Friday, September 16, 2016

cuti hari raya haji 2016

Cuti terpanjang buat tahun ini yeayyy. Kebetulan cuti kali ni bersamaan dengan cuti raya haji, cuti sekolah dan bersambung dengan cuti hari Malaysia, jadi hanya perlu apply 3 hari annual leave terus dapat seminggu cuti. Yang paling best kawan satu office ayah kahwin di Kota Bharu pada raya ke 3. So alang-alang balik Krai, kami plan bermalam di KB untuk attend wedding n also jalan-jalan di KB.

First time in my life beraya di rumah MIL memasak masakan jawa iaitu kuah lodeh. Typical Kelantanese biasanya akan makan ketupat or nasi impit with kuah kacang yang manis. Mula agak was-was nak masak, tapi sebab husband sendiri bagi green light n one of my SIL pun dah pernah makan lontong sebelum ni n dia ok dengan masakan luar, so apalagi kita pun sinsing lengan la....lauk tambahan lain ialah ayam masak merah.

Disebabkan tiada kuih raya disediakan, so pencuci mulut kita masak kek batik dua loyang.
My SIL masak kuah kacang n lengkong or agar-agar santan. Okla tambahan untuk hidangan raya. MIL upah jiran untuk buat tapai pulut n another SIL bawa kek gula hangus n  few kerepek as kudapan. So lengkaplah atas meja we all di hari raya haji. After solat raya haji kaum lelaki sibuk lapah daging korban.

3hari 2 malam di KB kami stay di Guest House Kota Bharu yang strategik dan selesa. Jalan kaki ke Pasar Khadijah memang dekat.

kami sewa satu bilik yang muat 5 beranak.  Disediakan toto tambahan if katil x cukup.

Sempat juga singgah di Pengkalan Kubor untuk membeli mangkuk correle idamanku. We all sampai di sana gate dah tutup kastam x allow kereta go through tapi dia advise utk parking kereta n jalan kaki. Another few minutes kedai nak tutup means near to 6pm kami pun berpecah. The kids n ayah cari coklat n me alone cari mangkuk idamanku si corelle. Yeay dpt yg latest design setakat 3 mangkuk.

Okla kumpul pelan-pelan. Rumah pun kecil tak de tempat nak letak. Few years back masa zaman along kecil pernahla pergi ke Rantau Panjang. At that time dpt beli periuk kukus cap buaya pun dah kira best. N now the periuk dah berada di Muo kasi dekat mak.  This year first time dapat bawak anak ber3 pi ke kawasan bebas cukai tapi sayangnya x cukup masa nak survey. Anak-anak memang dah lama ajak ke Langkawi nak rembat coklat esp Daim, dapat  beli dekat sini pun dah macam orang tak betul....pelik dia org ayah sporting beli jajan banyak-banyak. Bersyukurla anak-anak. Ada rezeki lagi kita jalan-jalan ya.

Sempat juga makan nasi bungkus air dingin yg pure n segar di sini dibeli khas oleh mak saudara hubby di Tumpat. Kalau kat PJ dijual dlm RM5, di KB setakat RM2.20. Pendek kata kalau jalan di KB takkan lapar la. Ramai peniaga menjual makanan dari  sarapan pagi sampaila ke malam. Memang dia org suka berniaga so siapa pandai n rajin boleh survive.
Last day at KB we all jalan kaki ke kawasan bandar cari sarapan n ambil gambar di sepanjang mural yang dilukis indah.








Then si ayah dpt rembat 2 kurta at RM70. Before raya haji sempat belikan utk Arif size budak darjah 2 sehelai at Rm69. Dekat KB si ayah blh dpt 2 pasang at the same price....ohhh my. Sempat juga rembat jubah batik size xxl utk Along sehelai. Macam nak beli for me tapi sayang pula duit sehelai at RM180+ baik beli emas....(tak jadi beli gak-dok survey saja). Tapi takut nyesal or terkilan belila blouse batik for me sehelai n angah sehelai. Jadila buat kenang-kenangan. Arif dapat topi askar n pistol lastik getah yg unix. Okla everybody puas hati.
We will going back malam Sabtu cos we will attend another wedding on Saturday at KL. My officemate punya turn pula. MIL sibuk packing lempuk durian utk kami bawa as ole-ole.

