Untuk pengetahuan semua Along sekolah kafa waktu pagi n tgh dia akan transit dekat tadika Mak Minah.
Petang lepas mandi n mkn dia akan pergi sekolah kebangsaan. In between waktu transit Mak Minah akan ajar dia mengaji.
So lately Along request nak Al Quran and mtk tlg buat pulut kuning sbb dari Muqaddam dia dah naik AL Quran.
Ibu pun peningla biasa org khatam baru buat, nie naik quran pun nak buat. Along ada mention Mak Minah kata sedekah....so twist blk kepala nie...kene ikhlas...tapi ibu malas...ekekekkek so browse la sapa ada buat n blh order online...
Wahhh masuk satu website nie mmg menarik terus ibu order.
Mmg cantik sbb si Fyza nie creative orgnya...
masukla dekat sini tgk pulut yg we all dah order di dapurfyza

Cantikkan?? Mcm hantaran.....
Nie gambar yg sempat ayah capture...


Sambil2 nak confirmkan order ibu browse apa lagi yg ada....Nak tryla frozen food. Mmg sedap bila dah digoreng, rangup. Anak ibu pun suka......
N the best part tu masa deliver Fyza ada bagi lebihan pulut as bekalan.
So we all yg mmg x sempat nak join the team mkn dekat nursery dptla merasa kat rumah.
Colek sket ayam rendang...
Along suka rendang, Angah n Arif suka pulut.
Dapur Fyza also bagi we all cheese cake and tart utk trial version.
Ermmm sedap......
TQ fyza..nanti ada apa2 we all order lagi....

Saturday, July 02, 2011

b'day along ker 8

19th April yg lepas mcm biasa ibu n ayah belikan kek fav' along,indulgence from Secret Recipe.
Hadiah dah dapat awal, loket emas berbentuk hati.


Kita mmg romantik kan long....



ekekekkek.






Nie plak entry lain patutnya tapi nak jimat space..... Dok usha2 blog org dpt resepi best, yg nie dapat kat Ana Suzana punya blog cahaya cintaku.Try jekla guna ikan dowry + sos putih.....

hantam sajala.....1st try buat masa breakfast.....abe nikku n along suka...not bad gak baby tomato nie....rasa manis2 buah ....
Nie gambo masa mentah sbb tengah nak perap....
Selebihnya buat lepas balik kerja.....
Tapi ikan dowry nie kalau ikan n celup ngan tepung goreng KFC pun sodap.....
Tapi gambo yg goreng xderla plak...



Tadaaaaa nie yg dah siap sekali ngan sos

Sunday, June 26, 2011

Che Ajip datang

IC mak and ayah ada denganku since bawak ayah pi Hospital Tuanku Aminah JB masa cuti sekolah middle June lepas. We all xder plan nak blk Muo dalam masa terdekat n kebetulan GIRO card mak rosak. Utk proceed kene ada IC, nak x nak abg aku, Ajip kene la dtg umahku utk amik because every month duit banjer umah mmg aku anto kat akaun mak.

Best gak bagi abg aku keluo dari tempurung kelapa dia. Dia pun dah lama x dtg KL. Last dia datang umah aku masa we all masih menyewa kat USJ16. Since we all pindah umah sendiri dia
x pernah dtg. So aku dah pesan sampai KL call.

10.30am semalam (Sabtu) dia ckp dah sampai. Along ada kelas math so aku suh la dia lepak2....
Then dia call blk bkn kat pudu tau...kat tempat lain....Laa baru aku teringat all Selatanesse mmg dah park dekat TBS (Terminal Bersepadu Selatan), which is area Tasik Selatan or Salak Selatan.
My hubby was sick la plak (demam). So lepas along abis kelas terus we all pi TBS tapi x tau arah mana.
Sesat giler... nampak signboard Salak Selatan pastu lost... nampak Desa Waterpark pastu kaw.
perumahan. give up. Last2 suh abg pi KL Central.
Org kg la katakan x reti nak pi Kl Central camna...tanya plak kat driver teksi. Surela kene paw.. RM40 dari TBS ker KL Central. Apa taknya member naik teksi eksekutif yg warna biru tu.
Cehhh mcm org kaya @ tourist. Padahal kat TBS tu, LRT, komuter and monorail pun ada. Aku pun jakun x tau semua tu sbb x pernah pi. Call mak n akak kat kg..akak ckp kau bayo la blk duit tambang dia....wakakkakakaka kuang asam akak....

So mlm tadi dah google tgk map mana pi TBS nie. Kang kopak lagi abg aku...Si Arif dok sibukla Che Ajip jom nak naik motor jom..... Letih abg aku...mana hp kene bawak lari...mana speak itam kene sorok.....jgn tertinggal sudah......

Saturday, May 14, 2011

lepak rumah...

Lama sungguh x blogging. Khusyuk dok baca blog org lain yg warna warni n lots of excitement sampai terlupa blog sendiri. Dah byk moments n story pass by cam tu jek. B'day along on 19 April. Mcm biasa indulgence from Secret Recipe menjadi permintaan along. The present same as last year punya tema which is gold.... ibu...ibu ....emas lagi..ekekekeke. Mcm la byk duit sgt..... xder mananya... setakat trade in yg lama sbb pendek n maleh nak bukak kancing dia everytime nak pakai.... n permintaan along yg mmg nakkan loket berbentuk heart. Nak sama mcm ibu...Ok Allhamdulillah dpt ditunaikan utk b'day along yg ke 8. Tapi no picture la this time...malas nak amik...kamera x sihat.
Event ke 2 blk Muo sbb cousin kahwin. Sambil2 nak jenguk atuk aaaa n atuk mak. This time rasanya ada new exp for arif. Sbb dia dah x takut naik motor. Sebelum nie kalau org ajak naik motor meraung-raung. Pernah sekali when we were at Kelantan, and were planned to go somewhere. Malas nak bawak bebudak, MIL suh cucu dia angkut Arif bawak naik motor jenjalan. We all dpt info adegan teriak (nangis) memanjang. Tapi pengalaman kat Muo kali nie amat berbeza. Maybe sbb arif dah besar n dia jeles tgk kak ngah asyik naik motor ngan che Ajip dia. So this time, dia pun x nak terlepas peluang. Asal che Ajip dia blk jek terus lepak dekat2 takut kene tinggal.... Sempat gak jenjalan kat Tanjung Emas Muar, tapi kak ngah n Arif x nak blk. Dia org khayal dekat trademark bandar Muar which is durian besar, so ayah pun angkut jekla. Cepatla nak blk nak cari satay, atuk aaa nak mkn.
We all bring Che Uji and Che Ayu also. Saja makan angin. Lepas Tanjung, pi Wetex then cari satay. Ok citer asal adalah pasal hari nie yg x tau nak buat apa....sbb ayah kerja.

Mia kalau nak di amik gambo mmg mcm2 gayanya.....




















Kebetulan along pun demam. Mkn ubat tido.. mkn ubat tido.....Sejuk sangat sampaikan sejadah dibuat selimut.
Arif plak kalau lepas mandi suka kalau org buat rambut terpacak naik.... Arif pun masih dlm recovery period sbb tonsil dia bengkak. kalau tido jek berdengkur ngalahkan org tua. Now dlm treatment lagi, hopefully ubat yg di mkn leh la kurangkan bengkak. Masih dengkur tapi x kuat sgt n xlah asyik terjaga sbb x cukup nafas. Next appt ngan ENT end of May.



Nie aksi nak pergi sekolah pepagi. Arif nak gak pakai stokin sbb idola dia...si kak ngah pakai stokin. Kak ngah ada alasan sbb nanti kat tadika sejuk, adik Arif apa alasan? Dah mcm org jepun dah...

Monday, December 27, 2010

joli with the kids





Since program cuti sekolah ke Melaka last weekends was canceled due to heavy traffic n air cond keta plak kong so kenela divert plan ke tempat lain. Atleast dapat blk Muo n jenguk2 atuk mak n atuk aaa. Monday, si ayah kerja mcm biasa n bkn senang nak control 3 askar nie kenela cari port yg sesuai. Mkn senang, main2 senang, solat senang n nak tukar diapers pun senang. Paling dekat sekali ialah Sunway Pyramid.

Seronok n penat sgt dapat jenjalan ngan askar2ku yg ber3. Along mmg byk tolong walaupun 2-3kali muncung. Take turn dukung adik arif bila adik lenguh nak jln, take turn pangku adik arif bila dia tidur, n berani sorang2 pi toilet utk cuci botol susu adik.
Part yg paling cuak sekali bila me an Mia tinggalkan adik with along utk solat asar (sbb adik was sleeping at that time), sekali datang blk both of them dah xder. Semua beg shopping dah diangkut sekali. Nasib baik after 5 minutes 2 beradik nie muncul, rupanya arif dah bangun and both of them tercari2 ibu n Kak Ngah. Along informed semua org pelik tgk along bawak adik n barang2 shopping. Tula ibu tinggal sgt kita org.

Along2..ibu dah pesan duduk diam2. Anyway semua happy dpt main indoor games n mkn sama2.


Tuesday, December 07, 2010

Bday Damia


Baskin and Robbins cake for Damia bday - 5 yrs.
Packaging dia cantekkkkkk







Damia antuuu coklat...excited gilerrrrrrrr






Vanilla cake at the bottom and Jamoca choc ais krim with small cube choc cake on top of it......
berasappppppppppp sbb sejuk....

Sunday, November 21, 2010

School holiday 2010

End of the year 2010 and azam 2010 masih diteruskan. Ada yg dah berhasil tapi masih byk x tercapai mcm nak kene continue to next 2011 jek....

My wish list utk Dec nie ialah celebrate bday kak Ngah.

Next target cake will be baskin & Robbins. Dok intai2 laman web dia http://www.baskinrobbins.com.my/v1/prod-dessert.htm perghhh mengiurkan....



Cuti sekolah dah bermula, plan nak bawak anak2 jln x kemana pun lagi. Si ayah dok sibuk
ngan bisnes dia. So weekends kene baby sit jekla so far. Rasanya nak jadi little bit patriotic this year. Maybe I can pupuk semangat cintakan tanahair kita by visitting all those historical places like Melaka Bandaraya Bersejarah. The last special checkpoint will be rumah atuk mak and atuk 'aaaaaa' , Muar Bandaraya Maharani.

Saturday, October 02, 2010

Weekends with kids

Final week for Raya open house and few places to go i.e. wedding semua kene cancel. Hubby kene blk kg urgently to refill stock. Macam la xder weekends lain dia nak balik. But as he said business cannot predict, ada permintaan adalah pengeluaran. K lah lepak la with the kids. Tapi mulut ibu nie tak lekang dok sibuk nanti ayah blk ayah rotan korang...... knowing my kids, mmg xleh duk diam....kejap mcm belangkas kejap mcm kucing n harimau. Ugut pun x mkn saman.
Since the last posting regarding MIL blk kg till now she still at kg. Might be permanently there x sure tapi she looks happily stay at her own house yg dah rennovate few balcony area bak kata cucunya disitulah opis che.... Tempat utk dia melepak ngan geng2 seangkatannya menganyam ketupat (men###pat) ekekeke yaloorrr apa lagi nak buat bila lepak........

Bila dah duk rumah only with the kids apalagi bleh buat...... tengok tv, mkn jajan, buat homework...main....fb......khusyuk arif nak hijack pwd ekekekek

Tuesday, August 24, 2010

August 2010

Bln 8 adalah bln yg dinanti2kan oleh 3 badik nie... sbb dia org akan tau leh mkn kek.
This year we change taste from the lovely indulgence sec recipe cake to homemade cakes by happyninie blog dia di sini http://www.happyninie.blogspot.com/. Utk jimatkan kos since raya is coming soon kita merge kan bday cake ayah (19 august) with adik arif (29 august).
Dua2 adalah my hero so we choose a cartoon character yg digilai ramai same theme with arif punya school bag.... ben10.
Tarraaaa this is the cake for my beloved hubby and son.....dlm dia choc cake.... padat n sedap....