Saturday, July 23, 2022

Update 2022

 Lamanya x post. Almost setahun berlalu. Along dah nak masuk matriks 2nd year, angah form 5. SPM coming soon. Adik pula dah form 2. Semua anak2 dah membesar n meninggi meninggalkan ibu sorang2 yang rendang. 

Few events we went through. X dpt nak upload semua sbb terlalu byk.

Bercuti sana sini, jalan2 cari makan sana sini, balik kg, raya and few office event.

Will upload random pict sbg kenangan

Susunan memang xbtul...sbb fah terlalu byk gambat. 

Covid 19 so far sj ayah kena dulu agaj teruk sbb masa tu baru jap means vaksin x berapa kuat lagi kut. Then selang bapa bulan anak2 plak ber3 serwntak kena. Masa ni dah bleh hamdle senang sbb vaksin phn dah jln n effect dia org x teruk sgt. Setakat demam, selema n sakit tekak. 














Kenangan si ayah kena covid n anak teruna jadi front liner bawak makanan msk bilik hhhahah



















Sunday, January 31, 2021

Work from home (WFH) vs home-based Teaching and Learning (PdPR) for students

 Actually dah ada pengalaman few months since 2020, tapi kali ni mencabar dia pun lebih kurang. Along still pergi sekolah prepare for SPM, so tinggal Angah and adik Arif akan PDPR. Obviously komputer angah akan conquer sbb adik jenis x kisah pun nak masuk kelas or not. 

Kadang-kadang jeles tengok parents post anak2 yg behave attending online class and do homework ontime. Disebabkan Arif ni jenis terlampau depend ke ibu n x kisah apa yg berlaku. We all worried for him sampai Angah pun jeles kenapa kalau Angah ibu x kisah tapi kalau Arif ibu bagi attention. Ibu terpaksa explain, Along and Angah independent, which is good for you, for me and for everybody. Thanks to both of you and Allhamdulillah, and as I said anak adalah ujian, so ujian ibu dapat begini. Each of you is different. So Along and Angah please help me to continue on track and please also help me to help adik through his class sebab ibu pun bekerja and sometimes ada discussion or meeting, which cannot be distracted. Please also help each other when someone in needs. Ibu always said ibu takkan ada sentiasa or forever with you all.

For the time being, what I did for Arif, if he wants to use phone for his PUBG, he needs to finish his homework first. He always determined kata akan siapkan kerja during the class, but when teacher share slide to write down the notes, he wrote very slow and always play around and we have to screen capture the notes so that he can do later. Apa boleh buat. Tu bahagian masing2. Dah berleter pun mcm tu.... tadah jekla, ulang2 jekla bagi nasihat walaupun mcm mencurah air di daun keladi.....ibu harap satu hari air itu akan tertadah atau meresap walaupun sikit. Kerja still kena siapkan and biasanya in the late afternoon baru Arif dapat main HP. OKla janji dia siapkan seperti apa dia kata walau takes time which kacau ibu sedang bekerja juga la biasanya.....sabar ...doa x habis2 utk semua anak2......kalau nengok gaya layan dia mau stress dibuatnya tapi istighfar dalam hati, moga Allah mudahkan segalanya...... Allah sure x uji kalau ibu x mampu........ naneessssssssssss 



Saturday, December 26, 2020

My birthday

Bersyukur pd Illahi atas apa yg dikurniakan so far. Moga impian dan doa kita termakbul utk masa yg seterusnya. During MCO, byk aktiviti hold or cancel like anak² belajar from home, berebut nak guna pc utk online class and yg buat tak kisah pun ada. Me also most of the time WFH sbb mostly akan guna public transport so co prefer those ride pub transport to work from home. 

Suppose to have 3 kids in big exam, adik-UPSR & PSRA, angah-PT3 and along-SPM. Could not imagine how to divide myself handling them for these few phases but Allah knows the best. Kita plan macam² tp perancangan Allah itu lebih baik. All exam cancelled or replace by other test method except SPM for Along will be held next year. 