Cut
Seminggu rasa tak cukup gak sebab tak puas. Di Pengkalan Kubor terserempak dengan ex officemate yang dah bersara....jeles tengok dia jalan sana sini...nila dia ...bila sekolah rasa nak kerja. Bila kerja rasa nak berhenti....manusia tak pernah puas...... YaAllah cukupkan lah bagi kami....amiiinnnn.

Nak selit gambar raya Aidilfitri 2016..aci tak?



quarterly update

Penyakit postpone dah dtg balik. Setiap kali nak post cerita mesti onhold end up terus lupa or tak jadi. Dah mcm quarterly update je ni. Blog as part of kids journal plan asalnya. Satu hari nanti bila flash back akan menjadi kenangan terindah buat semua. Tapi bila dah jarang update ni n tetiba ada masa nak update tapi dah lupa sequence susah la pula. Ok takpe i'll update apa yang ingat n apa yang boleh. Last month all pictures dalam handphone dah terdelete. All and without warning n tak sempat nak transfer to any other medium like pc ke thumbdrive ke...hard disk ke..... Masa tu baru terfikir apsal lah tak update blog n upload more pictures.
Ok let me try my best.....
Bermula dengan kenangan terindah raya 2016. Turn Muo dulu baru Krai. Tak lama dekat each kg sbb kena bahagi dua. Jadila dari tak ada.

Salah satu aim ibu utk cungkil kelebihan or trigger the kids to show their talent or maybe can switch cara dia org utk lebih minat dalam pencarian ilmu atau pembelajaran or paling tidak memenuhi aktiviti cuti cara bermanafaat is masuk kelas memanah. Hanya Angah dan Arif yang join. Along punya favorite activity buat masa ni is yg mana related to food and bed sahaja.....hehhehe along ibu cabar along.
Kelas memanah mulanya seminggu sekali tapi now depends pada guru yang mengajar. Some time kelas utk Angah n Arif dibuat sekali dengan kem memanah... sometime kelas terus cancel. Is ok janji anak ibu enjoy....

Last month bday Arif n si ayah. Indulgence secret recipe tetap menjadi pujaan hatinya. Kita beli kek on 31 August sbb nak tunggu holiday. On the same day before beli kek kita pakat naik lrt utk ke dataran celebrate merdeka sbb nak tgk merdeka parade.

Disebabkan Arif suka sangat dengan kerjaya seperti polis, bomba dan askar. So perbarisan merdeka ni memang sesuai untuk dia. Jentera berat dan uniform askar yang tak pernah nampak menjadi perhatian orang ramai. Happy merdeka day Malaysia...semoga Malaysia terus aman dan maju.



Sunday, June 05, 2016

balik kg n mid term school break 2016

Ok this is compilation album...ops jangan perasan compilation post since dah lama x blog. Macamkan ada anak kecil xleh n x dan nak blog. Ada some moment i had forgotten. Sian anak ibu this blog is for you all so that one day if my memory flies away you may walkthrough this online album and remember each moment. X semua yg ibu ingat even now what else in the future. Come and enjoy every moment we have now and give me the best post so that i can share it with ur future.

We went back to Muar first during labour day. Kebetulan atuk mak dah lama ajak buat tahlil arwah utk atuk aaaa aka my beloved late father. Me as pemalas daughter mcm biasa mtk abang di kampung arrange for his friend upah masak utk kami. Just name the menu and on the kenduri day before maghrib the food was delivered. I wish i can eat kuih kuaci yg biasa ditempah dr kg, unfortunately dia org tak buat this time. Sedap sangat n comel2 kuihnya. End up we ordered kuih frm the same caterer and some kuih came frm my aunties and uncles. Thanks to all. Few days dekat Muar we bawa atuk mak jenjalan makan. As usual mak makan tak banyak tapi takpala dari terperuk dalam rumah.
Breakfast lepas melawat kubur atuk aaa
secret recipe

During mid term school break pula we went back to Krai. Ajak MIL or atuk che join us ke Kota Bharu but she refused to follow... tak cekak or tak larat katanya. Pergi KB utk attend my  matrix n uni friend kahwin n at the same time jenjalan mkn angin. My 1st time  pergi KB for shopping was before we get married. Masa tu together with SIL cari baju hantaran n gelang for hantaran too. It was in 2002 and now 2016, with 3 kids baru berjaya menapak balik di KB. X puas because we stay only for 1 night at Perdana Hotel. Dah lama x stay hotel with kids. The last we had was 2 yrs ago di JB with atuk aaa utk sent him to hospital Tun Aminah JB. 
Di KB we all sempat singgah di PCB n wakaf Che Yeh. Ambil cuti tak lama n takut kids x puas main dengan cousin so we went back to Krai the next day tapi singgah sekejap di Pasir Mas kampung asal my hubby sbb ada sedikit urusan.


Few days cuti sekolah and before fasting i registered the kids to camp on 1st June. Tapikan due to my memory, kesibukan and kelangkabut i missed the date. The kids already pack tetiba malam 2nd June baru realise semalam sepatutnya kita pergi. Eiii kau dah kenapa?? Penyakit nyanyuk dah hinggap ni. Mlm tu juga google and i found ada lg summer camp yg 2 hari 3 malam with lots of pengisian like zikir munajat, jungle trekking, flying fox, pengurusan masa, ceramah agama, solat n fardu ain n etc. I register mlm 2nd June tu juga and the camp start 2June register at 3 pm - 4june at 2pm. Giler last minute decision. Register via phone after 11pm nasib baik organizer layan walau last minute but the kids already went to bed. Means dia org x aware they still have chance to go to another camp.


The next day, before going to office i wrote a note to them to pack more cloths since this camp will have more outdoor activities and they will stay longer than the earliest camp that we have missed ( okla admit i...me..or ibu yg terlupa). I gave them the tentative schedule to plan for. Sampai office o apply for half day EL sbb nak send them. Tgh before balik rumah  singgah to clinic to get some medicine sbb i got batuk n selsema for a week. Somemore  work in aircond...rasa seram sejuk mcm nak demam. Managed to get MC yeay...sesia jek kerja for the 1st half day khamis tu..xpeler atleast some report jalan.

Balik jek rumah the kids excited cepatla nak pergi camp ni...register dah start. Eh eh over la plak nak tinggal ibu n ayah. The camp at Nur Bukit Unggul resort and x susah pun cari nowadays dah ada GPS. x risau utk Along n angah but bit risau utk Arif. Sampai sana he start his tantrum xnak join. Banyak cantekkkk ibu dah bayar n ibu pesan to the instructor yg ini manja pls look after him. He said no worry we have abg Halim utk handle bebudak yg manja.
Along n angah steady..si baju kuning lari
x mau join....ekkekek so manja

Peluk cium n tinggalkan the kids to have fun there. We all singgah tepi jalan mkn durian.


On Saturday, ambil the kids so rindu...memasing muka merah n hitam mcm udang kena panas.... salam peluk cium.. n yes they have fun. Along cuma complaint dia x larat jungle trekking rasa nak pitam n muntah. Takpela along bleh kurus apa.... hehhe wonder mcm mana along berjaya lps flying fox dengan berat bdn dia tu. They cerita semua moment they have, baring atas lumpur la..kena gigit pacat la....makan daun tongkat ali yg pahitla... berlakon in the group utk mlm apresiasi seni islam.

Okla atleast terisi cuti sekolah kali ni. Overall they love it and willing to join for any other future activity. Good job ibu.

Afterward we hibernate balik ya sbb puasa akan start esok hari... Yeay ramadhan tiba....ahlan Wa sahlan ya Ramadhan...

Anyway ibu terharu dengan warkah anak-anak ibu wrote during the camp. Adik paling win..so simple d and b masih x kenal..... good job all. Ibu doakan anak-anak ibu akan jadi anak yg soleh n soleha di berkati hidup dunia akhirat...... aminn







Saturday, April 09, 2016

cuti march 2016

Event yg dah lepas and should be posted earlier tapi as usual always nak tangguh atlast tak buat. Cuti penggal pertama persekolahan March lepas we went back to Krai sebab dah lama tak blk. 1st day arrived was in early morning. Kabus tebal and the wheather was so cold. Memang nyaman.
Few days after that cuaca jd normal n panas. My MIL loves gardening. She berkebun tanam sayur dari pagi and balik lunch time. I will prepare ala kadar lunch or dinner. In between layan kerenah anak n anak buah bersama. We did some projek masak2 together n also went to wedding ceremony.
coselaw
 bakar ayam

The kids sempat mandi sungai with their cousins 2 times. Malas nak bagi yg 2nd time takut they lupa jaga diri asyik terjerit-jerit excited, but they were smart enough to make my heart melted away. Okla kasi can mandi 2nd time but the older look after the younger.

A day before we went back to PJ barula me naik ke kebun n menyibuk melihat sayuran hijauan MIL n her cucu tanam. Some hasil they sold dekat kedai runcit n dptla sikit buat belanja. If orang tua yg dah bongkok pun larat panjat bukit bercucuk tanam keluarkan peluh sambil exercise cari duit tambahan yang muda dok saja malas nak usaha kalau tak terasa tak tahula kan. Semua orang kena usaha nak dapatkan sesuatu. Rezeki itu tak datang sendiri kalau kita tak usaha. Cekal sungguh MIL n anak saudara buat kebun ni jadi terang n penuh dengan sayur. Siap ada pondok untuk berehat n tong air untuk siram pokok. Since kebun atas bukit nampakla pemandangan half of the kampung




On the last day tu juga Along sempat belajar motor with her cousin. Disebabkan Alonh ni besar so dia kena bawak sendiri without ada orang duduk dibelakang. As long as she knows how to start, masuk gear and control minyak, bawa la sendiri di padang yang luas. Tak puas katanya next balik kampung nak belajar lagi. Disebabkan cuaca yg panas melanda Malaysia maka makin hitamla wajah anak-anak ibu yang dah sedia hitam dek ke sana ke sini sepanjang berada di kampung. Ikutla nak..janji dpt rasa nikmat balik kampung. Zaman ibu kecil kat situ kampung kat situla kita duduk, tak ada istilah balik kampung dah memang kita pun duduk kampung. Unless masa raya samada kita pi beraya rumah saudara or they will come to our house ...tu.pun dekat sahaja. Mujur juga duduk di kampung sebab mak n ayah kita bukanla ada kereta nak bawa ke sana ke sini. Motor n basikal adalah pengangkutan utama kami. Ingat lagi masa kecik naik motor ramai-ramai dengan ayah. Pernah naik basikal bonceng emak n terjatuh tepi jalan. Hehehe kesian atuk mak. Kenangan....

Balik PJ bawa some jajan hasil dari kampung like timun, serai, cili, telur masin n pisang. Oh ya lupa nak inform they bela itik from anak now dah beranak pinak. Berapa kali dah sembelih itik. MIL also buat telur masin fresh dari ladang... hehehe anak n menantu tau makan aje.


Saturday, December 12, 2015

luv u all so much


Dah lama kami sekeluarga x jalan-jalan bercuti. If ada pun cuti yg pjg sikit sekadar balik kampung either Muar or Krai. Si ayah seorang yang hardworking so bila ada peluang cuti panjang mmg balik kg dok berehat sakan like makan tidur makan tidur. 
Memang dah lama xder vacation bermalam dihotel.

This year lagila takda since along exam hari tu, but recently we went for a short trip naik genting via lrt n bus sbb nak bwk adik Arif naik cable car. Last few years we went there with atuk Che my mil. Masa tu Arif still baby. So he and his atuk n my hubby naik kereta till hotel. Me and my 2 girls naik cable car. So this time Arif mcm excited la.....we all buat day trip saja langsung x tidur sana. The wheather was cold and windy during afternoon... feeling oversea skit. X plan nak main sgt sbb a day trip only tp mmg outdoor team under rennovation and even indoor also tak byk games dah sekarang. Seronok gak trip naik public transport. Paling best naik bas ....sedap jek dia org tidur mcmkan perjalanan jauh sgt..... lepas ni kena plan for long distance trip naik public transport like train or bus express... sure fun

komuter

Cable car


bus
Kelas renang 8 hari dah katam...yeayyyy. Takdala expert sangat tp atleast berani la nak tahan nafas sekali dua terapung atas air...one a pool pun masih x smooth tapi sekali dua kuak blh la.... jadila la arif n angah. Ada masa n rezeki kita training lg.




Divert sikit post kali ni nak ambil kesempatan for bday Angah ke 10th yrs on last 5 Dec. Kita beli indulgence again...hi Secret Recipe..manderem apalah yg korang put dlm resepi korang....all 3 of them mesti nak indulgence for their bday cake. Angah nak jam tapi ibu xkan beli sbb angah x reti nak jaga n appreciate apa saja brg yg dpt. They pakat among them n sediakan service urut. Balik kerja dtg ngadap tunjuk banner n buat marketing service disediakan. So funny tapi takpa practice apa yg cikgu ajar
 Setiap berapa minit ada dikena bayaran, nak urut kepala, kaki, tangan or apa saja
 So far rasa Angah dah kumpul almost RM20. Customer setia ofcourse siayah. Ok silala usaha lagi urut ibu or ayah or sesiapa bila blk kg utk dptkan more money. Then u all know how susah dptkan duit n how to appreciate things u all buy frm ur own pocket.  Selamat hari lahir dear Angah. Tahun depan onward kita kerja keras ya. Buktikan kat ibu n kembalikan kepada ibu Angah yg dulu....yg rajin n yg perform. Jaga solat walau dimana angah berada.

Thursday, December 03, 2015

and the result is......

Ok umum dah tahu UPSR result dah keluar. Exam paling besar setakat ni diharungi Along untuk sesi kebangsaan dan PSRA utk sesi kafa. Jadual memang ketat sekolah pagi dan petang. Pernah satu hari singgah kedai photostat and the owner was indian woman asked me. Alah kesiannya they all pagi petang sekolah, bila masa nak buat homework? Tak penat ke? Me just smile and said, they are ok. Ibu pun dari aliran yang sama last time. Pagi sekolah kebangsaan dan petang sekolah agama. Semua sekolah di Johor macam ni and I like. If Johor tak sarankan pelajar johor sekolah agama selain aliran kebangsaan, belum tentu i can read and write in jawi. I did my PMR agama paper in jawi. It fun. Our old time school dulu lagila if x lulus subjek wajib like tauhid, ibadat jangan harap nak naik kelas. Struggle la setiap exam utk make sure naik kelas unless u x kisah or kulit tebal duk kelas yg sama for another year.
Ok back to Along punya result. Both UPSR n PSRA biasa-biasa sahaja lulus n dptla juga A.. improve than the trial. Along lg confident kafa dr kebangsaan tp x berjaya mumtaz overall. Life goes on along next year onward struggle ya. Ibu dulu pun result up bila dah tingkatan. Usaha doa n tawakal.

Angah pula result agama n kebangsaan kelaut...... tahun depan siap angah....duit poket potong lagi. Puasa jekla lagi bagus.

Arif ada improvement. Sejarah among 3 of them hanya Arif lambat membaca and he joined kelas pemulihan @ linus. Macam-macam usaha cikgu n ibu buat. Allhamdulillah saringan kali ni dia lepas n dpt anugerah. Afterward nak kena ajar baca jawi pula. Okla rezeki tuhan bagi...maybe along x dpt seorang kena share dengan adik. Tuhan bagi sikit kat along sikit kat Arif.
Angah apalagi? Takkan tak terliur naik pentas lagi...... ekekekee





Saturday, November 07, 2015

swimming

Amboi dah berbulan x update blog....dah selesa sangat ni.... Sungguh sibuk n byk yg perlu diselesaikan. Daily work inthe office yang tak putus2.... layan kerenah anak yg dah nak cuti sekolah. Meriah n bersyukur...hidup harus diteruskan. Walau sibuk mcm mana pun perut tetap kena layan Time rajin tak lama n tak banyak. Time malas n nak lepak lagi byk setelah berpenat balik kerja. Kalau bujang dulu bolehla layan diri nak terus baring no dinner ke.... dah sekarang ada anak n suami lagi so xleh selfish....no no no. Tapl kdg time bahan xder nak buat resepi hantam kena kreatif juga. Wonder dulu-dulu macam mana la mak kita kreatif n blh besarkan kita di kg dgn segala kekurangan. Nak tumis cili kena tumbuk, nak santan kena parut. Semua manual walau ambil masa nak prepare but the outcome sedap sangat....Hidup juga kita. Teringat kata ustaz ceramah kat office, setiap kita ada rezeki...cuma usaha jek. Macam burung semua tu mana ada fridge nak simpan lauk seminggu? Macam mana dia blh hidup? Hari ni cari makan terus habis hari ni juga. Esok another day nak cari makanan without dia tahu ada tak makanan dia utk esok. Tu semua urusan tuhan. Cuma kadang kita nak buat lauk bagai nak rak bkn rajin n ada masa. Kadang bekalan bhn mentah pun bukanlah meriah sgt.  So apalagi marila masak yg simple n yet tahan lama. Taraaaaa inilah dia....
 Mula-mula eksyen gak si along x nak jamah kata ikan bilis x rangup. Sekali dah makan..nak lagi..dia plak tukang habiskan. Ingat nak buat stok seminggu..terus jadi lauk tambahan weekends n 2 hari dah habis... i like kacang..so buhla byk2..nak put tempe as part of it..tapi nak dpt yg ori balut daun pisang payah, kalau ada nun kat pasar klang byk. Dah xder kita tukar jekla dgn kentang..ok la gak...

Another simple masakan menggunakan bhn yg ada.....cili segar, cili kering ke semua ilek...baru nak shopping hari ni....Guna alasan ibu berkerjaya sibuk di pejabat lupa tengok stok dapur. Aci tak?
Macam mana nak masak kue teow goreng? Xper kreatif...kita guna bwg putih dadu n cili flakes dari pizza. Leftover item yg tahan lama mcm ni kena simpan. Boleh guna time emergency. Yg penting sos dia...produk muslim beli di kedai zain
...even mee pun beli di sana. Sos ni nak guna kena + air panas sebab ia pekat..

Nampak kosong jekkan...macam x syok....tapi don't judge a book by its cover. Bila ngap sedap....bertambah anak bujang ibu makan...
Tadaaaaa ...sayur xder gak...buhla daun parsley skit...



 School holiday is coming... nak jln xder mood byk sgt keje kat opis. Anyway dpt juga laksanakan impian sianak setahunlalu. Register swimming class. Mula cuak gak..takut arif x nak continue. On the 1st day training hujan, so we moved to indoor pool yg lebih dlm. Wow as a beginner mencabar gak step dia org but the most important thing i realised they don't give up n they enjoy it. Takper slowly learn.... jealous ibu n along. Nak join malu. Later kita belajar together ya along....somewhere N someday...