Sunday, December 23, 2012

Sarapan di warung

Walaupun Muar terkenal dengan mi bandung dan asam pedas, mi rebus jawa jugak x ketinggalan. Dalam perjalanan balik biasanya letih, jadi kami akan tapau makanan seperti, nasi ambang, lontong, nasi lemak, mi rebus atau bubur. Jimat sedikit tenaga nak masak.  Acara memasak akan bermula samada dipetang hari lepas hilang penat atau hari berikutnya.

Sarapan pulak kadang-kadang Along, Angah dan Adik akan bersiap sedia  ikut Che' Ajip dia orang 'ngeteh' di warung. Apalagi tumpang la sekaki mintak dia orang tapau roti canai atau nasi lemak. Tapi kalau rajin ibu tetap akan goreng mi atau mee hoon.  Dia orang nie terutama adik pantang dengar motor pak cik dia mesti nak ikut, tengokla Adik Arif siap pakai topi keledar.

Mari pergi warung

Sarapan mi rebus di warung ya.... kalau I masak takde nak letak limau bagai...

No comments: