Wednesday, May 22, 2024

Remove wisdom tooth

 X suka jumpa dentist, tp still kena jumpa bila kena tampal gigi or cabut gigi. Sebenarnya cabut lagi better dari tampal, sbb x suka rasa nyilu masa tampal. 

Kali ni pasrah jumpa DR, sbb makanan selalu terselit dkt hujung gigi geraham. Kedudukan dia hujung sampaikan kalau pakai benang nak buang makanan terselit pun susah.

DR check and bgtau sbb gigi bungsu yg baring ni mengadap geraham hujung yg wujudkan satu space kecik utk makanan mudah tersangkut especially makanan berserat macam ayam n daging. Dr cadang remove this wisdom tooth sebelum geraham tu rosak n berlubang disebabkan makanan terselit.

We find day yg cantik which is Rabu wWesak day n public holiday ( x sangka klinik ni buka). Sarap skit2 bg tenaga entah lkenapa debor tu terasa lebih. DR baru xray dah rasa tsakut sampai DR notice sbb badan ni keras kejung. Lps DR inject bius 2 kali n dia suh stay luo 10 minit. Terasa lemah weiiii. Scared, cuak, lemah n tetiba takut jadi apa2 sbb lepsa operate sure darah byk kuo. Biasa kalau lemah macam ni kena makan something. Rasa dia macam ala2 low sugar, nak ke arah gigil. Tp coolkan diri. Google hp cari doa utk naikkan semangat n tenaga. Pujuk diri kan nak cabut jek bukan nak tampal dah kenapa nak takut. Walaupun minor surgery bius kan ada, amende leeer.

Lps 10 min masuk dlm, DR bg another shoot bius n after few minutes DR start keje dia tanpa tangguh2. Rasa kena kejo masa takut bius habis atau dia takut patient dia tuko pikiran agaknya hahahaha. Still takut tp rasa lebih tenang maybe asbab doa n juga cara DR tenangkan patient. Gogek2 dia pi buang gigi tu...n jahit. X selesa sbb byk air liur rasa ala2 darah mcm nak tertelan but nasib baik tidak.

Settle DR bg info mcm.mana nak jaga post minor operation. Anak2 sila anto ibu blk rumah since korang nak jimba n mkn luo. Ibu x selesa asyik nak pi ke sinki buang air liur yg meluak2 ni ber+ darah. Belikan ibu bubur, mash potato n yogurt ya.





Dr bg MC 2 hari so Khamis n Jumaat sambung Sabtu n Ahad akan recovery la kat rumah. DR ckp sakit dia subject to each person but graph akan naik hari 2-4 then menurun hr ke 5. Bengkak pipi pun sama kena tuam dgn ais dlm tuala 1-2 day then tuam pula dgn air suam lepas day 2 onward. 

Mmg gigit kapas manjang sbb darah still kuo. X tahannya masa jln2 x pasan air liur n darah nitik kat lantai sbb kebas masih ada hahhaa. Masa solat zuhur kumpul air liur +  darah dlm mulut x dpt baca kumat kamit, takut terkeluo air liur darah tu. Hahhaha hampeh. Darurat la ni janji solat kan.. Apalah sangat dengan apa yg berlaku kat Palestin tu kan. Free2Palestin. Moga keadilan n bantuan Allah akan tiba soon. Amiinn.

Xperla kita jaga diri mkn sikit2 tp kerap utk fast recovery.

Friday, April 19, 2024

Bday Along

 Kalau dulu kek Secret Recipe jadi rebutan utk celebrate bday especially Indulgence. Tapi bila semakin membesar masing2 dah ada pilihan sendiri. 







Nak dpt semua kumpul makin susah since ada yg di asrama. So kita celebrate siapa yg ada.

Jumaat lunch hr ibu rehat lama then meet along at Manhattan n redeem bday cake. Then for bday cake along pilih Rusian cake "Classic Medovik" made by Malay owner instagram tortbylinda

Eppy bday along, moga menjadi anak solehah. Please be strong and bee a good sis to your siblings. Jaga mereka bila ibu n ayah dah tiada.


Saturday, April 13, 2024

Raya 2024

 Semenjak husb berbisness, cuti kami jadi lbh singkat. Kalau blk kg raya xleh mcm dulu2 balik dua2 kampung. Both sides dah xder org tua, tp disbbkan my side siblings semua bujang and OKU, adalah lbh better blk Muar. Hubby side masing2 dah berkeluarga n ada anak2 yg boleh pulang beraya. Sekurang2nya meriah juga anak2 masing2 ada. Kalau kami x blk Muar xder siapa akak2 n abg nak beraya bersama. Sampai akak pun ckp x masak raya kali ni n kuih2 x beli kecuali peyek. 

So we blk Muar and since abg dah tempah org masakkan lauk beraya, kami sekeluarga pakat cuci lantai dapur , toilet and mop ruang tamu. Peti ais yg berkerak pun we all cuci kasi licin. Ok dah skit since kucing2 yg berbelas ekor pun dah pandai membuang kat litter box. Tahun ni mmg x byk beli kuih raya utk elak pembaziran, tapi bwkla juga skit utk family Muar since dia org mmg x beli kecuali peyek. 

Sederhana saja semuanya, tp yang penting ada. Kenangan for anak2 yg mmg suka vibe balik kg x kisahla Muar or Krai.
































Balik PJ, hari akhir angah nak blk ke asrama we cooked lodeh, ayam msk merah n rebus ready made nasi impit utk bekalan si tengah ke asrama. Tahun ni almond london pun x buat lagi. Tahun lepas pun buat time syawal, x sure lagi samada thn ni akan buat almond london. Will see.









Saturday, March 09, 2024

Anak2 membesar

 Along akan msk sem 2 di U utk course Bioperubatan. Angah pula msk sem 2 matriks perakaunan. Si adik kededek dah interview utk kolej Vokasional msk tingk 4 bidang Komputer dan Rangkaian tapi x lepas. So kita try buat rayuan untuk Kimpalan. If xder rezeki, then akan continue Sek Men biasa aliran akaun dan ekomomi. Since adik x terror in teori dia plan akan drop akaun. Kita dah usaha then seterusnya serahkan pada Illahi.

Bila anak semakin membesar  the need and requirement berubah. Dulu terima jek apa pesyen n kaler baju now masing2 demand ada pilihan sendiri. Makin kurang ada dlm rumah sbb masing2 ada task masing2. Si ayah pun busy menjak2 involve bussiness sendiri. Bila sekali sekala dpt kumpul kita appreciate the moment sgt2.