This year disebabkan MCO panjang but the norm activity boleh diteruskan asalkan follow SOP, so some activities we all did together outside esp during my Block Leave .....

Jalan² keluar KL with the kids sambil settlekan some financial matter. Then celebrate my birthday with family dekat luar bersama. Simpan sini as kenangan worried if my memories fade away. Dah tua byk yg dah x ingat sgt. Anak² sometime tell story, "ibu ingat x masa we all bla bla...ibu ada ckp bla bla".... Me try harder remembering all the past memories...then anak interrupt.."okla ibu mmg x ingat x apa...lepas tu kan...ibu kata bla bla...aaa mcm tu...tula ibu semua x ingat"..hahaha gedebuk few times kena mcm ni....sel² otak yg pernah berhubung dah longgar ke or dah putus..oohhh pity me, if any of you yg pernah cuba remind me of some old stories.... moga Allah tak hilangkan nikmat² yg lain...





Brday card from angah to ibu




We dine outside celebrate my birthday while the rest celebrate christmas- simpan sini baik2







Sunday, April 19, 2020

Sweet 17

Happy Bday to Along yg ke 17.......yeay....baby beso dah beso

Sempena PKP/MCO dari untuk elakkan penularan covid-19 semua org kena stay at home and luckily secret recipe still open utk take away.
Celebrate satu family mcm biasa sekadar ada kek.

Semoga along menjadi anak yang solehah, kakak yang penyayang n hambanya yang beriman.
Moga bahagia dunia akhirat

Monday, January 27, 2020

JJCM Penang 2020

Amik kesempatan cuti CNY utk jalan-jalan cari makan ke Penang. Last pergi almost 10 tahun yang lalu masa Adik Arif 2 thn.

Kami ambil midnight flight and tempah hotel at Bayan Lepas nearby airport.  Next day lepas breakfast bwk beg galas masing-masing pi ke War Muzeum Penang.  Kubu pertahanan masa zaman British then di takeover by tentera Jepun.
Berbukit bukau ada banyak lorong n tunnel memang berpeluh ketiak turun naik tangga.  Giler kental askar dulu mencipta kubu yang strategik. Menghadap laut, atas bukit n bleh nampak kalau pihak musuh dari jauh.  Kdg ada perasaan sayu pilu n kdg ada perasaan ngeri.  Ada visual mangsa pembunuhan. Overall good untuk ilmu sejarah n also utk burnt the calory.

Next, we all pi mkn ke Padang Kota Lama.  Pekena laksa,  char kue teow,  cendol n pasembur. Sampai hotel we all order Deen Nasi Kandar.  Malas nak beratur punya pasal. Kali ni, we check in  hotel area George Town.  Cantik la Royal Chulan nie....  Worth it.  Ptg si ayah lepak, kami berempat jalan kaki ke Penang Street Art.
Pekena cendol then cari grab ke Bukit Bendera.
Dapat naik waktu maghrib n dari atas nampak kuil Lok Sin bercahaya.  Pemandu grab cakap lampu hanya akan di pasang separuh - 1 bln dalam CNY month n view lagi cantik dari atas Bukit Bendera. Mmg cantik view dari atas especially waktu malam. Tapi bila nak turun baris panjang n kami terus upgrade tiket ke fast lane.  Kena tambah RM20 each person.  Yeahh dapat turun awal.  Misi x mau kena jammed sbb otw blk dari Bukit Bendera ke hotel akan lalu simpang ke kuil Lok Sin yang jammed.
Call si ayah siap2 turun hotel then we all jln kaki jjcm ke Padang Kota Lama.

The next day lps breakfast malas2 jap kat hotel.  Kumpul tenaga.  Then pi area Time Square Penang amik gambar ngan Replica Transformer. Then jln kaki ke Komtar Penang. Ingat nak naik The Top Penang tapi tengahari la x sesuai panas lit-lit.


 Pekena nasi kandar lepak jap n cari grab ke D'uwais laksa kuah power.  Dekat sini kiranya dah ke area Bayan Lepas.  Pekena laksa,  nasi ayam,  cendol n ABC.


Dah settle terus ke lapangan terbang Bayan Lepas Penang.  Kat sini kematu buntut nak tunggu flight malam hahhaha. Sekian JJCM ke Penang kami

Cameron 2020

1st time jejak kaki ke Cameron Highland masa Along umur 4, angah umur 2 tahun or setahun ++ rasanya. Tu pun follow rombongan office si ayahnya.

This year pi dengan geng2 office seramai 4 org n we all naik satu kereta. Biasala satu office plan nak kuo sama2 dah lama...even plan asal nak bwk family berkelah ke...bermalam ke…..tepi pantai ke….and etc. Semua tu end up senyap jek sebab masing-masing ada commitment. Susah nak plan.

Tapi plan yg adhoc ke Cameron ni juga yg jadi. Tu pun curi-curi masa la.  X ingat exact date tp yg pasti January 2020.

Enjoy the picture.....




Saturday, January 04, 2020

Cuti-cuti Singapura Dec 2019

Ni kira cuti penutup tahun 2019. Last minute plan dengan 2 anak dara sebab Arif follow ayahnya balik Kelantan.

Actually Dec 2019 jadual kerja agak padat. 3 minggu berturut hari Sabtu kena kerja. Bila arrange balik masa, apply cuti based on replacement leave yang dapat dari overnight work terus plan utk few trips.

Mother in law ada datang rumah for few days sbb hubby sempat balik kg. So dapatla peluang menjaga MIL for few days and jumpa dengannya sbb dah lama x balik Kelantan since raya 2019 masa jaga arwah mak dulu. I train myself to be fair as much as I can when I look after my MIL like what I did to my late mother. Kali ni MIL lain sikit sbb kdgkala dia x ingat. Risau tinggalkan dia seorang so if nak keluar sekejap akan kena ada someone teman di rumah. Nasib baik it was in December and anak2 masih cuti sekolah. When husband balik semula ke kg atas urusan part time business MIL follow balik sana and she stay at her kg lepas tu. Hopefully bebila either me balik kg Kelantan or dia akan dtg jalan2 lagi….boleh la dia makan angin or if selesa stay with us.

Back to short trip mentioned above, 1st plan is me and daughters balik Muar. nak jenguh akak and abang. Sempat we all masak2 sama2 ikan keli masak lemak cekur, ikan geli goreng pedas and masak sayur pakis. While I siang sayur pakis, akak tumbuk bawang utk buat awas sayur and masak lemak. I missed arwah mak masa tu.…. akak yg OKU buat kerja dapur macam mak2, treasure the moment masa tu. Bunyi tumbukan lesung tu mcm bunyi kasih sayang seorang mak masakkan untuk keluarganya. I wish tuhan bagi rezeki utk dapat peluang balik kg sekerap mungkin. Tuhan adil, dia bagi akak sakit tapi akak still leh survive, buat kerja rumah and makan masakan sendiri. We all balik satu malam jek sbb lusa kena pergi sekolah pulangkan buku teks and dptkan buku teks baru. Sangat singkat x puas duk kampung.

Lusa lps settle hal sekolah kami ke KL central and follow short trip ke Kota Singapura. Same method trip macam ke Hatyai cuma kali ni ke Selatan. Singapura kecil comel tapi bersih.

Let enjoy the picture while we were there...…...








Saturday, December 07, 2019

Cuti2 budget 2019-Hatyai

Cuti sekolah akhir tahun 2019 sebenanya agak pax and kelang kabut. Most weekends ada jek aktiviti di office like plan downtime or service maintenance. Bila kerja IT bahagian technical ni kena banyak sabo. Time org kerja kita kerja, time org cuti kita kena kerja. Sbb system or server hanya boleh down masa org x kerja. Nasibla nak…….

Disebabkan plan di atas anak2 lebih terperap di rumah ketika wekeends. Sekali-sekala jek kita pi kedai or shopping berdekatan utk top up makanan dlm freeze. Maklumla cuti sekolah semua mengulo…...asal bangun  nak main, tgk tv, makan gaduh pastu tido pastu bangun pastu start balik cycle yg sama…….

Macam biasa plan cuti ni antara jadi ke tidak byk kali la......kejap tanya travel agency ni kejap tempah kejap dah penuh kejap tarikh x sesuai sudahnya amik yg budget jekla..yg adventurous skit sbb anak2 dah beso. So instead of naik flight kita naik bas dari KL Central. Yg x bestnya si ayah x join sbb x suka naik bas- sejuk, perjalanan panjang.....okla mintak izinkan jekla ya si ayahnya…..

Misi kami ialah JJCM...… makan..makan dan makan n tgk tempat org.

Kami bertolak Jumaat malam dlm 9-10.00pm kut……. berhenti rehat RnR Jelapang kut namanya utk isyak..then terus ke Bukit Kayu Hitam.
Bersihkan diri di masjid n solat subuh then terus ke imigresen, Maklumla hari sabtu ramainya orang, panjang giler barisan dari boarder Malaysia dah start beratur Panjang. Masuk boarder Thai pun panjang …...pasrah saja…..Then teruskan perjalanan utk breakfast merangkap lunch...…. Nasib baik sedap…...

Ptg tu membeli-belah di Kysorn. Trip budget so no shopping.
Along sorang jek cari souvenir utk kwn2 dia, yg lain x yah.Then ke Kilang Madu. Dengo penerangan. Pung pang pung pang dia cter madu dia asli la..apala...bab testing kita try la. Di sini kami beli sabun n lipbalm honey jekla. Trip budget la katakana.




Kita target nak ke Floating Market ptg nanti lps check-in hotel. Sedap la makanan dia... Target cari kue teow -- sedap sgt.….minum air kelapa dlm buluh….and etc...sedap la....

Mlm tu sapa nak balik berurut boleh tapi we all pilih ke  ASEAN NIGHT MARKET kira free and easy la.....balik naik tut tut. Satu keta 10 org..sorang kena 20bhat.

The next day lepas buffet breakfast di kedai makan berdekatan hotel. We all just jalan kaki sambal membawang ke arah kedai breakfast tu. Then destinasi pertama ke Nora Plaza (barangan kulit) dan kilang kacang. Dekat Hatyai ni mmg ramai penjaja jual kacang esp kaang gajus. Sedapnya. Tapi bila compare penjaja jual kat Lee Garden -mlm akhir kami di sana lagi murah.
Then kami ke Chang Puak Camp (Elephant Trekking or ATV). Kat sini Along and angah naik ATV terpaksa la ibu layankan adik utk menembak. Dah tuo2 ni  malas nak join apa2 acara or aktiviti,  janji anak2 happy. Sambil2 dia org buat aktvt update la ke en suami apa la dia buat weekends sorang2 kat rumah. Org ajak x nak…. sure dia nyesal….hahahahha

Ok back at Hatyai, destinasi seterusnya kita ke Magic Show & 3D Museum. We all masuk Magic Show jek, 3D tokseh masuk. Start with comedy show. Arif n beberapa kids lain dipelawa naik pentas one by one. Nasibla kau dik...nervous katanya. Okla utk gelak2. The real magic show start lagi best...1st time dpt tgk real magic show depan mata… pueh hati…… Byk betul ilusi optic berlaku ketika itu…. xperla kita xyah pk berat2...tu cara dia cari duit...kita enjoy jek……

Ada few persinggahan like ke  Shamila Beach, Songkla - Patung Naga , Kucing dan Ikan Duyung.  Di Shamila Beach kita try few jajan la like -Ais Krim Kelapa, sotong, or sosej yg di bakor - cucuk2 tu.….
Sos dia org ni mcm sos somtam so sedapla...

Next kita jamak zuhur n asar di Masjid Songkla. Cantik masjid nya….ada tasik yang tenang dan nyaman.

Pth tu kita stemboat beramai2. 300 bhat seorang or dlm RM41 sekepala kira berbaloi la. Sbb so much food yg raw or yg dah cooked. Masa ni pk, kalua ayahnya join sure best......

Mlm tu blk jap hotel n then free and easy lagi. We all pi ke LEE GARDEN PLAZA. Cari jajan bawak blk....mkn lempeng pisang, pulut durian. Along beli jajan di 7-11 utk perjalanan balik esoknya. Tetiba adik sakit perut nak ber.k. Kecohla adik ni baru nak jalan2. Ibu teman adik berlari ke Lee Garden Plaza cari toilet.
Nak masuk dahla nak kena scan bagai...eii org nak cepat. Cari toilet kat tingkat 1 terus dia lari n melabur. Ibu cek toilet perempuan bersih tapi xder hose...aaaa sudah camna nak basuh ni…..
Intai toilet laki, ok cantik  x ramai org, jerit ke adik tanya ada hose or gayung tak? xder katanya...sudahla..suh dia tunggu n ibu kena pjg akal cari idea nak basuh camna.
Dahla along n angah xder disisi nak tolong…...cari kedai mkn kat level1 xder...cari sales girl muslim yg bertudung and I saw botol mineral beso x bertutup-haaaaaaa ni mesti guna. Terus ckp melayu..boleh pinjam? (sambal tunjuk mineral bottle tu). Dia angguk sambil kata for toilet? Eh mcm faham kan... terus angguk n sengih, masuk toilet perempuan isi air. Pastu camna nak pass ke adik ni?
Ckp kat cleaner sorang ni (old lady n sure x reti ckp melayu or English). So guna bahasa isyarat sambil speaking kata nak pass utk anak laki.
Dia pun suh masuk bagi...nasib baik xder ramai lelaki dlm tu. Arif buka pintu cpt.…..hahahah settle kisah arif basuh berak….. Lesson learn, kalau pi lepak kat hatyai make sure ada botol air mineral dibawa bersama. Benonya ada air sendiri pun tapi along and angah yg pegang. Sbb kami separated tadi n sehelai sepinggang jekla ibu pi toilet kat Lee Garden Plaza.

Lepas settle mkn simple2 n beli jajan kat 7-11, kami balik ikut group yg dah janji awalnya ke Hotel naik tuk-tuk.
Dah pakat ngan geng2 yg dari hotel tadi utk balik sama2... so no hal...korum cukup 10 org.

Esok pagi2 we all breakfast jajan siap2 terus ke sempadan. Kebetulan awal so we all saja ada kat boarder Thai. Speed saja proses cop passport. Sampai boarder msia pun x ramai org. Kali ni kami kuo ke Padang Beso n sarapan di sini.
Lps sarap shopping sket jek then continue perjalanan balik. Di Padang Besar bhat Thailand masih laku. Kami guna saja n dpt balance either in bhat or in RM.  OTW balik, we all singgah Perak utk  jamak zuhur n asar n beli jeruk Pak Ali. Then teruskan perjalanan pulang.

Overall mmg bestla trip Hatyai naik bas ni. Satu kepala RM299. Utk 4 org I spent RM1,200 utk transport n hotel. Utk belanja mkn sana n shopping sikit RM1500 change ke bhat dpt dlm 10550+ bhat.  Masa balik ke Malaysia ada baki 2100bhat++.
Okla tu.…….yg penting makan n pengalaman ...…..